Monday, December 27, 2010

Untukmu Wanita | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata.
Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan.
Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya.
Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT.
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.
Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah.
Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.
Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang.
Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.
Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari keredhaan Allah SWT.
Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud,
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.
Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun.
Wajahnya bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat
Dalam mazhab syafie ada khilafnya berdasarkan ayat ke-30 dalam surah an-Nur.
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya, kecuali apa yang telah zahir daripadanya.
Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat.
Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya.
Mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.
Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat.
Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi kerana memahami perintah Allah SWT.
"Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya." (Surah Al-Ahzab, 33)
Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi.
Pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib AS.
Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian.
Nabi Musa AS telah mengambil alih tugas mereka.
Apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa AS dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa AS ke rumahnya.
Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya kepada pandangan umum.
Apabila ia berurusan dengan lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.
Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat (berdua-duaan).
Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga zina.
Berbual-bual di telefon atau SMS di antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang sehingga menyebabkan nafsu syahwat bergelora juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua-duaan.
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."
Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut.
Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?
Maka, labuhkanlah tudungmu.
Ketahuilah bahawa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah SAW,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab. Kemudian seseorang telah menegurnya, "Mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?"
Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, lalu beliau berkata, "Aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah SWT."
Malangnya hari ini apa yang terjadi kepada wanita Islam; bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya.
Saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan.
Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.
Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.
Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.
Saudariku,
Hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.
Seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja.
Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.
Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana. Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.
Saudariku,
Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.

Wednesday, December 15, 2010

sOb2....HatI INi....

berdepan dengan keadaan yang tidak dapat dirungkaikan..
asyik inginku bela perasaan..walaupun ak di tempat yg tidak benar..
ak sedar..ilmu tdak akan mengubah sesuatu umat jika hidayah tidak datang kepadanya..
ak khuatir kerana hati ini terlalu gersang..hingga lupa segala pesan dan ap yng pernah ku dengar ataupun ap yg pernah ku baca.. ad ketika..aku ingin berlari..ke suatu era yg semua org pasti ingin kn iaitu kebebasan..
Ya Allah..kenapa la dengan diriku ini..kenapa tidak ko tetapkan hatiku ini dijalanmu.. Maha Suci Allah.. tiap kali aku leka dia pasti mengejarku dan mengajakku kembali kepadanya.. dan sekali lagi aku terus terleka..hingga aku takut untuk mengenal segala hukum dan kehendaknya.. kerana gusar.. andai hati ini akan terjatuh lagi..dan tidak dapat menegakkan urusan dakwah islamiah yang pernah ditekan kn kepadaku.
 Ya Allah..ak tahu akan cintamu padaku..dan ak mohon janganlah jemu membimbingku kejalanmu kerna..hatiku lemah dan kosong tanpa cintamu..
cinta dihatiku ini gersang buat insan yang bergelar lelaki.. mungkinkah ini satu pertolongan darimu..agar ak dapat mengisinya dengan cintaku kepadamu serta para nabi utusanmu.. Ya Allah.. hati ini selalu berbisik perkara yg tidak patut untuk ak turuti.. jiwa ini terlalu berat untuk berubah atas landasanmu.. kenapa Ya Allah.. larikah hidayahmu padaku..  atwka..hambamu yang hina ini sudah mulai menjauhimu.. ya Ya Allah.. ampunkanlah diri ini...sekali hamba telah diuji kehadratmu Ya Allah.. engkau menakdirkan hamba sekelas dengan semua kaum Adam.. hamba bingung.. kerna tiada persahabatan yg pernah ana dgr antara berlainan jantina tersebut dalam salah satu usrah yg pernah didegar.. namun..tidak dpt diri ini menghindarkan persahabatan pada waktu itu.. hingga kini diri ini masih tidak dapat melupakan sahabat2 itu.. namun masi perlukah  persahabat dengan mereka ats dasar mengenang jasa baik mereka yg sudi menjaga dan berteman dgn  pd saat itu.. hoho.. lemahnya diri ini.mungkin tidak seharusnya lagi..ermm Ya Allah.... jauhkan lah hambamu dari semua yg tidak benar ini dan berikanlah kekuatan pada ketika ini.. semoga dengan rahmatmu..terpeliharalah jiwa yang mudah dikotori ini...amin ya Rabbilalamin..

Monday, November 15, 2010

cuti2....mALAM selepas tamat exam...

salam..
yups...exam da tamat..hehe.. x sabar nak balik.. dlm fikiran tu mcm2 da plan..
malah sem 1 pun dah berakhir.. sy rs hepi gak sepnjng sem ne.. erm.. sebenarnya nak luah perasaan, tp nnt kalo ad org baca malu gak.. x pe la.. cuma.. nak minta maaf kat kwn yg tersa kalo sy ne agak kurng memahami. sbb tu sy tak suka kwn rapat rmi2.. bkn senang nak jg hati org. hati sendiri pun belum psti.. kwn ramai tu mmng senang dpt.. tp, yg bnyk nya ketawa ja.. kalo join sedih pun x kn lama.. sy da rasa da.. sori la kalo sy agk sombong.. kalo ngan boys bukan sombong, tp malu ja nak tegur dulu..

erm.. tahun depan tu bkn la ada misi nak rpt tp, kalo ble friendly la ckit.. kdg2 sy rs cam budak2 btul. tp, mmng budak kot.. hehe..sy gak x sngk dpt kwn perempuan yg baik2 belaka.. rajin dtng ceriakn bilik sy.. smpi rs kehilangn bila x da yg dtng.. kalo dulu sy lg suka sndiri.. kwn bkn la satu prkr utama, tp skrg tanpa kwn susah gak.. hehe.. so..thank u so much..

bagi ena, yg sudi temankn sy hampir 24 jam..thanks la.. join sy dengar ceramh ustaz tercinta n bersembang tgh2 mlm.. hehe.. kalo lampu tutup jam 2, confem tidur jam 3.. ne cita punya psl la. sepnjng exam sudi study sm2.. huhu.. esok ena da nak balik da... x de la kwn sy kat bilik.. erm.. x tw knp, rs senang dan rapat mcm da lm sngt kenal.. thank u sngt2 krn sudi jd kwn sy.. then, tym cuti jan nakal2.. hehe

pastu.. sya hrp cpt2 la smpi sabah.. x sbr nak balik ne..hehe.. kat cne gak sy dpt tgk cam2 rgm manusia.. erm..ad yg bole jd teladan dan ad yg bole d jd iktibar.. dan, satu lagi sy suka duduk kat kedah.. da rs mcm negeri sndiri..haha.. setiap ptng kuar jln kaki.. mcm la kg. sendiri.. tp, insyaAllah x kn ad ap2.. k.. la da lewat tul da ne.. esok kena bangun awal..huhu.. k..la..salam.

Sunday, October 24, 2010

exam just around the corner.....

  • tidur x lena
  • mandi basah
  • makan x lalu
  • terkenang-kenang
  • termimpi-mimpi
nampaknya bgitu sekali dasyatnya perasaan sebelum exam ne.. terutama tuk subjek bi.
bm study group tp,lum hbis bincang lg..
tp, apa yang mencuit hati sy, sy telah membuat conclusion bhw sbg bdk course math sy perlu mmpelajari 3M iaitu:-

  • M= mengira bagi math
  • M= menghafal bagi BM
  • M= membantai bagi Bi
hoho... apa ble buat da nasib bdn.. tp, bantai2 pun, kena gak berusaha kalo tak dapat lah gigi emas @ gagal..huhu.. lastly, kalo ada sesiapa yang baca tu, tolong2 lah doakn.. boleh dpt pahala percuma.. krn mendoakn seorang shbt tanpa pengetahuannya.. kpd rakan2 yg bkl menduduki exam gak.. sama2 lah kita berusaha k.. sy doakan kalian jua.

Tuesday, October 19, 2010

Mari Tenangkan Jiwa....

"dan janganlah kamu berasa lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,sebab kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman" ( surah al-Imran:ayat139)


"jika Allah menolong kamu,maka tidak ada yang dapat mengalahkan kamu,tetapi jika Allah membiarkan kamu maka siap yang dapat menolongmu setelah itu? maka hendaklah kepada Allah saja oarang mukmin bertawakal."(surah al-Imran:ayat 160)


"sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian..."( surah at-Taubah: ayat 18)


"orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dijalanAllah,dengan harta dan jiwa mereka,adalah lebih tinggi darjatnya disisi Allah.....(surah at-Taubah:ayat 20)


"dan jika Allah menimpakan sesuatu bencana kepadamu,maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali dia...." (surah Yunus : ayat 107)


"...Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan tenteram." (surah ar-Ra'd:ayat28)


"telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka,sedang mereka dalam keadaan lalai denagan dunia,berpaling dari akhirat."( surah al-Anbiya:ayat1)


" dan  berjihadlah kamu dijalan Allah dengan jihad sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu,dan dia tidak menjadikan kesukaran kepada untukmu dalam agama..."( surah al-Hajj : ayat 78)


" dan kami tidak membebaani seseorang melainkan menurut kesanggupannya.."( surahal-Mu'minun: ayat 62)

Friday, October 15, 2010

Kerana Sebiji Epal

Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan.

Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut. Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yg dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.
Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yg wara’. Pemilik pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dgn syarat tersebut.
Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa dgn Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd Abu Salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta, tuli dan bisu. Apabila memikirkan balasan yg bakal diterima di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan drp Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju utk menikahi puteri Syeikh Abdullah.
Pada malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kpd isterinya. Melihat seorang wanita yg cantik berada di dalam bilik itu, Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yg menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya. Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata:
“Wahai Abu Salleh, mmg itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia.”
Bersyukurlah Abu Salleh atas anugerah yg tak terhingga, hikmah drp sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya. Hasil dari perkahwinan pasangan yg soleh ini lahirlah seorang wali Allah yg amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yg bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat dikenali dgn gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.
Allahu a’lam bisshawab.

Siapa pendamping yang kunantikan...

Erm.....
  • soleh...(berkepimpinan dan boleh membimbing)
  • murah dengan senyuman..( di senangi selalu)
  • tidak pemarah (sabar)
  • tak banyak cakap sangat
  • rajin
  • memahami
  • pandai buat lawak jg.
  • manis orgnya..
  • orang sabah ( baru x jauh dr keluarga)hehe..
  • semua di atas,hanya lah harapan,,semoga dimakbulkan..amin..
walaubagaimanapun.. sy x lah mengharap the perfect ones..tp, cukuplah yang mampu membimbing ke jalan yang benar..

Tuesday, October 12, 2010

khas Buat Familyku....

Tiada gelak tiada senda,jika kalian tiada didunia..
tiada sedu tiada sedan yang dapat dikongsi bersama
susah senang usah dipertikaikan,kerana pasti engkau ada bersama
meringankan beban yang bersarang dijiwa..
alpha la aku,,andai melupakan jasa kalian,
berkorban harta mahupun jiwa..
hanya kerna kasih yang melimpah..
tidak mampu untuk aku membalas ,
segala budi dan jasa,mahu hingga keakhir hayat..

sedar kah aku ketika leka..
dibelai manja dengan harta dan dunia..
menggapai kejayaan dan pujian..
hingga ku lupa kalian semua..
sedarkanlah aku..sedarkanlah..
jangan biarkan aku tersisih didalam pemainan dunia..
yang pasti hanya sementara..
kerana kasih kalian lah yang membimbingku kejalan yang maha esa..

Sunday, October 10, 2010

Degupan pertama....

puisi .......
degupan pertamaku

kamu..saya...kita                                                  

Sunday, October 3, 2010

Arah tuju hidup

assalamualaikum w.b.t

sebagai insan yang dilahirkan dimuka bumi ini,pastinya memiliki impian dan matlamat dalam menjalani kehidupan seharian. kehidupan yang tidak bermatlamat adalah tidak bererti bagi kehidupan seseorang didalam muka bumi ini. sesungguhnya,manusia itu suka berlumba-lumba dalam mengejar kejayaan. namun adakalanya mereka leka dan mudah lalai terhadapnya. justeru,menjadikan impian sebagai satu perkara utama dalam kehidupan sehingga mengabaikan tanggungjawab sebenar dalam kehidupan. namun, apakah tanggungjawab kita yang sebenarnya?

manusia adalah makhluk yang hina di ciptakan menerusi tanah, namun darjat dan kemuliaanya diangkat oleh Allah s.w.t sehingga para malaikat dan Iblis di arahkan sujud kepadanya. namun begitu, turunnya manusia ke muka bumi adalah satu hukuman keatas nabi adam dan sekaligus memberi satu ujian kepada cucu cicit nabi Adam yang terus menerokai muka bumi. walhal,di samping menerokai bumi, manusia memegang tanggungjawab yang lebih tinggi iaitu mengabdikan diri  terhadap tuhan yang esa. oleh itu, walau bagaimana sekalipun harapan dan matlamat yang ingin dituju, manusia perlu sedar akan tanggungjawab yang paling penting dan terlebih dahulu untuk diutamaka...insyaAllah..

alam rahim.....

Marilah kita sama-sama perhatikan kebesaran ciptaan Allah, bagaimana kejadian manusia pada Alam Ramim. Terdapat banyak ayat Al-Qur'an berhubung dengan Alam Rahim yang difirmankan oleh Allah diantaranya seperti berikut:-
Dalam surah Al-Mursalaat, juz keduapuluh sembilan, ayat 20 hingga 23 Allah Ta'ala berfirman.
Yang bermaksud: Bukankah kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit (hina) dipandang orang. Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh (rahim ibu). Serta Kami tentukan keadaanya, maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan tiap-tiap sesuatu.
Dalam surah Al-Mu'minun,juz kelapan belas ayat 12, 13 & 14, Allah Ta'ala berfirman.
Yang bermaksud : Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari pati yang berasal dari tanah. (Pati yang berasal dari tanah, ialah pati makanan yang berasal dari tumbuh-tumbuhan dan tanaman yang tumbuh di bumi).Kemudian Kami jadikan pati itu setitis air benih (air mani), pada tempat penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa ketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya (keadaannya yang asal serta ditiupkan roh padanya). Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik baik Pencipta.
Dalam surah Al-'Imran, juz ketiga ayat 6, Allah Ta'ala berfirman.
Yang bermaksud: Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Dalam surah Yaasin, juz keduapuluh tiga ayat 77, Allah Ta'ala berfirman:
Yang bermaksud: Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),
Dalam surah As-Sajdah, juz keduapuluh satu ayat 7, 8 & 9, Allah Ta'ala berfirman. Yang bermaksud: Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani; Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (dengan sebaik-baik ciptaan yang cantik dan elok mencipta manusia) dan dimulakan kejadian manusia berasal dari tanah liat (Thin). Kemudian ia jadikan keterunan-keterunan manusia itu dari sejenis pati iaitu dari air yang hina (air mani) yang sedikit dipandang orang. Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya Roh ciptaanNya dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran serta hati (akal fikiran), supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.
Dalam surah Al-Hajj ayat 5, Allah Ta'ala berfirman.
Yang bermaksud: Dan Dia lah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi), dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam).
Dalam surah Al-Hajj ayat 5, Allah Ta'ala berfirman.
Yang bermaksud: Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.
Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Secara marfuk Baginda s.a.w bersabda: Allah s.w.t mengutuskan Malaikat ke dalam rahim. Malaikat berkata: Wahai Tuhan! Ia masih berupa air mani. Setelah beberapa ketika Malaikat berkata lagi: Wahai Tuhan! Ia sudah berupa darah beku. Begitu juga setelah berlalu empat puluh hari Malaikat berkata lagi: Wahai Tuhan! Ia sudah berupa seketul daging. Apabila Allah s.w.t membuat keputusan untuk menciptakannya menjadi manusia, maka Malaikat berkata: Wahai Tuhan! Orang ini akan diciptakan lelaki atau perempuan? Celaka atau bahagia? Bagaimana rezekinya? Serta bagaimana pula ajalnya? Segala-galanya dicatit semasa dalam perut ibunya lagi
Dengan ayat-ayat dan hadis diatas yakinlah Allah itu Maha Pencipta
Menurut Profesor Moore untuk mengkaji ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Nabi, beliau berasa takjub. Beliau berasa pelik bagaimana Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam, pada empatbelas kurun yang lalu, mampu menerangkan mengenai embrio dan tahap-tahap perkembangannya dengan terperinci dan tepat sekali sedangkan ianya hanya ditemui oleh ahli sains sejak tiga puluh tahun lalu sahaja. Ketakjuban beliau bertukar menjadi penghormatan terhadap ayat-ayat tersebut. Beliau memberikan pandangan ini kepada rakan-rakan intelek dan kelompok saintifiknya. Malahan beliau memberikan syarahan di atas topik keserasian di antara kajian embrio moden dengan Al-Quran dan Sunnah dimana beliau berkata:
    Saya berbesar hati untuk membantu menerangkan kenyataan-kenyataan dari Al-Quran mengenai kejadian manusia. Jelas bagi saya bahawa kenyataan-kenyataan ini diberikan kepada Muhammad dari Allah Allah, atau Tuhan, oleh kerana kesemua ilmu-ilmu ini tidak ditemui sehingga beberapa kurun selepas beliau. Ini membuktikan kepada saya Muhammad ialah seorang Rasul Allah Allah.