Sunday, April 22, 2012

Kebahagiaan Adalah Ancaman Umat Islam

Subhanallah, Allhamdulillah, Allahuakbar..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
sesungguhnya, kita hari ini dalam kerugian,
kita hari ne, syok dibuai kebahagiaan,
syok hidup, tanpa ancaman gempa bumi dan sebgainya..
meskipun, sekeliling kita dipenuhi makanan syaitan.
hari ini, kita syok tengok rancangan jalan-jalan cari makan,
resepi-resepi luar negara, rekaan fesyen, rancangan raja lawak..
macam2 lagi..

SEMUANYA untuk KESERONOKKAN..
nak hilangkan ketensyonan..
Al-Quran sudah tidak pandang,
para ulama sudah diketepikan,
artis menjadi pujaan..
tak cukup artis malaysia, p minat artis korea, jepun, english dan lain-lain..
artis malaysia tak best, nak artis luar negara lagi best..
maknanya, makin dasyat tahap keseronokkan dan kelalaian yang kita nak kn.
nikmat hiburan sentiasa cuba dipertingkatkan.
namun, amalan dan ibadat tidak pernah kemanisannya untuk kita cuba pertingkatkan.


Bersyukur Hidup Di Malaysia,
Allah sayang kita, xda bala kena bagi dekat kita.
sedangkan, tidak semua bala adalah tanda kemurkaan Allah,
\adakala kita melihat ianya sebagai bala, sedangkan ianya adalah satu ujian.
dan ujian Allah itu akan diberikan kepada hamba-hambanya untuk meningkatkan lagi keimanan mereka.
sedangkan kita di Malaysia, sentiasa berasa hidup selesa..
keselesaan dan kebahagiaan di dunia, hanya akan menempa api neraka,
dn kebahagiaan yang hakiki adalah bila hti kita dekat kepada Allah.

kita, selalu tension.
nak hiburan sebagai penawar..
erm... rasa mcm tugas kita lagi berat dari seorang Nabi,
sedangkan nabi sendiri tidak pernah kita mendengar  tension..
kita ne, umat nabi yang manja.
manja sebab tak ikut sunnah nabi.
kita syok hidup di dunia.
suka ketawa yang terbahak-bahak,
suka tengok hiburan secara marathon,
tak nak hidup susah payah,
nak tidur atas tilam yang empuk..

Apa Yang Kita Suka Sangat Hari ne,
Semuanya Syok,
Dan Semua Yang Syok,
Semuanya adalah Milik Neraka..
Neraka Itu diselimuti dengan kebahagiaan,
Yang disukai semua manusia yang suka kelalaian..

Allah,
besarnya ancaman untuk kita hari ini,
hampir semua yang ada disekeliling kita adalah berupa ancaman,
musuh ataupun senjata yang syaitan gunakan untuk menjadikan kita,
sebagai temannya...

kawan2.. da2 la tu hiburan... hentikanlah...
Jom sama2 kita turun berjuang,
saling ingat-mengingatkan,
bekerjalah untuk islam,
bermujahadah lah kita melawan nafsu haiwani..
berusahalah kita menjadi orang islam yang bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa kepada Allah s.w.t.
insyaAllah.




No comments:

Post a Comment