Thursday, October 16, 2014

ISTERI KONTRAK 1

Perubahan ekspresi muka syazana, dapat dibaca dengan mudah oleh rakan baik sekuliahnya Mira yang sudah selalu menjadi tempat mengadunya. Mira tahu yang syazana pasti sedang bergelut dengan masaalah ibu tirinya itu.
            “Ana pening dengan permintaan ibu sejak dari semalam lagi. Ana tidak tahu apa sebenarnya kemahuan ibu.” Keluh Ana tanpa disoal Mira. Jauh disudut hati, Ana sama sekali tidak bersetuju dengan permintaan ibu tirinya yang hendak menjodohkannya dengan seorang lelaki yang tidak pernah dikenalinya sebelum ini. Malah, berat sekali untuk menerimanya memandangkan dia masih sedang belajar di Universiti.
            Mira yang sejak tadi memberikan telinga kepada setiap keluhan sahabatnya, berasa sangat bersimpati dengan kerungsingan yang Ana alami. “ Sabarlah Ana, banyakkan berdoa dan mengadu kepadaNya. Lagipun, apa yang berlaku sekarang ini, semuanya atas kehendakNya juga. Yakinlah yang pasti akan ada hikmahnya,” lembut kata Mira untuk cuba menyenangkan dan meringankan bebanan hati yang ditanggung sahabat baiknya. Tambah lagi, dia sangat faham diri Ana yang sangat bercita-cita besar dalam hidupnya. Ana seorang yang komited terhadap pelajaran dan sangat aktif dengan aktiviti-aktiviti sukarelawan di Universiti.

            “ Ana, cepat balik kampung hari ini juga. Ibu ada nak bincangkan dengan Ana. Semua ahli keluarga sudah setuju. Cepat balik ya.” Telefon dimatikan serta merta dari jauh. Ana masih terkesima seperti dalam mimpi mendapat panggilan kecemasan itu. Tanpa banya soal,  dia mengemas sedikit keperluan untuk dibawa pulang ke kampung.
            Perjalanan dari Kota Bharu ke Pendang yang mengambil masa 5 jam membawa fikiran Ana terbang jauh. Sepanjang dalam bas, Ana tidak dapat melelapkan mata kerana masih berfikir sekiranya Ibu memanggilnya balik untuk meneruskan hajat ibunya untuk jodohkannya dengan Tengku Aizat. Walaupun gelaran Tengku sudah cukup menunjukkan keberadaan manusia itu. Namun, Ana tetap tidak dapat menerima lelaki itu kerana setahunya lelaki itulah yang pernah dilihatnya suatu masa dulu sedang bermesraan dengan wanita lain.
            “Aku tidak memandang dan ingin dipandang, aku bukanlah wanita yang cepat memberikan cinta kepada insan bernama lelaki, dan aku juga bukan wanita yang murah dengan mudah untuk disentuh. Tapi, kenapa mesti aku dijodohkan dengan lelaki sebegitu, yang awal-awal lagi bermesra dengan wanita lain?? .” Monolog hati Ana yang meronta-ronta ingin dikeluarkan dari kerongkong. Tapi berat untuk dilepaskan setiap kali tertembung mata dengan Ibu tirinya. Terpaksa ditelah semula kata-kata yang hampir terluah.
            Kepulangan Ana ke kampung halaman pada petang itu, hakikatnya bukanlah untuk meminta persetujuannya. Tetapi, semua keluarga sudah berkumpul dan hanya menunggu pengantin perempuan untuk akad nikah secara ringkas. Pihak sebelah lelaki juga yang hanya dihadiri oleh pengantin lelaki dan dua orang lelaki muda. Manakala, sebelah perempuan pula hanya keluarga terdekat sahaja yang dijemput.
            “Ana, tak kan da sampai Kelantan. Jauhnya berkhayal,mentang-mentang nak jadi isteri orang da,” seloroh sepupunya Anis yang tiba-tiba datang duduk disebelahnya. Ana hanya mampu tersenyum. Tiada sebutir pun bicara yang keluar dari mulutnya sejak tiba tadi. Manakan tidaknya, semua yang berlaku didepan matanya terlalu jauh dari jangkaannya. Sehingga, belum sempat dapat dihadam oleh fikiran.

            Hanya dengan sekali lafaz, Syazana binti Ismail sah menjadi isteri Tengku Aizat bin Tengku Hj Ariffin. Menitis air mata Ana tanpa disedarinya kerana sebak memikirkan nasib diri yang menjadi patung tanpa mampu membelah diri. Haknya sebagai pengantin perempuan diabaikan sama sekali oleh ibunya. Mengenangkan ibu kandungnya yang da lama pergi, bertambah banyak air mata yang jatuh. Ayah pula, sejak jadi bisu dan duduk di kerusi roda, kewujudannya sebagai ketua keluarga juga makin diabaikan. Kini, Ana sedar yang dia sudahpun sah menjadi isteri orang. Mungkinkah selepas ini aku lebih bahagia?

SINOPSIS NOVEL ISTERI KONTRAK

Segala Puji Kehadrat illahi yang setia memberikan ilham kepada penulis untuk menulis novel Isteri Kontrak ini. Hakikatnya jalan cerita novel ini berbeza sama sekali dengan kisah-kisah yang kerap menjadi plot cerita perkahwinan kontrak yang sering dibaca di novel mahupun kaca TV. Apa yang ingin dibawa oleh penulis pada kali ini ialah suatu kelainan yang tidak menunjukkan kemuliaan hati watak utama wanita yang kerap kali kemuliaan hati disama ertikan dengan kebodohan. Penulis membawa watak seorang wanita yang cerdas dan bijak meski hidup dalam darjat yang rendah. Norma kehidupan, menjadikan golongan bawahan sebagai golongan yang mudah dipijak. Oleh itu, penulis ingin mengubah perspektif itu dan cuba mengangkat martabat golongan miskin dan hidup susah, kerana maruah yang dimiliki setiap manusia adalah sama.

Apa yang lebih menarik dalam novel ini, ialah unsur kebahagiaan yang sentiasa diimpikan setiap manusia akan tercapai dapat dirasai oleh pembaca sendiri. Manakala, balasan kepada mereka yang tamak dan dengki juga turut ditekankan dalam novel ini, agar pembaca sendiri dapat mengambil iktibar dari kesilapan-kesilapan yang kerap menjadi warna warni kehidupan.

Novel ini sangat seronok untk dibaca bagi semua golongan tanpa mengira jantina. Malah, lebih memotivasikan seseorang dalam menongkah arus kehidupan yang lebih positif.

Friday, August 22, 2014

hari ini. :)

Salam..:)
pendekkan cerita yg sy nak bagitahu sy dah pindah bilik.
Sekarang ne roomate sy seorang yang alim.
Alhamdulillah bnyk perkongsian,ilmu dan teguran yg saya perolehi..
Sy jarang ditegur bab amalan..dan akhirnya sy temui sesoarng yg bijak menegur dlm berhemah.
Selepas ne boleh la sy cuba perlahan2 untuk menabah baik setiap amalan dgn perkara2 sunat..
Semua doakm saya ya..:)

Saturday, August 9, 2014

Better To say Good Bye ^_^

Assalamualaikum..
lama tidak menulis sini kn.. hehe..
sori my blog.. :(

dear u.. who ever you are.. hehe..
but especially to you..hehe..
melihat engkau tersenyum, dan petah berbicara selalu,
hanya saat bertemu dengannya,
membuat aku faham, yg engkau lebih bahagia bersama dia..
melihat banyaknya kesamaan korang, aku rasa..lebih baik untuk pergi..
aku yang ego, selalu mementingkan diri..
mungkin banyak melukakan hati, maafkan aku...
harap bahagia dengan teman baru..
memang ini pilihan ku sendiri...
cukup untuk bertahan, tiba masa untuk aku pergi...
mungkin ini yg terbaik dan lebih membahagiakn hati ku dan hati mu...

apa2 pun, engkau tetap yg terbaik jadi sahabatku..
harap dengan kejauhan, kita lebih erat dari dulu..
tapi, aku sudah tidak impi seperti dulu..
engkau milik dia, aku mungkin lebih baik sendiri..
hadirku, mungkin hanya menambah luka di hati..
kita semakin berbeza...semoga bahagia.. :)
melihat engkau tersenyum dan gembira bercerita..
aku turut bahagia.. tapi bukan aku yg mampu membuat engkau begitu..
pergi la.. bersama mu.. hati aku jadi lebih sakit..
kerana bukan aku lagi.. yg mampu menggembirakan mu...

terima kasih untuk selama ne..
selepas ne, ak perlu lebih berdikari..
maaf terlalu bnyk menyusahkan..
:(

kesorangan itu mungkin sepi.. tapi itu lebih baik. :)

Sunday, July 20, 2014

Ujian Ramadhan. Gaza Bertamu dalam doa.

Banyak jiwa sedang teruji..terkesan dijiwa..saat jasad dan jiwa anak Gaza di robek..Yakin dan percaya. ALLAH bersama mereka. Melihat keadaan mereka..hati lebih sayu..tbah lagi berita pemergian 298 penumpang MH 17 yg mengayat hati seluruh rakyat.Tidak ketinggalan khabar dari Sabah tanah aor ku..yg turut dikecam dengan penceroboh. YA Allah aku terima bahagian dari ujian mu untuk menegur dosa2 lalu ku..hari ne dan akan datang... Kepada Mu sahaja lah tempat kami bermohon harapan..Moga segala yg berlaku adalah atas kehendak Mu beserta hikmah dari Mu. Ya ALLAH kuatkan hati saudara kami di Gaza... Bertahanlah anak dan saudar seagama ku di sana... Hanya doa yg mampu ku kirim dengan seribu harapan..Agar kalian tetap Teguh Iman dan andai Gugur..Syahid menjadi jalan. Saudara Gaza ku..Mencontohi kalian adalah impian ku... Semoga pertolongan Allah selalu bersama kmu.

lost of tempere

Time is hard to face..... a deep difficult life to endure... but its alringht as long i still can think of it...

Wednesday, July 16, 2014

pagi yang layu

Pagi yang tak berapa nak indah..mata layu dan suram..mengharap rehat yg tidak kesampaian.anak-anak murid menanti dalam kelas. Bersedia menghulur salam perkenalan. Tiada persiapan yg guru lakukan kerana sibuk menyiapkan tugasan yang akan dihantar pada petang ini. Oh...pahitnya terasa...makan yg dimakan..seperti hendak termuntah.. mungkin akibat pening melanda..dek tidur yg hanya sebentar cuma..oh guru... kerja mu tidak semudah yang ku sangka...tegarnya dikau mengharung perit dan letih..aku kini menanti..pertemuan pertama kali dengn murid2.mungkin ad senyuman yang melambai mari...agar hari menjadi lebih ceria. :)

Saturday, July 12, 2014

first day praktikum :)

Salam.: ) Hari pertama praktikum 2 di sk. Seri MUDA,Kedah. Pertama sekali, sekolah ini besar dan cantik.bilangan murid dan guru yang sangat ramai.Hal ini sangat berbeda dgn suasana praktikum pertama kali di sekolah alor melintang yang merupakan sekolah pertama sy menjalankan praktikUM. Keadaan sekolah juga menarik, namun saya memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. :) walaupun kesibukan sebagai bakal guru juga sudah mulai terasa, namun pada kali ini,sy ingin lebih menghargai dan menghayati dunia profesion perguruan. Sebagaimana yg dikatakan oleh pensyarah sy ugama menyatakan bahawa kita la yang menentukan kehidupan kita agar lebih bermakna. Hidupkan setiap masa dgn perkara yg menyeronokkan dan menghiburkan diri. Setiap perkara yg dilakukan pasti terasa lebih mudah dan membahagiakan.:) be a good teacher and inspired teacher.

Monday, July 7, 2014

Dedikasi Buat mu Ibu. :)

Terlalu sayu melontar bicara,
Terlalu pahit untuk ditelan rasa,
Saat tunas rindu meracau jiwa,
Namamu ku sebut dalam serak-serak suara,

 Mama, mama
Memanggil nama mu, mengadu manja dengan mu,
Sudah tiada lagi dalam silibus hari ku,
3 tahun seperti pantas berlalu,
Namun wajahmu, hadir mu,
Seperti baru semalam ku temu..

Mama,
Aku terlalu merinduimu,
Aku menantimu dalam mimpi2 ku,
Aku mencari suaramu, dalam waktu sukarku,
Aku merindui masakan2 mu,

Mama,
Kenapa malam ini terlalu sayu buatku,
Air mata terlalu mudah mengalir keranamu,
Seperti hari2 yang lalu begitu perit tanpa mu,
Mungkin ingin dikongsi segala cerita lalu.

Mama...
Aku Rindu...
7/7/14
Tahun ke 3 Tanpa mu...Masih terasa hangat kasih mu.
Semoga Mama bahagia di sana selalu. J




Thursday, June 26, 2014

Dendam Masih Tiada Noktah

salam ketemu, salam kembali..
pertemuan tercipta disemester 6,
dendam yang lalu, akan dibawa kembali,
jangan sangka ia sudah berhenti...
hahahahahahahahahahahahahahaha

Friday, May 23, 2014

Penutup semester 5 ^ ^

Alhamdulillah.. selesai semester 5 Pismp..
Melalui hari2 exam dalam kesakitan,
berusaha memaksa diri untuk menghadam ilmu dalam keadaan demam,
kesannya, sakit kepala yang tak surut. :(
Tapi, selepas habis exam..
i give my head rest peacefully. hehe..
alhamdulillah..bangun pagi ne da makin ok. :)

Oh exam.. skrg ne tak tahu macam mn nak dpt pointer tinggi..
terasa susah sekali.
mudah2an la keputusan exam membantu.
tapi, exam pun..haha..susah juga..
Tapi, nasib baik 3 paper ja.. jdi, sempat juga fokus masa study week.
harap masa minggu exam, sakit..
tpi, nasib baik juga, dapat sembuh cepat sikit berbanding selalu.

Saat sakit tu, memang xlarat.. pertama kali demam panas macam ne dekat Kedah.
selama ne, mesti smpi dekat sabah, baru sakit.
kebetulan kawan xda.. tambah lah hati rasa sensetif sngt.
mata bengkak da. satu badan da rasa panas.
kepala pula rasa mcm nak meletup.
masa tu Allah shj tahu, mcm2 kaedah perubatan yg sy gunakan..haha.
demi nak sembuh secepat mungkin.memandangkan ada beberapa paper yg perlu diduduki pada lusanya.
Nasib baik juga, ubat panadol melegakan sikit..hehe.

dan, untuk paper semua.. alhamdulillah.. ok la.. berbanding xjawab langsungkn.hehe..
xsabar nak nex sem.. da sem 6.. kemudian sem 7, kemudian sem 8, dan kemudian kahwin.hahahaha..
ok la.. nnt cerita lagi. salam. :)

Wednesday, May 14, 2014

Mei

Salam.. :)
Sekarang ne, saya sedang study week dekat kelantan..hehe..
Best juga, study dengan suasana baru.
selesa dan more privacy.. hehe..
Alhamdulillah..
Saja nak menulis dkt blog..sebab da lama tak buat entry baru..
Especially tuk bulan mei ini..hehe..
Sesungguhnya semester ini adalah amat tidak terasa.
Keran setiap bulan, ada due date yg perlu menyiapkan sesuatu tugasan,

huhu.. Letih dulu.. skrg rehat sikit..
Study pun ok la..dpt sambil2 rehat..hehe..
erm.. Ok..
da nak masuk 5 bulan xbalik sabah..
tpi.. masih ok.. belum rindu melampau bak kata orng..hehe..

Cuma.. tolong lah...
wajah.. jangan lagi menghitam.. haha.
Selepas berbulan2 menjaga kecantikan demi pulang ke sabah..
kerana nak menunjuk dkt adik2..hahaha..
Tpi, tolonglah jgn jadi mcm semester lalu..
Balik sabah..muka tumbuh pula ruam2..haha..
Masa tu, tiada lagi yg dpt dibanggakan..haha..
xda la.. gurau ja..hehe..
ok2..bye my dear blog...
see u nex tym.. ;)

Wednesday, April 23, 2014

My Story Praktikum 1

Assalamualaikum... ^ ^
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Pemurah..
With Love...
Alhamdulillah hampir selesai praktikum 1..
Terlalu banyak kisah ingin diceritakan.. :)
Can i call my self as a teacher? hehe..
Ok..
Hari ne.. cikgu belajar banyak dari mereka..
Mereka yang bergelar murid.. 
with love..
Mereka semua sangat memerlukan perhatian da motivasi seorang guru..
Hari ini, cikgu masuk kelas yang cikgu ajar.. untuk kali yang terakhir..
Pertama, kelas dengan Tahun 4 Arif..
Hari ini cikgu kongsikan banyak video nasihat..
murid2 sangat seronok tengok keajaiban dan kebesaran Allah,
sampai pada gambaran hari neraka dan kiamat..
Banyak soalan yang dorang tanya..
Cikgu, macam mana Mekah kalau hari kiamat?
Cikgu, kami tak nak mati masa kiamat.
Cikgu, macam mana laut boleh terbelah?
Macam mana bulan terbelah..

Teringat dekat Afif yang comel..
hehe..
Semua, sekarang ne da akhir zaman, kiamat da dekat .. semua jaga solat ya..
Afif : Macam mana cikgu tahu kiamat da dekat ( soal dengan muka yang takut dan xpuas hati)
hehe..
Terus Afif kata, saya nak jadi Tok Wan Nabi Muhammad..tak kena kiamat..

Afif2, kita beruntung jadi umat Nabi Muhammad.. :)

Masuk penutup, xtahu nak suruh nyanyi lagu apa.. Murid2 suruh pasang lagu Sandiwara cinta..
Tiba2 terdengar kata Daniel: Saya tak boleh nyanyi lagu macam ne, terus mengasingkan diri..
Cikgu, pasang lah lagu Hafiz Hamidun.. Baru Islamic sikit.. Saya da hafal semua..

Oh.. Malunya cikgu kepada kamu Daniel... :'(
Terus cikgu tukar lagi..
Kepada guru2 di luar sana.. Jangan kotorkan hati mereka yang bersih..
:)
Tahun 4 Arif

Budak2 ne, pantang nampak cikgu dekat luar, asyik nak berkepit ja.. hehe..
Tapi, seronok juga.. sebab rasa disayangi murid2..hehe
Masa tulis surat, Kepada murid tahun 4 yang comel, baik dan mengada2... terus semua merajuk.. 
Cancel tukar kepada minta puji..hehe..
Semua senyap..dalam hati.. dorang xfaham ka ne,,
Siapa minta puji?
Ada pula yang mengaku.. haha..
Nampak sangat dorang xfaham..
Gurauan cikgu xmenjadi.. :(
Tiba2 Daniel tanya, cikgu apa maksud minta puji?
hahaha...

Hari ini, cikgu dapat surat dari murid yang paling baik dan aktif dalam kelas..
Daniel, Asyraf, Azrin dan Afif..

Ayat yang membuat cikgu tersenyum..
Cikgu, nanti dekat sana, jangan lupa kami di sini tau..hihi..
Kami sayang cikgu Munirah..
Kami janji dapat keputusan yang baik UPSR 2016.
Nanti da dapat keputusan, kami call cikgu ya..
Cikgu wajib baca ne..

Hehe..

Surat cinta.. ^ ^

Esok kita da nak berpisah :(

Ok.. Nex cerita..
budak Tahun 3..
Cikgu, jarang masuk kelas Tahun 3. sebab satu masa shj dalam seminggu..
Tapi, hari ini cikgu masuk juga.. :)

Hari ini, buat kuiz.. bagi hadiah dekat murid2..
Tapi, dorang suka gaduh, dan xhargaipun..
Last2.. Cikgu merajuk..
Ok..
Semua da diam.
Masanya sudah tiba.. hehe.. buat murid2 menangis..

Dan.. akhirnya semua menangis..
Menangis sedih berpisah dan rasa bersalah haha..
sesi muhasabah..hehe..

Budak2 ne hati lembut..
Cepat tersentuh.. Budak yang paling nakal pun nangis teresak-esak masa ne,
sampai nak bergambarpun xdapat..

Hehe.. Tapi cikgu teringat dekat Irfan..
Irfan budak pemulihan dan tak pernah cikgu ajar..
hari ini, masa kuiz.. Irfan tunjukkan prestasi yang baik..
masa Irfan nangis, cikgu kata..
Irfan, kamu pemulihan kan? Macam mana masuk pemulihan?
Kamu pandai.. Buktikan dekat guru sekolah ne, yang kamu bukan budak pemulihan ya..
Irfan tambah nangis dan mengangguk-angguk..

Murid2 sangat mengharapkan perhatian, motivasi dan kasih sayang..
Kadang2, latarbelakang keluarga juga yang membuatkan murid2 xsemangat belajar..
Fahmi juga seorang budak yang bijak..
tapi panas baran..
Dan tadi Fahmi banyak menangis..
Buat latihan bila dibimbing..

Tiada kelemahan yang dilihat dari pelajar lemah,
melainkan mereka inginkan perhatian yang lebih..
Bila tengok murid menangis, rasa bersalah dan sedih..
Terus dapat kad banyak..hehe.

Oh murid2, kalian sangat baik..
belajar lah..
dunia sekarang sangat menghimpit jiwa mu,
carilah jalan yang membersihkan jiwa mu,
jangan engkau kotori..
Meskipun dunia menghina mu,
jangan pernah engkau berputus asa..
Any tyme.. call cikgu..
Bila engkau perlukan motivasi dan kasih.. :)
 With Love..

Kalian kekasih hati cikgu .. ^ ^

Thursday, April 17, 2014

Today.. For Me...
Why ............
Because Allah still give me time..
For me come back to him...
Wahai Hati..
Berhentilah...
Apa yang engkau sedang cari sebenarnya..


Tuesday, April 8, 2014

Konspirasi...

Boleh baca blog ne, untuk membuka mata, minda, dan fikiran..
Percaya atau tidak, yang penting persiapan kita berhadapan dengan dunia akhir zaman dan fitnah dajjal.
http://dramaraja.blogspot.com/2014/04/mh370-penutup-episod-pertama.html

pastikan ada minuman sebagai teman, kalo x boleh tertidur baca artikel ne.. hehe

Bulan Praktikum

Bismilllahirrohmanirrohim... ^ ^
Alhamdulillah.. terbuka juga hati untuk update blog..hehe..
makin sibuk sekarang, sehingga penulisan pun makin teruk.. huhu.
Sekarang ne dekat sekolah. kebetulan kelas xada..
Oh Ya.. Semester ne seperti yang disebutkan sebelum ini,
sangat sibuk.. sehingga tak rasa homesick lagi nak balik.
Sedangkan semester ne pertama kali xbalik bulan 3..huhu..

Ok.. Nak cerita tentang sekolah..hehe..
sekolah ne sngt best.. kakitangan sekolah sangat baik dan selesa.
Cuma yang xbest lagi. Tak dapat lagi rentak belajar murid..
Penat layan murid sorang2, sebab semua nak perhatian..
Lain pula dengan ABM dan RPH yang kena siapkan setiap hari,
dan bertambah lgi penat sebab kena memandu selalu untuk ke sekolah dan ke maktab.
Terlalu banyak urusan.. Kadang2 pensyarah tiba2 nak jumpa..
terpaksa balik ke maktab.
Kereta pula tayar da tak da bunga..
Bila hujan, takut sngt bawa kereta,
Tapi, sekrang ne hujan pula ..
dekat rumah sewa pula, kipas xterasa.. Ya Allah bnyk tul ujian.
Penat, panas dan sibuk dengan kerja.
Sampaikn semalam, mimpi arwah mak.
Tengok banyak sngt buah2an dekat luar rumah.
petik buah2 semua, kemudian masuk dalam rumah tu,
sekali dalam rumah tu ada arwah mak.
mak sedang buat mcm jeruk buah2an. nampak sedap sangat.
Masa tu nampak mak, terus rasa macam lama sangat tak jumpa mak.
Nak peluk mak masa tu, tapi mak tengok biasa ja, mcm selalu jumpa ja,
mak nak suapkan buah tu, tapi masa tu ak da nangis da.
Sempat mengadu dekat mak, yang aku penat sangat.
Terus terjaga dari tidur, sebab terasa air mata mengalir..huhu..
Tak rasa lega lagi, sebab tak sempat nak nangis puas2..huhu..

Sebenarnya, best sngt jadi guru di sekolah ne,
banyak ilmu dpt terutama daripada guru2 sekolah,
tengok budak2 gembira pun seronok juga,
cuma, sebab xbiasa lagi dengan kesibukkan yang menekan macam ne,
Tambah lagi kn, sebelum ne sibuk pun setakat dengan asaimen,
beza dengan sekarang.. Hari2 sibuk..
Bila housemate bising, memang susah nak tidur, walaupun mata dah penat sngt.
Kadang2 baring da awal, target bangun jam 3. Tapi, bila baring xdapat tidur dan bangun awal pula,
memang sngt letih. Sabar Mun.. lama2 biasa la tu..
:)

ok la.. rehat da nak habis.. selepas ne kena masuk kelas ganti..hehe..salam. :)

Thursday, March 20, 2014

My 22 ^ ^

Salam. :)
Mungkin ini coretan terakhir pada usia 21 tahun..
Pada usia yg bakal menjelang.. 22 tahun..
semoga Allah beri kekuatan, limpah kurnia, kasih dan sayang..
sentiasa dalam rahmat dan hidayahNya.

Sebenarnya sekarang sangat mengantuk..
memandangkan baru sahaja melalui seminggu yang menghimpit masa..
terlalu sibuk.. Alhamdulillah selesai juga.. ^^

Befday tahun ne, first tyme bukan dekat rumah..
dekat hostel dan sorng2..

ramai kawan2 yang balik.. :(
Tapi, dapat hadiah da dari kembar sy di kelas.. Azmee namanya..
dapat seuntai tasbih yang cantik..
ini pun sy yng minta kena bagi hadiah.. haha
buat muka xmalu...

sy rasa ne hadiah lelaki pertama dlm hidup sy semasa befday..
walaupun hanya kawan.. haha..
memandangkan sudah hampir 4 tahun sekelas..
kdng2 da rasa macam keluarga sendiri..
seronok bila bersama-sama.
Ingatkan tahun ne, ada lah orng istimewa yg wish..
tp, nampaknya..
tak da juga kot.. hahah.. jangan berharap lagi wahai munirah..
nnt anda kecewa..
Nak hadiah.. :(
tapi, kalo wish pun xpasti.. hadiah lagi la mustahil.. hahah

ok... yg penting esok la buat matlamat hidup..
skrg otak tgh ngantuk.. tak tahan da.. tidur dulu.. :)
salam. :) :) :)

* dalam sibuk asaimen.. ada juga orng yng nak melamar tuk dijadikan calon.. huhu..maaf la.. sy xsedia lagi.. dan kemungkinan itu sangat rendah.. sy malas nak fikir lagi.. yang penting sy happy mcm ne.. :)

Monday, March 17, 2014

Sakit saat Ia Pergi

Melupakan sesuatu yg indah..
Sangat menyakitkan..
Aku tidak tahu ap itu cinta..
Tapi... andai benar ini cinta..
memang sakit saat ia pergi...

Kuatkn hati ku..
Jangan Pandang belakang lagi.
Terus maju dan maju..
sabar la menanti masa yg lebih tepat dan pasti...

Tiada yg mampu mempertahankan cinta yang terpisah dalam batas2..
menjaga itu dan ini..
sudah cukup mujahadah..
akhirnya tersungkur jua..
lalu tekad hati untuk meninggalkan..
kerana tiada cinta yang lahir dari lafaz..
tanpa terzahir dari tingkah..

Alhamdulillah..
Hatinya yang celik, mengenal yang buta..
dan benci kepadanya..
Lalu meninggalkannya...

Dan mungkin kah dia terlalu baik buat ku..
dan aku tidak layak untuknya...
huh....
ap2 pun, terima kasih..
:)
Kerana ini lah pengalaman pertama yg bermakna buatku..
Yang mengajar aku mengenali mu..
yang membuatkan aku melihat mimpi itu xmustahil..
dan ini juga pilihan sendiri dan persetujuan bersama..
Mudah2an ini lah yang terbaik...
Andai jodoh, aku pasti kembali..
Andai jodoh, engkau setia menanti..
Andai bukan jodoh..
Pasti ada yg lebih baik buat mu..
Insan yang baik.. permata di celahan kaca..
:)
Aku tidak mencintaimu lagi....


Friday, March 14, 2014

Mana hati ku pergi, di bawa lari keihlasan

Pengalaman yang mengajar aku untuk tidak terlalu berpaut.. hidup adalah kebebasan..setiap tindakan..sendiri yang bertanggungjawab.. cukup lah kenangan yg membuatkan aku menuding jari dan akhrnya. menyalahkan diri sendiri.. jangan berharap aku datang kembali..kerana aku jarang menoleh...past will b past...

Kadang2 aku terlalu degil dengan penderian sendiri, kadang2 aku ingin memberontak.
Kadang2 aku tidak nampak apa yang aku buat akan membuahkan hasil di akhirat,
mungkin kah aku menyempitkan jalan ke syurga,
dengan menganggap kesibukan dunia hanya membuatkan aku mengumpul mata yang sia-sia,
kadang2 aku tertipu dengan erti keikhlasan.
Pada ku, tanpa keikhlasan semuanya akan hangus..
disebabkan itu, terlalu banyak benda yang sukar untuk diikhlaskan..
memandangkan banyak perkara yang terpaksa dilakukan secara paksa,
membuatkan hati ini memberontak....
mengatakan bahawa semua ini tiada manfaat..
melakukan sesuatu secara terpaksa, akhirnya membuang masa,
ianya ibarat masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan..

I mean all about this kid program...
dalam keadaan sibuk.. sempat juga ia menyibuk..
mungkin kerana agak terbeban dengan sesuatu yg kurang digemar..
meskipun begitu, pastinya ia sangat bermanfaat pada masa hadapan..
malangnya hati ini yang tidak dapat melihat kegunaannya pada masa hadapan kelak.

Kadang2 diri ini ingin lari dari kesibukan dunia, yang banyak mengetepikan ilmu agama,
sehingga tidak sempat membelek Al-Quran, keran sibuk membaca buku ilmiah..
Sedang, dunia  laju dan pantas menuju ke pengahkiran.
namun diri masih sibuk mengejar cita2 dunia..
andai diri bijak.. pasti mampu membahagikannya..
Namun.. diri yang serba hina ini..
seperti tiada upaya melawan arus dunia..
terpikul beban dunia, lalu terlupa beban akhirat..
hingga terlupa, mana yang utama...

feeling sad... 

Saturday, March 8, 2014

Jangan tanya hari esok...Minggu ini sahaja sudah terlalu banyak berita mengejut.. Musibah yang tiada siapa sangka.. Sehingga terasa takut untuk berhadapan dengan persoalan hari esok..

Allah memanggil kita kepadaNya, dan Allah sedang munjukkan kebesaranNya kepada kita yang selalu membesarkan makhluk berbanding Nya..

Pelbagai ujian yang Allah turunkan kepada kita, tidak lain melainkan Allah memanggil kita untuk kembali kepada Nya. Beringatlah sebelum terlambat. Jangan ditanya pada tuan badan yang menulis, kerana jawapannya jua sama... # HanyaMengharapRedhaDariNya

How To make it..
> Kurangkan bermain internet
> Kurangkan bergaul dengan makhluk
> Kurangkan berharap dengan makhluk
> Letak cinta Allah sahaja yang utama
> Banyakkan menangis di hadapan Nya

Thursday, March 6, 2014

Kreatif Dalam Pengurusan Kewangan

Salam...
 :) :) :)
sementara line internet ada.. boleh la nak update blog. :)

Ok.. Tajuk yang simple untuk dikongsikan ialah tentang kewangan...
Suka untuk dikongsikan..
Kita hidup di dunia ne pun, da banyak pinjaman yang Allah berikan termasuk benda yg sangat bernilai iaitu akal.
Akal melebihkan kita daripada mahluk yang lain seperti Haiwan.
Namun, seberapa banyak daripada kita yang tidak menghargai akal, dan bersikap kehaiwanan..
kita mendapat pinjaman anggota badan yang berjuta-juta harganya, namun berapa banyak antara kita yang bersyukur dengan nikmat ini. Banyak yang menggunakan tangan untuk berjudi, menyentuh benda yang haram dan banyak lagi.

Seterusnya, Allah berikan kita pinjaman yang berharga iaitu keluarga. Allah berikan ibu yang mengalirkan kasihnya buat kita sewaktu lemah. Dan itu semua adalah Kasih Sayang Allah kepada kita. Namun, kita terlupa kepada pemberi kasih itu.

Termasuklah duit yang kita dapat. Itu semua rezeki yang Allah berikan buat kita untu digunakan di jalanNya. Sayang duti Kan? lebih dari anak yatim, lebih dari si fakir miskin, lebih dari segalanya. Buta hati mengejar harta dunia untuk kebaikan dunia.

Kita lalai.. itu la kita..
Dunia sudah dipenghujung, tapi kita masih lagi ghairah mengejar dunia. Kiranya, kita ingin  bersama-sama dengan dunia. Bila dunia pergi, kita pun pergi.

Kewangan.. itulah yang selalu menghimpit jiwa pelajar..
Bijak2 lah dalam mengurus kewangan.
Tunjukkan kematangan menerusi pengedalian kewangan..
Bukan boros dan membeli barang2 keperluan mengikut kemahuan seperti kanak2 yang baru mengenal dunia.
Didiklah hati untuk melawan kehendak nafsu..
Kasihanilah keluarga yang berusaha mencari duit untuk kita.
Ingatlah, bukan kita sahaja yang perlu disara.
Adik2 kita, Kakak kita dan keperluan lain.

22..
bukanlah angka yang terlalu muda untuk dikatakan.
22 tahun adalah usia yang sudah cukup untuk belajar dari kesilapan.
Anda bijak?
Belajar lah dari kesilapan sendiri dan kesilapan orang lain.
Jangan mengulang kesilapan mereka yang lalu.
Jadilah pemuda yang berjiwa cerdas..
PTPTN Vs Elaun,
bijaksanalah dalam mengurusnya..

^_^

* My Nasihat : Jangan Membazir atas keperluan yang sia-sia.. :)

Wednesday, February 12, 2014

Pelihara Cinta Hingga ke Pintu Syurga

Ingin pena ini menuturkan bait-bait cinta yang indah dan mekar,
bersama Cinta yang Unggul dan segar..
Menyatakan segala cinta dan rindu pada Maha Pencipta dan Rasul junjungan,
Inginku petk kalam-kalam puitis yang menggamit jiwa,
menyatakan hasrat dan fitrah..

Cinta..
Terlalu subjektif untuk dibicara maknanya,
Namun, setiap daripada kita, mendefinisikan cinta dalam luar lingkup hidupnya,
Dari lahirnya kita dari rahim seorang ibu yang pengasih,
dari merdunya laungan azan seorang ayah di cuping telinga yang kecil,
lalu merangkak dan belajar apa itu ABC, 1,2 dan 3,
Sehinggalah kita dewasa, dan bersedia menyebarkan erti cinta yang kita faham.

Ingin dirobek hati yang keliru pada cinta dan penindasan,
kecelaruan makna cinta, setelah berkenalan dengan Maha Pencinta,
kerana Cinta Nya, kita belajar erti cinta yang mulia dan agung itu..
Sedaya upaya kita berusaha mencontohi cinta Rasul kepada Umatnya, kepada keluarganya dan para sahabat Baginda.
Begitu la kita dan cinta..

Berkenalan dengan cinta, perjalanannya tiada henti sehinggalah ke syurga Allah,
segala cinta, bertemu pada titik matlamat yang sama.
Iaitu pengakhir destinasi kehidupan makhluk Allah yang bernama manusia.
Manusia yang buta pada cinta duniawi semata, perjalanan cintanya hanya bernoktah di dunia,

kesinambungannya berakhir dengan kehancuran dan kebinasaan.
Sehingga segala angan-angan yang pernah diukir dalam cinta fantasi,
akhirnya tenggelam dek rakusnya mengejar duniawi..
Maka, makna cinta yang diagungkan akhirnya menjadi kotor dan kembali ke tempat yang terhina.
Lalu, apakah nilai pada cinta yang bakal kita cipta? ataupun cinta yang sedang kita cipta?

Ku ukir nama cinta, pada pasir yang terbentang dilautan yang indah,
bersaksikan pohonan rimbun, lalu di sana, aku menodai cinta, dengan mengagungkan cinta manusia melebihi Pencipta. Lalu, nama yang terukir akhirnya terpadam oleh pasir2 yang ditiup angin..
Apakah makna cinta ku terlalu mudah untuk dilesapkan sehingga yang tinggal hanyalah kenangan yang sia-sia?
Maka, apakah cinta yang sepatutnya untuk ku ukir?

Aku melihat cinta, terlalu mulia tingkatanya..
Namun, di manakah tempatnya untuk aku meletakkan kemuliaan cinta itu..
Lalu ku ukir nama mu dalam munajat ku..
Meraih redha orang tua ku, serta Allah Tuhan yang menciptakan ku dengan sebaik-baik kejadian,
Tuhan yang memberikan ku perlindungan dan kebaikan.
Maka, kepadaNya.. aku meminta sebaik-baik jalan untuk menunjukkan jalan cinta yang diredhaiNya.

Kerana cinta itu kadang2 buta, hanya hati yang celik sahaja mampu berjalan dengannya,
aku khuatir pada hati yang berdosa dan kotor, maka di manakah tongkat cinta yang harus ku cari,
terlalu banyak nukilan cinta para Murabbi yang dekat pada Illahi, maka di sana, aku mencari kalam-kalam penyuluh jalan, sebagai tongkat untuk ku berjalan dengan cinta.

Berbekalkan tongkat, aku tiada yakin sampai ke matlamat yang sebenar.. melainkan dengan Doa.
Kerana Allah lebih tahu, di mana jalan Cinta yang sebenar...

Ya Allah, tiada kuasa dan upaya untuk ku untuk meletakkan cinta ini dalam peliharaanmu,  melainkan segalanya dalam kuasa Mu..

SesungguhNya, Engkaulah yang Maha Pendengar dan Maha Pemberi.

Friday, February 7, 2014

Realiti Aku hari Ini ( Muhasabah)

Pertamanya..
Aku minta maaf pada diri ku, yang semakin kejam, nakal, jahat dan pentingkan diri..
aku rindu pada diri ku yang dulu...
Aku kejam, kerana membiarkan semua kehendak nafsu ku,
aku jahat kerana membiarkan diri ku terus ikut arus kelekaan,
aku pentingkan diri kerana degil mendengar ajakan yang baik..
Aku rindu, aku yang rajin membaca buku..
Aku rindu, pada aku yang dulu tidak suka main game..
tidak suka buang masa dengan benda sia2..

Tapi,
skrg aku lebih matang..
cuma, aku lebih bersifat terbuka dengan kawan2 kelas..
kadang2 aku lebih suka dengan sifat tertutup..
adakah aku makin hilang rasa segan pada mereka..
aku rindu aku yang dulu...

Aku..
aku tetap xsuka..
benda yang aku tak suka dahulu..
jangan ingat aku akan suka sesuatu yang aku pernah benci..
dan aku tetap seseorang yang berpendirian tegas..

Aku..
boleh tahan degilnya..
dan kejamnya...
aku pernah meninggalkan orng yang aku sayang,
dan aku pernah ditinggalkan oleh seorang yang aku sngt syang..iaitu arwah ibu ku..
nampak tak? hati ini sngt kejam dan jahat..
seprttinya aku ingin mengulangi semua itu..

Aku..
ingin agama...
aku ingin kan itu...

aku tahu bila aku rasa jauh dari semua itu..
dan aku sedar hati aku sedang sakit...
aku tak tahan dengan semua ini..
aku sedih dan pilu..
Ya Allah, aku pinta hati baru..
aku da besar..
aku da bakal 22 tahun..
aku ingin melihat kehidupan dengan lebih jauh dan matang..

aku sudah puas bermain..
bagi la aku ladang taqwa..
hati yang celik..
dan iman yang utuh...

aku xtemui kebahagiaan dalam kelalaian..
jangan biarkan aku menjadi orang yang rugi...

hari ini...
aku bahagia... mungkin esok tidak...
aku xnak leka....
aku xnak salahkan sesiapa..
melainkan diri ku sendiri...

Kalau aku xjaga hati dan iman, bagaimana kah dengan jodoh ku nanti.. yang bakal menjadi pemimpin ku kelak.. aku khuatir.. andai ia juga leka seperti ku...
Mencari syurga, pasti xmudah... :'(

Munirah.. please wake up....
it's not too late yet...
maafkan aku sahabat..
maafkan aku jasad ku,
maafkan aku rohaniku...
maafkan aku keluarga ku...
aku belum mampu untuk jadi soleha..
aku sedang berusaha, dan kerap kali terjatuh...
apa nak jadi dengan diri ku ini????
aku xsanggup lagi hidup dalam memikirkan kerja duniawi semata2...
Allah......................

Wednesday, January 29, 2014

Banjir

salam..
Hari ne,, satu kelas nyanyi lagu tentang banjir..
ish2...
mcm2 ja.. haha..
lucu, malu dan lain2..

erm.. setakat ne..
alhamdulillah.. Buku Aku Terima Nikah Nya.. Penulisan Ust Hasrizal sudah bertukar tangan..
dan penulisan yang sngt baik.. menjadi rujukan dalam perhubungan yang diredhai..
kdg2 berlaku kekhilafan dlm perhubungan.. sbb itu perlu rujukan..
memang pelik bila memilih tanpa mengenal terlebih dahulu..
Tapi, bila ad persamaan.. terasa sngt bersyukur..
Alhamdulillah...

Allah sngt baik dan tak menzalimi hambanya..
Bersederhana lah.. jaga la.. dan bnyk lagi..
sebelum pilih, cek juga dari shbtnya keluarganya..
agar jgn salah pilih..
bila slh pilih.. kita akan ikut pemimpin yang salah..
pemimpin yg xtahu membawa hubungan ke jalanNya..
maka cepatlah sesuatu hubungan itu rosak dan xdiredhai..
peliharalah di awalnya agar pengakhirannya baik.. :)

Monday, January 20, 2014

Keep smile

Salam.. :)

Banyak kerja, tapi tak tahu nak mula mana satu...
Bahagia sebentar dapat berkumpul jumpa sahabt2 yang ibarat ubat..
senyuman mereka telatah meraka..
i just want to keep smile..

aku ingin sentiasa senyum.
sebenarnya aku sedih sikit hari ne..
sebabnya... 
tidak ditemui lagi.. haha..
any way.. tq sahabat...


Saturday, January 11, 2014

Conteng malam..

Assalamualaikum. :)

Malam ne, dan sepanjang hari ne..alhamdulillah..
Nak bagitahu yang sem ne, akan sangat sibuk.. Terasa dari permulaannya lagi..
Housemate pun pening tgk sy, yang sekejap keluar dan balik rumah, kemudian keluar lagi..
Rasa macam da bekerjaya pula.. hehe..
Tapi, alhamdulillah, dapat juga isi2 masa dgn perkara manfaat..
at least petang td sempat juga kemas2 bilik dan berehat secukupnya..
esok pula, da mula seminggu untuk berkuliah..
musim kuliah memang musim yang memenatkan dan masa yg padat.
next week juga, waktu cuti sudah penuh terisi dgn mcm2 program.. 
oh ya, nasib ahad minggu depan cuti, jadi boleh la dapat extra rehat... hehe...

Alhamdulillah, tadi berpeluang pergi menjagi dekat pondok gajah teriak..
tempat nya sangat cantik.. Subhanallah memang sgt cantik..
dengan suasana hutan yang mendamaikan..hehe..
tak sangka dalam kwasan seperti itu, ada satu tempat pengajian agama yang dikunjungi ramai orang,
susasana pengajian juga sangat selesa dan dihidupkan dengan al-asma al-husna.
Penghayatan terhadap nama2 Allah, in shaa Allah dapat membuatkan kita lebih dekat dan tahu yang Allah sebenarnya sentiasa dekat dengan kita.

Sekarang ne, sedang berusaha untuk belajar ilmu ne..
dalam masa yg sama, sedang memikirkan macam mn nak bawa balik ke sabah,
barang2 yang da terlalu banyak dekat kedah ne.
bukan setakat buku2, pakaian dan bantal2 yang comel2 pun semakin bertambah.
nampaknya, tahun ne kena mula angkat barang balik rumah..
sikit2 lama2 kosong lah juga bilik ne.. hehe.
sebelum ne, bawa balik buku ja...
itu pun, xbanyak..
sebab tak beli luggage.. selepas ne, memang kena beli la..hehe
ok la.. tu ja untuk malam ne..
selamat malam..
Assalam.. :)

Monday, January 6, 2014

Bagaimana itu cinta...

Cinta..
dulu aku.. sngt elergik dengan orng bercinta..
couple yang suka jumpa2..
bagi2 hadiah, call selalu..
dan apa lagi yang berdua-duaan..
Sampai aku, betul2 xnak bercinta selagi belum nikah...

aku baca buku2 cinta, dan mula faham apa batas2 dan kehendak cinta,
menyampaikan kefahaman tentang cinta tanpa pernah merasa apa itu cinta,
aku xpernah bercinta kerana aku xpernah ingin bercinta,
pernah aku mencinta dalam diam, tapi jauh sekali aku menyatakan..
aku pernah menangis kerana dicintai..
kerana aku takut menanggung dosa menyembabkan seseorang jatuh cinta..

Sebab itu, aku hanya faham cinta dari sudut logik..
aku menghukum sesiapa shj yang bercinta tanpa memahami persaan orng bercinta..

Kini.. aku mulai faham apa itu cinta yang boleh membuat ramai yang buta,
sehingga sanggup buang kredit, sanggup lawan ibu bapa dan ada yang pergi jauh kerana cinta..
cinta itu sememangnya luarbiasa, bila ada seseorang yang hadir dan sangat menghargai kita.
Tapi, kita salah andai kita hanya cinta kepada dia yang mencintai kita tapi tidak mencinta Tuhan kita.

Bila cinta yang utama telah diketepikan, maka berjalanlah kita dengan cinta yang sudah dibutakan syaitan..
Aku percaya, yang aku juga sama seperti wanita2 lain,
yang pastinya inginkan seorang yang sangat menyayangi kita,
kadang2 kita ingin dia menunjukkan sepenuh kasih sayang, sedangkan masih belum bernikah,
alasannya untuk mendapatkan keyakinan dan kepastian sblm bernikah..
itu lah kelemahan ramai wanita yang suka kan perhatian dan kasih sayang..

Tapi..
percayalah..bila kita menjaga apa yang Allah suruh jaga,
Allah akan jaga juga hubungan kita,
kita xcouple, Allah bagi pasangan yang xpernah couple,
kita jaga solat, Allah bagi yang menjaga solat..
Pendek kata, Allah bagi jodoh yang kita perlukan,
Baiki niat kita...
bukan cari jodoh untuk mendapat nikmat dan cinta semata,
tapi..cari lah jodoh untuk mendapatkan redha Allah..

Aku..
tidak juga kuat untuk melawan perasaan,
tapi.. aku percaya pada perasaan sediri..
manusia itu tenteram pada kebaikan dan gelisah pada kejahatan.
bila hati mula rasa gelisah pada perhubungan,
maka peliharalah..

Aku..
takut untuk menasihati, kerana khuatir andai diri sendiri melakukannya,
tapi.. dengan pena ini..
aku sebenarnya sedang menasihatkan diri ku sendiri..

aku sebenarnya, sangat bersyukur sebab dapat mengenali seseorang yang ikhlas dan menjaga ku
saat hati ku buta, seseorang yang tegas, tapi lembut dalam nasihat, menasihatiku tanpa menyakiti persaan ku.. ikhlas dengan ku, dengan menemui wali ku.. sentiasa memohon maaf kepada ku, sedang aku yang bersalah...

Aku sangat bersyukur..
tapi, aku sedih memikirkan waktu yang panjang..
aku bersyukur pada jarak yang memisahkan..
dan aku tahu,
andai sekat sekalipu, dia pasti tidak ingin bertemu..
kerana itu, aku bersyukur sbb ada malu yang menjadi perisai perhubungan.

aku pinta cepat,
andai ia baik, percepatkan lah,
kerana aku khuatir pada masa yang panjang,
aku takut hati yg celik menjadi buta..

aku takut
tidak mampu menghadapi ujian mendatang..
Andai masih panjang waktu,
mudah2an aku dapat mndekatkan diri lebih dekat dengan Nya..

kerana bila mana aku menjaga, Allah juga akan menjaganya...

Jaga hubungan dengan Allah, in shaa Allah.. Allah akan jaga hubungan kita sesama manusia.. :)
Demam datang lagi.. :(

Entah kenapa sejak akhir2 di bumi kedah ne,
da selalu da kena demam..
bila demam di tempat orang, memang berbeza dengan demam di tempat sendiri..

di rumah, ada bapa dan adik2 atau kakak yang akan jaga dan sangat dpt perhatian..
bila diperantauan... kena banyak berdikari..
pandai jaga diri dan jangan manja sangat.. hehe...

Erm.. sem ne... kawan2 plan mcm2..
nak jalan sana, jalan sini..situ..
fuh...
tp, aku macam malas nak jalan..
Ak nak budget duit betul2..
aku segan nak boros dengan duit yang bapa bagi..
aku da terlalu bnyk terhutang budi..
aku xnak menyusahkan orng tua..
Tapi, itu lah hakikatnya bila bergelar seorang pelajar..
serba serbi xcukup..

Aku kadang2 fikir untuk jaga hati kawan, ikut gaya hidup kawan..
Tapi, aku tidak sm dengan mereka..
mungkin dorang senang ataupun family kurang tanggungan..
Tapi, aku hanya ada seorang bapa..
dan 4 orng lagi adik beradik yg perlu di sara.
ada adik yg kerja untuk sambung belajar...

Aku mana boleh egois..
lagipun aku sngt sayang dengan adik2 aku..
dan entah la...
maafkan aku kawan2..
bukan sebab xsuka meluangkan waktu bersama-sama,
tapi...
aku ada benda lain yang lebih penting untuk difikirkan..


Thursday, January 2, 2014

Pinta Hati Baru di Tahun Baru ^ ^

Ahlan wa sahlan 2014...

Terasa seperti baru sebentar menuju 2013,
Belum puas pena menulis angka itu,
muncul sudah angka baru..
terasa terlalu pantas masa meninggalkan kita,
terasa terlalu pendek dan sekejap kisah2 kehidupan yang kita paparkan
dalam slot kehidupan di dunia,
apatah lagi yang bernilai untuk dibawa ke akhirat sana..

Baru sekejap terasa kaki teruja melangkah masuk ke sekolah,
mendapat keputusan yang sekejap gempak, dan adakala menjunam,
jatuh bangun dalam kehidupan,
rasa tidak terkira,
namun yang paling pahit dan terkesan,
akan sentiasa dikenang sepanjang kehidupan..

Fasa kehidupan tidak tahu di mana penghujung perhentian,
merancang matlamat hidup, seolah tiada penghujung jalan,
Namun janji Allah sentiasa dalam ingatan,
Ajal maut itu suratan kehidupan,
bagaimana untuk diri terus leka membina angan,
dengan meninggalkan segala suruhan..

Kerana tujuan hidup telah jelas Allah turunkan dalam Al-Quran,
mencari kerdehaan Allah sebagai keutamaan,
terus lah hidup dalam nafas keimanan,
sentiasa tunduk kepada Tuhan,
walau dalam kelekaan,

Kerana, pengakhirnya kita,  pasti bertemu kepada Nya,
Tuhan Sekalian Alam..

Aku ingin jalan yang lebih indah dari sebelum,
jalan yang membuatkan aku yakin,
seandainya aku pergi bertemuNya lebih dahulu,
aku berada dalam RahmatNya,
Aku ingin mencorak kehidupan yang bermanfaat untuk hari di sana,
yang aku tidak tahu bagaimana rupanya,
cuma mampu membayangkan perasaan yang pasti menggerunkan di Api Neraka,
dan Lazatnya andai terpilih melihat wajah Allah Azza Wa Jalla..

Aku terfikir..
dalam kehidupan yang serba pendek namun terasa panjangnya,
hanya sedikit sahaja mereka yang celik untuk menuai amalan untuk di bawa ke hari akhirnya,
aku sedar pada teruknya media dan persekitaran yang menggoyahkan keimanan,
namun aku hairan pada sekelompok yang masih utuh dengan nilai keislaman,
Aku terasa berada dipertengahan,
sekejap condong ke kanan, dan sekejap condong ke kiri.
aku seronok pada hiburan, namun aku sakit saat berdamping dengan kemungkaran,
Aku berusaha menolak kemungkaran,
sedang aku menikmati kelazatannya..
Namun, tiada kelazatan dalam keingkaran,
melainkan hati yang mati, dan telah ditutupnya pintu hati dari ketukan hidayah.
Ya Allah..

Bagilah kami mata2 yang celik dan hati yang celik..
Untuk merasai sakitnya kemungkaran dan lazatnya merasai kemanisan iman,
Jauhi kami dari segala kemaksiatan,
yang akhirnya memakan diri kami ke dalam Api Neraka yang menggerunkan..

Kerana aku insan biasa,
bercita-cita menjadi insan luar biasa,
kerana ingin berdamping dengan mereka2 yang luar biasa..
Di singgahsana yang indah,
Syurga Allah yang pasti Ter Indah..

Allah humma Amiin..