Sunday, April 29, 2012

Bila Benci

Sebenarnya hati ini tidak layak untuk membenci. tapi, itula yang selalu berlaku dalam kehidupan kita. ada ja tak kena, mesti nak membenci.

Iman : knp ko benci sangat dekat dya.

Hati  : ak kenal dya. ak tahu perangai dya. perangai dya, xlah seindah apa yg ko lihat.

Iman : Ye ke, ko kenal dya? ko yakin ka, ko kenal dya.

Hati  : kenal la, da la jumpa setiap hari, baca status fb dya lagi. xcukup tu, baca blog dya lagi.

Iman : dari itu, ko benci dya?

Hati  : Ia. ak hilang respect kat dya.
Iman :
tapi ak tengok, dya ne la org yang selalu g masjid, selalu senyum, selalu mengaji, selalu hadir majlis ilmu.

Hati  : ye la. kn tu luaran. hati dya, siapa yg tahu.

Iman :
Allah lah yg lebih tahu. tak semua org dipilih Allah untuk pergi ke masjid, hadir majlis ilmu dan selalu berpeluang untuk berbuat amal. Allah sayang ja kat dya. knp kamu nak benci dya. mungkin, kamu sendiri tak settle lagi hubungan dengan Allah, kot sebab tu la hati kamu cepat sgt benci orang. ada masalah sikit ja, da nak membenci. kita sebagai saudara seislam, xelok saling benci-membenci. lebih dari tiga hari tak tegur, silap2 tak cium bau syurga kita nanti.



erm... muhasabah la ya. sebenarnya, kita cepat sngt membenci orang hanya dengan sebab yg sikit. sebenarnya, dalam diri kita yg ada masalah. masalah iri hati, kecik hati dan lain2. meskipun kita di tempat yg betul, tetap shj kita bersalah jika kita membenci saudara kita yang seagama. Mungkin org yang kita benci, Allah lebih sayang dekat dya berbanding dengan diri kita sendiri. salam muhasabah..


Friday, April 27, 2012

Ingin Berhijrah

..............................................
sy teringin nak berhijrah..
berhijrah kerana Allah dan Rasul.
Sy sayang Allah dan Rasul,
Sebaknya mendengar ceramah tadi.
smpi, satu nota pun tak tercatat, bila ustaz tu bercakap.
sebab, mata cam tak berkedip.

..............................................
kepada pakcik,
sy faham, atas nasihat pakcik,
tapi, ketahuilah,
yg itu semua tak pentingpun,
sy ne, berhati bebas,
tak perlu risau, anak buahmu memang suka perasan. =P

Biar Hati BerBicara



Thursday, April 26, 2012

Sesi Taaruf

Nama : Munirah Binti Marjoh
Panggilan : mun
warna kegemaran : warna biru
Makanan kegemaran : semua yg halal, tiada elergik
Minuman kegemaran : tak tahu
buah kegemaran : oren
hobi : baca buku
Tentang diri :
 seorang yang ceria, peramah, hormat org, taat, jujur, setia, xsuka ikut org,
 tegas dgn pendirian, diam dlm bnyk hal yang tidak disuka, diam ketika marah,
 serius ketika berurusan dgn berlainan jantina, ringn tulng dan tabah.

Negatif tentang diri:
           
malas buat sesuatu yang tak diminati, penakut, nakal, suka buat lawak, jahat jgk, tak suka peraturan yg xda objektif jelas, malas nak fikir masalah orang lain, pentingkan diri dan banyak lagi kot.


salam perkenalan. =)


Tuesday, April 24, 2012

^__________^

I got the hint..
Even a simple hint,
i felt very3 happy............
^----------------------^
hanya Tuhan Sahaja Yang Tahu, betapa bahagianya Hati ini.........
Allahuakbar.......
Alangkah bahagianya andai ap yg ku faham ini, itulah hakikat yg sebenarnya.
tapi, andai tak benar..
biarlah ak tidak tahu,
kerana aku ingin terus merasakan kebahagiaan ini..


Mujahidah Anak Muda Episod 2

............sambungan dari kisah lalu.......................
setelah diperhatikan pada buku nota itu, rupa-rupanya ada terselit satu surat.
surat itu tertera nama Ali dia atasnya. lalu, tanpa berfikir panjang.
Ali pun membaca isi kandung surat itu.

Buat Sahabat Perjuangan Ana,
Ali yang dirahmati Allah selalu, InsyaAllah..
Ana, memohon maaf atas segala kesilapan ana sekirannya selama ini ana pernah menyakiti hati enta ketika bekerja. Tujuan ana tulis surat ne, adalah untuk memberitahu enta yang ana akan berpindah ke Jordan tidak lama lagi. keluarga ana da persiapkan semuanya. keberangkatan ana mungkin agak mengejutkan dan pasti tidak sempat untuk memberi salam terakhir dan sedikit taujihad buat adik-adik kampus, memandangkan hanya ada masa 2 hari sahaja lagi ana akan bertolak.

oleh itu, ana meletakkan harapan kepada enta untuk terus menggerakkan daulah islam di bumi kampus yang tercinta. semoga dihadirkan sahabat-sahabat yang mampu untuk turun sama2 berfikir tentang islam. Ana doakan kalian semua berjaya dalam membawa islam sebgai ad-din di kampus yang ana pasti rindui.

Akhir kalam dari ana, syukran jazilla khairan buat enta yang mengenali ana sejak di bangku sekolah dan sudi bersama-sama bergerak membawa islam ke menara gading yang menjadi impian. semoga bertemu di suatu masa jika di izinkan Allah s.w.t.

Sekian, wasalam..
.............................................................................
Ali agak terkesima, berita itu agak memeranjatkan.
namun, qada dan qadar haruslah di terima,
pemergian Amirah pasti akan terasa,
namun, itulah adat berjuang, bertemu dan berpisah kerana Allah s.w.t.


Sunday, April 22, 2012

Kebahagiaan Adalah Ancaman Umat Islam

Subhanallah, Allhamdulillah, Allahuakbar..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
sesungguhnya, kita hari ini dalam kerugian,
kita hari ne, syok dibuai kebahagiaan,
syok hidup, tanpa ancaman gempa bumi dan sebgainya..
meskipun, sekeliling kita dipenuhi makanan syaitan.
hari ini, kita syok tengok rancangan jalan-jalan cari makan,
resepi-resepi luar negara, rekaan fesyen, rancangan raja lawak..
macam2 lagi..

SEMUANYA untuk KESERONOKKAN..
nak hilangkan ketensyonan..
Al-Quran sudah tidak pandang,
para ulama sudah diketepikan,
artis menjadi pujaan..
tak cukup artis malaysia, p minat artis korea, jepun, english dan lain-lain..
artis malaysia tak best, nak artis luar negara lagi best..
maknanya, makin dasyat tahap keseronokkan dan kelalaian yang kita nak kn.
nikmat hiburan sentiasa cuba dipertingkatkan.
namun, amalan dan ibadat tidak pernah kemanisannya untuk kita cuba pertingkatkan.


Bersyukur Hidup Di Malaysia,
Allah sayang kita, xda bala kena bagi dekat kita.
sedangkan, tidak semua bala adalah tanda kemurkaan Allah,
\adakala kita melihat ianya sebagai bala, sedangkan ianya adalah satu ujian.
dan ujian Allah itu akan diberikan kepada hamba-hambanya untuk meningkatkan lagi keimanan mereka.
sedangkan kita di Malaysia, sentiasa berasa hidup selesa..
keselesaan dan kebahagiaan di dunia, hanya akan menempa api neraka,
dn kebahagiaan yang hakiki adalah bila hti kita dekat kepada Allah.

kita, selalu tension.
nak hiburan sebagai penawar..
erm... rasa mcm tugas kita lagi berat dari seorang Nabi,
sedangkan nabi sendiri tidak pernah kita mendengar  tension..
kita ne, umat nabi yang manja.
manja sebab tak ikut sunnah nabi.
kita syok hidup di dunia.
suka ketawa yang terbahak-bahak,
suka tengok hiburan secara marathon,
tak nak hidup susah payah,
nak tidur atas tilam yang empuk..

Apa Yang Kita Suka Sangat Hari ne,
Semuanya Syok,
Dan Semua Yang Syok,
Semuanya adalah Milik Neraka..
Neraka Itu diselimuti dengan kebahagiaan,
Yang disukai semua manusia yang suka kelalaian..

Allah,
besarnya ancaman untuk kita hari ini,
hampir semua yang ada disekeliling kita adalah berupa ancaman,
musuh ataupun senjata yang syaitan gunakan untuk menjadikan kita,
sebagai temannya...

kawan2.. da2 la tu hiburan... hentikanlah...
Jom sama2 kita turun berjuang,
saling ingat-mengingatkan,
bekerjalah untuk islam,
bermujahadah lah kita melawan nafsu haiwani..
berusahalah kita menjadi orang islam yang bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa kepada Allah s.w.t.
insyaAllah.




Wednesday, April 18, 2012

Bawa Hatimu Kepada Tuhan

Alhamdulillah,
segala puji ana panjatkan kehadrat Allah s.w.t kerana masih memberi rezeki dan rahmatnya dalam hidup ana.
walaupun hari2 sangat menghimpit dengan kerja duniawi, tapi tetap sahaja ada pengisian yang hadir mengisi hati.
semalam, ana berpeluang mendengar ceramah ust.Shamsuri meskipun benda itu ana tidak rancang.
mungkin Allah da tuliskan nama ana dalam majlis ilmu.
dalam majlis tersebut, ana dpt ilmu tentang ciri2 org sombong. bayangkan, andai ada sebesar sebiji sawi sekalipun rasa sombong dalam hati kita, kita tidak akan dimasukkan ke dalam syurga. Allah hu akbar.
rasa2nya selama dlm hidup kita ne, betul kah kita tak pernah sombong?
rasa diri kita hebat, memperlekehkan org lain..
Allahualam, sama2 la kita muhasabah diri.
bila tibanya disuatu masa, di saat 7 anggota memberi keterangan tentang apa yang kita perbuatkan semasa di dunia, dan pada saat itu, hanyalah rahmat dan pertolongan Allah sahaja yang boleh kita harapkan.
semoga kita juga tidak lupa untuk berselawat dan mencintai rasulullah s.a.w iaitu nabi yang menjadi kecintaan Allah s.w.t. moga2 kita beroleh syafaatnya.

Pening2 dengan asgment yg berlambak nak kena hntr, tpi alhamdulillah. coz hati ini tidak menjadikan itu sebagai satu beban, mala seperti masa itu membuka ruang2 untuk ana. pada petang ini pula, sekali lagi ana mendapat pengisian rohani tentang hati manusia. manusia hendaklah menjaga hati dan melihat dengan hati nurani bukan sanubari. ana juga rasa bersemangat, apabila mendengar satu kisah yang diceritakan tentang kata-kata Allah s.w.t kepada kekasihnya nabi Muhammad s.a.w bahawa, janganlah kamu tension, tapi bangunlah semula untuk bangkit bekerja. kerana Allah bersama-sama dengannya.

Ya Allah,
sesunguhnya, engkau terlalu dekat dengan diriku.
semoga, dengan dekatnya dirimu,
aku hanya perlu mengadu dan memohon pertolongan darimu.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
itu sahaja ucapan yang ana dpt katakn buat masa ini, kerana merasakan bahawa Allah tidak meninggalkan diri ana pada saat ini, meskipun banyak perkara yang perlu ana settlekn. semoga Allah permudahkan segala-galanya. sama2 la kita berdoa kepadanya.
Ana yg terlalu cetek ilmu agama, insyaAllah akan berusaha untuk memperbaiki lagi dari masa ke semasa.

Sunday, April 15, 2012

Walau Dosa Tidak Terhitung

sebelum buat asgment, nak tulis sikit.
alhamdulillah, hari ne dpt pengisian rohani yang tidak disangka kn menerusi kuliah PKK.
xsangka, rupa2nya ak ne manusia yg sgt lalai dan sngt hina di sisi Allah s.w.t.
lalu, ak terasa bhw ak terlalu bnyk dosa, yg mungkin tidak mampu untk di maafkan lagi.
tapi, ak masih yakn akan rahmat Allah.
dan baru ja sebentar tadi, tym mengaji terbaca satu ayat dalam surah Al-Nahl. bahawa Allah sngt menyukai hambanya yang bertaubat dan berbuat dosa disebabkan sesuatu yang ia jahil akan tentangnya, lalu ia bertaubat kepadanya.

Ya Allah, engkau memberi sinar harapan buatku untk kembali kepangkuan mu.
ak sedar ak hanyalah insan biasa yang terlalu daif dan terlalu bnyk berbuat dosa. ak tidak dpt untk istiqomah dijalannya, sebagaimana org2 yg benar2 beriman dan bertaqwa. adakalanya, ak tahu akan ilmunya, namun hanya sampai di tekak sahaja. tidak smpai ke hati. apa kan daya ku. kerana dosa2 ku, telah menggelapkan hatiku.

betapa lekanya aku, dibuai dengan gelak tawa. ak tidak sedar, bahawa gurau dan senda itu terlalu berbahaya untk menjaga iman. aku juga terlalu bnyk kelemahan dalam bnyk sudut. ak sedar akan diriku. tapi, aku tahu yg Allah sentiasa menyayangiku, kerana ia sentiasa hadir untk menarikku kembali dan ak takut andai ia meninggalkan ak.

kerana aku tahu, bahawa bila Allah melepaskan ak dari penjagaannya, maka hanyutlah ak menjadi manusia yang rugi. Ya Allah, ak xrela untk terus leka dan lalai darimu. jiwaku terasa terseksa tanpamu. ak takut akan engkau memurkaiku. jiwaku tidak pernah tenang memikirkan akan dosaku padamu.

semoga, masih ad jalan untuk ku kembali kepadamu.. kembali berusaha merai cintamu. kerna ak tahu, yg ak mulai lari dari cintamu, mulai meninggalkan buku tauhid dan sufi yang pernah menjadi kecintaanku. amin ya Allah.. ampunilah hambamu yang hina ini...

Thursday, April 12, 2012

Semurni Kasih Adam, Seutuh Cinta Hawa

Hawa dicipta memang khas buat Nabi Adam,
Meskipun begitu, Cinta mereka tetap sahaja di uji Allah s.w.t
Ini kan Kita manusia biasa,
meskipun ujian tidak sebesar cinta Adam dan Hawa,
Tapi, kita tetap sahaja selalu mengelu dan tidak mampu bersabar.

Nak tahu,
dalam banyak-banyak kesakitan, kesakitan yang besar ialah mencintai,
tetapi dengan cinta yang kekosongan,
maksudnya, bila bertepuk sebelah tangan,
ataupun memendam perasaan,
memang menyakitkan,
Nak tahu perasaan orang yang mencintai kepada orang yang dicintai?
ianya ibarat tali yang tidak tersimpul erat, kerana tidak diikuti dengan simpulan ikatan yang ke-2.

Pernah dengar pepatah ini..

Cinta membebaskan kepahitan yang memenjarakan,
Cinta menguatkan kehidupan yang melumpuhkan,
Cinta memaniskan kehidupan yang mendukakan,
Cinta menyembuhkan penyakit yang ada,
Cinta mencelikkan kehidupan yang buta...

Indah x cinta?
mestilah indahkan..
Tapi sekarang ne, berapa ramai org yang derita kerana mencinta..
berapa ramai yang bunuh diri kerana cinta,
berama ramai yang tak nak bercinta kerana takut pada cinta..

herm...
cinta selalu disalah erti, sedangkan manusia itu menjadi manusia dengan adanya rasa cinta,
tanpa cinta, manusia sudah hilang perikemanusiaan,
bagi cinta antara teruna dan dara,
memang tidak asing dan selalu terbabas dari rel cinta sebenar,
cinta itu fitrah yang perlu diraikan setiap manusia,
dan harus dikemudikan dengan cara yang benar,
mengikut kehendak yang digariskan dalam agama,

herm,,
cinta yang menguatkan,
cinta yang mendamaikan,
cinta yang hanya disulam dari hati ke hati,
cinta yang mendambakan pengharapan,
cinta yang menjadikan kita lebih bersemangat,
buat yang tak bercinta lagi, jgn lah terlalu optimis menjauhi cinta,
tapi, letaklah rasa cinta pada Allah, Rasulullah, ibu bapa dan org2 disekeliling,
hidupkan lah suasana yang penuh kecintaan dalam hidup anda,
maka, jadilah hidup anda seceria mentari dan sentiasa tersenyum meski hati terasa tawar,,
andai cinta dari insan yang anda cintai hadir, maka railah cinta itu dengan satu ikatan yang sah,
semoga cinta anda mendapat rahmat dan penuh barakah.

p/s  terlalu mahal untuk berbicara, meski hanya sebutir kata. kerana dengan diam, di situ ada kata-kata yang tidak dapat untk dihuraikan..  =)
      

when I miss u, Nothing that I can do

Buat mak yang dirindui selalu,
ketahuilah akan dirimu,
anakmu selalu merindui mu,
rindu akan kasih dan belaian mu,
rindu akan tawa sendamu,
berkongsi segala cerita denganmu,

mak yang sporting selalu,
rindu sangat berbual denganmu,
bergelak tawa denganmu,
mengisi rohani bersamamu,
saling beringat denganmu,
rindunya bersama dengan mu.

mak,
terlalu banyak kisah yang ingin anakmu ceritakan,
terlalu banyak suka duka yang ingin dikongsikan,
tapi, mak da xda untuk menjadi pendengar yang setia,
ketahuilah aku selalu merindui mak,
rasa sebak nak memikirkan mak,
xlarat nak bercakap soal mak,
kerana beratnya dada yang dihimpit rasa rindu yang tidak dapat untuk dihuraikan,
mak, ketahuilah.
aku sngat menyayangi mak..rindu dgn mak..
doaku selalu bersama dgn mak,
mak lah jantung dan buah hatiku..
aku cintakan mak..
ketahuilah, ak tidak pernah lupa akan mak..
percayalah, aku terlalu rindu dgn mak,
sehingga tak larat untuk bercerita tentang mak,
kerana,
aku terlalu sebak dan sakit menahan rasa rindu dekat mak..
mak, i love you///
don't you love me? don't you miss me?
i really miss you..
harap mak sihat selalu dan bahagia selalu di sana,
ketahuilah, anakmu sangat merindui mu.
mak.......
aku rindu dengan mak....
rindu segala2nya tentang mak..


Wednesday, April 4, 2012

Andai Ini yang Terakhir..........

Ya Allah,
seramnya nak memikirkan BIG..huhu..
ya Allah,
permudahkan lah urusan hambamu ini ya Allah,
jauhilah daripada pergaulan bebas dan keseronokkan yang melebihi batasan,
peliharalah hati ini ya Allah,
agar di jauhi dari noda dan maksiat.

Ya Allah,
permudahkan lah urusan akt. di laut,
sesungguhnya, pengalaman yang lalu sgt perit,
andai ini yang terakhir kalinya,

ana mohon maaf kepada semua, halalkan lah segala yg korg telah berikan untk ana.
ana sentiasa mencuba untuk menghargai korang dan meraih rasa cinta dan kasih syng yg krg berikan. cuma, batasan dan keprluan shj yg menghalang ana untk meyatakan ap yaang jauh tersirat di lubuk hati ana.
dan tidak akn ada sesiapa yg faham ana.

jika ini yg terakhirnya,
ana mohon, bantulah permudahkan sgl urusan ana di dunia yg tdk selesai lgi. kasihani la bapa ana yg bersusah payah untk ana. bertanyakn la khbarnya.krn, ana terlalu cinta akannya.. ana syng kn nya.. ana ingin mengerjakan umrah dgn nya..dan insyaAllah haji.. Ya Allah, makbulkan lah doa ana..

kepada adik beradik ana..
ana syng korg sngt3.. x terhingga rasanya.. hidup ana, hanya ad cinta korang..T.T
kpd kakak ana, yg sgt berjasa untk ana.. terima kasih kak..

kpd sahabt2 yg di kasihi,
tiada ap yg dpt ana berikan, cuma doa korg dan ingtn yg ana hrpkan.
maaf korg, ana pinta dari hujung rambut ke hujung kaki.
ana syng korg semua. korg la yg bnyk mengajar ana, erti hidup dan menyelamatkan
usia remaja ana.. menunjukkan kpd ana, jln yg lurus.. syukran jazillan..

Kpd insan yang pernah bermain di hati ana,
maafkn ana..krn tidak pernah memberi ruang..
tidak pernah memberi kesempatan,]
yg ada, hanya pengecewaan,
yg ad, hanya penipuan dan lakonan.
jika ada kesempatan, biarlah Allah yang menunjukkan jalan.
ana tetap setia dri dulu hingga kini....
dan Tuhan shj yg tahu, gelojak hati ana menahan setiap panangan,
dan Tuhan shj yang tahu, betapa kosongnya hati ini,
dan kesabaran shj yg mampu menjadi penawar,
dan kpd Tuhan shj, ana serah kn segalanya.
jika ini yang terakhir,
ana rasa bersyukur dan berterima kasih,
kerana, hadirnya dirimu, mengajar ana erti cinta, ikhlas dan kesabaran yang tidak ternilai dalam hidup ana..
 syukran ya akhi.......