Pages

Tuesday, July 31, 2012

Allah lagi berhak...

Bila kita sayang Allah, Allah lagi sayang kita..
Bila kita nak sayang sesuatu lebih dari Allah, Allah akan tarik sesuatu itu dari kita..
Sebab, Allah nak kita sedar.. yang kita telah sayang sesuatu melebihi drinya yang lebih berhak untuk kita sayang..
kita tak tahu atau sedar, tapi Allah maha tahu..
Jadi, bila kita nak sayang sesuatu, kita kena sayang kerana Allah.. ^_^

Ujian Ramadhan...
Pasti akan mengunjungi kita..
Sabor2 naa...

Sahabat yang kita sayang hari ini... bukan milik kita..
Menyayanginya bukan kerana Allah..
Lagi la sia2..
Andai ia milik kita..
Barulah.. Allah sayang kita...

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..
Yakinlah, bila Allah uji kita hari ini..
Mungkin Allah nak tunjuk,
Yang kita ne, hanyalah seorang hamba Allah yg lemah..
Kita mudah sangat lupa..
Allah..Allah... Allah..
Jaga hati.. jaga iman.. jaga islam..

Ak tidak mampu mencintaimu seluruh jiwaku..
kerna, ko bukan milikku..
Melainkan.. Allahlah yang lagi berhak buat diriku..
Aku sayang kamu kerana Allah...
Aku lepaskan perasaan ini..
Juga kerana Allah..
^_^
Sahabatku,
1.Jom masuk islam..
2. Jom belajar p Mesir.. =)
..............

Thursday, July 19, 2012

Jaga Hubungan..

Buat Hati2 Yang Leka...
Manusia itu sifatnya pelupa, secara fitrahnya..
Dan Allah itu maha mengetahui akan ciptaannya..

Subhanallah, Maha suci Allah..
Hati ini adalah anatara hati2 yang selalu tertidur dari mengingati kebesaran dan kecintaan Allah,,
Hati yang rapuh dan mengharap taufiq dan hidayahnya,

Kepada sahabat2 yang dikasihi Allah..
Ingin di sini, kita kongsikan perasaan yang makin menghitam..
Saat ini, sumber kekuatan semakin rapuh..
Allah nak uji, hati ini..
Kehidupan yang semakin menguji..
Semuanya hanya bergantung dengan diri..


Hidup sebagai seorang muslim, kena ada bezanya dengan gaya hidup orang yang bukan muslim,
Apakan lagi tidak ada agama,
Sebenarnya, kitalah yang akan menjadi role model atau sumber penyampaian agama kita kepada org lain,
Andai tersilap percaturan, kita akan memberi fitnah kepada agama,


Banyak perkara yang perlu untuk kita pertimbangkan dengan penuh kesabaran,
Kesabaran adalah salah satu sumber kekuatan,
Amarah itu hanyalah umpan syaitan,
Yang menguji kita, 
dengan marah yang tak terkawal, kita hanya memancing diri kita ke arah nilai yang tak bermoral..
Jika engkau ingin melihat akhlak seseorang, lihatlah ketika ia sedang marah,
Orang yang bijak, ia bijak mengawal amarahnya..


Sebab itu, dalam banyak perkara kita kena banyakkan berdiam,
Berkata bila perlu, dan berkatalah sesuatu yang menyenangkan,
Dan bertegaslah atas sesuatu keperluan,


Diamlah ketika marah,
Diamlah ketika tidak ada yang penting untuk dibicara,
Diamlah untuk mengelak perbalahan,
Diamlah untuk tidak tertayang kebodohan.


Tapi, berbeciralah di saat diperlukan,
Berbicaralah untuk menyebarkan ukhuwah,
Berbicaralah untuk kebaikan,


Marah itu ibarat api,
Yang makin dikacau, makin  besar nyalaannya,
Punca kerugian dan kesalan,
Ianya bertindak tanpa memikirkan,
Untung rugi akan datang..
Marah itu, memutuskan persaudaraan,
memuaskan diri semata-mata,
Tanpa memikirkan baik buruknya..

.............................................
Dalam menjaga sesuatu perhubungan, kita kenalah bijak menjaga pergaulan,
kita juga tidak mampu untuk menyenangkan hati semua orang, jika tidak mampu, bersahabatlah berpada-pada, cukup sekadar memberi senyuman sebagai tanda ukhuwah, tidak semestinya hanya dengan bertepuk tampar baru dikira ukhuwah..  bersahabatlah dengan banyak kalangan, tapi bersahabatlah secara ikhlas tanpa maksud tersirat atau demi keperluan. Sebab, kita akan mudah kecewa bila sahabat yang kita harapkan sesuatu, tidak memberikan apa yang kita mahukan.. Dan paling penting, kita kena terima kawan kita seadanya.. baik buruknya...

..........................................
Bagi perhubungan antara lelaki dan perempuan, saya tak berapa tahu, memandangkan adik beradik saya semua perempuan dan saya juga memang tak rapat dengan saudara2 lelaki.. Dan sekarang sy sedang belajar tentang cara perhubungan lelaki dan perempuan melalui buku, Men from Mars and women from Venus..
Buku ne sangat penting dan baik, rasanya semua orang ena baca.. Perempuan dan lelaki berbeza gaya pemikiran dan bahasanya daripada orang permepuan.. Bila kita tidak faham, sebab itulah banyak berlaku perceraian.. Ramai pasangan yang hidup berpuluh tahun, tapi akhirnya bercerai.. Hal ini kerana, mereka masih tidak faham, apa sebenarnya keperluan pasangan masing-masing... Dan saya pun rasa bersyukur, sebab diberi izin untuk menemui buku ini.. Coz, sy memang tak suka bila asyik bergaduh atau salah faham dengan kawan2 lelaki.. Sebab bagi saya keharmonian dalam perhubungan itu sangat penting.. Sebab itu, saya cari buku ne, untuk lebih faham dan takut tersalah tafsir.. Malah, lebih penting bagi saya untuk masa hadapan jika ada jodoh, lebih mudah untuk saya cuba memahami si dia yang masih menjadi persoalan...

Andai xda jodoh, ia juga suatu ilmu yg penting...
Dan paling penting, hubungan kita dengan Allah,,
Ini hanyalah hubungan sesama manusia, yang semetinya kita kena jaga..
Tapi yang lebih utama, adalah hubungan dengan Allah...
k.. la.. pagi ne nak p ajaq org..hehe.. k salam..

















Wednesday, July 18, 2012

Hidup Kena sibuk..

Salam...
Hari2 makin sibuk, tapi komitmen itu sngt penting dlm kehidupan..
Jom sibukkan diri.. Hidup ini, bukan untuk bersenang lenang..
Orang bijak, hidup susah, orang x bijak, hidup senang..
Nak dunia, hidup memng seronok, nak dunia dan akhirat,  hidup kena susah...

Alhamdulillah,, biar penat asal ada berkat..
Lagipun, sy memang nak menyibukkan diri dengan banyk benda,
Jadi, banyk masalah yang bole dilupakan..

K la..
Selamat menyambut bulan Ramadhan semua..
Semoga Ramdhan kali ini, lebih bermakna..
Nak share sikit, tdi kwn kelas kata saya pendiam..
haha...
Bagus2, itu yg sy nak dengar..
Saya tak suka bercakap, tapi dengan org yang sy rapat..
Kawan rapat,,, rasanya dia la yang kena dengar segala mcm cerita sy. hehe..
Maka, kesian lah shbt karib saya..
Kawan karib sy, satu ja,,
Ena...
Yg lain semua kawan baik dan rapat..
Tpi, cukup la ada satu untuk teman berkongs
 Lagipun, x semua org suka dengar masalah kita.
dan tak semua orng boleh merasiahkannya..
k la.. skrg nak p temu janji yg seterusnya..
Hidup perlu BZ..



i..

Monday, July 16, 2012

Excercise Jiwa..Bila Kelas Sampai Petang...

Ne Sem 2 Pismp....
Sem yang sangat2 mencabar dan mulai terasa bahawa diri ini berada dalam opsyen perguruan..
Dalam beg, kena ada gunting, pisau, gam, warna dan macam2 lagi..
Rasa macaam budak sekolah pun ada gak.
Best tapi penat...
Ap2 pun ne gambar the latest yg baru di edit oleh rakan kelas yang kreatif, enovatif dan kritis.. haha..

Gambo ne, ambik kat depan dewan ja, tpi nampak mcm kat dlm hutan plk.. hehe.. cantik sangat...
Bila cerita tentang hutan, rindu plk dkt sesuatu tempat..haha..

k la.. skrg dlm kelas da ne.. sementara tunggu lec. nak mai..huhu,, k la.. tym study pun sy da dpt tingkatkan tahap keseronokan dgn mendengar radio Ikim sepnjang akt.gerko dan juga mendgr muzik spanjang kelas, without anyone know.. hahaha.. wireless secar dlman itu la rasiah keseronokan sambil belajar..
Sambil2 tu, siapkan bahan bacaan sampingan untuk mengelak daripada kebosanan ketika berhadapan dengan sesuatu yg memboringkan.haha..

Nak tahu lagi kelebihan mendengar radio dlalam bnyk keadaan, antaranya ialah dapat mengelak daripada melayan ataupun mendengar cerita2 yang tak penting ataupun xbest.. sebab, diam itu kadang2 jauh lebih baik. tambah2 lagi orang yang mcm sy, ada dunia sendiri, walaupun tahap sosial tu memang boleh dikatakan ok la.. hehe...

sy suka dgr muzik, sebab dapat membuang kepenatan dan melupakan masalah. Then, i can enjoy my life.. cuma kekadang tu, memerlukan seseorang gak untuk mendengar. ^_^










Monday, July 9, 2012

Befday mak............

Selamat Hari Lahir Mak..
Yg ke 48.. ^_^
Mak... i always love u n miss u..
Moga mak hepy n sihat selalu di sana..
Mak,,, Rindu sangat dgn mak.
But, what can i do for it..
Akhir2 ne, asyik teringat akan tahun lalu ja..
saat ne, mak masih ok, dan masih mampu nak jawab call n hepy sebab sy la anak mak yang pertama sekali wish mama befday..huhu..
skrg ne, sy pun nak jadi yang pertama gak wish mama befday...
Selamat Hari Lahir Mak..
Walaupun dunia kita da berbeza,..............

Friday, July 6, 2012

Anak-anak ahli syurga

Budak2 sangat comel dan mereka ibarat kain putih..
I am thinking abaut to have a child..
walaupun saya tak kahwin lagi, tapi teringin sangat nak dpt anak..
Nanti kalo ah kahwin, sy harap sngt dapat anak..
anak itu, ibarat mutiara, kitalah yang mengukirnya,
Dan bila kita mati, merekalah peninggalan yang bernilai buat diri kita.

seorang ibu, perlulah mencintai anaknya,
sebab anak-anaknya adalah ahli syurga,
sewaktu mereka kecil, mereka sedang membina dan belajar tentang kehidupan,
ibu bapa seharusnya sentiasa menyokong anak-anak mereka,
bukannya memarahi, ibu juga tidak seharusnya merasa terbeban dengan anak mereka,
sebab anak itu satu anugerah illahi..

Allahualam,
sy pun tak tahu sngt, pengalaman seorang ibu..
tetapi, seharusnya untuk ibu-ibu hari ini lebih faham,
siapa anak,, 
andai suatu hari, ibu memarahi anaknya yang masih kecil sehingga meninggal,
anak itu tetap akan masuk syurga,
sebab, anak itu belum di nilai dosa pahalanya,


seronoknya menjadi seorang ibu,
sebab paling dekat dengan ahli-ahli syurga,
ibu itu terlalu istimewa, setiap amalan yang ibu berikan kepada anaknya,
semuanya adalah sedekah, dan ibu-ibu kena selalu ingat,
anak-anak yang mungkin nakal, tapi merekalah yang menjadi punca pahala yang tak putus-putus..

bercakap tentang ibu dan anak,
saya rasa beruntungnya andai saya berjaya menjadi seorang ibu dan memiliki anak-anak yang soleh dan soleha.

erm.. comelnya.. haha

kadang-kadang berangan ne best gak..
Tapi,  tak semua yang kita angankan akan  tercapai..

Bila saya ada anak..
saya nak, ..............
mcm2 sy nak..
yang penting, anakku permataku, suamiku jantung hatiku, dan keluargaku masa depanku..
huuuuu... mudah2an arwah mak, selalu bahaia di sana, sentiasa mendapat kasih Allah..
saya sayang mak saya selamanya, mudah2an suatu hari nanti andai panjang umur, saya pun nak anak yang menyayangi saya selamanya..
I love u mak.. ^ ^

Selamat Penganti Baru ^_^

Buat saudara Hilal Asyraf..
Seorang penulis muda yang beridea bernas,
keiklasannya selalu terpancar dalam penulisannya..
Esok adalah hari perkahwinan beliau..
semoga Allah permudahkan segala urusannya..
Menyempurnakan imannya,
semoga selepas ini, beliau lagi gigh berjalan dimedan dakwah dan penulisan..
selamat menjalani hari-hari baru dalam kehidupan..


^_^
Tumpang gembira dengan majlis perkahwinan saudara Hilal, semoga Allah meredhai majlis esok dan ada keberkatan didalamnya.. amin... semoga bahagia ke anak cucu dan melahirkan sebuah baitul muslim yang diimpikan..

My Budget........ :D


Indahnya kalam mengukir bicara,
Menghurai setiap saat yang bermakna,
Memberi nafas diruang yang lelah,
Agar pelangi kehidupan terus hadir,
Mewarnai hari-hari di dunia yang sementara,

^_^
Ya Allah zinkan lah kalam ini mengingatkan diri, agar sentiasa beringat untuk menjadi manusia yang lebih cermat dan bermafaat.. amin.

Pertama sekali, Budget untuk sem ne RM 3500

Sem ne ada 5 bulan simpanan untuk 7 bulan.

Perkara yang perlu..

Bayaran Rumah sewa = RM 240
Bil Elektrik    =RM100
Perbelanjaan bulanan = RM 300 x 5 = RM 1500
Tiket Tambang = RM 500
Broadband = RM 300
...............................................................................................................................................................
Yang Asas da sebut... Total RM 2640
Baki = RM 860

Benda yang saya Nak !!
Ambik Lesen kereta

RM 500 + Minta dkt bapa... ^_^

Baki = RM 360

Sambil2 ne, sy menabung untuk p umrah dgn bapa selepas habis study. Untuk tabungan, tiada target, hanya menabung bila ada duit syiling. Untuk tabungan ini, akan berterusan sampai sem 8.

20 % daripada tabungan itu nanti, sy akan gunakan untuk p melancong plk.. kalo xcukup.. baru tambah duit gaji.

Seterusnya, dalam masa yg terdekat ne, dgn baki RM 360, saya nak beli dua benda ne.. ^ ^




Ne handbag tuk p kuliah hari rabu dan khamis.. hehe... Ne memang nak beli..

Ke-2
Saya nak beli baju raya yang cantik.. tahun ne, sy nak paling cantik... hehe..
erm.. pakaian tak penting sangat, yang penting orangnya, tapi sy nak gak baju yang cantik.. sbb bukan selalu kn?? hehe




ok, tu ja kot.. selebihnya... untuk program masjid dan jika ada bnyk lebih duit claim tambang, semuanya akan masuk dlm tabungan.. insyaAllah.. sy merancang, Allah yang menentukan.. ^_^.

salam semua.. ^_^