Pages

Friday, September 28, 2012

Hati Rasa Nak Kahwin

Kahwin Lagi...
Balik2 dengar cerita kawan nak kahwin.. hehe..
Rasa pun, mcm nak kahwin juga..
haha

Kawan2 yg da berkahwin,
Untunglah dapat publish kan kata2 cinta buat insan yg halal,
dapat bagi cerita indah2 yg kitaorg ne tak pernah rasa, hehe
Ye la.. nak kata dlm hidup ne..
xrasa lagi la cinta-cinta ne..
yg pernahnya, baca kisah org bercinta dan tgk org yng bercinta sakan..
sana-sini berteman, walaupun xda ikatan yg sah.. huh..

Bagi teman-teman yg da sampai tahap sebegitu,
maka kahwin la cepat2 yer..

Kalo kena tanya nak kahwin ke tak, rasanya ramai yang cakap nak..
Tapi, cuba tanya kali ke dua, dengan nada serius..
Betul2 kah nak kahwin??
pasti, hanya tinggal sedikit sahaja lagi yang mengatakan iya..

Kahwin bukan benda yang mudah..
kita nak kahwin, bukan untuk sehari dua,
tapi untuk selama-lamanya,
selagi ilmu mendidik anak takda, ilmu rumahtangga xda,
lebih baik, lupakan dulu hasrat nak kahwin..

Kalo hasrat nak kahwin xda lagi, jangan pula dah pandai-pandai nak mencari-cari,
Kasihan si dia nanti, kalo xmenjadi. =)
wanita semuanya sama..
muliakan lah mereka untuk dijadikan bakal isteri,
bukannya sekadar dijadikan penghibur semata.
Mungkin, ramai wanita yang buta menilai harga diri.
Tapi, buat lelaki yang berakal 9,
kasihilah wanita..
jangan dicuri hatinya, saat engkau tidak bersedia untuk memilikinya.. =)

Tapi, kalo rasa kahwin itu jalan terbaik..
dapat menundukkan pandangan..
Ada jaminan syurga dihadapan..
Apa lagi.. jom la pakat2 kahwin.. hehe

Tapi, kalo rasa tak mampu..
kahwin hanya sekadar ikut nafsu..
bawa sabar2 dulu naa...
Banyakkan ilmu agama,
banyakkan berpuasa..
Tundukkan pandangan..
Jaga hati..

Doa jgn henti2..
Allah lah yang Maha mengetahui..
Remaja hari ini... Jihad Nafsu kena lebih..
Kerana kita lahir, dalam persekitaran yang sudah dikotori..
Jom BERSIH.. =D








Yng terakhir adalah yg terbaik..

Thursday, September 27, 2012

Mencintaimu Kerana Allah

Setiap daripada kita merupakan hamba kepada fulan si fulan dan fulan kepada si fulan dan seterusnya..

Begitulah setiap manusia yang hidup di dunia,
Pendek kata, kita ini sememangnya suka memperhambakan diri..
Ada yang sedar, dan ada yang tidak sedar,
Bahawa dirinya seorang hamba.

Mungkin seorang perdana menteri berasa bangga menaiki takhta,
Tapi, ia tetap hamba kepada manusia,
Mungkin seorang ayah, bangga mengetuai sebuah keluarga,
Tapi, ia tetap hamba kepada anak-anaknya,

Pendek kata, sebesar manapun kita di dunia,
kita tetaplah seorang hamba..

Kita hambakan diri pada dunia, manusia dan lain-lain..

Sedarkah kita, bahawa..
Dunia,
Allah ciptakan,
Manusia,
Allah ciptakan,
Malah,
Seluruh isi langit dan bumi,
Allah lah yang ciptakan.

Maka, kepada siapakah yang sedang kita pertuankan?
Tanpa sedar, kita sendiri telah memperhambakan diri kita kepada Allah s.w.t.

Allah itu Maha kaya lagi Maha bijaksana,
Tidak dijadikan sesuatu itu,
melainkan ada hikmahnya..

Maka, berbaiklah dengan semua makhluknya,
Kerana Allah pasti memberi pahala,
Sebarkan kasih sayangmu pada sekalian makhluknya,
Agar kasih Allah juga melimpah ke atas dirimu,

Berlaku baiklah pada manusia, haiwan, tumbuhan dan lain-lain,
Kerana mereka adalah lambang,
Cintamu kepada Allah s.w.t,

Sebagaimana,
Engkau menghargai sebuah hadiah yang diberikan oleh kekasihmu,
Hadiah itu,
Engkau jaga dan pelihara sebagai tanda kasih mu kepada kekasih.

Begitulah, dengan kasih pada Penciptamu,
Jika cinta kepadanya,
Engkau akan mencintai seluruh langit dan bumi yang mengingatkan dirimu pada pencintamu.

Maka. salinglah kita mengasihi antara satu sama lain, kerana Allah s.w.t.
Berbaiklah dengan haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda hidup mahupun mati.
Kerana mereka semua milik Allah..

Mencintaimu kerana Allah penciptamu.. =)





Friday, September 21, 2012

Diari seorang Muallaf

"Bismillahirrohmanirrohim,
Semoga dengan kata-kata ini, aku selamat tiba ke destinasi yang akan
menjarakkan aku dengan keluargaku, kawan-kawan lamaku, dan juga kereta kancil kesayanganku.."

Lalu, akupun mulai melangkah menaiki anak tangga kapal yang kini berada dihadapanku. Sekilas aku menoleh kebalakang, melihat-lihat jika masih ada lambaian tangan keluarga yang masih setia dari jauh. Namun, mereka sudahpun hilang daripada pandangan.

Kini, aku rasa sendiri dan kosong. Jiwaku rasa sepi dan sayu, sambil otakku masih  terfikir-fikir akan pesan ibuku semalam.
" Elly, kamu nanti dekat semenanjung kena pandai bawa diri ya. Jangan terlalu bergaul dengan orang, terutama orang islam. Ingat ya!!". Pesan ibu itu merungsingkan jiwaku. Ibu sedar, bahawa aku sering berkawan dengan orang-orang islam, mungkin ibu risau jika aku akan bertukar menjadi seorang muslim.

fikiranku terus melayang bersama awan-awan yang sangat kukagumi keindahannya..
.............................................................................................................................................................. 

Alhamdulillah, akhirnya aku tiba dibumi Kedah. Kedah negeri yang terkenal dengan padinya, kini aku telah memijaknya. Rasa syukur di hati saaat tiba dengan selamat, serta disambut oleh beberapa mahasiswa yang bertugas. Seungkap lagi perkataan yang aku pelajari daripada rakanku yang bernama Sakinah, iaitu alhamdulillah. katanya, kita kena cakap alhamdulillah sebagai tanda kita bersyukur dengan pemberian Tuhan kita. Aku sebenarnya tertarik dengan kata-kata itu. Sambil tersenyum, akupun terus berlalu untuk mendaftarkan diri.

................................................................................................................................................................
Azan Maghrib kedengaran dari masjid kampus ke bilik kediamanku. Saat itu, hatiku rasa bergetar. Jiwaku tak keruan, rasa seperti ada sesuatu. Dari sudut jendela, aku melihat rakan-rakan kelasku bergerak beramai-ramai menuju ke masjid. Mereka kelihatan gembira dan bahagia. Hampir setiap saat aku melihat mereka sedemikian. Aku juga bahagia, tapi melihat mereka bahagia, aku rasakan kebahagiaan yang luar biasa. Senyuman mereka yang ikhlas dan sapaan mereka yang menenangkan. Apakah rasiah kebahagiaan mereka?? 
Aku ingin bahagia bersama mereka.. 
hatiku sekali lagi berasa sayu dan merintih-rintih, seperti terkurung dalam sebuah penjara yang aku tidak jumpa di mana pintunya..

Kosong...kosong... jiwaku kosong..

.................................................................................................................................................................

Di dalam kegelapan bilikku, bertemankan cahaya lampu meja, aku merakamkan seluruh gejolak hatiku menerusi sebuah pena yang pastinya bernilai buat hatiku yang gersang ketika ini.
...................................................................................................................................................................

Wahai pemilik hatiku,
Engkaulah yang menciptakan hati dalam jasadku,
Engkau yang membuatkan hatiku berperisa,
akan duka, gembira,sedih, pahit dan gelisah,
Sehingga aku sedar,
bahawa aku tidak mampu untuk menguasai hatiku,
Melainkan dengan mencari, siapa pemilik hatiku.

Wahai hati,
Siapakah yang menciptamu,
penciptaanmu sungguh luarbiasa,
Kehebatanmu membolakbalikkan perasaan,
Adalah suatu yang ghaib bagiku,
Aku ingin mengenal siapa penciptamu,
Kerana ku yakin,
bahawa penciptamu itu terlalu agung kebesarannya.
Dan Dialah yang memiliki hatiku.

Bahkan seluruh anggota tubuhku,
Bukanlah milikku, mereka sengsara bersamaku,
Selagi aku tidak menemui penciptanya yang hakiki,
Mengabdikan diri kepadanya,
Sebagai tanda kesyukuran atas nikmat yang diberikan,
Aku ingin mengenalinya..

Siapakah Tuhan pemilik sekalian alam..


Penaku terhenti setakat itu, jiwaku sekali lagi bergetar. Mulut dan hatiku seperti menyebut kalimah Allah berkali-kali. Allah.. Allah..Allah..
Allah, bukankah itu Tuhan yang disembah oleh orang muslim? Tuhan yang diagungkan seluruh alam?
Pertanyaan itu berulang-ulang kali meyapaku..

.............................................................................................................................................................

Pencarianku tidak terhenti setakat itu, hari-hariku mulai bertemankan buku yang menerangkan tentang ajaran agam islam. Malah, aku juga turut membaca tafsir kitab yang mereka agungkan iaitu Al-Quran. Ketika membelek tafsir Al-Quran, aku terhenti pada satu ayat.

" Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang beriman" (Al-Imran 3:139)

Hatiku berbisik, wah, seronoknya menjadi orang yang beriman. Mereka tidak perlu berasa sedih dan lemah, sebab Tuhan mereka telah menjanjikan darjat yang tinggi buat mereka. Aku tersenyum-senyum seolah-olah aku tergolong dalam golongan yang beriman itu. Aku mulai faham, kenapa kawan-kawan islamku selalu kelihatan bahagia.
Senyumanku tidak berlanjutan, setelah aku sedar bahawa aku bukanlah orang yang beriman kepada Tuhan mereka, yakni Allah s.w.t.
................................................................................................................................................................

Setiap hari jiwaku kian terisi dengan ubat indah ,iaitu  kalam-kalam Allah tertulis di dalam buku-buku yang ku baca. Hari-hari yang terus merangkak, membuatkan aku ingin melakukan ibadah kepadanya sebagai tanda pengabdian kepada Tuhan yang menciptakan aku juga sekalian alam. Keyakinanku hampir 100% terhadapnya, hingga menghilangkan segala ketakutan dan kegusaranku terhadap masyarakat sekitarku.

Akhirnya, kata-kata hatiku seperti didengari olehNya.
Suatu hari, aku bertemu dengan seorang wanita yang seusia dengan ibuku. Wajahnya, pembawaannya, agamanya sangat menyentuh hatiku. Naluriku berkata, alangkah bahagianya menjadi insan sepertimu. Aku ingin menjadi sepertinya, yang sentiasa tersenyum bahagia.

Ketika aku diajak kerumahnya, aku diraikan bersama rakan-rakanku. Rumahnya ibarat taman ilmu yang dipenuhi buku-buku agama. Aku rasa terpukau dan mulai menghabiskan masa bersama wanita tersebut yang ingin digelar sebagai ibu.

...................................................................................................................................................................

10 Ogos 2012
Itulah tarikh yang penuh bermakna buatku, tarikh yang memutuskan aku dari dunia kejahilan kepada dunia kebahagiaan, iaitu kebahagiaan yang hakiki, yakni dunia dan akhirat.

Ya Allah,
Tuhan Sekalian Alam,
Jangan Engkau biarkan aku terjatuh lagi dipersimpangan,
Setelah Engkau berikan aku petunjuk dan jalan,
Tiada puji melainkan segala puji hanya untukmu..

Lalu, aku melakukan sujud syukur bersama deraian air mata kesyukuran.

...............................................................................................................................................................
Hari-hari sebagai seorang muslimah..
Tiada hari yang tidak terselit bahagia,
Ketenangan seolah-olah memenuhi seluruh jiwa dan raga..
Aku seperti ingin menjerit..
Bahawa aku kini, terlalu bahagia..

Sebuah warkah ku tuliskan buat rakan-rakanku yang begitu ku cinta..

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"
Wahai Sahabat, Utusan Illahi,
Aku ingin menjadi seorang muslimah yang solehah,
Seorang muslim yang beriman dan bertaqwa,
Dengan sebenar-benar taqwa,
Aku tidak mampu, Jika aku sendiri tanpa kalian,
Bimbinglah aku, bagaimana cara untuk menjadi hamba Allah,
Yang beriman dan bertaqwa,
Aku ingin bersyukur atas rahmatnya,
Maka bantulah aku,
Untuk menjadi hambanya yang bersyukur..

Aku bersyukur memiliki sahabat seperti kalian. Moga persahabatan ini, kekal hingga ke syurga Allah.

Ikhlas
SAHABAT SYURGA

.............................................................................................................................................................

TAMAT



Sunday, September 16, 2012

Hari ini jatuhlah syaitan yang menghasut aku, menyesatkan aku, yang melunturkan semangat aku, yang membolak balik hati aku, Tidakkan aku jatuh dengan pujukan mu syaitan buat kali kedua"..."Aku hanya milik Allah, Aku hanya mentaati Allah, Aku mendambakan kasih Allah sahaja dan akan aku tinggalkan apa yang ditegah oleh Mu, Ya Rabb..Berikanlah aku kekuatan untuk menempuhinya"

Saturday, September 15, 2012

Pergimu masih dirasai

Saat ini,
Waktu ini,
Mungkin tidak akan berulang lagi,
..............................................................................................................................................................
I love U ma..
Sudah setahun kita berpisah,
Gelak dan tawa mak..
Marah dan merajuk mak..
Gurauan dan nasihat mak..
semuanya kita rindu..

Mak..
Andai ada satu masa..
Yang boleh kita kongsi bersama..
Pasti banyak kisah yang ingin anakmu ini cerita..

Mak..
I love U so much.. =)

Thursday, September 13, 2012

Last Tuisyen.. =)

Alhamdulillah..baru ja selesai kelas tuisyen yang teakhir......

Hari ne, paling last mengajar budk2 dkt surau tengku serina...
best sngt ne hari..
budak2 semua xhepy, coz hari ne paling last..
ada yg siap bagi pemadam n pen lagi sebagi kenangan..hehe..
sedngkn cgunya tak pernah bagi ap pun..huhu..

cgu sayang sngt kat korang semua..
hepy bila tgk korg..sm2 dgn korang..
walau kita baru bersama-sama untuk 5 minggu..

bestnya jadi cgu..
ramai anak murid yang syang kita..
comel2 plk tu..
ne budak2 sesi pagi.. darjah 1 dan 2.. tapi ada gak budak drjah 3.. yg sorang terbaring tu.. dya paling nakal.. selalu nak dpt perhatian lebih.. tpi, dya la yang paling sedih bila nak berpisah ne harii.. hehe.. siap hadiahkan cgunya pemadam..haha..


yang ne plk.. budak2 sesi ke-2, thun 3 sampai 5.. depa ne semua budk baik2.. dgr kata dan rajin belajar.. plus bijak2 belako..
yang paling manja.. budak Hazim yg baju biru tu.. tp, cgu pun sayang dya gak.. =)
sedihnya.. masih ada beberapa org yang tak hadir.. Izzudin, aiman,dan irfan.. huhu...
Dorang ne best sngt..dri awal2 berasama lagi, memang best.. cgu seronok sgt ajar dorg.. main2 dengan dorng.. hari ne, kami memang bnyk main.. ambik gambar dan paling last, main batu..haha..

tadi ujian pun, ramai dpt A.. hehe..
soalan senang la katakn..hehe..
bestnya.. dorg siap minta no. phone dan FB lagi..haha..
balik2 ja.. da ada yg add cgu..hehe..
Cgu pasti rindu korng semua..
tq jadi murid yg baik selama ne..
semoga terus berjaya dlm hidup.. =)

My bad day is wonderfullll..... =)

Assalamualaikum...
cik zati n humairah..
anda pasti membaca post ne kan?

haha..
da agak da..
huhu...
hari ne, adalah hari tak bertuah.. tp, ada kenangan yang indah disebalik tak bertuahnya itu.. hehe..
Hari ne, ada jamuan raya dekat kampus.. makanan bnyaakk.. ad set A sampi Set D..
Tp, satu set pun kita tak dapat..haha..
then, akhirnya p la beli mknan kat tmn siswa..
tak marah pun, n tak kecewa pun..
Cuma... sedih sebab xda rezeki..haha..

ok.. pastu..
petangnya pula..
ada kakak yg ajak kuar  naik motor..
n dalam perjalanan menuju ke alor setar..
tiba2 pulak tayar pancit..
haha..
jadi.. kamipun mencari tempat baiki motor yang terdekat..
maka.. dengan jubah baru raya.. bersama-sama helmet yang tersarung di kepala..
saya pun berjalan ditepi lebuh raya dgn penuh bergaya..hehe..
aduh.. tgh jln.. tersenyum2, mengenangkan nasib diri dijalanan..
itulah kenangan yg pasti tak dpt dilupakan..
(boleh thn gak jauhnya..haha)


setelah motor berjaya dibaiki..
dlm perjalanan nak ke pasar malam..
tiba2, hujan turun dgn lebatnya..
kini.. sy da mandi hujan plk..
aduh..
haha..
tpi, tetap best..
tetap menjadi kenangan yang terindah..hehe..

walaupun pahit tetapku telan..
sebab semua itu, akan jadi satu sejarah.. yang tak semua orang dpt merasainya..
=)
my wonderfull memorial day..
n.. satu lagi..
walau xdpt makan jamuan hari raya..
tpi, sy tetap bahagia pada hari itu...
sebabnya... hahaha..
biar la jadi rahsia... =P

Sunday, September 9, 2012

Sahabatku sayang..

Ya Allah....
Rindunya nak g masjid An-Nur..
Jalan kaki sorang2..
Duduk dengan kwn2 msjid..
Rindunya..huhu..
Skrg..
Rindu gak..
Dapat dok solat berjemaah dengan saudara baru..
Ajar org bc Iqra..
Bantu org pakai tudung..
N mcm2 lagi..

Selagi ak ada disisi mu wahai sahabatku..
Aku pasti akan menjagamu..
Walau kau nampai keras seperti lelaki yang perkasa..
Tapi hatimu lembut dan selalu hendak di sokong..
Dan ak ad.. sebagai shbt yang setia..
Walau kelihat lembut pada luaran,
Tapi hatiku tak ubah seperti wira penyelamat..
Yang diam dan sabar bila kau membebel tak tentu pasal..
Bila kau mula tak tentu arah..
Aku masih cool.. buat2 tenang sentiasa..haha..
Sebab ku tahu.. Kau perlukan aku..
Sebagai teman, Buat pegangan..
Andai kau jatuh diperjalanan..

Aku tak teguh seperti yang kau sangka..
Aku lemah disebalik kekuatan yang kau lihat..
Aku masih tersenyum disaat kedukaan melanda..
Aku hanya berdiam disaat kemarahan dan kesabarn di uji..
Tapi aku berhujah, disaat aku ditindas..
Aku tak buat benda yang aku memang tak minat..
Aku berdiri atas diriku..
Sebab aku tahu,, Ada Allah bersamaku..
Sakitku, gembiraku..
Dia setia kepadaku..
walau hatiku selalu lari jauh..
Tapi, Aku yakin.. setiap saat ia bersamaku..

Yakinlah sahabatku..
walau kau jauh beribu batu..
Doaku pasti mengeringimu..
Disaat aku disisimu..
Aku selalu ada untukmu..
Kerna kau sahabatku..
Yang ku kasihi selalu..
Kesabaranku selit dalam setiap apa jua kekurangan yang berlaku..
Semoga persahabatan ini akan terus kekal abadi..
Bersama-sama merai redha illahi..
Aku sayang kamu kerana Allah mencintaimu.. =)

Saturday, September 1, 2012

Salam..
Alhamdulillah da sampai Kedah da.
Herm.. sejak semalam x sedap badan.. Naik kapal pun, muntah..huhu..
Ne la namanya, satu badan tak nak belajar.. hehe
Skrg ne pun masih dlm situasi yg sma..
Tpi, sja nak try cri mud yg boleh membawa kpd sihat..
Coz, asgment tak siap lg. =(

Huhu...
Semalam adalah kali terakhir......
Untuk sebuah pengharpn, penantian dan lain-lain..
Itu lagi seperkara yg menambahkan lagi mud sakit..
Huhu..
Hilng RM 20, hny krn itu....
Selepas ne, ianya xkan berlaku lagi..
Hari semalam lah satu penentuan.......
Dan segala-galanya sudah tidak ada lagi..
Semuaya sudh terpadam.....
Nak ambik kembali, itu semestinya..
Tpi, ak betul2 da padam.. =(