Pages

Thursday, March 20, 2014

My 22 ^ ^

Salam. :)
Mungkin ini coretan terakhir pada usia 21 tahun..
Pada usia yg bakal menjelang.. 22 tahun..
semoga Allah beri kekuatan, limpah kurnia, kasih dan sayang..
sentiasa dalam rahmat dan hidayahNya.

Sebenarnya sekarang sangat mengantuk..
memandangkan baru sahaja melalui seminggu yang menghimpit masa..
terlalu sibuk.. Alhamdulillah selesai juga.. ^^

Befday tahun ne, first tyme bukan dekat rumah..
dekat hostel dan sorng2..

ramai kawan2 yang balik.. :(
Tapi, dapat hadiah da dari kembar sy di kelas.. Azmee namanya..
dapat seuntai tasbih yang cantik..
ini pun sy yng minta kena bagi hadiah.. haha
buat muka xmalu...

sy rasa ne hadiah lelaki pertama dlm hidup sy semasa befday..
walaupun hanya kawan.. haha..
memandangkan sudah hampir 4 tahun sekelas..
kdng2 da rasa macam keluarga sendiri..
seronok bila bersama-sama.
Ingatkan tahun ne, ada lah orng istimewa yg wish..
tp, nampaknya..
tak da juga kot.. hahah.. jangan berharap lagi wahai munirah..
nnt anda kecewa..
Nak hadiah.. :(
tapi, kalo wish pun xpasti.. hadiah lagi la mustahil.. hahah

ok... yg penting esok la buat matlamat hidup..
skrg otak tgh ngantuk.. tak tahan da.. tidur dulu.. :)
salam. :) :) :)

* dalam sibuk asaimen.. ada juga orng yng nak melamar tuk dijadikan calon.. huhu..maaf la.. sy xsedia lagi.. dan kemungkinan itu sangat rendah.. sy malas nak fikir lagi.. yang penting sy happy mcm ne.. :)

Monday, March 17, 2014

Sakit saat Ia Pergi

Melupakan sesuatu yg indah..
Sangat menyakitkan..
Aku tidak tahu ap itu cinta..
Tapi... andai benar ini cinta..
memang sakit saat ia pergi...

Kuatkn hati ku..
Jangan Pandang belakang lagi.
Terus maju dan maju..
sabar la menanti masa yg lebih tepat dan pasti...

Tiada yg mampu mempertahankan cinta yang terpisah dalam batas2..
menjaga itu dan ini..
sudah cukup mujahadah..
akhirnya tersungkur jua..
lalu tekad hati untuk meninggalkan..
kerana tiada cinta yang lahir dari lafaz..
tanpa terzahir dari tingkah..

Alhamdulillah..
Hatinya yang celik, mengenal yang buta..
dan benci kepadanya..
Lalu meninggalkannya...

Dan mungkin kah dia terlalu baik buat ku..
dan aku tidak layak untuknya...
huh....
ap2 pun, terima kasih..
:)
Kerana ini lah pengalaman pertama yg bermakna buatku..
Yang mengajar aku mengenali mu..
yang membuatkan aku melihat mimpi itu xmustahil..
dan ini juga pilihan sendiri dan persetujuan bersama..
Mudah2an ini lah yang terbaik...
Andai jodoh, aku pasti kembali..
Andai jodoh, engkau setia menanti..
Andai bukan jodoh..
Pasti ada yg lebih baik buat mu..
Insan yang baik.. permata di celahan kaca..
:)
Aku tidak mencintaimu lagi....


Friday, March 14, 2014

Mana hati ku pergi, di bawa lari keihlasan

Pengalaman yang mengajar aku untuk tidak terlalu berpaut.. hidup adalah kebebasan..setiap tindakan..sendiri yang bertanggungjawab.. cukup lah kenangan yg membuatkan aku menuding jari dan akhrnya. menyalahkan diri sendiri.. jangan berharap aku datang kembali..kerana aku jarang menoleh...past will b past...

Kadang2 aku terlalu degil dengan penderian sendiri, kadang2 aku ingin memberontak.
Kadang2 aku tidak nampak apa yang aku buat akan membuahkan hasil di akhirat,
mungkin kah aku menyempitkan jalan ke syurga,
dengan menganggap kesibukan dunia hanya membuatkan aku mengumpul mata yang sia-sia,
kadang2 aku tertipu dengan erti keikhlasan.
Pada ku, tanpa keikhlasan semuanya akan hangus..
disebabkan itu, terlalu banyak benda yang sukar untuk diikhlaskan..
memandangkan banyak perkara yang terpaksa dilakukan secara paksa,
membuatkan hati ini memberontak....
mengatakan bahawa semua ini tiada manfaat..
melakukan sesuatu secara terpaksa, akhirnya membuang masa,
ianya ibarat masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan..

I mean all about this kid program...
dalam keadaan sibuk.. sempat juga ia menyibuk..
mungkin kerana agak terbeban dengan sesuatu yg kurang digemar..
meskipun begitu, pastinya ia sangat bermanfaat pada masa hadapan..
malangnya hati ini yang tidak dapat melihat kegunaannya pada masa hadapan kelak.

Kadang2 diri ini ingin lari dari kesibukan dunia, yang banyak mengetepikan ilmu agama,
sehingga tidak sempat membelek Al-Quran, keran sibuk membaca buku ilmiah..
Sedang, dunia  laju dan pantas menuju ke pengahkiran.
namun diri masih sibuk mengejar cita2 dunia..
andai diri bijak.. pasti mampu membahagikannya..
Namun.. diri yang serba hina ini..
seperti tiada upaya melawan arus dunia..
terpikul beban dunia, lalu terlupa beban akhirat..
hingga terlupa, mana yang utama...

feeling sad... 

Saturday, March 8, 2014

Jangan tanya hari esok...Minggu ini sahaja sudah terlalu banyak berita mengejut.. Musibah yang tiada siapa sangka.. Sehingga terasa takut untuk berhadapan dengan persoalan hari esok..

Allah memanggil kita kepadaNya, dan Allah sedang munjukkan kebesaranNya kepada kita yang selalu membesarkan makhluk berbanding Nya..

Pelbagai ujian yang Allah turunkan kepada kita, tidak lain melainkan Allah memanggil kita untuk kembali kepada Nya. Beringatlah sebelum terlambat. Jangan ditanya pada tuan badan yang menulis, kerana jawapannya jua sama... # HanyaMengharapRedhaDariNya

How To make it..
> Kurangkan bermain internet
> Kurangkan bergaul dengan makhluk
> Kurangkan berharap dengan makhluk
> Letak cinta Allah sahaja yang utama
> Banyakkan menangis di hadapan Nya

Thursday, March 6, 2014

Kreatif Dalam Pengurusan Kewangan

Salam...
 :) :) :)
sementara line internet ada.. boleh la nak update blog. :)

Ok.. Tajuk yang simple untuk dikongsikan ialah tentang kewangan...
Suka untuk dikongsikan..
Kita hidup di dunia ne pun, da banyak pinjaman yang Allah berikan termasuk benda yg sangat bernilai iaitu akal.
Akal melebihkan kita daripada mahluk yang lain seperti Haiwan.
Namun, seberapa banyak daripada kita yang tidak menghargai akal, dan bersikap kehaiwanan..
kita mendapat pinjaman anggota badan yang berjuta-juta harganya, namun berapa banyak antara kita yang bersyukur dengan nikmat ini. Banyak yang menggunakan tangan untuk berjudi, menyentuh benda yang haram dan banyak lagi.

Seterusnya, Allah berikan kita pinjaman yang berharga iaitu keluarga. Allah berikan ibu yang mengalirkan kasihnya buat kita sewaktu lemah. Dan itu semua adalah Kasih Sayang Allah kepada kita. Namun, kita terlupa kepada pemberi kasih itu.

Termasuklah duit yang kita dapat. Itu semua rezeki yang Allah berikan buat kita untu digunakan di jalanNya. Sayang duti Kan? lebih dari anak yatim, lebih dari si fakir miskin, lebih dari segalanya. Buta hati mengejar harta dunia untuk kebaikan dunia.

Kita lalai.. itu la kita..
Dunia sudah dipenghujung, tapi kita masih lagi ghairah mengejar dunia. Kiranya, kita ingin  bersama-sama dengan dunia. Bila dunia pergi, kita pun pergi.

Kewangan.. itulah yang selalu menghimpit jiwa pelajar..
Bijak2 lah dalam mengurus kewangan.
Tunjukkan kematangan menerusi pengedalian kewangan..
Bukan boros dan membeli barang2 keperluan mengikut kemahuan seperti kanak2 yang baru mengenal dunia.
Didiklah hati untuk melawan kehendak nafsu..
Kasihanilah keluarga yang berusaha mencari duit untuk kita.
Ingatlah, bukan kita sahaja yang perlu disara.
Adik2 kita, Kakak kita dan keperluan lain.

22..
bukanlah angka yang terlalu muda untuk dikatakan.
22 tahun adalah usia yang sudah cukup untuk belajar dari kesilapan.
Anda bijak?
Belajar lah dari kesilapan sendiri dan kesilapan orang lain.
Jangan mengulang kesilapan mereka yang lalu.
Jadilah pemuda yang berjiwa cerdas..
PTPTN Vs Elaun,
bijaksanalah dalam mengurusnya..

^_^

* My Nasihat : Jangan Membazir atas keperluan yang sia-sia.. :)