Pages

Sunday, December 27, 2015

Jangan Malu Bertaubat

salam..
apa khabar blog...lama tidak menulis. Terlalu banyak cerita menarik yang ingin dikongsi, tapi sentiasa tiada masa untuk menulis sebab susah dapatkan line.

untuk hari ini, saya cuma ingin kongsikan tentang bahayanya dosa. Kita sering tertipu dengan bisikan iblis..kita tanpa sedar hanyut dalam maksiat. Kita sering kali ingin berubah namun sering kali juga kita kembali tersungkur pada dosa yang sama.

sehinggalah sampai satu masa, kita rasa malu untuk kembali bertaubat kepada Nya. Namun, sedarlah. Kita manusia tidak pernah lari dari berbuat dosa. Namun, jangan juga kita ppernah berputus asa untuk kembali dan bertaubat kepada Nya.

Jadi lah manusia yang tidak pernah malu untuk berulang alik meminta keampunan..meskipun atas dosa yg sama dilakukan.. sehinggalah Allah memberi kekuatan kepada kita untuk meninggalkan dosa2 tersebut.

Tuesday, November 10, 2015

SAYA NAK KURUS


Jom Kongsi2 cara untuk kurus. 
 Copy n Paste :

  1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  1. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.
  1. Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
  1. Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.
  1. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. Nak belajar caranya? 
  1. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
  1. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  1. Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
  1. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  1. Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. Gunakan tip-tip mengawal nafsu makan dalam eBook percuma 45 Craving Saving Tips.
11-20: Senaman
  1. Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
  1. Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan? :)
  1. Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
  1. Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade.
  1. Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senaman.
  1. Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
  1. Semanan untuk toning? Lebih kurang macam tip 16. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak). Untuk panduan yang tepat, dapatkaneBook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.
  1. Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.
  1. Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.
  1. Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.
21-25: Suplemen dan makanan tambahan
  1. Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil.
  1. Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.
  1. Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.
  1. Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.
  1. Dapatkan suplemn multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.
  1. Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal dan saya tak syorkan anda serahkan nasib berat badan anda kepada produk suplemen mana-mana.

Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.
Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan. Tapi … pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas.

Wednesday, October 28, 2015

Ummah Kian Tenat, Siapa Kawan Kita?

Persahabatan merupakan elemen penting dalam kehidupan. Manusia diciptakan bukan bersendirian tetapi berpasangan, berpasukan, berkeluarga dan dalam jumlah yang sangat ramai. Manusia sentiasa saling memerlukan dan berurusan dalam segenap aspek kehidupan. Sahabat merupakan insan yang hadir dalam hidup seseorang dan menjadi insan yang penting meski tiada pertalian darah. Sahabat juga sering hadir secara silih berganti dan sering membantu melengkapi urusan hidup seseorang. Kita juga sudah tentu meliki sahabat ataupun pernah memiliki sahabat dalam hidup kita. Kita juga sudah ada definisi tentang erti sebuah persahabatan.

Ramai yang mendefinisikan sahabat secara perspektif positif dan tidak kurang juga ada yang mendefinisikan sahabat secara negetif. Namun begitu, tiada definisi yang tepat bagi seorang sahabat kerana ramai yang mencari definisi berdasarkan pengalaman individu sendiri. Islam telah mengajar umatnya untuk bijak dalam memilih sahabat kerana ramai yang terseret ke neraka kerana salah dalam memilih sahabat. Sahabat yang baik sudah tentu mendekatkan diri kita kepada ajaran agama dan tidak menjadikan kita termasuk dalam golongan yang lalai.

Bagaimana cara mendapatkan SAHABAT yang BAIK?

Sebelum kita mencari siapa yang layak menjadi sahabat baik kita, kita kenalah terlebih dahulu memahami apa erti BAIK itu sendiri. Setiap manusia memiliki kebaikan dalam menjadi sahabat, contoh baik sebagai rakan ponteng sekolah, kawan baik sebagai gengster di sekolah dan kawan baik melepak serta banyak lagi. Oleh itu, sebelum kita mencari kawan baik kita kenalah senaraikan ciri-ciri kawan baik yang kita mahu. Contonya, tidak tinggal solat, taat kepada ibu bapa, rajin menimba ilmu, hormat orang tua dan sopan santun bahasa.

Setelah mengenalpasti ciri-ciri yang baik tersebut, maka jadikan lah diri kita terlebih dahulu yang memiliki ciri-ciri tersebut. Menjadi anak yang soleh/ah, taat pada agama, sopan santun dan cintakan ilmu. Dengan izin Nya, kita akan dipertemukan dengan insan-insan yang memiliki peribadi yang sama seperti kita, Justeru, kita akan menjadi lebih kuat dan sentiasa bersemangat dalam menjadi seorang manusia yang baik.

Menjelang era ini, terlalu banyak gejala sosial yang makin tidak terbendung. Ibu bapa dan guru digesah memainkan peranan mendidik anak bangsa dengan lebih tekun. Di samping itu, masyarakat juga perlu membantu dalam mencorakkan anak bangsa kita hari ini. Ibu bapa disarankan supaya lebih prihatin dalam perkembangan anak-anak mereka. Pemilihan rakan anak mereka juga perlu diperhatikan. Jangan biarkan anak membesar tanpa bimbingan yang benar dari ibu bapa dan guru-guru di sekolah.

Selain itu, ramai ibu bapa muda juga yang masih tidak cukup matang dalam menggalas tanggungjawab berkeluarga. Ramai ibu bapa mudah yang kurang ilmu agama da gemar hidup berfoya-foya. Hasilnya, pendidikan ilmu agama anak-anak kian terabai. Generasi yang lahir tidak mampu dibina dengan akhlak yang mulia. Bahkan, permasalahan kepada ummah kerana masyarakat makin buta agama.

Kepesatan peluang pendidikan agama di Malaysia tidak dapat dinafikan makin berkembang luas. Namun begitu, turut tidak dinafikan pelbagai gejala sosial dan budaya barat yang turut berkembang luas dan tidak dapat dibendung lagi telah mempengaruhi minda masyarakat kita. Pada hari ini, warga kampung juga sudah turut menjadikan budaya luar seperti menari dikhalayak ramai sebagai hiburan wajib dalam majlis keramaian. Unsur-unsur malu dan sopan santun dalam masyarakat kampung juga makin terhakis seiring dengan waktu. Masyarakat mengejar kemodenan dengan mengikuti budaya luar yang tidak bermoral.

Masalah yang dihadapi pada hari ini, memerlukan banyak tenaga dan usaha untuk ke arah membaik pulih. Bukan hanya golongan pendakwah sahaja yang berperanan untuk mencegah maksiat kerana terlalu banyak maksiat yang sudah berlaku sehingga tidak cukup tangan. Sehubungan dengan itu, sebagai insan yang masih diberi kesedaran ini, marilah kita sama-sama dalam membendung gejala sosial yang makin menghancurkan anak bangsa kita sendiri. Mulakan dengan diri kita dan orang disekeliling kita. Menjadi manusia yang prihatin dan sensetif terhadap perkembangan moral manusia. Sebagai ibu bapa kita perhatikanlah dengan siapa anak-anak kita bergaul dan didiklah anak kita dari kecil dengan ajaran agama agar menjadi penyuluh dihari depannya.


Wednesday, October 7, 2015

STATUS MERBAHAYA

"jangan suka jaga tepi kain"

Ya, semua orang tidak suka bila ada yang jaga tepi kain dia. Tapi, tanpa sedar dia sendiri membiarkan orang menjaga tepi kain dia. Dia membuka ruang-ruang untuk orang melihat dan mengenal dirinya. Tidak menjadi kesalahan menceritakan perihal diri sendiri andai cerita itu mampu menjadi inspirasi kepada orang lain.

Namun, apa yang menyedihkan pada hari ini ialah bila ramai yang berkongsi hidupnya dengan menceritakan peihal dirinya yang tidak mendatangkan faedah pada orang lain. Tetapi, hanya membuka ruang-ruang negetif yang menyebabkan orang secara tidak langsung suka untuk menjaga tepi kainnya.

.........................................
STATUS

12.10 p.m

Alhamdulillah, terima kasih Allah atas cinta hati yang engkau kirimkan kepada ku. 

13.10 p.m
awak.. saya suka jam itu. Terima kasih awak.

(.......)

Hari ini saya bahagia bersama dia. Biar jauh di mata dekat di hati.

................................

Sebagai pembaca, akan wujud pelbagai perspektif.. Mungkin ada yang suka, dan juga ada yang tidak suka. Tapi, sudah tentu banyak persoalan mucul bagi setiap individu yang membaca status-status tersebut.

A : Dapat jam pun nak bagitahu seluruh dunia. Aku dapat kereta dari husband, senyap2 da la.
B: Untungnya.. Aku nak pakwe yang macam tu juga.huhu 
C: Minta puji

seandainya kita tahu apa yang difikirkan oleh pembaca post kita, mungkin kita akan delete semula status itu. Tetapi, ramai manusia hari ini yang tidak alert dengan tanggapan orang lain, kerana baginya apa yang dia mahu tercapai dan puas.

13.10

Terima kasih bagi jam tangan awak !!

Dalam hati, yes.. nanti semua mesti tahu yang aku dapat jam tangan dari si dia.

atau pun.

Yes, mesti dia gembira. sebab aku hargai pemberian dia dengan bagithu satu dunia.

Pemikiran-pemikiran yang berbeza bagi setiap individu memang di luar kawalan kita. Kerana itu hak dan cara seseorang berfikir. Kita tidak mampu menghalang mereka yang berfikiran negetif dan menyuruh semua berfikiran positif.

Namun, apa yang kita mampu ialah mengelakkan diri daripada menjadi bahan kontroversi atau menjadikan cerita peribadi kita sebagai bahan bacaan harian masyarakat. Ia ibarat menjemur kain di jalan raya atau tempat tebuka. Semua yang lalu lalang akan melihat kain jemuran kita.

Sememangnya kita sukar untuk lari dari berkongsi kisah kita kepada khalayak ramai. Tambahan pula, media elektronik yang makin canggih memudahkan hasrat kita untuk berkongsi cerita. Oleh tu, sebagai manusia yang diciptakan dengan akal, berusahalah menapis setiap status yang hendak di "post" dan lihat dalam perspektif yang positif dan negatif sekiranya status tersebut di tayangkan kepada umum. Sekiranya status tersebut bersifat membina dan memberi makna teruskan berkongsi. Manakala, jika disebaliknya tahanlah dulu. 

Pengalaman banyak mengajar saya dalam berkongsi status di alam maya, malah status-status yang meloyakan daripada rakan-rakan yang melahirkan prasangka membuatkan saya mengambil iktibar. Kerana ada masa , kita tidak sedar post kita juga telah meloyakan pembaca kita. Ramai yang bercinta menggunakan kod-kod rahsiah di status alam maya juga tidak kurang menambah lagi kontroversi. Bahkan mereka yang sudah berkahwin sekalipun, sebaiknya tidaklah terlalu memaparkan kebahagiaan di alam maya. Kebahagiaan yang kita miliki, haruslah disyukuri. Jangan terlalu dipaparkan kerana khuatir menjadi riak. 

Sunday, October 4, 2015

THIS IS OUR STORY;)

Bertemu dan Berpisah,
Lumrah Kehidupan,
Pahit dan Manis,
Adalah Asam Garam Kehidupan..
Justeru itu, kenapa masih ramai yang menangis saat perpisahan,
Kenapa masih ramai yang mengeluh, saat diuji dengan kepahitan,
Kerana manusia itu dicipta bersama kekurangan dalam serba kelebihan,
Tiada yang sempurna melainkan Allah Azza Wa Jalla..

Di sini, saya ingin mencoretkan kisah suka, duka, pahit dan manis yang kami sama-sama tempuhi selama 5 Tahun 3 Bulan di bumi jelapang padi ini. Sudah lama mencari waktu untuk berkongsi suka dan duka episod kehidupan sebagai seorang remaja. Selamat menghayati.. Ini kisah saya dan mereka yang hadir dalam episod kehidupan saya di bumi Kedah ini. 


Im a student.. Graduated from SPM..
18 Tahun, 
Asal Kota Belud Sabah.
Sek. Men Sains Sabah...
Asal dari Sabah.. hehe

Itulah serba sedikit biodata diri saya. 

Tahun 2010

Tahun yang sangat mendebarkan, dan penuh pertanyaan dan persoalan. Akhirnya, dengan keputusan SPM yang agak menggalakkan, keputusan UPU menawarkan ASASI SAINS di Universiti Puncak Alam. Alhamdulillah, Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya dalam hati ini. Hati seperti meronta-ronta untuk pergi sambung belajar. Seperti pucuk di cita, ulam mendatang begitulah yang dihasratkan selama ini. Namun, siapa sangka dan siapa yang mampu untuk melawan takdir Illahi, sungguh kita hanya mampu merancang, dan sebaik-baik perancang adalah Allah s.w.t. Kaki yang melangkah ke UiTM Puncak Alam tetap gagah meski hati pedih untuk berjauhan dengan keluarga. Namun, itu tidak menjadi batu penghalang kepada cita-cita ini. . Namun, terlalu banyak kejutan yang saya alami waktu itu. Antaranya saya mendapat kawan-kawan dari pelbagai negeri. Meski masa terlalu singkat di sana, saya sudahpun memiliki sahabat karib yang berasal dari Kedah, Perak dan Selangor iaitu Yana, Azian dan Faizah. Mereka merupakan kawan serumah saya pada waktu itu. Selain mereka, saya telah mendapat kenalan lelaki yang ramai juga dalam masa yang singkat. Siapa sangka, Allah takdirkan saya sekelas dengan 43 orang lelaki dan hanya saya seorang pelajar perempuan. Hikmahnya, saya ada kawan bernama Shukran, Shidi dan Salleh yang berasal dari Kedah dan Kelantan. Dua minggu menjalani aktiviti harian sebagai pelajar baru di UiTM, saya telah dikejutkan dengan tawaran ke IPG Kampus Darulaman. Meskipun pada awalnya, saya tidak mengimpikan untuk sambung belajar ke IPG, namun pada masa itu saya berasa sangat bersyukur. Tambahan pula, rakan-rakan kelas juga turut mendorong saya untuk sambung belajar ke IPG. Akhirnya, saya pun mengambil keputusan untuk meninggalkan UiTM dan merantau pula ke negeri Jelapang Padi itu.

EPISOD SUKA DUKA SEBAGAI PELAJAR IPG

PPISMP

Tahniah. kerana mula membina tapak dalam menuju dunia perguruan. Meski diri ini merantau sendirian ke Kedah untuk mendaftarkan diri sebagai pelajar IPG, itu tetap tidak mematahkan semangat untuk belajar dan terus belajar. Waktu ini, diri masih mentah dalam pergaulan dan masih cuba untuk membiasakan diri. Kawan kelas seramai 22 orang dan terdiri daripada pelbagai negeri seluruh pelusuk Malaysia.  Suka untuk saya perkenalkan siapakah mereka-mereka ini kerana merekalah yang menjadi warna-warna dalam mewarnai hidup saya di sini. Pertama sekali ialah Azmee Damit yang merupakan ketua kelas kami pada waktu itu dan lebih senang dipanggil Azmee dan paling singkat Mee. Hehe..Jangan tambah Hun dekat belakang pula, nanti semua pakat-pakat lapar. haha. Azmee seorang yang nampak garang pada mula-mula kenal. Tapi, siapa sangka disebalik wajah itu, rupa-rupanya dia seorang yang sangat ceria dan gila-gila. Azmee juga boleh digambarkan sebagai seorang yang tegas dan lantang menyatakan pendirian. Namun, bukanlah seorang yang ego sehingga tidak sanggup menerima kesalahan. Apa yang menarik tentang Azmee ialah sempoi dan cool. Di kelas, saya panggil dia kembar saya sebab kami lahir pada tarikh yang sama tetapi berlainan Tahun. Azmee lebih tua setahun, dia masuk matrik dulu baru masuk IPG.

Ok! Seterusnya ialah Sharryfevyana Selan yang merupakan penolong ketua kelas pada masa itu. Sharry berasal daripada Sarawak dan dari kaum Iban. Ya, dialah kawan pertama saya yang berbangsa Iban. Apa yang menarik tentang Sharry ialah dia  seorang yang sangat menjaga penampilan. Contohnya, pandai bermekap dan berfesyen. Sharry seorang yang sempoi dan lebih jelas seorang yang bersifat kebudak-budakkan terutama bila dia gembira, memang satu kelas boleh dengar ketawa dia. Tapi, Sharry juga seorang yang sangat matang terutama dalam persahabatan. Seorang yang memahami dan berkeyakinan diri tinggi. Apa-apapun, dia lah wakil sukan kelas kami dan sering mengharumkan nama kelas.hehe.

Ke tiga, ialah Dzulfikha Zulkarnain. Salah seorang kawan yang berasal daripada Sabah dan berbangsa Filiphin. Kami panggil Dzul dari Math 3. hehe.. lama-lama gelaran Math 3 sudah tidak wujud lagi, kerana semua adalah Math 1. Math 3 yang terdiri daripada 3 Jejaka tinggi ini sangat susah untuk dirapati pada awal perkenalan. Namun, lama-kelamaan mereka menjadi hero di kelas yang sering membuat kawan-kawan tergelak. Dzul seorang yang sangat rajin dan bijak dalam mengurus hidupnya. Sambil belajar, Dzul juga bekerja. Seorang yang sangat berdikari, matang dan sempoi. Sikap Dzul yang sempoi dan suka berlawak sangat disenangi oleh rakan-rakan lain. Selain itu, Dzul juga suka menolong rakan yang memerlukan.

Ke empat ialah Rita Tang Tex Cin yang merupakan pelajar cina yang berasal dari Kuching, Sarawak. Rita ne lain dari yang lain, kalau dekat kelas susah sangat nak dengar suara dia.. tapi, kalau dekat luar, jangan terkejut. Rita cakap macam keretapi tau, tidak berhenti gitu.Rita ne kawan yang sangat laju bila buat kerja dan suka tolong kalau diperlukan. Paling syok tengok Rita ne, rambut dia. hehe.. lurus je. Syukur suka sangat sakat Rita, itulah yang jadi hiburan dekat kelas selalu.

Ke lima ialah Pian ataupun nama panjangnya Sufian Mustafa Bakri, dan lebih senang dikenali Pian pendek.haha. Pendek-pendek pun 175 cm, kena panggil pendek sebab ada pian panjang 184 cm. Pian ne memang lama juga dapat bercakap dengan budak ne. Sem 4 kot baru rapat, rupa2nya Pian ne seorang yang selesa untuk dijadikan kawan cerita. Sempoi dan cool itu yang best. Kalo nak cari geng hantar esaimen lewat, boleh lah ajak budak ne. haha. Pian ne orang Perak, terkenal dengan pemain game dan pembuat video. Seorang yang berkepimpinan tetapi tidak suka menonjolkan diri dikhalayak ramai. Sedih pula sebab da tak jumpa da lepas ne, kalo jumpa pun suasana da tak sama lagi.huhu

ke enam pula ialah Sharyn Arasok asal dari sabah, sangat terkenal dengan kasut tingginya. Jangan pandang rendah budak Sharyn ne, walaupun memang kecil orangnya..hehe. Sharyn ne seorang yang sangat berjiwa besar, rajin dan harapan kelas setiap kali exam. Sharyn rajin buat nota dan pandai cari duit. Pendek kata, Sharyn ne seorang yang sangat bijak mengatur hidup dengan pelbagai aktiviti. Satu lagi yang menarik tentang Sharyn ialah dia seorang yang sangat ceria dihadapan orang, bijak bergaul. Namun, disebalik itu siapa yang tahu kesedihan budak ne. Tabah tul budak Sharyn ne.

ke tujuh pula ialah Naqiuddin yang juga lebih mesra dipanggil Naqi. Naqi merupakan seorang yang sangat menonjol diantara semua rakan kelas. Dia seorang pemimpin dan sering mengetuai mana-mana organisasi. Di sebalik gaya kepimpinan Naqi yang tinggi, dia juga tidak lari dari sikap kebudak-budakkan yang sering menceriakan suasana kelas. Ramai yang sangka dia pelajar kelas agama, tapi sebenarnya dia budak matematik. Tak sangka, tak lama lagi en.Naqi da nak berumahtangga.hehe.. semoga berbahagia sahabat. Jadi suami mithali dan penyayang..hehe

Ke lapan ialah Eizzati Ibrahim, budak selangor. Saya panggil dia Zati atau izat. Izat ne seorang yang rajin, dan kemas. Baik hati dan selalu menolong orang. Di kelas Izat selalu dilantik menjadi bendahari kerana dia seorang yang cekap dalam mengurus kewangan. Makin lama makin cantik penampilan cik Izat ne. Orang pun ramai yang dipengaruhinya dari segi berpakaian dan pemilihan produk.Akhir-akhir ne, makin bahagia cik Zati ne, berbunga-bunga hatinya macam musim bunga dekat Jepun. haha. Semoga bertemu lagi Izat. Rindu sangat-sangat kenangan kita bersama-sama.Ketawa, sedih, merajuk dan banyak lagi. hehe

ke sembilan ialah abg Syukur kita yang Sado. hehe.. Syukur ne asal dari Terengganu yang memiliki hidung mancung. Setiap kali membentang di hadapan kelas, mesti ada sahaja lawaknya. Dulu orang panggil dia Zizan sebab suka melawak macam Zizan. Syukur ne nampak ja mcm ganas, tapi hati ada taman. haha. Lama lagi lah boleh jumpa dengan syukur ne. Kerana dia, semua pun terpengaruh nak makan suppliment kantang. haha.. Selamat maju jaya di luar sana en.syukur.hehe

ke sepuluh ialah cik Dyg Ana Nadia Sofiana yang kecil molek. Dyg ne asal dari Sarawak, orang sarawak ne cantik2 belaka. Dyg ne kawan sekepala, perangai pun lebih kurang sama. Ena ja tahan layan perangai kami dua. haha. Dyg ne seorang yang pandai bercakap, bersajak dan menyanyi. Kalau dekat bilik dia, dengarlah suara dia menyanyi malam-malam. Paling best, Dyg ne pandai memasak dan paling dirindui kek cheese.. hehe.. sedap. Sedih berpisah, sebab selalu lepak sama-sama. Dyg ne anak pertama dan seorang kakak yang penyayang. Selalu tengok dia bank in untuk adik-adik dia. untunglah dapat kakak yang pemurah.hehe.. Lepas ne jangan lupa datang sabah ye cik Dyg. Cepat-cepat cari calon, nanti bole kahwin sama-sama.haha

ke sebelas pula ialah adik Zawawi yang manja dan mesra. Kalau ikut bulan lahir, zawawi lebih tua sebab lahir bulan januari, tapi sebab perangai zawawi yang manja, rasa macam adik sendiri. Walaupun tidak pernah ada adik lelaki.haha. Zawawi ne sangat sayangkan kelas, walaupun sibuk dengan aktiviti lain dia tetap luangkan masa bersama kawan kelas. Zawawi ne terkenal dengan kreativiti, fotographer dan editor video. Harumlah nama kelas oleh dorang. Kami tumpang sekaki.hehe. Selepas ne, mungkin jumpa lagi zawawi da ada isteri dan anak. hehe.. Sedih sebab lama lagi boleh jumpa. In Shaa Allah tunggu konvo nanti.

Ke dua belas ialah Nurhazierah Azmi ataupun dipanggil Gee. Gee yang cantik dan kurus. Ramai sangat peminat Gee ne, tapi hanya yang bertuah je dapat. Gee ne sangat setia orangnya, bijak, pandai berdikari rajin dan sempoi. Jarang dapat kawan cantik yang perangai macam Gee. Mula-mula nampak rock, lama-lama kenal  lembut orangnya.hehe. Tapi,, kalau dia mengajar memang ada gaya seorang guru yang berpengalaman. Sebabnya Gee da lama ajar tuisyen. Kesian Gee sebab kena tinggal oleh kawan-kawan. Semua da balik kg masing-masing. Ada masa, kita kumpul semula dekat Kedah, Gee la sebagai tuan rumahnya. hehe. Jangan lupa sambut kami nnt tw!!

ke tiga belas ialah Bala Murugan. Bala satu-satunya budak India dalam kelas kami. Bala yang sentiasa dengan pakaian kemas dan berjalan seperti ahli kooperat. Bala ne seorang yang sempoi dan hensem orangnya. Sudah tentu menjadi idaman pelajar2 perempuan india.hehe. Bala balik selangor tanpa khabar berita. huhu. Semoga berjaya di luar sana Bala. Nanti da berjaya jangan lupa kami. hehe

ke empat belas ialah Noorazirah Musfah ataupun dipanggil agie. Agie satu-satunya kawan yang paling dekat dan akrab. Kalau ikut persaudaraan mungkin adalah bau-bau bacang.hehe. Panjang jodoh dengan kak agie ne, dapatlah nanti jadi pengapit dia. haha. Agie ne seorang yang lemah lembut, tinggi dan cantik orangnya. Pandai berfesyen terutama dalam teknik-teknik belit tudung.haha. Sekarang ne masih bersama-sama dengan kak agie. Kalau panjang lagi jodoh kami, dapat la posting tempat yang sama nanti. hehe

ke lima belas, ialah Alvin Balan Sem yang juga dipanggil Aeron Aziz.haha. Alvin ne orang bidayuh dan hensem orangnya. Tapi, hatinya da ada yang punya.haha. Alvin adalah abang dalam kelas, sebab dia lahir tahun 1990 dan paling tua antara semua. Alvin seorang yang sangat matang dan rajin. Setiap kerjanya dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Sikap Alvin yang rajin bekerja sangat saya kagumi. Untung siapa dapat Alvin ne.heheh.

ke enam belas ialah Michelle Terence Janting dan dipanggil Michelle. Nama islamnya Michelle Humairah. Michelle berasalah dari sarawak dan berbangsa Iban. Putih dan comel orangna. Sikapnya pula sangat manja dan mudah mesra. Seorang yang pandai bercakap dan berhujah. Michelle juga sangat rajin dan buat kerja dengan sangat baik. Dia merupakan calon cemerlang dalam kelas. Rindu kenangan bersama selama 5 tahun 3 bulan di Ipda. Banyak cerita bersama, ada masa in Shaa Allah kita jumpa lagi. :) Kahwin nanti jangan lupa bagitahu awal-awal.hehe.

ke tujuh belas ialah Goh Kok Ming yang merupakan satu-satunya pelajar lelaki Cina dalam kelas. Goh sangat terkenal dengan kepandaian dan kerajianannya. Goh juga banyak mengharumkan nama kelas. Walaupun Goh seorang yang cemerlang dan sering mendapat pujian, tetapi sikapnya tetap merendah diri dan disenangi rakan-rakan lain. Perwatakan Goh juga menarik dan disukai ramai pensyarah. Sekarang Goh sudahpun dipostingkan lebih awal dari kami. Semoga terus berjaya Goh.

Ke lapan belas ialah Koo Shi Lee yang kecil comel. Koo seorang yang sangat rajin dan juga bijak. Sentiasa menepati waktu. Sikap Koo juga sangat disenangi kerana mudah mesra. Walaupun Koo berbangsa Cina tetapi dia tetap pandai bergaul dengan orang melayu. Saya rindu dengan senyuman dan ketawa Koo Shi Lee.. Kini, Koo da posting juga macam Goh. Semoga menjadi Guru yang baik Koo. :). Harap dapat jumpa lagi. hehe

ke sembilan belas ialah, Suffian Hamdan ataupun Yan tinggi. Yan asal dari Melaka, tinggi orangnya. Seorang yang berkepimpinan dan memiliki suara yang sedap. tapi, tidak boleh puji sangat, sebab kuat perasan.haha. Yan seorang yang bijak dan pandai bergaul. Di kelas, selalu tertidur.hehe. Tapi, tidak pernah kena marah pensyarah. Masa pembentangan Kajian tindakan, Yan dapat pujian dengan teknik Monsternya. Melopat gembira terus dia. Selalu minta Yan sedekahkan sedikit ketinggian dia, tapi dapat berangan ja la. hehe. Ok Yan. Nanti kawin, jangan lupa jemput. nak rasa makanan Melaka.hehe

Akhir sekali ialah Ena A/P Zamffri, nama islamnya Ena Zaakirah. Ena asal dari Perak tapi ramai yang ingat Ena orang Sabah dan Sarawak. Bahasa da terpengaruh dengan kawan-kawan. Ena dulu seorang yang sangat senyap, tapi sekarang da jadi banyak cakap.hehe. Dulu xpandai bergambar, sekarang da jadi kaki selpfie.haha. Banyak perubahan Ena ne selama 5 Tahun kenal. Satu je dia tak berubah, bila membentang dekat depan, tetap cakap laju. haha. In shaa Allah kita jumpa lagi. Tak da kawan lepak.huhu... rindu sangat-sangat. simpan kenangan kita dalam peti besi.hehe

Ok! cukup setakat ini dulu. Nanti sambung lagi kisah aku, dia dan kamu. :D

Thursday, September 17, 2015

Semester 8

Perpisahan itu...
yang mana suatu ketika dulu, ia ibarat mimpi ngeri untuk kami..
Namun ada masanya..kami tidak sabar menanti waktu itu..
Kami sedar, betapa sedihnya andai saat itu tiba.. satu persatu janji bersemi..mengharapkan pertemuan di lain hari.. Meski, jauh di sudut hati.. saat itu pasti tidak sama lagi seperti kita hari ini.. Mungkin dia yang dulu sahabat karib kita..jalan berpegang tangan, tapi pada hari itu mungkin ada tangan lain yang memegangnya.. Kita berharap, untuk kembali bertemu agar dapat bermanja dengan sahabat lama kita, namun disebaliknya kita hanya mampu mencuri sedikit perhatian dari sahabat kita.. masa yang singkat dan pendek..ternyata semuanya sudah tidak sama lagi...
Hari ini, hati kita terlalu berat untuk melepaskan sahabat kita..sebab kita tahu, masa tidak akan kembali seperti dulu.. kau, aku dan dia pasti memiliki kehidupan yang baru.. Namun.. tetap membina harapan dalam pertemuan yang singkat.. kerana aku cuma ingin tahu..adakah sahabat2 aku yang dahulu sedang bahagia atau disebaliknya.. jarak antara kita, membuatkan hati menjadi risau.. adakah dia sedang bahagi?? bersama siapa? siap kawannya hari ini? dan pelbagai lagi persoalan..  Apa yang ingin aku tahu.. adalah.. sahabat ku yg dahulu ceria kini masih ceria dan bahagia.. aku akan terus berdoa.. selepas perpisahan ini.. semua kita diberi kebahagiaan dalam hidup. Sungguh singkat masa berjalan, satu persatu episod cerita menjadi lipatan sejarah.. sejarah itu menjadikan kita yang hari ini, yang lebih erat, lebih rapat.. kerana itu, terlalu sakit rasa ini untuk berpisah.. Kau, dia dan kamu...menjadi insan2 yang terlalu istimewa dalam diari hidup ini.. Kenangan antara kita, tidak akan ppernah terpadam dalam hati.. engkau mengambil sekeping rasa cinta dalam hati ini.. sehingga mampu melahirkan air mata kepedihan kerana rasa cinta itu.. rasa itu yang membuatkan si pencinta takut kehilangan yang dicinta..
sahabat... hadir mu adalah anugerah dari Allah.. sungguh aku sangat menyayangi kalian.. maafkan kesilapan ku sepanjang perkenalan kita.. halalkan segala kekuraangan. semoga dipanjangkan usia dan bertemu lagi di masa hadapan. in shaa Allah..  =)

Tuesday, September 8, 2015

perpisahan makin hampir..trowback..with my bestfreind ever

Tak dapat tutup mata.. huhu
trowback kisah lama..

My beautiful freinds @ena_zaakirah , kami mula rapat sejak ppismp sem 1.. saat mula rapat bila terjumpa nak pergi kafe asrama jam 6 ptg. sejak itu, kami sentiasa date sama2 pergi kafe asrama dan paling menarik.. sama2 jenis tepati masa. hehe. susah nak rapat dgn budak ne masa mula2, maklum la sangat pendiam..aku je bertuah kenal dia.. lama2 dia pula yg over bercakap skrg ne.hahaha.. kemudian kami start minat dgn ceramah ust. kazim.. alim kami masa mula2 masuk ipda.heheh.. ena xislam lg masa ne, tp dia lagi alim dri aku.hahaha. kami ne masa mula2 rapat kira boleh pula sweet2, tidur satu katil.cerita sampai jam 3 pagi.. tapi..lama2 kami jadi rock.hahah..but still rapat gtu. kami tambah rapat lagi bila dpt bercerita sambil jalan2 kaki pergi yawata, tanah merah.. nasib baik xsampai jitra. haha
Tambah lagi kami pernah serumah, sebilik.. dlm kelas pula sentiasa sekumpulan. rasa mcm xpernah la xsama2..orang pun tahu.. pn.rohaya pun tahu.. kamu tiga ne da lama kawan rapat.. yes.. alhamdulillah.. Allah jaga hubungan kami.. the pick time yg kami rasa sangat seronok.. bila ena masuk islam.. aku dan ana memang gembira sangat.. aku suka juga ana hadir antara kami dua.. sebab budak ne sweet dgn ena.  aku lama2 da rock.hahaha.. at least ana ne pandai bermanja2.. ena ne seorng yg sangat penyabar.. cuma kalo bab kerja dia memang xsabar.haha.. dia xboleh buat kerja yg sama, pasti dia main gigi.. geram la kot.haha.. aku pula bab kerja ne memang sabar.. relax n cool.. sbb malas guna otak.hahha.. Bila fikir semula.. memang banyak sangat kenangan bersama..pahit manis.. semuanya indah untuk dikenang.. pandai juga terasa hati dengan ena.. tapi.  xpernah la nak luah.. sbb benda tu dtg sekejap ja..lepas tu ok.. lagipun normal la kn..  yg penting kita tahu dia banyak da bersama2 dgn kita..saat susah mahupun senang.. sbnrnya bukan ena jak.. semua pun banyak sangay berjasa.. ana yg sngt memahami kalo ad kesusahan.. agie yg betul2 mcm keluarga.. zati yg betul2 ambik berat.. huhu.. xtw la..kalo nak tulis untuk setiap orang memang xhabis la.  hhuhu
 dan yg pasti dirindui.. my classmate.. semuanya ada gaya masing2 dan suasana tu yg akan dikenang sampai bila2..

#awat awal sangat nak touching2 ne..hahaha

Thursday, September 3, 2015

Wanna find a new friend

Salam..
My dear blog.. Apa khabar?? :)
Sekarang ne, cuma menghitung hari untuk meninggal alam belajar di persekolahan, dan pengajian tinggi. Selepas ne, mula la dunia baru iaitu alam pekerjaan.

Memang banyak sangat yang ditakuti..
pertama, siapa kawan baru? best ka kerja daripada belajar?
ok..
jawapannya pun, seperti da terjawab..
memang belajar lebih best dari kerja..
tapi... soalan pertama masih pertanyaan..

Ya Allah..
kirimkan aku seorang sahabat yang sesuai dengan diri ku.
yang boleh jadikan aku lebih baik..
dan saling menerima..
aku inginkan sahabat yang baru..
mungkin belum pernah ku kenali sebelum ini..

entah kenapa itu yg aku harapkan ketika ini.. :(
dalam diari hidup ku.. aku cuma simpan satu nama sahabat karib untuk setiap tempat yang ak pergi.. sek.rendah, menengah dan IPG..
dan sebb itu, aku harap ada rakan karib baru untuk di alam pekerjaan nanti...

Please.. i want a new friend...
friends till the end :D


Saturday, August 29, 2015

Emas

Masa itu ibarat emas..
disebabkan emas itu tidak nampak,
masa nampak macam sampah,
murah dan tak berharga..
dibazirkan begitu saja...

ya... nampaknya aku kena beli emas.. hahaah

Thursday, August 20, 2015

‘GURU PENYULUH KEHIDUPAN’


“Lalu  menjadi penerang bagi mereka di alam kubur nanti”

“ Cikgu, Irfan tiada duit”, adu sahabat baiknya Riduan sewaktu sesi rehat. Irfan murid darjah 4 yang sering tiada wang saku ke sekolah. Kadang-kadang duitnya sengaja disimpan untuk keesokan harinya dan kelihatan sangat berjimat cermat. Sikap Irfan yang sopan dan sentiasa memberi salam ketika bertemu, berjaya menarik perhatian saya sebagai guru praktikum yang baru seminggu menjejakkan kaki ke sekolah itu. Saya seringkali mendapat jadual kelas ganti di kelas Irfan belajar, dan setiap kali itu saya cuba berkenalan dengan lebih akrab lagi dengan mereka.
Sebagai guru praktikum, sikap suka memerhati sudah menjadi sinonim kerana budaya sekolah dan persekitarannya hendak disebatikan dalam diri. Menjiwai profesion perguruan iaitu dengan membiasakan diri dengan watak-watak yang wujud di sekolah, kadang-kadang membuatkan saya tersenyum nipis melihat karenah murid-murid dan perbicaraan guru-guru di sekolah yang sering bercakap tentang murid mereka. Malah apa  yang lebih mengagumkan guru-guru bercakap tentang murid mereka seolah-olah bercakap tentang anak mereka sendiri yang sangat mereka kenali.
Saya menjalani praktikum berfasa dan kesemuanya sebanyak 3 fasa. Setiap fasa praktikum, saya jalani di sekolah-sekolah yang berlainan dan mendapat pengalaman yang berbeza bagi setiap sekolah. Namun begitu, tetap ada persamaan dalam beberapa aspek dan juga beberapa perbezaan yang ketara. Oleh itu, saya menyimpulkan bahawa setiap sekolah memiliki corak pimpinan yang berbeza dan memberi pengalaman yang berbeza. Saya berasa amat bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai beberapa pengalaman yang berharga ini.
Mengenang kembali peristiwa pahit manis semasa menjalani praktikum, salah sebuah sekolah yang terletak di pinggir bandar telah menggamit satu kenangan indah dalam diri saya sebagai seorang bakal guru. Sekolah yang terletak di tengah jelapang padi ini benar-benar memberi ketenangan bagi sesiapa yang datang ke sana. Murid-murid juga kelihatan sangat seronok menyambut kehadiran kami sebagai guru praktikum di sekolah ini.
Sekolah ini juga berjaya melahirkan murid-murid yang cerdas dan berbakat walaupun bilangan mereka hanyalah sedikit berbanding sekolah-sekolah di bandar. Saya yakin bahawa kejayaan murid-murid bermula dengan kehebatan guru-gurunya mendidik. Kak Ana, yang merupakan seorang guru Bahasa Melayu tahun 4 Fathonah sering menarik perhatian saya, sudah menjadi rutin hariannya turun naik ke kelas yang terletak di tingkat 3. Kak Ana yang berpersonaliti menawan seringkali mendapat perhatian murid-murid, hampir setiap pagi ada sahaja murid yang memuji penampilan Kak Ana . Wajah Kak Ana yang hampir seiras dengan pelakon Indonesia itu bertambah anggun lagi dengan perwatakannya yang lemah lebut dan juga tidak kedekut menghulurkan senyuman.
Memandangkan Kak Ana sudi menjadi guru pembimbing saya semasa menjalani praktikum di sekolah itu, saya berpeluang mengenali Kak Ana dengan lebih dekat lagi. Saya mendapat tahu bahawa Kak Ana mengajar dan menjaga dua buah kelas yang tercorot dan sangat terkenal dengan murid yang agresif dan aktif. Hampir semua guru yang mengajar kelas tersebut, turut mengeluh setiap kali balik dari mengajar kelas tersebut. Malah ada segelintir guru yang seolah-olah menakutkan kami untuk masuk mengajar di kelas tersebut.
Namun begitu, berbeza sekali bagi Kak Ana yang sentiasa berfikiran positif terhadap murid-muridnya. Kami bertemu dengan Kak Ana untuk membincangkan silibus pengajaran dan juga bertanyakan sikap murid-murid di kelas tersebut, dan jelas Kak Ana tidak memberikan sebarang pandangan negetif tetapi memberikan dorangan kepada kami. Malah, Kak Ana juga turut sudi memberi tunjuk ajar dengan menunjukkan kepada saya bagaimana cara mengawal kelas tersebut. Peribadi Kak Ana yang sentiasa komited dengan tugasnya dan tenang dalam menjalankan tanggungjawab mendidik anak bangsa itu sangatlah terpuji.
Selain itu, kelembutan dan kasih sayang Kak Ana sangat terserlah dan menyentuh hati sesiapa yang melihatnya. Irfan yang merupakan salah seorang murid Kak Ana dan merupakan anak pertama daripada dua beradik itu bukan lah anak-anak yang bernasib baik. Irfan dan adiknya kini dibawah jagaan neneknya yang sudah tua namun tetap gigih menghantar cucu-cucunya ke sekolah. Ibu Irfan telah pun meninggal dunia manakala ayah mereka pula telah pun meninggalkan mereka sejak mereka masih kecil lagi. Saya sering melihat Kak Ana bertemu dengan Irfan dengan memberikan sesuatu kepada budak kecil itu. Kadang-kadang Kak Ana berikan belanja untuk rehat dan adakala membelikan mereka set pakaian sekolah. Jauh disudut hati, saya kagum dengan kemuliaan hati dan keprihatinan Kak Ana terhadap murid-muridnya.
Kasih sayang merupakan keperluan asas dalam kehidupan seseorang. Ia diletakkan sama penting dengan keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan. Apatah lagi untuk seorang kanak-kanak seawal usia seperti Irfan. Kekurangan belaian dan kasih sayang daripada ibu bapa dan penjaga akan memberikan kesan negetif dalam perkembangan emosi anak kecil. Rasulullah juga menyelar golongan yang tidak menyayangi anak-anak sebagaimana maksud hadis, “ Tidaklah termasuk golongan kami, orang-orang yang tidak mengasihi anak kecil di antara kami dan tidak mengetahui hak orang besar di antara kami” riwayat Abu Daud dan Tarmizi.
Selain daripada memberi kasih sayang, seorang guru juga perlu amanah dalam menjalankan tanggungjawab mendidik murid-murid iaitu dengan memberikan ilmu pendidikan yang benar. Ilmu ibarat cahaya yang mampu menyuluh kehidupan murid di masa hadapan. Justeru itu, peranan guru adalah sangat besar dalam mencorak anak bangsa. Meskipun perjalanan saya masih terlalu singkat dalam bidang ini, saya dapat merasai bebanan kerja yang ditanggung oleh guru-guru di sekolah. Guru bukan sahaja memberi ilmu pendidikan tetapi guru juga mendidik murid dengan membentuk akhlak yang mulia.
Pernah saya mengeluh sewaktu mengajar murid tahun 4 Fathonah yang sangat terkenal dengan sikap suka bermain di kelas. Saya merasakan bahawa saya sudah melakukan sehabis baik untuk mereka belajar, namun sikap mereka sahaja yang tidak mahu berubah. Saya berusaha untuk muhasabah diri supaya tidak berlaku kejam terhadap mereka iaitu dengan mengabaikan tanggungjawab saya supaya mendidik mereka untuk terus berubah. Namun begitu, ada satu hari ketika saya melintas kelas mereka, saya melihat Kak Ana sedang mengajar di kelas tersebut dan melihat suasana yang berbeza. Saya berasa sangat pelik kerana mereka semua belajar dengan tekun walaupun Kak Ana mengajar dengan lembut tanpa meninggikan suara.
Sejak itu, saya mula menyalahkan diri kerana tidak mampu mengawal mereka dan tertanya-tanya apakah yang Kak Ana lakukan sehingga berjaya membuatkan mereka mahu belajar dengan tekun. Oleh itu, saya dengan rendah hati telah bertemu dengan Kak Ana untuk bertanyakan pendapat Kak Ana tentang cara mengawal murid di kelas itu. Kak Ana seorang yang sangatlah merendahkan diri, namun tidak pernah mengecewakan saya setiap kali bertemu dengannya untuk mendapatkan pendapat. Kak Ana memberitahu saya bahawa seorang pendidik perlu peka dengan tahap pembelajaran anak murid di sekolah kerana ada sebilangan murid yang mempunyai keupayaan kognitif yang lemah dan ada di antara mereka yang mempunyai masalah membaca, menulis, mengira dan sebagainya.
Antara cara untuk mendidik murid yang lemah dalam pembelajaran adalah dengan memberikan motivasi kepada mereka. Motivasi berbentuk ekstrinsik dan intrinsik boleh diberikan untuk menggalakan murid-murid ini untuk terus berusaha mengejar impian. Motivasi ekstrinsik ialah berbentuk pujian, markah yang baik, hadiah dan sebagainya. Manakala, motivasi intrinsik ialah dengan memberikan peluang kepada murid untuk mengendalikan sesuatu yang boleh membuatkan mereka gembira, puas hati dan ingin berjaya.
Abdullah Nasih Ulwan menyebutkan bahawa generasi islam terdahulu bersungguh-sungguh berusaha untuk menyerahkan anak mereka kepada guru yang dipercayai. Mereka juga selalu mengadakan pertemuan dengan para guru anak mereka itu. Antara pesanan mereka kepada guru tersebut adalah, “ Janganlah kamu keluarkan mereka daripada satu ilmu kepada ilmu yang lain hingga mereka betul-betul menguasai ilmu tersebut.’’ Oleh itu, sebagai seorang guru sudah menjadi kewajipan bagi kita untuk memberikan ilmu kepada murid-murid di sekolah dengan ikhlas dan sabar.
Setiap nasihat yang Kak Ana sampaikan ianya lahir dari hati yang jelas terpancar keikhlasan dalam mendidik. Kata-kata Kak Ana juga ibarat peluru yang menembak diri ini supaya sedar akan kepentingan seorang guru dalam mendidik murid-murid. Tanggungjawab seorang guru perlu dijalankan dengan sebaik mungkin bukan hanya seperti melepaskan batuk di tepi tangga tetapi hendaklah seperti menatang minyak yang penuh.
Selain itu, seorang guru juga perlu sentiasa bertaubat dan memperbaiki hubungannya dengan Allah s.w.t supaya dengan itu dia dapat menghadapi kesibukan tugasnya dan berhadapan dengan para pelajarnya dengan baik. Guru juga perlu ikhlas dalam melaksanakan pekerjaannya, bersifat kasih sayang dan menunjukkan akhlak yang baik untuk menjadi ikutan para pelajar. Sememangnya bukan mudah untuk menjadi seorang guru dengan kesibukan seorang guru itu sendiri. Namun, itu bukanlah alasan untuk guru melepaskan terus peranan tersebut tanpa mencubanya.
Justeru itu, sebagai seorang bakal guru kepada anak bangsa, saya sangatlah teruja untuk mencontohi sikap kak Ana dalam profesion perguruan beliau. Kak Ana boleh menjadi suri teladan buat saya untuk memiliki nilai-nilai murni dalam profesion perguruan ini. Selain menjadi suri teladan, kata-kata kak Ana yang memberi bekas dalam hati, seolah-olah membakar lagi semangat saya untuk menjadi seorang pendidik yang ikhlas dan sabar dalam mendidik anak bangsa. Saya tidak menafikan Kak Ana sebagai salah seorang guru yang berjaya memberi inspirasi dalam hidup saya untuk terus bertapak dalam bidang perguruan ini.
Akhir sekali, sekalung jutaan terima kasih buat Kak Ana yang banyak membuka mata hati saya untuk melihat bidang perguruan ini diperspektif yang jauh lebih mulia. Semoga saya berjaya mencontohi para guru yang telah berjaya melahirkan murid-murid yang berjaya di dunia dan di akhirat sana.
“ Sesiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu, maka ia mendapat pahala sama seperti orang yang mengamalkan ilmu tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang mengamalkan ilmu tersebut.” Riwayat Ibnu Majah.

-Tamat-