Pages

Thursday, October 16, 2014

SINOPSIS NOVEL ISTERI KONTRAK

Segala Puji Kehadrat illahi yang setia memberikan ilham kepada penulis untuk menulis novel Isteri Kontrak ini. Hakikatnya jalan cerita novel ini berbeza sama sekali dengan kisah-kisah yang kerap menjadi plot cerita perkahwinan kontrak yang sering dibaca di novel mahupun kaca TV. Apa yang ingin dibawa oleh penulis pada kali ini ialah suatu kelainan yang tidak menunjukkan kemuliaan hati watak utama wanita yang kerap kali kemuliaan hati disama ertikan dengan kebodohan. Penulis membawa watak seorang wanita yang cerdas dan bijak meski hidup dalam darjat yang rendah. Norma kehidupan, menjadikan golongan bawahan sebagai golongan yang mudah dipijak. Oleh itu, penulis ingin mengubah perspektif itu dan cuba mengangkat martabat golongan miskin dan hidup susah, kerana maruah yang dimiliki setiap manusia adalah sama.

Apa yang lebih menarik dalam novel ini, ialah unsur kebahagiaan yang sentiasa diimpikan setiap manusia akan tercapai dapat dirasai oleh pembaca sendiri. Manakala, balasan kepada mereka yang tamak dan dengki juga turut ditekankan dalam novel ini, agar pembaca sendiri dapat mengambil iktibar dari kesilapan-kesilapan yang kerap menjadi warna warni kehidupan.

Novel ini sangat seronok untk dibaca bagi semua golongan tanpa mengira jantina. Malah, lebih memotivasikan seseorang dalam menongkah arus kehidupan yang lebih positif.

No comments:

Post a Comment