Thursday, January 22, 2015

Pelangi Ku...Puas Ku cari

Assalamualaikum Dear ;)

My dearest blog.. how hard to explain every moment i spent with my beautiful family, friends and everyone whose enter my llife. They comes to me with some lesson for me to keep as long as i can breath in this world.. There kindness make me feel that Allah is always protect and love me always.. Just me the one..who is not appreciate it enough..huhu..

Ok.. untuk hari ini..cukuplah speaking takat tu ya.hehe..
Hari ini minggu ke 2 di IPG sebagai semester 7.. hari2 di sini..semakin ingin di hargai..dan yang merisaukan ialah tajuk AR yang belum ditemui.. :( Di mana kah untuk ku mendapatkan ilham mencari mu wahai tajuk AR ku...

Ok.. AR merupakan kajian Tindakan yang wajib dilaksanakan oleh pelajar tahun akhir ijazah.. Tajuk AR kenalah berbeza dengan orang lain.. Tajuk AR kena lah berkaitan dengan kemahiran dalam matematik.. Orait.. anda ada idea? how about u my dear?? hehe.. ok.. kalo jumpa.. jangan lupa habaq na.. sekaligus anda menjadi pelangiku.. hehe...

Ok la.. semakin tua ne..makin malas pula maw menaip..hehe..
selamat malam. :D

Saturday, January 17, 2015

ISTERI KONTRAK 2


Awan yang mendung seperti mengerti bicara hati Ana di sebalik tabir bilik pengantin yang indah terhias. Sayangnya, keindahan itu tidak mampu menghiburkan hati Ana yang seakan—akan dirobek Sang Singa yang kelaparan. Bagi Ana, menjadi seorang isteri dalam usia muda bukanlah sesuatu yang pernah diimpi-impikannya sebelum ini. Tambahan pula, Putera idaman yang menjadi peneman hidupnya kini bukanlah orang yang benar-benar Ana cintai.

“Assalamualaikum, boleh saya masuk?”, Suara garau Tengku Aizat benar-benar mengejutkan Ana dari lamunannya. Ana hanya mampu mengangguk tanda mengizinkan. Pertama kali Ana bertentang mata dengan Tengku Aizat. Setiap kali mereka bertentang mata, Tengku Aizat akan menghulurkan senyuman nipis yang membuatkan Ana jadi serba salah. Seperti disambar kilat, Ana hanya kaku berdiri tanpa sebutir bicara dan hanya melihat kelibat Tengku Aizat yang kelihatan kehulu kehilir mengemas pakaian dan persiapan untuk mandi. Terlalu janggal bagi Ana tinggal sebilik dengan seorang lelaki yang tidak dikenali, meski hakikatnya lelaki itu sudah bergelar suami.

Suasana hari perkahwinan masih terasa, memandangkan masih ramai sanak saudara yang berkunjung dan mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru, tidak kurang juga yang mendoakan kebahagiaan rumahtangga yang terbina.           “ Ana, rumahtangga ini satu anugerah yang Allah berikan kepada hamba Nya. Selain kebahagiaan, yang paling utama ialah tanggungjawab. Sebagai seorang isteri, makcik mendoakan Ana menjadi seorang isteri yang solehah dan taat kepada suami ya”, pesanan Makcik Zaleha menyentuh hati lembut Ana sebagai seorang wanita. Namun, jauh didasar hati, Ana tidak yakin mampu menjadi seorang isteri yang solehah dan taat. Mampukah aku???

Malam semakin beransur pergi, orang ramai juga beransur balik ke rumah masing-masing dan orang rumah pula, hampir kesemuanya sudah terbaring kepenatan. Aku pula, hanya mampu memandang katil yang cukup indah dan empuk. Bukan tidak ingin melepaskan keletihan di atasnya, tetapi memikirkan ada orang kedua yang turut berkongsi katil yang sama membuatkan hajat untuk baring terpaksa dikawal. Melihat Tengku Aizat masuk ke bilik, Ana memberanikan diri dengan menukar panggilan Abang sebagai tanda hormat dan taat seorang isteri. Walaupun Ana sendiri tidak yakin akan itu. “ Abang, Ana hendak tidur di lantai sahaja malam ini ya”.

Tengku Aizat yang masih berdiri di muka pintu, terkebil-kebil melihat  Ana. Bukan sebab permintaannya untuk tidur di atas lantai, tetapi disebabkan panggilan yang baru sahaja bertukar. Tengku Aizat hanya berlalu masuk ke tandas dan membiarkan Ana pula yang terkebil menantikan jawapan. “ Erm, dia pergi macam tu saja?? Dia ingat aku ne tonggol kayu agaknya,” rungutan hati Ana yang hanya dia saja mampu mendengarnya. Malam itu, Ana tidur di lantai yang sejuk beralaskan toto nipis, manakala Tengku Aizat pula tidur di atas katil yang empuk dan begitulah hari-hari seterusnya.


Setelah seminggu menjalani kehidupan sebagai suami isteri di sebuah kampung yang cukup indah pemandangannya. Di hadapan, terhampar sawah bendang yang luas dan dari jauh kelihatan gunung jerai serta pokok-pokok yang rendang. Persekitaran ini, sangat digemari oleh golongan tua yang sukakan ketenangan dan keistirehatan. Ana menarik nafas dalam-dalam selepas membaca surat yang telah ditanda tangani oleh suaminya Tengku Aizat. Mungkin kah ini pengakhirnya???

Friday, January 16, 2015

Assalamualaikum 2015 ^_*

Hye dear.. :)
Maaf lama tidak berkunjung... huhu
tidak sangka sudah tahun 2015 kn...
Tahun yang dinanti-nanti..
Tahun yang memberi seribu makna sebagai seorang pelajar..
Tahun yang mengakhiri episod anak perantauan..hehe
Tahun yang mungkin berakhir dengan kesedihan perpisahan..
Tahun yang akan sentiasa dikenang..
Tahun yang letih dengan AR.. hehe

Tahun 2014, seperti satu Malaysia sedih mengenangnya..
memandangkan banyak episod2 sedih yang dilalui rakyat Malaysia..
Pasti dan pasti semuanya berharap ada sirna cahaya dan harapan di Tahun 2015 ini...

Aku Juga..
Tahun 2015 terlalu banyak impian, cita dan cinta yang diimpikan..
Semoga tercapai segala impian. :)