Saturday, November 19, 2011

ak x nak balik..................

sebelum balik nak juga mencoret ckit..
huhu.. sebenarnya tak nak balik..... arghh....xtaw mcm mn nak balik.. rasa sedih sngt la..huhu
rasa sedih sngt.. xtw kenapa.. x nak balik......... huhu.....

mak, ak rindu mama.. mcm mn ak nak balik.. ak rindu mama.. ak betul2 rindu mama.. ak takut ak tidak kuat.. mak..... ak rindu mama....ak betul2 rindu mama...... ak xnak balik. mama tiada.. ak rindu mama.....

ak sudah tidak kuat..ak takut ak tidak kuat.. ak sudah tidak dpt tahan.. ak betul2 rindu mama.. mak.. ak rindu mama.. mak..malam ne ak nak balik da.. ak selalu call mama. mama selalu tanya aku.. tp, skrg mama tidak tanya lagi.. mlm ne mcam mn... ak betul2 risau mak.. ak xtw camna.. nnti ak menumpang ja.. mak.. ak rindu mama... mama... ak rindu mama... ak xnak balik.. mama teda.. tapi ada baba.. kesian baba.. ak mw tolong baba.. tp, ak takut.. ak takut ak tidak dpt tahan.. aku rindu betul dgn mama...

mak... doa kn ak cepat smpi.. ak sorg2 ja.. mama doa kan ak ar... kesian ak.. tp, ak mw balik juga.. kesian baba...

Wednesday, November 9, 2011

Mujahidah Anak Muda...Episaod 1

'Aik,gelapnya bilik ne, mana lampunya??'..kata Ali sendiri setelah memasuki pintu bilik Amirah. Amirah bukan lah zauhjahnya tapi teman seperjuangannya. Ali dan Amirah merupakan rakan dakwah yang berjuang sejak di bangku sekolah menangah hinggalah ke universiti. Namun, akibat aktiviti dakwah yg mereka harus hadiri, Ali terpaksa menumpang dekat rumah Amirah untuk 3 hari 2 malam.

Ops, ap ne??, erm buku diari ka??..huhu.. tak kan ak nak baca kot. Tp, knp ad dekat cne??..cam nak bagi ak baca ja..hehe..monolog Ali yang berasa kesunyian di bilik sementara menunggu mata terlelap. Walaupun perjalanan terlalu memenatkan, namun matanya tetap tidak mampu tertutup untuk lena di buai mimpi. Banyak yang bermain di ruang fikirannya.

Keesokan harinya, Ali bangun awal untuk melakukan solat malam. itulah yang menjadi rutinnya. Bagi Ali, solat malam itu adalah sumber kekuatan untuk menjalani kehidupan pada keesokan hari. Setelah selesai solat subuh pula, Ali terus bersiap untuk pergi ke tempat program yang di tuju. Amirah bersama dua rakan muslimah yang lain turut serta pergi bersamanya.

Meskipun, perkenalan mereka sudah agak lama, Ali masih tetap berasa segan dengan Amirah. Mungkin sudah menjadi sifat seorang mukmin untuk berasa malu dan sentiasa menjaga peradaban. Tanpa banyak bicara, hari terus berlalu dengan begitu sahaja. Kini, hanya tinggal 1 hari sahaja untuk Ali menamatkan program tersebut. Dia juga semakin bersemangat untuk meningkatkan urusan dakwahnya. Dengan semangat yang berkobar-kobar itu, Ali terpandang semula ke arah buku nota yang terletak berdekatan katilnya. Buku itu seperti memanggil-manggil hatinya untuk membaca.

........................................................................................................................................................................


Sunday, November 6, 2011

Antara Terharu dan Gembira..di Hari Raya Aidil adha.....

Salam aidil adha pembuka bicara,
di hari dan bulan yang penuh mulia,
buat ingatan yang tulus dan setia,
untuk pengorbanan yang tidak terhingga,


Nabi Ibrahim nabi mulia,
Di sisi Allah yang maha kuasa,
taat dan akur pada pencipta,
sanggup berkorban demi agama tercinta,


ujianmu tidak terhingga,
di uji kasih pada anak tercinta,
Nabi Ismail tebusan dipinta,
menguji mu antara dua kasih yang tercipta,


Teguh hati mu, tidak terhingga,
parang di asa, bukan sekali cuma,
untuk menyebelih, anak yang di cinta,
Demi Allah yang maha esa,


Kisahmu luar biasa,
Allah lagi maha kuasa,
korbanmu di ganti tanpa paksa,
Berkat kesabaranmu yang tidak terkira,


Syukur tidak terhingga,
Ismail yang soleh dan tabah,
di angkat di sisi Allah S.W.T,
menjadi nabi yang di mulia,


Indah kisahmu tidak terkata,
menjadi ingatan umat islam sedunia,
semoga tauladanmu menjadi ikutan,
umat Muhammad di akhir zaman.


Selamat menyambut Aidil Adha, mohon maaf andai terkasar bahasa, sama2 kita hayati siroh perjuangan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang di uji dengan seribu kisah, buat tauladan di hari muka..barulah Aidil Adha terasa lebih indah dan lebih bermakna buat kita umat islam yang di kasihi Allah S.W.T..^_^..

Thursday, November 3, 2011

Kisah Sem ini......


Alhamdulillah..segala puji ana panjatkan ke hadrat Allah S.W.T.. atas nikmat dan kurnianya, ana dan antum semua masih di beri peluang
untuk membina amal di muka buminya.. Sebelum itu, ana nak minta maaf atas segala silap dan salah.. especially 4 someone, who read my post just now.
erm. sebelum ne ana ad post something untuk kwn ana, tp rasanya cukuplah setakat beberapa waktu untuk ana pamerkan. Oleh itu, sebelum masa mencemburui ana, rasanya eloklah untuk ana konklusi cerita sem ini.

Sebenarnya, setiap sem terlalu bermakana buat ana dan juga kwn2 ana.. cuma sem ini lagi istimewa, sebab ana akan tamatkan foundation. Hopefully, will graduate later. Sepanjang foundation, ana rasa dalam diri ana, berlaku perubahan yang terlalu banyak. dan ana rasa bersyukur sngt. kerna hari ini lebih baik dari semalam. Semoga ana tidak tegolong dlm kalangan hambanya yg rugi.

setiap hari mematangkan ana, kehidupan benar2 mengajar ana, erti hidup yang sebenar. ap2 pun, ana nak cerita pasal classmate ana..hehe
pertama sekali, persahabat dengan classmate semakin baik. terutama dengan kwn2 perempuan. bgi classmate lelaki, ana rasa masih macam biasa. ana dah anggap mereka semua mcm shbt.meskipun ana jrng nak cerita2 dgn dorg. tp, ana senang dengan semuanya. untuk sahabat ini, ana xtw la, bila lagi dya akan memanggil nama ana..hehe.. but it's ok..i'm waiting 4 that..

erm..pelajaran pula, terasa berat sikit.. sem ne terasa payah sikit dri sem lalu. moga2 exam nanti ok..amin.. Ukhuwah, alhamdulillah..ana rasa lebih dekat dengan shabat muslimah.. ap2 pun ana tetap rasa gembira. moga Allah selalu mengasihani ana dan antum semua. Bagi ana, tahun ini adalah medan ujian buat ana. pada bulan 3, ana kehilangan seorg abang yang ana da anggap mcam keluarga ana. pada bulan 9 pula, ibu ana turut kembali kepangkuan yg maha esa. ana yg kerdil, terasa diuji. tp, ana bersyukur kerna Allah lebih mengasihani mereka.

Sem ini juga, ana hmpir x dpt balik raya. Namun, berkat pertolongan Allah, akhirnya ana selamat smpi rumah lebih awal dri tarikhnya. Mungkin hikmahnya, ana dpt menghabiskan lebih masa untuk ibu ana. Meskipun, xmenyentuh 1 pun assigment, ana langsung xrasa terkilan malah ana rasa bersyukur. Kini, ana sedang membina kekuatan dlm diri ana. sbb ana tahu, bila ana balik rumah nnt, ana akan berhadap dengan ujian baru. Tp, percayalah..semakin terasa di uji, malah semakin kuat kekuatan yang hadir dlm diri. malah, setiap berlaku seolah-olah terasa bermakna dlm diri.

Errm.. akhir sekali, nak ucp terima kasih pada classmate yang sngt banyk membantu ana, ketika ibu ana meninggal dunia. Korang sudi memberi bantuan buat ana. itu sudah cukup bermakna buat ana. dan tak lupa kepada Agie, Zat yang selalu memberi kata2 semangat dan ilmu agama buat ana. sudi menjadi teman untuk saling ingat mengingati.

Hari ne, ana nak tutup tabir sem 3 lebih awal la yer..hehe.. coz da nak exam, takut xlarat nak menulis..hehe..

Tuesday, November 1, 2011

Umat Islam Dan Perjuangan

Assalamualaikum semua....
erh..hari ne da masuk bulan 11 kan.. so, x lama lagi la nak masuk 2013..
maksudnye, salahla jangkaan org kufar yang mengatakan kiamat 2012 berlakunya kiamat.hehe..
Meskipun, hanya segelintir yang percaya, tp benda ini tetap tidak boleh diperlekehkan.
Kepercayaan terhadap tarikh kiamat, adalah salah satu cabang yang boleh memesongkan akidah umat islam.

Bukan kah, Allah S.W.T sudah menyatakan, bahawa kiamat itu terjadi, tanpa ada sesiapa yang mengetahui tarikh dan masanya.
jadi, sngt tak wajarlah, andai masih ada yang percaya dan menunjukkan bukti2 seperti peredaran bumi dan bulan yang semakin sukar di ramal.
Walaupun, para saintis telah menjangka beberapa kejadian alam akan berlaku, tetapi itu semua boleh berubah hanya dengan sekelip mata dengan kuasa
Allah S.W.T. Oleh itu, tidak wajarlah kita merosakkan akidah kita dengan kepercayaan yang terlalu kecil seperti tarikh hari kiamat berlaku.

Sahabat akhowat dan ikhwan,
hari ne, kita semua inginkan islam. ana tahu, setiap manusia fitrahnya pasti tidak dapat menolak islam. Islam is the way of life. hanya manusia yang ego sahaja akan menolak islam dan orang2 yang tidak ingin berkenalan dgn islam. sahabat, kita tidak buta untuk melihat dan kita tidak bisu untuk bertanya, jadi, apa salahnya untuk kita belajar melihat kebenaran. Hari ini, dunia telah banyak menipu kita. janganlah mata hati kita tertutup dengan permainan dunia. Hari ini, pemimpin kelihatan gah, sedangkan mereka dalam 1 misi yang ingin menguasai dunia. Mereka memperjuangkan sesuatu yang jauh daripada sunnah Rasulullah s.a.w. Sahabat, hari ne kita hidup senang lenang, sedangkan sahabt islam di Palestin,hidup menderita demi mempertahankan islam. Tidakkah kita merasa serbah salah, sedangkan tanggungjawab kita dan mereka, adalah sama. kesemua kita di lahirkan di muka bumi ini sebagai khalifah untuk menegakkan agama Allah. dan bila di akhirat nnti, tanggungjawab inilah yang akan di soal. pada waktu itu, mungkin antum semua tidak dapat membisu, kerana kaki, tangan , perut, semuanya menyatakan perkara yang antum lakukan sewaktu islam sedang dipijak-pijak di dunia. Apa yang antum buat?

sewaktu,org kufar merancang untuk merosakkan minda antum dengan hiburan,makanan,harta dan sebagainya, antum tetap menyokong dengan membelinya, menontonnya, malah sanggup mencari duit dengan membuat pusat-pusat hiburan. Na'uzubillah min zalik. Inikah yang antum nak jawab di akhirat esok?? ana rasa terkilan dengan umat islam sendiri yang sanggup menggadaikan agama demi berkomplot dengan misi orang kufar. mereka ingin mencontohi kamal Artartuk, sedangkan dialah orang yang telah menghancurkan negara islam dengan menyuburkan kehendak nafsu manusia semata-mata.

Hari ini, kita masih berbangga hidup dalam 1 malaysia yang aman dan bersatu padu. hakikatnya, kita sedang tertipu dengan pemerintahan yang bertopengkan islam semata-mata. Andai negara kita negara islam, kenapa hukum islam seperti hudud dan qisas tidak di laksanakan?? adakah islam membenarkan umatnya untuk beriman dengan sebahagian ayat sahaja. Allahuakbar.. butanya mata hati kita untuk melihat. syoknya kita di buai kenikmatan dan egoisnya kita terhadap umat islam yang berjuang mati-matian demi islam.

sahabat,
Suatu hari nanti,islam pasti akan menang dan ana yakin semua kita yakin akan janji Allah ini. dan sebab inilah, kita merasa tak perlu nak susah-payah, sebab satu saat nanti,islam pasti berjaya. Sahabat, ana berani katakan, andai tibanya saat itu, kemenangan umat islam bukan pada umatnya, tapi ianya adalh kemenangan buat umat ialam yang beriman dan turun berjuang. Bukannya yang tumpang sekaki. Sesungguhnya, kemenangan itu adalh milik Allah semata-mata, andai antum ingin merasai nikmat kemanangan, maka turunlah antum untuk berjuang dalam menegakkan negara islam di muka bumi ALLAH ini. Semoga, kita semua dapat menjadi golongan Hawariyun dan Ansorullah yang sanggup berkorban demi Allah S.W.T.amin..

Thursday, October 27, 2011

Jom berCInTa


"
JADILAH ORANG YANG DI CINTAI OLEH ALLAH S.W.T, INSYAALLAH.
ALLAH AKAN MEMBERI SESEORANG YANG MENCINTAINYA UNTUK
BERDAMPING DENGAN ANDA, AGAR MUDAH UNTUK MENUJU KE SYURGANYA"
"Carilah Cinta ALLAH, Sebelum Mencari Cinta MANUSIA,
Menjumpai Cinta Allah, Anda pasti akan Mengenal Cinta MANUSIA"

" DI MANA MANUSIA DI SAAT ANDA BERDUKA??,
SEDANGKAN, ALLAH SETIAP SAAT ADA BERSAMA ANDA,
DI MANA TEMAN, YANG SANGGUP BERSUSAH PAYAH?
DI SAAT ANDA TERASA BUNTU DENGAN MASALAH.
SEDANGKAN, ALLAH LAH YANG MERUNGKAI SETIAP MASALAH..



So, Layakkah anda mendahulukan cinta MANUSIA, berbanding dengan cinta ALLAH.. sedangkan ALLAH lah yang
sentiasa bersama-sama dengan anda.di saat susah dan senang.. sm2 kita fikir2 kn.. dan bermuhasabah.. nasihat ana cuma 1,
kejarlah cinta Allah, selagi nyawa di kandung badan. kerna, hanya dengan cintanya, seluruh makhluk Allah, akan mencintai anda dan mendoakan anda,
selama anda berjalan di atas muka buminya.INSYAALLAH..


Erm tipsnya.

"Hamba-Ku adalah dia yang banyak mengerjakan amalan sunat, yang mana dia mengerjakannya sehingga Aku menyintainya.
Dan apabila Aku menyintainya, Akulah matanya semasa dia melihat, Akulah telinganya semasa dia mendengar,
Akulah tangannya ketika dia memukul. Apabila dia meminta nescaya Aku akan memperkenankannya,
apabila dia memohon perlindungannya nescaya Aku akan melindunginya."

Moga2, Allah memberi cintanya, kepada kita semua.. amin.. ingat kawan2.. di saat org lain,berlumba-lumba mencari dan mengejar cinta manusia, sedangkan hanya sebilangan kecil manusia yang mencari cinta Allah semata-mata.. maka, beruntunglah yang sebilangan kecil itu.. nasihat ini, ana tujukan kepada kawan2 sebaya ana, yang cenderung mencari cinta remaja, jangan di tunggu usia emas, untuk kembali kepada Allah S.W.T, sedangkan usia kita belum pasti sampai kehujung dunia yang di pinta.

Sunday, October 23, 2011

Sesungguhnya Masa lapang itu membunuhku.....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, ana bersyukur kerana masih di beri kelapangan untuk menulis blog ana lagi..rasanya, bulan ne paling bnyk ana post benda..hehe
mungkin, ana betul2 rasa sunyi..huhu..
Hari ne, ana nak cipta satu sajak.. ana minx maaf kalo ada yg membaca blog ana.. coz, ana cuma nak mencoret untuk diri ana.. ana x tw nak meluah kat mn..
skrg rasa sunyi sangt.. huhu.. tp, ana kira nak buat blog baru untuk perkongsian ilmu.. tp, yg ini.. khas untuk ana la yer..hehe..

Step 1.........

huhu, ana tak reti nak buat sajak mcm mn..erm.ana sebenarnya rasa sunyi sangat..skrg..kwan2 semua balik kg. ana yg dok jauh, stay la kat asrama..hehe.. ana bkan sengaja nak stay.tp, ana segan nak stay rumah kak na.. walaupun kak na dah anggap keluarga, tp, ana prefer untuk stay kat hostel. bagi ana, keluarga kak na dah terlalu bnyk berjasa buat ana. ana takut tak dpt nak bls budi mereka dan ana lebih takut andai ana tidak mampu hidup berdikari.

Ana nak pastikan, pilihan ana tepat. ana nak pastikan yg ana duk kat asrama betul2 bermanfaat.. buat masa ne, alhamdulillah.. ana bersyukur sngt.. tp, ana tercari2 kerja yang perlu ana isikan untuk setiap masa yang terluang. ana takut, andai masa yng lapang ini, mampu membunuh ana.. ana nak, masa ini betul2 bermanfaat.. bukan selalu Allah beri masa sebegini untuk hambanya. sepatutnya ana bersyukur.. dan nikmat inilah yang sangat bahaya.. antum, tw tak, yang masa itu sngt berharga.. ana takut masa yang lapang ini, membuatkn ana cuai untuk menggunakannya.erm..... cuba try analogi.. antum tiba2 mendapat wang sebanyak RM 1 juta.. hadiah dari keluarga ataupun mn2 pihak.. antum rasa sngt gembira.. tp, antum tak tahu nak buat ap dengan duit tu...dan antum pun mula membuat perancangan.

1. rancangan pertama.antum nak sedekah kat rumah anak yatim.
2.nak beli buku2 agama.
3.nak bayar zakat
4.nak buat haji

dalam masa yg sama, antum juga teringin membeli kemewahan dalam kehidupan,antum terasa nak hidup senang lenang.. oleh itu, bgimana antum hendak memastikan yg antum betul2 nak gunakan untuk akhirat.

Erm,ini lah yg ana rasakan saat ini.. ana takut, kelemahan ana sebagai manusia yg mudah tertarik kepada kehidupan yg sntai, akhirnya melupakan matlamat ana yang sebenar..huhu..Then, ana juga takut dengan kesunyian ini.. adakalanya ana teringat akan arwah ibu ana.. bukan ana ingin lari dari kenyataan.. tp, ana takut andai ana, terlalu melayan perasaan ana.. ana, perlu yakin dan percaya akan ketentuan Allah S.W.T. Bgi ana, ibu ana hanya perlukan doa dan kiriman bacaan Yassin buatnya..bukan tangisan yg tiada penghujungnya. ana yakin, ibu ana gembira di sna. ana sentiasa menghadiahkan ibu ana doa dan bacaan Yassin. ana nak ibu ana, gembira di sana..dan ana tahu, yg ana jg akan kembali ke tempat yg ibu ana berada skrg.. erm.. analoginya macam pelajar2 AF.. kalo antum perasan, setiap kali pembuangan AF, pelajar2 AF akan menangisi pemergian sahabat mereka. seolah2 mereka lupa, yg suatu hari nanti, mereka pasti akan kembali berjumpa di luar sana. sebenarnya, begitulah perumpamaan yg ana dapat gambarkan.suatu hari nanti,ana pasti akan berjumpa dengan ibu ana. skrg ana masih beryukur kerana, ana ada Allah S.W.T yang sentiasa bersama ana.mendengar luahan ana.. ana ada bapa, yg masih sanggup menyara hidup ana, memberi kasih kepada ana, ana ada sahabat2, yg sudi menemani ana.. ana ada keluarga yang sanggup bersusah senang dengan ana. ana masih terlalu beruntung.

Ana memang terasa teruji, hidup ana tidak sepi dari ujian. tp, ana bersyukur. kerna Allah lagi mengetahui kemampuan ana. dan ana yakin, setiap ujian yang ana hadapi, kesemuanya memberi kehidupan yang baru buat ana. Thats why, ana selalu rasa, Allah cinta akan diri ana. ana sangat bersyukur.. ana harap hidup ana, akan sentiasa di bawah naungannya. ana ingin berjalan di paksinya. ana takut, ana tergolong sebagai hambanya yang jahil.. ana khuatir andai ana terjatuh..

Lastly, ana harap, ana dapat istiqomah di jalannya. ana ingin hati ana ditetapkan dan di tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepadanya.. sesunggynya, ana sangat merinduinya. ana, ingin bertemu dengannya selalu.. itu la yg ana selalu rasa akhir2 ini.. ana, xpernah rasa sebegini.dan perasaan ini, terlalu manis ana rasakan. dan ana takut,andai ana, kehilangannya suatu hari nnt..ana harap, antum semua ada untuk menarik ana semula..andai suatu hari nnt, ana jatuh dengan kenikmatan dunia yang hanya sementara. Moga Allah, sentiasa mengasihi ana dan antum semua..amin..

Saturday, October 22, 2011

10 Wasiat Imam syahid Hassan Al-Banna

Assalammualaikum...hari ne ana nak post 10 wasiat imam syahid Hassan Al-Banna.. Moga2 sahabat semua sudi membaca.. bagi ana, wasiat ne sngt mendalam maknanya.. dan menusuk kalbu.. moga2 perkongsian ini, boleh di sebar2kan.. coz, ini merupkan wasiat yg boleh di warisi oleh sesiapa jua..INGAT!! perjuangan kita, milik kita..dan sama2 lah kita berusaha dan berjihad di jalannya...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan.Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran.dimulakan dengan menyebut solat di awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat.Juga di medan perang. Walaupun.Di saat genting dan cemas. (so, ap lgi?? ingt, azan adalah satu seruan kepada semua umat islam untuk menunaikan perintah Allah s.w.t...di kala org lain berpusu-pusu hendak solat di saat azan berkumandang.. di manakah kita?? adakah kita juga sama??.P.)

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya.Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman .
( erm... Al-Quran, ilmu dan zikir...jika nak dpt ketiga2 nya.. Al-Quran adalah 3 dlm 1.. dan sebaik2 zikir adalah dgn mmbaca Al-Quran.., kawan2 jom belajar Al-Quran, jgn smpai hayat kita hny di habiskan dgn belajar iqra shj!! )


3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari .Sebut dulu walaupun tak faham.Antara mala petaka pertama menimpa umat kita.Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!
( ana sendiri sedang mencuba, jom usaha sm2,,moga Allah beserta kita...amin)


4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!
( erm... elakkan pertengkaran, dan membantah.. tetapi berkata lah dgn sopan santun.. sesungguhnya Allah menyukai hambanya yg ber lemah lembut )


5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!! ( nampaknya, pemikir barat juga setuju dengan ideologi dan saranan agama kita, so, bagamana dgn kita?? fikir2kan.. mungkin slm ne kita hny nak hidup dgn gembira dan ketawa yg tak putus2, nak tunjukkan yg kita tak da masalah..-__-...)

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.( gurau elok, tp, jgn selalu dan berlebihan, coz, hati boleh lalai dgn bnyknya bergurau..huhu... ana pulangkn kepada diri ana sendiri..sm2 lah kita muhasabah k..)

7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita.Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah...mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama.
( erm..rasanya inilah penyakit umat manusia skrg.. dok hidup berpuak2.. sesungguhnya Rasululullah menyatakan bhw, bukan golongannya yg bersifat assabiyah.. so, kawan2..mcm mn dgn kita?? x takut ka, andai nabi x memngaku kt umatnya??huhu.. sm2 kita beringat k..)


9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.


10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s.a.w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.


a'ha... begitula pesanan seorg pejuang islam yg sngt bercita-cita untuk menegakkan negara islam.. kawan2, kita hidup dalam satu kumpulan, kita UMAT ISLAM.. jdi, kita juga adalah bertanggungjawab dalam menegakkan agama islam.. Tp, DI MANAKAH KITA???.... mungkin kita cuma sedar akan tnggungjawab terhadap hasrat wawasan 2020, tp, wujudkah tahun 2020?? persolannya... sedangkan syurga dan neraka, sudah pasti menjadi tempat persemadian kita untuk selamnya.. terpulanglah dgn diri kita dlm memilihnya.. ana, x tahu nak kata ap lagi.. mgkin belum cukup untuk memberi kesedaran dan impak bersama, tp, ana harap agar dpt membuka sedikit mata kita terhadap hasrat umat islam sedunia.. andai anda org islam, anda juga adalah pejuang yang bertanggungjawab dalam merialisasikan hasrat ini.. nahnu ansarullah...

Wednesday, October 19, 2011

Everything Start From Zero...

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah S.W.T, kerna atas segala-galanya.. hari ne tak tw tersentuh kenapa.. Ya Allah, perasaan ap ka ini??huhu.. ana rasa, selama ini blog ana hanya berkongsi perihal diri ana sendiri.. tak pernah ana terfikir untuk memberi.. ana x terfikir yang blog boleh di jadikan medan dakwah buat ana.. ana, hanya memikirkan bahawa ianya milik ana sendiri.. hakikatnya, ana boleh berkongsi.. Ya Allah, ana ingin hati yang baru.. hati dan jiwa yang bersih dan dekat padamu.. ana sedang mencari, ap kesilapan ana selama ini?? semalam ana mimpi, yg ana bercakap arab.. ana sangat gembira.. coz that, hari ne,teringin nak guna ganti nama ana..hehe..^_^.. ana rasa tenang dan lega..hidup ana terasa indah.. tp, sayang.. ana masih tercari-cari.. ap erti hidup ana yang sebenar.. hari ini dan selamanya.. ana bercita-cita untuk memberi sesuatu kpd org, tp, ana sendiri kurang bijak dalam mencari setiap peluang yg ana ad..mungkin ana perlu bnyk belajar.. Semalam, ana mendapat buku baru,yg sangat menyentuh hati ana.. penulisnya, seorg anak muda yang seakan seusia dengaan, meski tua beberapa tahun.. tp, ana sngt mengaguminya. Bagi ana, dia insan yang istimewa. memiliki ilmu dan pengikhtirafan dari bnyk para ulama. ana, pernah berjumpa dgn nya.. ana, kagum dengannya.. dalam penulisannya, ana melihat satu kehidupan yang baru.. hati yang bersih dan jiwa yang lapang.. menjawab pertanyaan dan persoalan ana, dalam mencari cinta yang Maha Esa.. Selain itu, ana juga sedang membaca buku tujuan hidup ahli sufi.atas tujuan yg sama.. ana sedang mencari erti cinta yang abadi.. selama ini, ana tidak sedar ap salah ana, rupa2nya ana lalai pada aspek yang rutin dlm hidup ana.. ana tidak mampu mengawal pemakanan ana, sebenarnya makanan adalah sngt penting dalam kehidupan.. ana fikir benda ini agak remeh..hakikatnya,ianya sngt mengganggu kehidupan ana dalam mencari erti hidup dan cinta yg sebenar.. Ya Allah, ana ingin penulisan yg baru.. yang mampu untuk ana kongsikan, setiap ap yg ana pelajari.. selain kesedaran ana sendiri, org lain juga bole tumpang sekaki.. hidup ana perlu berubah.. ana ingin kehidupan yg bermakna.. usia ana, bakal menjangkau angka 2 pada thun depan.. tp, ana masih terasa terlalu sedikitnya pengorbanan ana dlm agama.. ana, x mampu mencontohi Al-Fateh, Dr.Yusuf,Imam Syaid Hassan al-Banna, apa kn lagi pemuda2 pada zaman rasulullah.. ana tersa sngt lemah dan kerdil..hingga terasa tidak layak untuk berjalan di medan dakwah yang merintis perjuangan para pejuang terkemuka.. Erm, sebanarnya ana nak bagi tips dalam penyucian jiwa. moga, siapa yg ada membaca blog ana, boleh la kita sm2 berusaha untuk mencuba..moga usaha kita mendapat pertolongan dripada Allah S.W.T..amin.. 1.Membaca Al-Quran sambil meneliti maknanya, cuba menghafaz dan fahami maknanya. 2.Mengosongkan perut iaitu berpuasa atau makan secara tidak berlebihan. 3.Qiamulail iaitu beribadah di keheningan malam. 4.Berdoa atau bermunajat dengan penuh rasa rendah diri pada waktu sahur atau sebelum subuh. 5.sentiasa mendampingi para ulama yg soleh dan mulia serta menghadiri majlis ilmunya. Manakala, sebahagian ulama syorkan supaya.. 6.Pastikan makan makanan yg halal.. 7.ber'uzla,iaitu mengasingkan diri dri org,atau berdiam dan tidak berbual kosong.. huhu.. ini la yg sedikit ana dpt kongsikan. Tp, jgn lupa untuk kita jauhi perkara2 ini:- 1.Sombong 2.Bakhil 3.Pemarah 4.Munafik 5.Khianat dan sifat2 mazmumah yg lain.. mungkin kita tak sedar, tp pandai2lah kita mencari ke celaan pada diri kita sendiri.. dan jauhilah daripada mencela org lain..sebnarnya, setiap org yg kita lihat baik, pasti pernah melakukan kesilapan.. dan hanya Rasulullah sahajalah yg sebaik2 akhlak.. oleh itu, tak layak lah andai ana mengatakan yg ana baik, kerna terlalu banyaknya dosa ana.. hanya Allah shj tahu dan selalu mengasihi ana.. dan sentiasa ada untuk menutup keaiban diri ana.. Ya Allah, sejak beberapa hari ini.. ana selalu merasa perasaan rindu.. tp, ana tak tahu, ap sebenarnya yg ana rindu..tp, kerinduan itu sepertinya diubati dengan satu perasaan yg wujud apabila memikirkan tentangmu.. adakah ana,..............no word to describe this feeling...huhu.. Erm..k la..lastly,,nak bgtw siapa penulis tu..hehe.. namanya,Muhammad Afif Bin Yahya Al-Berlisi.. Ana, tak kata ana fanatik nya. Tp, jujur ana jatuh cinta pada ilmunya.. ana, jatuh cinta pada kecintaanya pada ilmu agama.. usianya yang masih muda bagi ana, sudah bnyk mendekatkan diri pada para ulama. ana, impikan kehidupan sepertinya.. tp,ana terlewat.. ana terkilan dengan diri ana.. ,, sebab ana tinggal di era yang sama dengan nya.. satu negara dengannya, satu bidang pendidikan dengannya.. namun, ilmu ana,tidak sehebat ilmunya.. ceteknya ilmu ana.. Ya Allah, ana jatuh cinta padanya.. bukan dirinya, tapi hati dan jiwanya.. ana ingin merasai apa yg di rasainya.. meskipun, ana pasti tidak akan menjadi sepertinya...

Monday, October 17, 2011

Speaking Muet Dah Habis...^_^..^_^

Alhamdulillah, hanya itu ungkapan yang mampu ku unkapkan.. huhu.. akhirnya lepas juga.. Nak tahu cerita lebih lanjut??hehe Hari ne, jam 7.15 pagi, saya dan Ena da bertolak g bilik muet.. Semangat!! Tapi x study ap pun.. haha.. malam tu, tgk The arrival la kunu, nak tingkatkan vocoubolary la kn.. selaps tu,maen game cri benda dlm bhs English..haha.. membantu tak?? tak de nye..haha Tapi, sepanjang kat bilik kurungan, sy syok gak.coz ad kwn Ena, tuk bercerita.. kitorang speaking.. saja ja,nak saiko org sebelah..haha... sebenarnya kitarong pun bkn tw ap.. haha Ingatkan sekumpulan dgn Ena, tp akibat 3 org tak hadir, kami pun berpecah kumpulan. Nak tw siap ahli kump sy??hehe Budak poli namanya Ayyub dan Syed Razi.. Kira lawak la juga kita org..haha kami dpt tajuk pasal relationship.. ap yg dpt membantu meningkatkn nya.. sy dapat kualiti perhubungan dr sudut murah hati.. x bnyk point,melalut ja lebih..haha Tp, tetap rs syok, sebab ada bnda yg tersa lwak.. xtw nak cita cmn.. Tp, thanks la kat ahli kump. yg memang cukup besederhana..hehe Apa2 pun,speaking test da berakhir.. petang ne nak g lunch dengan semua classmate. kira majlis penutup sem la..huhu.. Nak ckp tntang sem ne, x leh la..bnyk sngt benda yg terjadi.. Kn buat tajuk baru lah jwbnya.hehe.. k..la... da rasa lega mcm ne, smpi rasa cam x wujud plk exam lg..haha k..la mun.. teruskan berusaha..k!!^_^... erm lupa plk..da nak cuti da..hehe..

Monday, October 10, 2011

Sholahuddin Al Ayyubi (532 – 589 H)

Sholahuddin Al Ayyubi (532 – 589 H)

MISI Setelah Merdeka..hehe

Alhamdulillah... perjuangan tidak akan terhenti di sini.. sy akan berjuang dalam mengkhatamkan buku2 yang sngt2 tak sabar untuk di habiskan.. Ya Allah ku pohon cintamu untuk menggantikan cinta ibuku.. mungkin selama ini aku lebih mencintai ibu ku yang zahir berbandingmu.. Walau ku tahun,cintamu adalah lebih utama.tp, x dpt ku nafikan betapa mahalnya sekelumit cintamu.. inginku kejar dijaga malamku.sebagaimanaulama-ulama pilihanmu.. agar ak dpt ku merasai cintamu..sebagaimana cinta Ainul Mardhia kepadamu.. melepasi ketakutan api nerakamu dan nikmat syurgamu.. Ya Allah..bersyukur kehadratmu,kerna menemukan ak dengan ibuku.meskipun hanya didalam mimpi.. sedar tak sedar..ak tahu erti cinta sebenar.. ibu membawaku melihat tempatnya di sana.... meskipun kesemua tempat itu sudah hilang dr ingatku..ap yg jelas ianya nampak kusam dimataku..walaupun hakikatnya ia lebih nikmat dari dunia..mungkin kerna ap yg ak fikirkan pd saat itu,hanya lah untuk membawa ibu ku pulang..kerna ak cintai ibuku.. dan kini,ap yg masih jelas dipendengaranku,,ibu mengatakan bahawa dia baik di sana.. Esoknya,ibu datangi lagi mimpiku.. di saat ak sangat merinduinya.. kali ini..ak lihat ibu bertelkung dan memegang tafsir dan tasbih jika tidak silap.. ibu kelihatan sngt cantik.. ak,ibu,dan baba seronok bercerita..walau ibu hanya tersenyum.. ak sempat bersenda.." baba, mama bukan hidup lagi, x nak la duduk sebelah mama..haha.. tp, kalo mama, hantu pun ak tak takut" lalu ak pergi kepada ibuku..dan berkata mak sngt cantik..mak x rindu ak?? mak kata tak..tp,wajahnya seperti menyembunyikan kegusaran..mungkin sbb mak xnak kami rindu dia sngt.. Tp, ak x kisah..ak anggap nikmat di sana jauh lebih baik dr dunia.. lalu ak katakan pada mak..yg ak sngt merinduinya..sangat2 merinduinya.. lalu menciumnya beberapa kali.. dan mak pun mencium muka ku berkali2.. dari mimpi ini, ak rasa sangat gembira dan bersyukur.. ak rasa puas.. kerna mak mendatangi tidurku lalu menciumku... walau sekian lama ak menanti mak dlm tidurku..akhirnya ia hadir dlm 3 hari berturut2.. alhamdulillah.. Kini, ap yang ak ingin..hanya cinta Allah yg boleh gantikan cinta ibuku.. ak rasa seronok dpt melihat contoh2 wanita2 islam yang berjuang pada zaman rasulullah dahulu.. rasa cinta mereka sngt kuat.ak ingin jadi seperti mereka.. dan kini ak sedang berusaha..insyaAllah.. mudah2an Allah sudi menjadikan ak hambanya yang dpt mencintainya.. Ya Allah saban ketika ak merindui ibu ku..ko sahaja yang mampu mengubati hatiku.. ko hadirkan sahabat2 yang seakidah dgn ku..agar dpt berkongsi ilmu tentangmu.. Malam ne..misiku ialah mencari kisah hidup imam syaid Hassan al-Banna dan Yussuf Al-Qardhawi.. ak sngt ingin mengenali tokoh2 ini.. juga Ahmad Deedats..ak hanya mendengar nama mereka..tp,xtahu ap sebenar yg mereka buat..ak rasa sngt ingin tahu dan ingin untuk menaladani mereka.. juga Sallahuddin al-Ayyubi yg menawan jerusalem.ak ingin melihat latar belakangnya.. setelah membaca buku langit illahi dan bidadari syurga, ak rasa bersemangat dan cemburu serta kagum dengan mereka.. sebenarnya, ad satu lagi novel yg x sabar untukku baca,iaitu hero..karangan Hillal Asyraf..bagiku,penulisannya sngt jelas menekankan konsep keimanan.. ak suka karya pertamanya..tp,ak bukan fanatiknya.. sebab ak suka apa sahaja asal ianya dpt menyentuh hatiku..pendek kata, ak sngt suka membaca buku agama.. tp, mengamalkannya x semudah membacanya..huhu Walaupun dah merdeka dari assagnment, sbnarnya ia seperti kemerdekaan buat ilmu tentang dunia..kini ak ingin menambah ilmu untuk akhirat.. dan sebenarnya,ak memang suka buku2 agama dan ceramah agama.. sebab di sana ada ketenangan.. tp,ak bukan pelajar agama sejak dahulu.. mungkin semua ini ad hikmahnya..ak perlu tekun dalam ke dua2 bidang yg ku ceburi.. Moga misi ku tercapai..amin Ya Allah...dan cintamu la yg ingin ku gapai..amin ya rabbal alamin....

Friday, October 7, 2011

Hakikat kehidupan.........

Segala puji kupanjatkan kehadrat Allah s.w.t kerna atas kurnianya ak masih dapat berfikir waras dan berjalan dalam fikrahnya.. meskipun, bnyk dosa kecil yang masih ku lakukan, mahupun tanpa kusedari..ak ingin bermohon maaf.. sememangnya terlalu sukar untuk mendidik hati sendiri apakan lagi mendidik hati org lain.. Ya Allah, ak hambamu yang sentiasa bermohon kepadamu atas segala kebaikan.. kerna hanya ko sahaja yang mampu memberi kebaikan dalam kehidupan ku.. Ak insan biasa, dan remaja yang sering diperkotak-katik kan dengan banyak isu dunia. Jenayah, Cinta dan lain2.. sebab itu, ak bersyukur kerna engkau telah memeliharaku sehingga ke hari ini.. ak bukan tidak memiliki rasa cinta, kepada insan.. Aku sangat mencinta.. Bila ak cinta, ak pasti snggup melakukan apa jua demi cinta.. sebagaimana post2 ku sebelum ini.. kerna cinta, memberikan semangat yang luar biasa, kerna cinta membuatkan hati berbunga, kerna cinta kita sanggup bersusah payah.. dan kerna cinta,kita saling ingat-mengingat.. Ya Allah, mungkin inilah cinta.. Andai cinta kepada insan telah engkau berikan kepadaku.. maka, ak selalu berdoa untuk mendapatkan kemanisan cintamu.. namun, cinta yg agung itu, ternyata tidak semudah cinta insani yang mudah digapai.. tp, ak akan terus mencuba.. agar dpt merasai seperti mana wanita2 bidadari syurgamu merasai.. InsyaAllah ya Allah. Cinta bukan suatu yang biasa, tetapi ianya luar biasa.. alhamdulillah kerna cinta yg kurasai selama ini, hanyalah daripada keluarga.. Mereka lah yg mengajarku erti cinta... hingga kini, hadirnya rasa cinta pada keluarga dan sahabat2, sudah cukup untuk membuatku terasa sangat bahagia.. Kalo, anda mengenalku, pasti anda akan melihat diriku sebagai org yang agak ceria.. mungkinlah.. sebab ak sendiri tdk tahu nak ckp mcm mn.. coz, ak memang selalu rasa bahagia.. hehe.. insyaAllah, dan semestinya rasa kebahagiaan dan ketenangan itu dtng nya dari Allah s.w.t. Bagi cinta remaja pula, ya.. ak selalu berdoa..sejak mendengar cerama ustz nor ba'ya..hehe..xtw nak eja cmn.. tp,dlm ceramah ne..ustz tersebut suruh anak muda berdoa agar dipertemukan jodoh dikalangan hamba yg soleh..Maka, sejak dri ting.3 itu lah.. ak mula berdoa..agar mendapat jodoh dikalangan hamba yg soleh dan mampu memberi jalan yg lurus dalam hidupku.. mungkin di sebabkan itu, hatiku seperti tidak terbuka kepada mn2 muslimin.. meskipun, ak selalu bergurau dgn kawan2.. tp, sungguh ak yakin bahawa, ap yg ak rasa bukanlah cinta.. dan ak juga, tidak suka melayan perasaan yang pastinya mainan syaitan semata-mata.. wahai kawan2, tidak mustahil untuk kita jatuh cinta pada sesiapa.. namun, kita kena bijak untuk mengawalnya.. sekali kita berfikir ttentangnya, syaitan pasti akn menghasut kita untuk berfikir seribu kali terhadapnya.. maka, daripada hasutan2 itulah, kita berani untuk meng smsnya, berjumpa dan berkenalan dgn nya.. Mungkin sy dapat berkata begini, sebab hari ini sy rasa seperti mampu..dan mungkin hari esok sy x mampu.. dan pada hari itu,sy berharap agar ada insan2 yg hadir untuk membimbing..sehingga ke hari ini,sy bersyukur kerana bertemu dgn sahabat2 yang soleha dan mampu menjaga diri sy dr kanca ini.. Ya Allah, ko pelihara la diri kami.. bukan, sy tidak memiliki perasaan kepada mn kaum muslimin.. mungkin iya, tp,hakikatnya itu cuma mainan syaitan. dan sy yakin,.selagi belum saatnya tiba.. hati saya tidak akan membenarkan perasaan ini menguasai diri.. bagi kaum muslimin, yg mungkin pernah memikirkan tentang saya.. sy mohon maaf.. sy tak berniat untuk melukakan hati sesiapa...tp, sejujurnya..hati sy memang tidak ingin di isi dengan mn2 insan lagi..sy sngt suka hidup begini.. Mungkin, sebab hari ini,terlalu banyak agenda yg saya perlu fikirkan.. hari ini, sy perlu memikirkan keluarga sy.. bapa sy..yg sngt memerlukan sy.. dan semestinya agama saya..sy sngt perlu dalam agama. bnyak yang sy masih tidak tahu.. pendek kata... belum masa cinta dari seorang muslimin untuk hadir buat sy.. dan seandainya suatu hari nnt iya hadir.. hadirlah sebagai sesuatu yg halal buat saya. kerna, sy takut zuriat yg lahir adalah pada dasar yg tidak baik.. mungkin sy x mampu melahirkan seorang muslimin yn berani memegang panji islam ke medan perang...tp,sy sngt berharap agar zuriat sy nanti mampu menjadi pahlawan perang islam yg berani turun berjuang demi menegakkan islam.. amin ya Allah... peliharalah diri ini serta sahabat2 muslimah yg lain.. kerna muslimah lah yg bakal melahirkan pemimpin2 islam yg bakal menegakkan panji islam pada ms hadapan.. wahai wanita, jgn ko sngka tanggungjawabmu tidak ada.. tp, engkau adalh lambang seluruh ummah... peliharalah akhlakmu, agar engkau mampu melahirkan lagi ramai generasi yg berakhlak mulia.. iaitu akhlatul karim.. amin3 ya Allah... pimpin lah kami di jalanmu.. moga terpelihara dan istiqomah di jalanmu...bukan hany melayan rasa cinta yng lahir di hati, tp, memikirkan kecintaan kepadamu yg perlu digapai sebelum marai cinta insani...

Hakikat Persiapan Perkahwinan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Saya merasakan kita perlu wujudkan post mortem dengan apa kita lakukan dan apa yang berlaku di sekeliling kita. Namun, kita perlu mengelak dari menjadi kebiasaan diri kita yang selalunya mencari alasan untuk membenarkan cara, walhal kita perlu mencari kebenaran untuk mengetahui cara.

Di musim perkahwinan yang lalu, rata-rata seronok sekali berkenduri kendara dengan pelbagai tema dan mengharungi pelbagai rintangan dalam persiapan. Rata-rata majalah dan ceramah agama menyentuh aspek larangan dalam kebiasaan menganjurkan walimatulurus seperti pakaian, kelalaian masa, pertembungan antara budaya dan agama, dan pembaziran wang. Namun, aspek persiapan dicanang-canang seawal 3 hingga 4 bulan, sehingga dianjurkan Wedding Festival dan Pameran Kerja Kahwin.

Secara umumnya, kita melihat bahawa kaum hawa lebih fokus dan komited dalam melakukan persiapan perkahwinan, dari persiapan jemputan, ketibaan, hiburan, bersanding dan makan beradap serta fotografi. Di pihak lelaki, rata-rata kita menyaksikan lelaki lebih cenderung bersiap sedia menghadapi saat akad nikah. Terutamanya berkenaan soalan-soalan cepu emas.

Tidak terlepas pandang, dikalangan lelaki yang mempersiapkan diri untuk malam pertama. Baju bersanding, keadaan dewan, jemputan dan berbagai lagi kebiasaannya menjadi pak turut sahaja. Kerenah manusia, ada juga lelaki begitu cerewet berkenaan persediaan begitu, kadang lebih cerewet dari perempuan pula.

Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini, sekali pandang telah mula nampak kesedaran di kalangan bakal pengantin kerana ada mula membuat persiapan yang hakiki, persiapan untuk menjadi seorang pemimpin keluarga, pendidik keluarga dan seorang yang melengkapi imannya.

Begitulah perkahwinan yang mengubah dengan mengangkat martabat seseorang. Alangkah ruginya jika kita tiada kesedaran ini dan beranggapan bahawa perkahwinan adalah semata-mata untuk berumah tangga dan untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan.

Menyedari hakikat perkahwinan ini mengangkat martabat seseorang, maka persiapan perlu dibuat. Bagaikan kita akan ditabal menjadi seorang raja. Kita tidak mahu menjadi seorang raja yang bodoh dan dibonekakan. Oleh itu, ilmu itu perlu.

Bagi seorang lelaki, perlu dia mempelajari sebanyak mungkin ilmu agama terutamanya fiqh dan tasawuf. Tidak hanya ilmu itu berkaitan perkahwinan, ini kerana, dia akan menjadi ketua keluarga bagaikan kapten kapal yang akan mengarah arah tuju kemudi kapal. Seorang kapten kapal tidak hanya perlu tahu perihal kapalnya, tetapi juga berkenaan geografi, petunjuk bintang, lautan, pemakanan serta pertahanan.

Jika kamu pembaca ini adalah seorang wanita, mintalah dia bawa kamu atau dia menghadiri kuliah-kuliah agama atau kelas pengajian dewasa di masjid-masjid berdekatan. Insya-Allah dengan usaha yang sedikit, akan membawa keberkatan dan ilmu itu datang kepada kita tanpa kita duga.

Ilmu berumahtangga, terutamanya kaedah-kaedah menghadapi konflik juga penting. Perkahwinan akan menggabungkan 2 keluarga dan seorang suami itu mengetuai jalingan antara dua keluarga ini. Tidak semudah dijangka, konflik dalaman yakni di dalam rumah kita sendiri juga boleh berlaku. Memadai jika bersenang-senang membaca buku-buku motivasi dan hadir ke perbincangan mengenai isu ini.

Ilmu ekonomi rumahtangga antara yang penting dan memainkan peranan besar dalam mengemudi kapal perkahwinan. Sebagai seorang ketua, kita menetapkan bajet dan memastikan anak-anak dan isteri berada dalam keadaan terbaik dalam mencari hala tuju masa hadapan mereka. Buatlah bajet untuk perbelanjaan harian, perbelanjaan ke arah ibadah, zakat dan nafkah.

Ilmu terakhir adalah ilmu menghadapi masalah. Meskipun kita miliki ilmu berumahtangga, ekonomi dan agama sekalipun tetapi kita kurang arif dalam menghadapi masalah, kemungkinan besar kita akan terjerumus ke dalam permasalahan yang lebih besar. Sabar dan bertolak ansur serta menyiasat sebelum bertindak antara kaedah-kaedah dalam menghadapi masalah.

Suka saya menyingkap kata-kata Imam Al-Ghazali, "ilmu semata-mata tidak akan dapat menyelamatkan orang", yang bermaksud, ilmu yang disimpan tetapi tidak diguna pakai akan menjadi sia-sia. Dan orang yang tiada ilmu pula ibarat kapal yang terapung, selamat, tetapi tidak dikemudikan kemana-mana dan mengikut sahaja kemana air membawanya. Carilah ilmu yang bermanfaat.

Dahulunya kita mampu memperlajari ilmu-ilmu di universiti, melepasi segala peperiksaan dan menggenggam ijazah, tidak mustahil untuk kita mempelajari ilmu agama pula. Yang penting, langkah pertama! Mencari ilmu tidak kenal usia, apa dimalukan untuk belajar meskipun usia sudah lanjut, sedangkan doktor-doktor falsafah umurnya menjangkau 40-50an masih belajar mencari PhD?

Saya amat menyeru agar bakal-bakal suami, juga mereka begelar suami kini dan saya sendiri melukis langkah-langkah untuk menjadi suami yang baik dan pemimpin keluarga yang cemerlang dengan merangka langkah-langkah yang bijak. Terimalah hakikat bahawa persiapan perkahwinan bukan hanya persiapan majlis perkahwinan tetapi persiapan menghadapi seakhir hayat usia gelombang perkahwinan. Apa yang lebih penting adalah hari-hari selepas majlis perkahwinan. Sedangkan majlis perkahwinan hanyalah bertujuan mewar-warkan pernikahan yang telah sah untuk mengelak fitnah dan sekadar memori indah untuk kita kenang-kenangkan ketika cabaran mendatang.

Thursday, October 6, 2011

Aku.. dan PerjuanganKu..

Erm... xtw nak kt ap.. but, at least ad yang ak nak tulis untuk kali ne.. coz x selalu ak dpt peluang untuk mencoret.. Biar simple,asal terisi.. huhu... Semalam dan hari ne,,bnyk mengajarku sesuatu amali iaitu ujian perasaan.. Ujian ne, nmpk ringan tp berat.. rupa2nya, ak masih telalu bnyk kelemahan.. huhu.. sekarang ne,ak ad misi dan matlamat.. banyak benda yg ak perlu buat.. Ya Allah.. berikan ak kekuatan.. agar terus berjalan diatas landasanmu.. ak ingin menjadi seorg yang dekat dgnmu.. amin.. moga2 berjaya... 21 hari tanpa mu..ak mula terasa..tp,ak kuat..insyaAllah...ak xnak dilihat lemah oleh dirimu.. sbb ak yakin, di sn jauh lebih baik dr di cne..

Tuesday, September 27, 2011

Buat Yang di Cintai....

Sahabat... Ak ingin kita bersahabat, bukan kerana, suka2, mahupun keserasian, tapi, aku mahu kerana iman.. sahabat... ak ingin bimbingan, saling beringat dan berpesan-pesan, hanya kpd tuhan, yakni Allah s.w.t.. Sahabat... Ak ingin ikatan, bukan ikatan persaudaraan, tapi ikatan atas dasar keimanan.. Sahabat,,, sudikah kau menjadi sahabat, sahabat dunia dan akhirat.. ak setia berteman kerana ko, sahabat yang kukasihi kerana iman dan persaudaraan.. BUAT IbuKu TerCinta Mak,, Bukan niatku,mendahukukn teman.. cuma,tidak ingin kelihatn keterlaluan.. mak, tiada sesaat ak dpt melupakan mak, meskipun lagu cinta yg jiwang, semuanya seperti tertuju buat mak.. mak, ak selalu fikirkn mak, tp, ak yakin.. Allah pasti menjaga mak, jauh lebih baik dr km semua.. Mak, ak selalu rindu mak, ak yakin, mak juga merindui ak.. maafkn ak mak,, sbb tidak dpt bertny khabr mak.. ak hrp, doaku buat mak, smpi dan di makbulkan ole Allah s.w.t mak, banyak yg ak ingin ceritakn dgn mak, tp,ak x berdaya.. ak terlalu rindu mendgr suara mak, tp, ak tahu yg ak sdh tidak mampu untuk mndgrnya lg.. Mak, maafkan ak, kerna merindui mak.. tp, ak tak dpt memaksa diriku untuk menerima pemergian mak.. ak cuma mampu untuk redha dan hny masa yg menentuknnya.. Mak, ak nak mak tahu, yang ak selalu rindu mak.. sngt rindu mak.. sebab mak adalah buah hati ku.. yg mengajar ak rasa erti cinta... Mak, membuatku gundah, andai lama tak berbual dan bersua, ap yg mak pinta, ak usaha, ap yg mak kt, ak patuh.. dan bila hati mak terguris, ak rasa perit.. Mak.. ak Rindu mak... Ya Allah.. sampaikn rinduku buat mak, kerna kutahu, kau lg dekat dgnku, dan selalu mendengar rasa hati ku.. Ya Allah, ak kasih padamu, melebihi kasihku pada ibuku, bantu ak, menghadapi dugaanmu, agar imanku tidak menjadi rapuh.. Ya Allah, sayangilah ibuku, sebagaimana yg ak ketahui, engkau lah yg maha penyayang dan maha pengasihani.. Ya Allah,, Ak cintakn ibuku, maka kau cintailah ia, lebih dr rasa cintaku,, agar lega rasa hatiku, kerna kau,pasti menjaganya lebih baik drku.. Ya Allah, ak hanyalah hambamu, yg mengharap kasih drimu. ampunkan dosaku, kerna bnyak salah dan silapku.. amin ya Allah,,

Ujian adalah Tanda kasihnya Allah kepada Hambanya...

Ya Allah.. Bimbinglah keluargaku... agar dpt berhimpun di jannah firdausmu.. dan pimpinlah juaku.. agar terus bergerak di atas landasanmu.. jgn jadikan ak hamba kpd dunia dan nafsu yang tidk berlandaskn syariatmu.. amin ya Rabb.. Pimpimlah daku, dlm penghijrahan keranamu.. dan tutuplah pintu hatiki pada godaan dunia.. cinta insani... yang melalaikan hatiku kpd mu.. Ya Allah... tautkan ak pada kasihmu.. sebagaimana kasihmu pada rasul2mu, shbt2 baginda serta kasihmu pada ibuku tercinta.. Ya Allah, pimpinlah kami ke jalanmu.. amin...

Thursday, September 22, 2011

orang yang sangat ku cintai akhirnya pergi menghadap yang lagi Maha Mencintai..

Assalammualaikum... Niat sy hari ne nak tulis blog, bukan sesekali untuk dipamerkan.. namun, blog ini sudah menjadi tempat untuk saya menaip setiap sejarah yang telalu bermakna buat saya.. saya x mengharap ada yang membaca blog ini, kerna sy hanya sekadar hendak meluah.. Hari ne, saya nak cerita ap yg sebenrnya.. hari tu, sy fokus dgn assignment.. n bila da hntr.. terus fikirkn assigment selanjutnya.. baba tak kata ap.. dya call 2 kali pagi tu.. n dalam jam 3, sy call.. baba kt mama ok.. semalam, sy call lg.. hmpir setiap hari sy call. tp, sy dpt jwpn yg sama.. semua kt mak tidur.. tak cukup rehat.. dorang langsung x fhm perasaan sy yg sarat rindukn mak. lgpun sy x pernah x call mama lebih dr tiga hari.. n malam tu dah masuk hari ke 12... rasa macam nak meletup da perasaan ne.. sy marah adik n menangis sepuas2nya.. juga mlm sebelumnya.. bukannya ap.. tp, sy betul2 rindu mama.. coz, tym balik 1 minggu hari tu, sy full tym ad dekat mama.. mama da mcm bayi kecil yg sy jg dan belai.. ap yg sy tahu.. hny sayangnya sy pada mama.. suasana hari raya sprti sy x rasai.. tp, sy x kisah.. sbb sy bersyukur dpt jaga ma. pastu, sy memaksa gak nak ckp dgn mama.. tp, baba pula pg smbut telefon.. n bg nasihat.. dan baba kata mama ok.. sm mcm tym sy tgk hari tu.. jd, sy pun tak risau sngt.. tp, esoknya, tiba2 baba suruh balik.. sy kata,, nnt ja.. ad cuti 2 minggu.. lgpun dlm fikiran sy, baba cuma nak sy jg mama.. sbb smlm sy kt cam2.. tp, baba kt x sempat..kn hari tu gak.. tp, sy still tak fhm.. just, cpt2 ja la p stesen bas n bila tiket x da, sy p airport terus.. sy tetap ingt mama masih ok.. mungkin sbb sy masih tak snggup nak memikirkn kalo mama tinggalkn sy.. malam tym dkt airport pula, sy betul2 risau, tym tu baba call.. mulanya, sy x nak ckp dgn mama.. sbb tym tu suara tgh nangis.. sy takut mama risau.. tp, alhamdulillah dpt gak sy berckp.. kt baba, mama tak dpt ckp da.. tp, sy dgr mama cuba untuk menjwb dalam 3 atu 4 kali.. kata baba, tym tu.. ramai yg nangis, sebab dlm keadaan nazak, mama tetap berusaha tuk jwb panggilan sy.. selapas tu.. baba bisik dkt mama.. yg dya akan jg km semua.. alhamdulillah,, mama pun menghembuskan nafas terakhir dengan tenang.. kata baba, muka mama bersinar.. mcm pengantin.. mulutnya seperti tersenyum.. cuma beberapa titis air mata mengalir di matanya.. n. pada masa tu juga hujan renyai-renyai..dan lampu kecil dekat sebelah toilet bilik pecah.. org kata, syaitan tak berjaya menghasut ma. mudah-mudahanlah..amin.. dalam jam 10.30, sy pun sampai klia.. kawn2 dr kedah call.. drg menghiburkan sedikit hati sy tym tu.. tak sngk pula yg sebenarnya dorg da tahu yg mama da pergi tym tu.. seorg kawan karib sy pula mesej n kata takziah... cpt2 sy call baba..n tny ap khabar mama.. baba kata mama ok.. sy pun call kwn tu smula.. n tny dya tahu dr mn.. sy kt mak cuma sakit.. tp, sy x kisah sngt, sbb dya kt mungkin dya salah dengar.. kawan yg bgtw kat dya pun, sy marah,sbb ckp mcm tu..huhu.. malam tu, sy x mkn.. n penat sngt.. mata pun bengkak da kot.. nasib baek ad org arab yg tidur kat surau.. jd, adalah kwn sy tidur.. dalam jam 12 lebih atau 1 gitu.. tym tegh baring2.. ada yg bisik dekat sngt dgn telinga sy.. mcm suara baba.. dya kta banyk..tp, yg sy ingt cuma dya kt mama dah meninggal.. sy betul2 rasa mcm nak pengsan tym tu.. badan yg da lemah, terasa lagi sngt lemah.. tp, sy terfikir yg telefon x berbunyi.. n bila sy cek, tiada..sy rasa lega n x fikir sgt lg.. ap yg sy tahu.. rupa2nya sy belum bersedia andai mama pergi. malam tu memang x da tidur.. tp, alhamdulillah gak coz kawan karib sy Azie turut pg airport pagi tu, sbb neneknya jg meninggal mlm tu.. jam 12.. dan maha suci Allah, sbg sebaik2 perancang.. kami duduk bersebelahan di dalam kapal.. sejak dari pagi tu.. kami saling ingat dan mengingati.. iman yg cetek di top up sehabis baik.. sy berjanji pd diri untuk terima walau ap pun terjadi.. kerna sy yakin setiap ap yg berlaku adalah yg terbaik.. syukran buat ukhti yang sngt sy kasihi.. bila dah smpi airport kk.. hp sy mati.. jd, x dpt dihubungi oleh siapa2.. abg sepupu yg ambik kat airport.. sebelum 2 sy jumpa mak kawan sy td, sy ucp takziah dkt makcik.. tp, makcik tgk ja sy.. pndangn dya sngt sedih..tp, sy x faham.. sy pun x tny abg sepupu.. sy cuma fikir nak jumpa mak.. sbb terlalu ngantuk dan penat.. sy pun tidur. rasa mcm pejam mata n buka mata.. terlalu sekejap.. bila sy buka.. sy da smpi rumah.. n ad 2 khemah dan org yang ramai sngt.. pakcik n abg2 sepupu yg lain pun dah ad kat tepi kereta untuk smbut sy.. seriously, sy betul2 bingung.. dorang suruh bnykkn bersabar kuat kn semngat.. bila masuk kat pintu.. bapa saya teriak menangis.. then, sy baru terfikir yg mama da pergi ka?? tym tu..dlm fikiran sy cuma nak jumpa mama. Allahhu Akbar,,hanya dr Allah shj kekuatan yang hadir pada waktu itu.. melihat jenazah mama.. kaki sy jd jem.. dan terjatuh sebentar.. tp, sy kuatkn semangt tuk cium mama n tak habis2 berzikir mengingati Allah.. kerna sy tahu..yg sy perlu redha...sy nak mandi kn ma.. tp, pun x smpat.. Tym tu, sy sngt marah dkt baba,,sbb tak gtw.. tp, bila jumpa baba.. sy x dpt tahan lg esakan.. dan sy sedar yg sy perlu kuatkn semngt baba..sbb dya psti lg tertekan. bila fikir2 balik, mcm dlm drama.. km saling memberi smgt antara stu sm lain.. dan sy bersyukur, sbb dpt ikut mengangkat jenazah mak.. walaupun cuma sy seorg perempuan bersm2 dgn pakcik2.. pastu,, sy jg dpt memayungkn jenazah mak ke kubur.. mak di kubur depan rumah kami..sebelah masjid.. sngt seronok dpt lihat kuburan mak yg bersebelahn dgn masjid.. setiap hari dpt lawt mak.. Hari ne..sy sngt bersyukur.. sbb sy dpt berhubung dgn mak melalui bacaan yassin..sy harp sy istiqomah terhadapnya.. sy sngt kagum dgn ketabahan mama.. setiap keadaan sepanjang pengurusan jenazah mama..tiada yg buruk keluar dr mulut org..semua memuji.. Allah s.w.t sngt mengasihi mak.. sbb mak tak pernah lupa mengingati Allah sepanjang ia sakit.. sy ingin jd seperti mak.. dan sy gembira sebab pada hayatnya, mama sngt gembira dengan sy.. sy harap sy dpt jd anak yg solehah buat mama.. bgi sy mama tiada gantinya.. walau kerinduan ini tiada penghujungnya sy yakin Allah pasti menjaga mak lebih baik dr kami semua.. mama da lm menderita..dan sy bersyukur sebab menjadi teman dan tempat mama selalu bermuhasabah.. ya Allah..tempatkan lah ibu hamba dlm kalangan hamba-hamba mu yg beriman.. letakkan lah rohnya berada di dahan2 syurga bersama org mu'min yg lain.. amin.. Skrg ne.. mmg selalu sedih..tp, sy tetap kena kuat..sbb mama mesti sedih kalo tgk sy sedih.. coz mama dha redha..sy pun kena redha.. now.. hny baba shj yg akn jg km 5 beradik.. sy perlu selalu bersama baba.. sy syng baba sm seperti syng dgn mama..tp, smemestinya ma 3 kali lebih dr baba.. tp, baba juga adalah wira hati sy.. sy harap kami semua dpt menjaga baba..amin ya Rabb.. mudah2an dgn ujian sebegini..iman kami dpt ditingkatkn.. bersyukur kehadratmu kerana.. memberi ruang yg bnyk untuk mama bersedia menghadap mu... sesungguhnya engkaulah sebaik2 tempat untuk kembali... .......................................................................................................................................................................................................................... Walaupun mama da pergi..tp, sy selalu rasa mama ada dkt di hati.. mama adalah jantung hati sy..smpi bila2.. sy x kn dpt cr ganti kasih ma.. Semoga sy dpt menjadi ank yg soleha buat ma..untuk selalu mendoakn mak.. amin2 ya Rabbal Alamin...

Friday, September 9, 2011

Prinsip Hidup Ku

Aku..... Hari ini dan semalam tak pernah berubah.. Aku.. Hari ini dan semalam hanya yang itu Aku.. hari-hari kena tanya pasal prinsip hidupku.. bila assigment berada depan mataku.. dan hari-hari prinsipku seperti berubah di kertas itu.. tapi, tak bermaksud, prinsipku segoyah itu.. Prinsipku tegar dan keras, walau bibir berhujah seribu satu kali.. yang mampu menggugat hati.. aku tetap utuh berdiri.. kerna ku tahu rentak hati.. namun, prinsipku bisa menjadi selembut air, dari sekeras batu.. andai semuanya fakta dari wahyu illahi dan tepat dimindaku.. Ya, aku ego pada diriku.. terlalu sukar mengajak insan lain mengikutku.. aku lebih kepada penyelamat diriku.. tapi, aku ikhlas dalam nasihatku.. aku, terlalu sukar mengajak, kerana gusar diri ini sendiri tidak layak untuk diteladani.. Prinsipku sekeras batu, jua selembut air, usah ajakku kepada benda yang aku tidak gemari, kerana aku memang tidak sudi, Aku, insan yang ada turun naiknya, tapi, aku bukan mudah untuk dipengaruhi, Biar aku dimusuhi, asal aku berada pada tempat yang diredhai.. Namun, seperti hakikatnya itu semua hanya waktu dulu, kini, aku tak pernah tersisi, kawan sentiasa dekat di hati, mungkin sukar untukku bersendiri, tapi, tidak mustahil, andai suatu saat nanti aku di sisih.. dan, aku tegaskan, andai ak berada pada tempat yang ku rasa benar, ak akan terus teguh berdiri.. namun, sedarkan aku, andai silap ada padaku.. kerna ak, sedia berkongsi, itulah nilai yang ad pada diri.. aku impi, cinta kasih seperti yang dimiliki isteri para nabi, namun, jauh disudut hati, aku sangat tidak layak, walauku pinta beribu kali, kerna kuyakin, sikapku tidak sehebat wanita yang terpuji, meskipun sahabat muslimah yang ku lihat dihari ini. aku hanya insan biasa, kuat disaat iman memuncak, dan layu, disaat iman tidak bisa mengawal diri.. namun, aku masih wanita yang tidak pernah memberi kasih kepada insan yang sudi.. namun, aku masih tidak layak untuk dimiliki insan yang soleh, kerna aku masih tidak sesoleha yang diimpi para solehin.. namun, salahkah aku, untuk mengimpi dan berdoa di siang dan malam hari, agar dapat bertemu, insan yang mampu menegakkan yang bengkok dalam kehidupanku, kerna aku sangat merindui, dunia islamic yang dimiliki oleh insan yang terpilih dalam menyelami kehidupan baituluslim yang diredhai illahi..

Tuesday, August 23, 2011

Satu perjalanan, satu perjuangan..

Alhamdulillah, hari-hari yang dilalui dpt di jalani dengan tenang dan gembira. n hari ne, ak akn menjalani suatu perjalanan yang bakal bermula. ak hany insan biasa yang mampu untuk berkata-kata dilubuk hati. ad saatnya, terlalu sukar untuk dikongsi. Namun, ak sngt bersyukur krn hati dan diri ini masi mampu untuk melawan arus gejolak hati. Pelbagai kekhuatiran yang jauh bermain disudut hati. tp, terlalu sukar untuk dikatakan. Hanya doa dan harapan serta keyakinan kepada Allah sahaja yg mampu menenangkan rentak hati. ak sanggup mereda segalanya andai demi orang yang sangat ku cinta. inginku katakan, bahawa orang yg sangt ku cinta, sentiasa merasa kesakitan yg tak mampu untuk ak katakan. ak ingin pergi bersamanya, merasai derita. Tp, ak sendiri x pasti, andai ak mampu mnjadi sepertinya. Ya Allah, hanya mu tempatku bermohon.dan hanya engkau shj yg mengetahui ap yang terbaik buat hamba2 mu.. amin..

Saturday, August 13, 2011

Hari ini dan Selamanya...

Alhamdulillah........... semuanya berjalan lancar.. tiada word yang laen ak nak kata pada hari.. malainkan ak sayang mama n baba hari ini n selamanya.. ak sanggup meredah ap jua rintangan selepas ini demi korang.. percayalah..ak pasti boleh.. di hati ak, hanya ad korang. percaya la.. ak pasti pulang. doakan ak..ma,ba...

Tuesday, July 26, 2011

Tak Lama Lagi Ramadhan.......^_^

Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian di panjatkan kepada Alllah S.W.T, krn atas limpah kurnianya..dlm beberapa hari lagi kt akan melangkah ke bulan yg penuh barakah..
semoga bulan ini, sentiasa diisi dgn perkara bermanfaat untuk memperolehi pahala berganda. bulan ini lah yg mengangkat pahala umat di akhir zaman melebihi umat2 terhadulu. jadi,janganlah kita sekali-kali gagal memanfaatkannya. bulan penuh barakah, isilah setiap saat dgn kalimah tauhid serta taranum2 alunan kitab suci Al-Quran.

hiasilah bulan ini, dengan penuh berhikmah. Menjadi bulan amalan buat seluruh umat islam di setiap pelusuk dunia berlumba-lumba mengejar pahala. Serta,melatih diri untuk melawan nafsu halobah. Bulan Ramadhan satu tarbiah untuk kita terus menjaga amalan kita pada bulan-bulan lain.Agar,setiap tahun kita di dunia ini, sentiasa terpelihara pada jalan Ya Rabb.

Dalam bulan yang baik, terdapat satu malam, yang lebih baik daripada seribu bulan. Iaitu malam Lailatul Qadar. Malam yang penuh keberkatan serta keampunan. tempat pertama daripada 7 malam lain yg disebut sebagai malam yang berkat.Inilah malam, yang menjadi penantian bagi setiap org2 yang beriman.berlatihlah untuk bangun disepertiga malam mulai ketika ini, agar dapat bersiap sedia untuk bangkit dimalam yang lebih baik daripada seribu malam. InsyaAllah, kita semua diizinkan untuk bertemu dengan malam ini.

Ikhwan dan akhwat yang turut sama berjuang, jangan lupa jadikan bulan Ramadhan sebagai ladang amal dan dakwah. semogasetiap amal dan ma'ruf diangkat oleh para malaikat ke sisi Allah Azza Wa Jalla. sama-sama lah kita meraih dan menyambut bulan yang penuh barakah. salam mambruk ya akhi wa ukhti.Selamat beramal. salam imtihan.

Wednesday, June 29, 2011

Bicara Soal hati...

Assalammualaikum...
hari ne nak bicara sikit soal hati.. bukan nak kata reti, tp ad yg nak dikongsi..
sebenarnya kita selalu mengaitkan perasaan kita dengan hati.. bila kita seronok kita kata yg kita senang hati n bila kita sedih, kita kata hati kita terluka dan bila ad org ckp pasal kita, kita kecik hati la dan sakit hatilah..macam2 lagi la.. tp, syangnya kita tak tahu hati kita sebenarnya perlukan perhatian bukan memberi perhatian kpd kita semata-mata. Kita selalu memenatkan hati dgn pelbagai gejolak jiwa yg berpunca daripada diri kita sendiri.. sepatutnya, kepentingan hati dlm soal perasaan sudah cukup disedari oleh kita. Oleh itu, kita hendaklah selalu menjaganya. Bukankah Allah sendiri telah menyatakan kpd kt bahawa, hanya dengan mengingatinya hati kita akan menjadi tenteram. jika kita tidak mampu, Allah juga telah menurunkan ayat-ayatnya dalam kitab al-Quran untuk kita membaca dan memahaminya. sesungguhnya setiap titik-titik hitam yang ad pada hati kita, InsyaAllah dapat dibersihkan dgn membaca kitab suci tersbut.

Sahabat yang dikasihi kerana Allah, antara sakit hati yang zahir dan batin, yang mana satu kita pilih? contoh penyakit hati yg zahir, seperti cancer hati. Manakala, yg batin, seprti hati kita yg gersang dan rasanya tak tenteram la..erm.. secara realitinya, mesti yg zahir lebih jelaskan.. tp, cuba kita fikir, bila hati kita di jangkiti penyakit yg berbahaya seperti cancer, kita akan berusaha sedaya upaya untuk mengubatnya, kadangkala menjadi satu advantage kpd pesakit2 ini, krana mereka sekaligus dapat kesedaran untuk membersihkan hati nurani mereka sekali yg perlukan makanan rohani. BUT, bagaimana dgn orag yg memiliki penyakit hati yg tak nampak dr mata kita. Bukankah Allah telah menjelaskan bahawa hati kita boleh tumbuh titik2 hitam apabila kita melakukan dosa. Namun, setebal apakah titik2 hitam itu? adakah sudah menutup seluruh hati?? jika Ya.. mungkin iyanya sudah di tahap ke 4, yg sukar untuk diubati. Tp, perkara inilah yg kita tidak dpt lihat. Sayangkan?? cuba kita fikir sejenak, berapa bnyk da dosa yg telah kita buat.. then, letak setompok dakwat hitam dkt sehelai kertas mengikut seberapa jumlah dosa yg kita rasa kita telah lakukan. Mungkin, bru kita tahu, bahawa hati kita sebenarnya sedang sakit.
kawan-kawan, bila kita rasa hati kt tak tenang, mungkin sebab diri kita sendiri,walau sekalipun bukan kita, tp, kita tetap boleh tenangkan hati kita bukan? erm.. cuma kita lihat peribadi Rasulullah s.a.w, baginda merupakan pesuruh Allah yang ujian yang dihadapinya lebih besar daripada kita, namun baginda juga merupak hamba Allah yang paling tenteram jiwanya. sesiapa yg dapat melihat wajahnya, pasti akan berasa tenang kerana ketenangan dan sinar pada wajahnya yg memancar daripada hatinya yg bersih. Hal ini, semestinya kerana dihati baginda hanya ada Allah S.W.T.. sebagaimana yg di firman kn Allah, hanya dgn mengingatinya hati menjadi tenteram.. kawan2.. jom muhasabah diri.. kita perlu bersyukur atas nikmat sihat namun kita juga jangan menjadi khilaf sehingga buta dgn nikmat yg diberi semata-mata. Kadang2 nikmat sihat juga merupakan ujian buat kita. Maka, beruntung lah orang yang merasa dirinya diuji terutama apabila ditimpa sakit yg merbahaya. sesungguhnya, sakit itu adalah ujian dan boleh mengikis dosa2 kecil. Oleh itu, sebagai hamba Allah dimuka bumi ini, seharusnya walau bagaimana sekalipun ujian yg melanda diri kita, selalulah kita berprasangka baik terhadap Allah, kerana pasti tidak ada perkataan sengaja dalam setiap takdirnya dan pasti setiapnya memberi satu hikmah yang baik buat kehidupan kita. Sesungguhnya Allah itu lg maha penyayang dan maha pengasihani..

Thursday, May 26, 2011

AkhiR nYa... Sem 2 Dah Pun berLalu..

Bismillahirrohmanirrohim...

Alhamdulillah..tinggi-tinggi pujian buat Allah S.W.T yg maha esa..
akhirnya tamat juga perjuangan sem2.. mcm buat penghargaan plak..hehe.. tp, cam x sngk kan sekejap ja da tamat satu sem.. tak lm g,, masuk sem 3.. wah3..semakin besar ak nmpk..hehe.. erm.. jom cite2 pasal sem ne. pd awalnya..sy rasa sem ne lngsung tdk mmbuatkn sy tertekan.. especially sbb pnsyrh dya kebnyakan tak berubah jd, x la tertekan sngt nak masuk kelas..

then, assigment pun tak terasa sngt.. haha.. x tw la knp.. then, mcm x caya je..yg sy pernah sm2 group fairy math.. pian yg dilihat serius, azmi yg agk matang.. zawawi yg agk serius.. erm sume la..haha.. kecuali naqi yg agak ngada2..haha.. rupa2nya suma ok n baik..hehe.. pastu sem ne.. dpt knl kak na.. hepy la ad family angkat kat kedah.. kt dah seronok da dpt spend weekend kat rumah kak na.. tp, x tw knp.. dorg naqi n de geng skali join jd ank angkt..haha.. asyik2 tgk muka dorg.. waktu pagi,kat kelas, waktu malam, kat masjid n tym p langkawi pun ad muka dorg..haha.. mmng tak bg peluang lngsung tuk kt knl org lain.. asyik muka dorg ja.. tp, ok la.. skurg2nya dgn drng tak de la perasaan..haha..

pastu,,sem ne..kt belajar bnyak yg baru..kita hepy.. soal agama paling penting.. walaupun sukar tuk mengubah diri, tp sekurang-kurangnya kita berusaha.. ukhuwah pada sem ini sngat baik.. sy dpt berkawan dg ramai shbt baru dr kos yg berlainan.. dgn jiran2 dan shbt2 roomate sy.. rasanya ukhuwah itulah yg paling indah.. bila berada di jauhan rasanya shbt la insan yg pnting dan bermakna buat kita.. betulkan??

sy jg nak ucp terima kasih kat kwn2 yg sudi nak berkawan dgn sy.. n mohon jika ad salah dan silap.. sy tahu,, sy tak lari dr buat salah.. kpd kwn2 kelas terutama.. korang mmng the best la.. kat ena yg selalu tmankn sy.. dan pendgr yg baik.. E'a.. roomate ku yg terbaik.. agie, bnyk mendidik, ana n zat..juga michel..sayang la korang.. sumalah klassmate..koo yg ajar math..rita lawat sy kat bilik..haha.. bnyk sngt bila di ingat.. harap ukhuwah kita bertambah2 slpas ne..amin..

exam pun dah berlalu.. mmng mantap lah soalannya.. balik ipda nnt ..dgn dup dap... tp, insyaAllah kt dah berusaha.. moga Allah berikan ap yg terbaik buat kita.. sem ne.. sng bermkna buat sy.. sbb hasrat sy tuk jumpa ustaz kazim akhirnya tercapai.. 3 kali tuk sem ne.. syukur sngt2.. then, sy jg dpt jln2 kat langkawi bersama kwn2. alhamdulillah sbb kak na sekeluarga berbaik hati untuk mmbawa km.. semoga sem depan menjadi lebih baik dan moga dipermudahkan lg sgl urusan..amin.. kawan2..hepy holiday..^_^

Monday, May 16, 2011

AnTaRa ExaM dan BaLik RumaH??

Assalammualaikum penghuni blog......
hari ne nak pos tntng ap yg ku fikirkan... skrg adalah minggu exam bagi pljar maktab.
dan aku begitu tak sabar nak mnghadapi peperiksaan.. adakah sebab terlalu bersedIA??
haha..jawapannya tIdak.. tp.. ak sedang melihat sesuatu yg jauh di hadapan.. iaITU..

Ohhh..Balik Kampung.. hahaha.. nampaknya kali ni ak betul2 rindu.. rasa tak sabar sngat nak balik rumah.. yer la kat kn.. first tyme duk jauh 5 bulan tak balik.. mestilah camtu.. dulu.. 1 bulan pun kalo boleh nak balik stiap minggu..skrg ne.. Airoplane.. betul2 memisahkan..huhu..
sepatutnya ku salahkan laut..haha.. kesian kapal sebagai peghubung... ish3..tak baeknya ak.. menyalahkan ciptaan Tuhan..think positif la.. ini lah ujian anak muda.. hoho.. berlagak mcm anak muda yg berwawasan..haha.. per la..

tp, ap2 pun..ak memang sangat2 hepy n tak sabar.. smpai tak tahu nak pakai ap.. tuk jumpa dorang.. muka ne..kalo bole.. nak yg terbaik..tak nak gelap sngat..badan tak yah kurus sngt.. n.. nak yg terbaik la..haha.. baru ak dpt rasa perasaan org yang bercinta kot. haha.. nak jumpa org tercinta..rasa macam semua nak perfect.. Yes..rupa2nya ak begitu cinta akan familyku.. hoho.. wait for me..SABAH... ko Gunung Kinabalu.. sudah sekian lama aku tidak melihatmu... nnt ak nak lihat kamu... RINDUNYA AKU..

tadidah exam bi.. ap yg ak tahu.. ak da jawab.. dan ak da usaha..so.. ak pulangkan semuanya kpd yg maha esa... hehe.. slps ne bm.. rmi org takut.. tp,, rasanya ak sngt bersemangat ne.. hoho.. sebabnya sudahpun ku jelaskan..haha.. Ak tak tw nak kata ap.. ak takut ja kalo ada aral melintang sebab terlalu hepy ne.. hrp x de pa2 la kan.. smg semua berjalan lancar.. aih.. kalo ikut hati..tak larat ak nak tunggu 28 hb tu.. tp, x pa.. sobarul minal iman.. sabar mun!!

ahaa... sempena hari guru ne gak ad cerita lawak..haha.. ak tak sngk ad org nak wish ak slmt hari guru.. haha.. ak lupa yg ak bkl cikgu.. ish2 ap la ak ne..ketara sngt x da jiwa cgu.. jam 12.07 pula tu... (Allah Maha Besar..) lagu Opich..mesejku berbunyi.. erm.. someone mesej..haha.. ak dah wish cgu ak pagi td kat fb.. sbb tgk bnyk post hari guru.. so,, ak ingat org yg mesej ak tu da terlewat lah.haha.. dgn selamba ku katakan.. da 17hb da.. dgn nada agak kecwa..hoho.. rupanya.. aku tlh memalukan diriku..huu.. ap2 pun ak sngt bertrm kasih atas ingatan yg tulus..walaupun ak tak pernah ajar org tu..haha.. org tu special taw..:D

ak ingat.. ari ne..ak bahagia.. then.. ak sdg menunggu jus manggis Xango..untuk menjadi pengiringku balik nanti..hehe.. ne hadiah terbesar buat ibu ku yang tercinta.. lastly.. TUNGGULAH kePulanGanKu.. AnakMu Yg baik PUnya..hehe..amin3..

Monday, April 25, 2011

Andai Benar aku Mencintaimu..aku akan terus Mencintai mu..

Ya Allah,
yang maha atas segalanya..
dan engkaulah sahaja yang berhak menzalimi hamba,,
mengingatkan diri ini, setiap detik dan saat..
dan hanya padamu lah jua, kami memohon taubat,,
Perkenankan lah Ya Allah..
dikala hati ini merasa gersang..
kau campakkanlah hidayah ke dalamnya..
Agar ia tidak terus alpha dan lalai diarus dunia..

Ya Allah,
berdepan denganmu,menggusarkan hatiku..
berdetak hatiku, getar menghadapmu..
Namun, andai hatiku mula dinoda titik hitam..
aku seperti orang yang khayal berdepan denganmu..
tulus, tiada getar dari jiwaku..
Jauhnya aku darimu, hingga sukar untuk menangis keranamu..

Ya Allah,
tariklah aku,untuk kembali ke jalanmu..
jalan yang lurus menuju syurgamu..
pimpinlah aku agar mengikut ajaran rasulmu..
Untukku selamat dan mati dijalanmu..
barulah tenang jiwaku..

Ya Allah,
kulayarkan doaku, semata-mata hanya keranamu,
biarku sedar, betapa daifnya aku,
kerana aku sedang mengejar,
pandangan darimu.. hanya darimu..
Allah Azza Wa Jalla..
( nukilan m.m)

Wednesday, April 6, 2011

Tetapkan hatiku...

sebenernya tak tw nak kata ap..tp, x best la kalo blog ne..terus sunyi sepi dan akhirnya mati layu..hehe.. erm.. terbaru tentang diri ini... ialah... deng2..hehe.. mcm la artist.. tp, sy hamba Allah.. terasa sedikit jauh dari pencipta..adakah saya mula lalai..huhu.. mesti sebab saya sudah khusyuk dengan benda duniawi.. Allahuakhbar.. apa la nak jadi dgn diri ini.. Ya Allah.. huhu.. ko tetapkanlah hati ini di bawah landasanmu.. ketika berbisiknya sesuatu yang tidak baik ini..ko bisikkan lah satu kesedaran yang pasti tidak semua orang engkau berikan.. Ya Allah...
erm.. sebenarnya rasa rindu sngt nak balik rumah.. duit untuk bulan ne..nak simpan untuk bw balik rumah nnt.. baru boleh tolng belanja adik2.. rindu sangat..tu yng tak nak study jauh2.. sy rasa sy la yg paling jrng balik rumah..huhu.. nnt.. bila dah kerja..sy nak dekat rumah ja..so.. dpt la selalu lwt ma dan baba.. kahwin dgn org sabah.. br senang.. tp, tu la..study jauh2..takut tertarik pula dgn org jauh..huhu.. bukannya ap.. tp, lelaki tempatnya adalah dengan ibunya.. jd, x boleh la ikut isteri.. mengelak dripada sy pula yg terpaksa meninggalkan atw pun berjauhan dgn keluarga sy.. sy kena lah tutup mata sy dr pd terpikat dgn org sini..haha... x pe la..demi mama dan baba.. sebagai seorang anak..itu sahaja yg sy mampu.. sy terlalu sayangkan korang.. selagi sayang ini belum berbelah bagi dgn mn2 insan.. inilah masanya untuk sy tekadkan hati yang hampir tergugat.. spy mengingat kembali bahawa sy tidak harus jatuh hati dgn insan itu..huhu.. sesungguhnya Allah itu maha pendengar.. sy nak melabuhkan cinta yang tidak pernah dimiliki oleh sesiapa ini kepasa seorang insan yang merupakan pilihan ayah sy sendiri..sy nak ayah sy mengambil haknya untuk mencari pasangan hidup sy nnt.. walaupun agak sedih.. tp,saya kena akur.. kerana sy yakin ini semua adalah janji Allah . sesunguhnya Allah sendiri telah memberi kepercayaan tersebut kepada seorang ayah.. apakan lg sy sebagai seorang anak.. sy nak memberikan hadiah besar ini kepada ayah saya.. agar dia berasa lebih bermakna di hati saya.. sebagai seorang anak yang measih di bawah jagaannya.. saya harap ap yg sy nyatakan pada kali ini.. tidak akan terpadam..oleh itu, saya akan terus sentiasa beringat.. Ya Allah..ko pelihara la..mata, hati ini.. dr bisikan syaitan musuh yang nyata..

Friday, March 18, 2011

Dua hari lagi...!!!

bismillah... erm... nak buat mcm diari da ne..hehe.. setelah ditilik-tilik, rasa yakin lar blog ne memang x da org yg jenguk pun..haha.. oleh itu.. sy nak menyatakan perasaan dihati ini.. ini adalah hari-hari akhir sebelum menjejak usia 19 tahun.. huhu..tak menggembira kan sangat pun.. takut adalah.. semakin besar ujian yang datang pun pasti semakin besar. huhu.. sekarang ne pun da mcm2 ujian.. itupun rasa tak berdaya.. huhu.. Ya Allah apalah nak jadi.. erm.. jom ingat balik ketika usia diambang 18 tahun..hehe..
nak main point br boleh nampak ngan jelas kn3..hehe.
1. dapat result SPm.. agak gempak..hehe.. konfeden dpt matrik.hehe
2. x dpt twaran masuk matrik.. nangis lm.. huhu.. tulis surat dkt kwn2..
3. dpt asasi sains.. hepy lar juga... cita-cita tercapai.. tp, x da kwan.huhu
4. kenal dgn 4S...hehe
5. masuk maktab... ok la juga..hehe
6. erm..ta la..ap lg yg best sngt..
7. dan yang paling sedih.. ialah pemergian abg.huhu
ne ja la kot.. x bnyk sngt yg boleh cita.. 4S tu bukan ap.. itu lah org2 yg agak sukar dilupakan.huhu.. erm.. baru ingat.. jumpa ustaz kazim.. hehe.. best.. ap lagi ar.. erm.. itu ja la.. tentang family.. biasa lah.. itu.. keep as my secret..

harapan untuk usia 19 tahun..
1. banyak sangat.. ta la.. yg penting semuanya asal bermanfaat.. moga diri sentiasa terpelihara.. dan tidak teruji dengan sesuatu yng luar kemampuan.. kerana takut jatuh..huhu.. ok la.. buruk sngt ap yg sy tulis ne.. da x ikut format da.. wassalam..

Wednesday, March 16, 2011

he becomes a part of my family.. but he had gone...

seseorang yang pernah hadir dalam kamus hidup keluargaku
kini telah pergi menyamput panggilan illahi
kerap hati berasa sedih, kerana dia adalah umpama abang sulungku..
perginya pasti tidak kembali.. ayahku pasti bersendiri..
dulu aku sakit.. dia pasti hadir.. membeli ubat meski terlalu penat..
jam 3 pagi sekalipun dia pasti hadir untuk membantu ayah ku sakit..
kini.. kehilangannya pasti terasa.. setiap kali aku balik dari asrama atau sekolah.. pasti dialah yang menemani ayahku.. nanti tym balik sabah.. dia pasti tidak ada untuk menyambutku..
dia selalu memberi nasihat kepadaku.. untuk belajar bersungguh-sungguh.. x sangka rupa-rupanya itulah ayat terakhir yang pernah aku dengar dari mulutnya untuk ku..
aku tidak pernah menunjukkan sayangku kepadanya.. namun itulah hakikat.. he becomes a part of my family.. sedih tidak terbilang saat mendengar khabar pemergiannya.. moga Allah meletakkannya dikalangan hamba-hambanya yang beriman.. kepada arwah abg jamil.. moga Allah menrahmatimu.. kerana sayangnya padamu.. engkau dijemput untuk berjumpa dengan.. sejak aku darjah 4.. abglah yang banyak membantu hantar pergi sekolah.. sehinggalah aku kat asrama.. dan tym aku sambung study kat selangor.. abg juga yang tolong hantarkan..terlalu dekat abg dgn kami.. sy yakin kelima-lima kami adik beradik pasti merindui abg. sy sedih sebab tidak dapat hadir dlm majlis pengebumian abg.. tp, sy yakin pada saat abg dikebumikan bacaan yasin yang sy sedekahkan pada saat itu pasti tersampai.. saat air mata tidak dapat dikawal dari mengalir.. saya tahu yang abg juga sentiasa ingat kami.. bila baba minta sy bercakap dgn abg di hp hari tu.. sy mula risau dan berkira-kira untuk balik.. tp,apakan daya..tiket terlalu mahal pd saat itu.. ap yg saya mampu hanyalah mengirimkan doa dr jauh... terakhir dr sy.. sy syng abg.. as our family.. km pasti tidak akan lupakan abg dan sentiasa mendokan kesejahteraan abg di sana.

Friday, February 18, 2011

Cuti ku bermakna...

Alhamdulillah.. atas takdir Allah saya dan rakan-rakan sekelas yang lain dipertemukan dengan seorang insan yang berhati mulia.. insan tersebut saya panggil kak Salina.
kak Salina pada awalnya mengenali kami ketika satu program berselawat di dataran darulaman. pada masa itu dia sudi nak menghantar kami kat IPDA. selepas itu dia jemput kami ke rumahnya. kami di diraikan dengan makanan yang enak-enak dari yaman. kami juga di bawa ke kebun itik dan ayam.. rasa seronok buat kali pertama. dia ada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki.. kedua-duanya masih kecil. anak perempuannya yang baru darjah 3 begitu manja dengan kami. itu yang membuatkan saya selesa untuk duduk di rumah itu. disamping kak Salina yang begitu baik hati. dirumahnya ada bilik bacaan yang penuh buku agama. saya suka bilik itu dan berharap agar dapat menelaah buku-buku tersebut. semalam saya dan rakan-rakan datang sekali lagi ke rumahnya.. Alhamdulillah kami dapat menyelesaikan satu tugasan pada waktu pagi, dan berjalan ke tasik pada waktu petang dan merasa makanan cina pada waktu malam. tanpa dijangka-jangka kami bermalam di rumahnya. kami balik asrama pagi tadi. say doakan kak Salina sekeluarga murah rezeki. dia telah banyak memberi benda kepada kami seperti makanan, pakaian dan kasih sayang yang terlalu berharga buat kami.

Thursday, February 10, 2011

Buat Mama dan Baba yang tersayang.......

daripada anakmu yang tercinta..
inginku layarkan surat ini dikala hati begitu merindui kalian berdua,
setiap masa hati ini merindui kalian,
berfikir tentang bagaimana penat dan tabahnya kalian disana..
hati ini selalu khuathir akan kalian,
terlalu sarat merindui kalian,,
tidak terungkap rasa hati ini, bila melihat dan mendengar perkhabaran kalian yang begitu sabar dan tabah mengahadapi dugaan..
mama yang tak habis diuji dan baba yang sentiasa bersabar..
tapi bukan itu yang ku banggakan sangat, namun ada yang lebih dari itu,,
nak tahu ap?
keimanan korang.. betapa bersemangat nya mama dan baba mendekatkan diri dengan tuhan.. tak tercakap hati ini kerana rasa begitu terharu dan bangga dengan mama dan baba..
ma, ba,, saya sangat sayang korang, saya sangat berharap kalau kita sekeluarga bersama-sama bertemu di syurga nanti.. saya nak kita bahagia di sana.
tanpa korang saya pasti tak berjaya dimuka bumi ne.. ma..ba.. i want to share my love with u to others.. sebab sy terlalu kasih akan kalian.. i love u so much.. sy sangat berterima kasih dengan tuhan kerana dikurniakan orang tua seperti korang.. semoga mama cepat sembuh dan baba sentiasa sihat.. sama2 lah kita berjuang.. kasih Allah semoga sentiasa bersama kita.. last but not less.. i love u ma,ma,ma, ba....

Friday, February 4, 2011

Buat Sahabat tercinta....

TeMan ku….
Indahnya berkenalan dengan mu..
Mencipta kasih yang penuh onak dan duri..
Berteleku di sejadah nur kasih..
Mengingatkan diri tentang cinta sejati..
Sahabat ku..
Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq
Persahabatan dijalin kerana al-Khaliq
Harta dikorban bukan sedikit
Cintakan kebenaran sanggup bersakit..
Sahabat..
Ketahuilah, indahnya persahabatan ini andai disusuri dengan iman
Berpegang dan bergerak atas satu matlamat yang sama
Atas panji agama ISLAM yang mulia
Ukhuwahfillah menjadi qudratul hasanah
Wahai sahabatku..
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituangkan air,
Molekul udara memenuhuinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan nya..barulah hati kita tenang bahagia..

Friday, January 28, 2011

Seloka : Cinta Di Mata Remaja | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Seloka : Cinta Di Mata Remaja | iluvislam.com + discover the beauty of islam

CiNtA terLARANG......



1. Kami tidak berzina!
- Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menhampiri zina.

2. Kami hanya bebual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum.. adakah menhampiri zina ?
- Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan.

3. Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat kearah itu ….
- Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengenai sasaran. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan dengan Adam dan Hawa ? Iblis amat licik. Pengalaman banyak, Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah: Jangan engakau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan ( H Tabrani ). Syaitan akan menghembuskan nafas berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

4. Tidak semstinya semua orang bercinta menjurus kepada perzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja dan tak pernah bersua pun!!
- Betul! Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis, akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya??

5. Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke ?takkan sms pun tak boleh?
- Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinnyatakan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya berjalan (menuju ke tempat dating) . Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman ( hari Muslim dan Abu Daud) Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada perzinaan.Sms ialah satu jalan halus yang digunakan syaitan untuk menyesatkan anak adam tanpa disedari.

6. Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
-Berdiskusi pelajaran, betul ke ? jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba- hambaNYA. Kita belajar nak cari keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun,kalau tidak di berkati oleh Allah,kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan di tulis oleh malaikat Raqib dan Atid?

7. Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni “ study group”
- Study Group..? Nampak lain macam sahaja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua saja. Kalau ya pun, carilah study group yang ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni..betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu dihabiskan dengan fantasi cinta!

8. Tidaklah, sungguh berbincang pelajaran.
-Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia yang ada nafsu.

9. Kami sama-sama belajar,study group, saling memberi semangat dan motivasi..
- Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat,banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan,tidak terganggu,dapat berkat dan rahmat pula.

10. takkan tak ada ruang langsung dalam ISLAM untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
- Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri ini tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya. Islam bukan dating membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak akan melakukan perkara yang dilakukan oleh paderi dan sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu dating tanpa dinudang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jagan jadi malaikat! Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan seisinya akan hambar tanpa naluri/ nafsu.

11. Tentu ada cinta secara Islam.
- Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku stelah ijab dan qabul; Cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan kudus. Cinta bermaruah,bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa “sesuatu” yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W : “ Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. ( hari Ibni Majah).Cinta adalah maruah manusia, Ia terlalu mulia.

12. Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan?
-Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan terusik. Kemudian perasaan dilayan,kemudian teringat, rindu. Kemudian di atur pertemuan, kemudian duduk berdua-duaan, kemudian mencari tempat sunyi sedikit, kemudian berbual sehingga malam gelap. Hubungan semakin akrab, dah pegang tangan, duduk semakin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam… Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan?
Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yang telah melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun.

13. Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji..
-Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauihi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang

14. Jadi manusia itu tak tahan di uji??
-Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak akan tahan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan Satu peristiwa untuk iktibar bagi manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh dimakan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan Nya, manusia tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok khuldi itu . Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi tersebut. Tetapi Allah tahu sifat kelemahan Adam dan Hawa. Jika mereka menghampiri tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina, di tegah berzina. Maka,jalan kerah penzinaan itu juga di larang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan,kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar dari pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

15. Tetapi cinta selepas kahwin banyak maslah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan untuk berkahwin.
-Bolehkah kita percaya dengan perwtakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai2 lagi. Masa cinta adalah lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk aka nada yang pujuk. Banyak orang dah kecewa kerna tertipu dengan kepribadian semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza, macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang,penyabar. Tapi bila dah kahwin,lewat lima minit dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah sesuatu kepuraaan atau hipokrit.

16. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.
-Bagaimana di harap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hamba NYA yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapai keredhaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan berumahtangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tetntu prosesnya bukan bercinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapatkan keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung,bagaimana kesudahannya??

17. Tanya sedikit..adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke ? ganti bercinta…
- Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru,kulitnya Nampak berlainan,tetapi isinya tetap sama. Adik angkat,kakak angkat, abang angkat adalah satu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya ‘angkat’ ini sebenarnya telah masuk kedalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk di korbankan. Namakan apa sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan ke akhirnya akan bertemu dengan zina.

18. Jadi, seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
- mengukur maruah diri bukan dengan ditentukan oleh manusia, tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk cinta akan menyatakan oaring yang sedang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga dirinya, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci itu. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah di tentukan oleh Allah.

19. Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
- Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah menggadai maruahnya kerana mereka mengahmpiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman: “ Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik. Dan peremoaun yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman” ( Surah An Nur:3) Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuia untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah ianya satu penghinaan Tuhan ??

20. Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
- Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

21. Kami telahpun berjanji sehidup semati…
-Apa ada pada janji setia cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang.

22. Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab..
- Tahukah hati budi lelaki:? Sejahat mana lelaki apabila mengambil wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok, suka berfoya-foya, lelaki biasanya memilih perempuan murahan kerana itu suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

23. Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
- tentu, mana ada lelaki yang normal suka pada barang “second hand” sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka akan menggambarkan perempaun seperti kereta yang diletakkan di show room sahaja; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula kata; sekadar sepinggan mee goring dan sgelas sirap, bawalah kehulu-hilir. Sedihkan?? Itulah hakikatnya..

24. Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini ?
- Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti,mereka ada pasangannya. Firman Allah:
“Dan orang2 lelaki yang memelihara kehormatannya serta perempaun yang memelihara kehormatannya. Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. ( Al- Ahzab: 35)

25. Bagaimana kami ?
- Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon kemapunan dari Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha NYA.

26. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha?
- Taubat yang murni, taubat yang sebenar-benarnya, taubat yang memenuhi 3 syarat:
a) Tinggalkanlah perbuatan maksiat. Putusakanlah hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
b) Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
c) Berazam. Bertekad didalam hati tidak bercinta lagi dengan sesiapa yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah slepas ijab qabul.

Ya Allah, hambamu telah tersesat jalan, ampunilah dosa-dosa hamba Mu ini. Sesungguhnya engkau maha pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkanlah diriku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan ahklak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih saying. Mengapa ku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan,hamba Mu berdosa.

Kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh tidak kemana!!