Sunday, March 25, 2012

Wanita menolak hukum…..ye ke??


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih dan lagi Maha Mengetahui seluruh isi  langit dan bumi.. Hamba memohon kepadamu agar post ana ini tidak menimbulkan sebarang kesalahfahaman. Cuma apa yang ana hendak tekankan di sini, Cuma lah tentang isu kaum wanita yang tolak poligami. Adakah wajar untuk di persalahkan 100%??

Wahai saudara-saudaraku,
Wanita itu hatinya lembut dan mudah tersentuh, mudah setia dan cinta pada yang satu. Dan di sebabkan itulah, Allah menjadikan wanita agar taat kepada suaminya, kerana Allah tahu bahawa seorang suami mampu untuk memimpin wanita tersebut kepada kebaikan. Seorang wanita yang setia akan memberikan seluruh hati dan kesetiaannya pada seorang yang bergelar suami, dan hanya satu yang selalu diharapkannya hanyalah perhatian dari suami.

Wanita itu terlalu cinta, sehingga tidak ingin berkongsi dengan insan lain. Samalah dengan benda yang kita cintai, bukan mudah untuk kita berikan kepada orang lain. Wahai lelaki, tahukah kamu rasa sakitnya hati kaum wanita di saat kamu memohon untuk berkahwin lain. Tidakkah kamu faham sakitnya hati menahan rasa cemburu, rasa seperti tidak dihargai.. Wahai ustaz-ustaz di luar sana, mudahnya kamu menghukum wanita yang tidak ingin berpoligami dengan mengatakan mereka ini menolak sunnah dan aturan Allah. Menyatakan bahawa wanita itu, tidak setuju dengan hukum Allah.. Kamu seperti ingin menyandarkan semuanya kepada Allah semata-mata agar kaum wanita itu akur, dan kamu juga menyatakan itu sunnah nabi, kita tidak boleh tolak. Dan dalam hidup ana, hanya sedikit bilangan ustaz yang menekankan kepada kaum lelaki, tentang apa sebenarnya poligomi. Adakah mereka sudah cukup kuat untuk berlaku adil, adakah yang mereka kahwini itu dari kalangan hamba wanita atau wanita yang kesusahan, ataupun janda2.. Wahai ustaz2, jika ya semua lelaki hari ini yang berpoligami seperti Rasulullah berpoligami atau berusaha untuk mengikuti cara Rasulullah, itu tidak apa.

Tapi, yang sayangnya ramai orang hari ini poligami kerana tidak mampu untuk menahan pandangan dari zina. Adakah asal poligami di benarkan untuk mengelak dari perbuatan zina? Jawapannya tidak, kerana Rasulullah di benarkan untuk poligami selepas islam dalam keadaan sempit dan ramai kaum wanita yang tidak ada perlindungan dan wanita-wanita itu semua adalah janda yang ditinggalkan suami. Bahkan perkahwinan dengan saidatina Aisyah pula adalah satu rencana daripada Allah s.w.t.  Sedangkan mengelak dari zina itu, hanyalah satu hikmah di akhir zaman akibat banyak kaum lelaki yang tidak mampu menundukkan pandangan, dan wahai kaum lelaki kamu tidak perlu berbangga untuk berpoligami, jika kamu tidak faham apa sebenarnya poligami. Dan ingatlah, Allah itu maha adil.

Wahai ustaz2 yang berkata, bahawa agama islam itu mengenali fitrah manusia, kenapa ustaz tidak membela perasaan wanita yang sukar untuk menerima poligami. Ini, wanita tersebut dilabel yang bukan2. sedangkan Allah lah yang maha tahu, andai poligami adalah sunnah, kenapa Rasulullah tidak memarahi puterinya ketika memberi syarat kepada saidina Ali untuk tidak poligamikannya sepanjang hayatnya selagi mampu untuk menjadi isteri solehah? Why? Kerana Rasulullah sendiri faham perasaan wanita itu. Bagi ana, semua wanita di dunia ini tidak mahu untuk di poligami, tapi atas sebab iman dan islam mereka pasti sanggup bekorban. Wanita itu sendiri yang akan menyuruh suaminya berpoligami jika perkara itu membawa kepada kebaikan. Tapi sayang, ramainya ustaz2 menyebelahi kaum lelaki untuk berpoligami sehingga mereka mampu untuk bersorak untuk kahwin lebih.

Wahai lelaki,
Kamu terlalu ego andai tidak cuba memahami isi hati isterimu, yang bersusah payah untukmu, engkau bernikah lain atas sebab yang remeh, engkau mengguris seluruh kesetiaan dan kepercayaan isterimu. Engkau membuatkan dirinya tidak ikhlas hidup bersamamu, dan tahukah engkau, bahawa engkau telah menyempitkan jalan ke syurga buat isterimu. Oleh itu, wajar untuk ana kata, lelaki seperti ini terlalu ego.
Tapi, jika isterimu rela dan membenarkan dengan ikhlas, maka bersyukurlah engkau kerana memiliki isteri yang di muliakan di sisi Allah dan mungkin ia akan masuk ke syurga terlebih dahulu sebelum mu. Sekiranya, wanita itu tidak redha, islam membenarkan ia memhon untuk dilepaskan atas sebab perkara itu menghalang perjalanannya ke syurga akibat rasa cemburu yang tidak terkawal. Oleh itu, jelaslah islam tidak memandang rendah dan meremehkan kaum wanita.

Poligami dahulu dan kini sudah jauh berbeza. Dulu, kaum wanita tidak bekerja wajar untuk mencari suami tempat berlindung. Kini, perkahwinan adlh sunnah dan poligami selalu dipersalahguna. Sejujurnya, ana tidak menolak poligami sekiranya ia kerana iman dan islam. Tapi, hari ini poligami tercemar akibat yang berpoligami adalah manusia yang tidak faham apa itu poligami.

Kepada ustaz2, ana meminta maaf. Mungkin tidak semua yng berkata sedemikian, tapi itulah yg selalu ana dengar setiap kali pergi ceramah bab poligami. Banyak ustaz yang hanya menyedarkan kaum wanita untuk menerima poligami, tanpa memberi penekanan yang tegas tentang hukum sebenar poligami kepada kaum lelaki.
 Allahualam..

Wednesday, March 21, 2012

The End Of 19.. and now start from 2...

Alhamdulillah, segenap puji ana panjatkan kehadrat Allah S.W.T, kerna masih memberi nafas untuk ana..
hari ini mungkin bukanlah hari yang terlalu istemewa untuk ana, tapi ini adalah hari yg terlalu bahagia buat ibu dan bapa ana.. walaupun mak da xda, sy xpernah lupakan mak, andai bukan jasa mak, pasti sy xda dkt dunia ne.. mak, terima kasih kerna melahirkan sy dimuka bumi ne..  skrg free calling da tak bererti, xda siapa nak call.. kepada kawan2, sy sngt terharu kerna sudi meraikan hari lahir sy.. sy menyayangi kamu semua.. terutama kpd kakak sy, yg berusaha untuk menjadi org pertama tp x berjaya..haha, memandangkan shbt Azye yg lebih awal.hehe.. hmpir setiap tahun berlumba-lumba..haha

kepada adik sy yg bru jak ambik result SPM, tahniah kerna akhirnya berjaya gak..^_^.. im' happy but xtw kenapa rasa ne macam sedih jak..

sebenarnya, xtw nak ckp mcm mn, rasa terharu sgt dekat hadiah sahabat sy Aziathul  yg sgt menyentuh hati.. Ya Allah, sy betul2 beruntung kerna sentiasa mendapat shbt2 yg baik.. meskipun sahabt2 karib sy mcm2 ragam dan jenis, scr jujur sy memang xpernah bergaduh atw berselisihan faham dgn mereka.. mungkin sbb sy memang org yg setia..haha..xde la..maen2 je..

ap2 pun, sy seronok sgt ad kwn rapat yg selalu ad di sisi.. rahsia untuk jd shbt yg setia ialah, bersabar, mengalah, toleransi dan selalulah berkongsi...

untuk usia 20 tahun ne, mmng sy rasa da tua..haha.. rasanya, sy perlu bnyk membuat persiapan untuk masa hdpn, gaya kebudak-budakan perlu dikurangkan..huu...

saya juga nak menjadi hamba Allah yang lebih taat, bermula dari sekarg supaya nnt kalo ad anak, anak itu akan terdidik drpd tgn seorg ibu yg taat pd agama.. teringt pula dkt surt shabt sy ena, di usia 20 thun ne, mulakn perjalanan mencari cinta..haha.. bole terima lah, memandangkn sy memang xpernah cari cinta.. tp, scr jujurnya, sy sndiri xpasti lagi...mungkin belum masanya lagi.. bagi sy, jodoh xperlu di cari, ia akan datng sendiri. adakala kita mahu, adakala ia dtng tanpa dipinta seperti terjatuh dlm longkang..hehe

lastly, sy memang rasa da besar da skrg..haha.. takut pulak.. takut tak dpt jadi hamba Allah yg benar2 bertaqwa.. dan tidak lupa jg kpd saudara Hatim yg baru ja meninggalkan bumi IPDA untuk bertemu dgn penciptanya, sy doakan beliau dipermudahkan perjalanan ke syurga.. amin..

Monday, March 19, 2012

..............

wahai blogku, salahkah untukku berkongsi rasa hati ini.
kenapa rasa ini mulai menyentuh hatiku,
kenapa ia seperti mengganggu fikiranku,
adakah ini yang selalu sahabatku rasakan,
inikah perasaan halus itu,
mampukah untuk ak bersabar,
perasaan apakah ini.

Ya Allah,
kenapa untuk ak harus menanti,
adakah penantian ini akan menjanjikan sesuatu kebahagiaan,
adakah penantian ini tidak akan berakhir dengan sesuatu yang sia-sia,
Ya Allah,
adakah ia juga sama dan turut merasainya,
adakah tanpa perkenalan dan kewujudan yg samar-samar ini terasa seperti wujud,
hadirkah kepercayaan dan keyakinan dalam dirinya.
Ya Allah, aku impikan ia,
aku tenang memikirkannya,
aku seperti mengharapkan padanya,
meski ak tidak pernah kenal dan bersua dgnnya,
hny namanya yg ak tahu,
Tp, knp?huhu..
adakah aku normal pada saat ini??


Saturday, March 10, 2012

PBS pertama Dekat Di hati..;)

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”


Alhamdulillah, selesai sudah PBS yang Pertama..^_^..


mud...
Hari Pertama..........(^_^.excited)
Hari Ke Dua ...........( =(  .penat)
Hari Ke Tiga ..........( = (. penat )
hari ke Empat ........(  =( . Penat )
Hari ke Lima ..........( T.T Sedih )


haha, rupa2nya jadi cikgu memang penat..huhu..
walaupun begitu, penat seorang guru selalu terubat, 
nak tahu apa ubatnya, mestilah bila anak murid memberi perhatian dalam kelas, 
memberi salam ketika bersua.. wah.. mud bahagia sentiasa..^_^..

murid2, hari ini ap khabar? 
Khabar baik cgu..^_^
cgu, ap khabar?
wah, advance dan berani sungguh anak muridku..^_6..
hati berbunga, penat terbalas.


cgu, sihat.. ;)..
dalam hati, nasib baik tanya, kalo x, xtw la..haha..


murid2, cgu rindu korang semua. semoga kita bersua di suatu hari nanti yar.. cgu doakan korang jadi orang yang berguna...amin..


pengalaman pertama memang luar biasa, keadaan sekolah itu biasa, tapi jadi cgu itu luar biasa.
anak yang kecil dan tidak berdosa selalu sahaja menjadi mangsa. perpecahan keluarga, kurang perhatian dan kasih sayang selalu menjadi punca kanak-kanak bermasalaah di sekolah. wahai diriku, bersiap sedialah menjadi guru yang tidak menzalimi anak didikmu.. 
berusahalah untuk memahami dan bukan untuk difahami.


guru2, selalu tewas dengan emosi kendiri, mengabaikan nlai empati.
menjadi pendidik seperti tidak terdidik..
mudah2an diri ini mampu menbina hati yang sentiasa berfikir demi anak didik yang dikasihi.


amin...
lastly, pengalaman ini terlalu berharga.........semoga akan datang menjadi lebih baik..^_^