Tuesday, May 21, 2013

Penutup Sem 3 Pismp

Alhamdulillah..
da tutup da.. hehe..
Malas nak cerita, sem ne..
semua pun ok je...
tak tahun nak kongsi ap... 
Alhamdulillah je la... hehe..

Monday, May 20, 2013

Nikah Kitbah Dan Erti Cinta

Bismillahirrohmanirrohim..
Alhamdulillah diberi kelapangan waktu untuk mencoret lagi,
Tajuk yang ingin dikongsikan pada hari ini hanyalah sekadar pandangan dan coretan diri sendiri terhadap erti cinta dan nikah khitbah yang sering menjadi topik anak muda hari ini.
Pada pandangan diri sendri, berdasarkan ilmu yang tak seberapa banyak. jadi, kiranya pandangan ini bersifat peribadi, pertama nikah kitbah adalah satu alternatif untuk mengatasi masalah anak muda hari ini yang terlalu terdedah kepada maksiat dan kes zina. masyarakat perlu faham, nikah khitbah hukumnya diharuskan dan wajib sekiranya pasangan yang tersebut memang tidak mampu menghindari zina lagi. Namun, tidak cukup mampu dari sudut material.

Nikah khitbah, sesuai untuk pasangan yang kerap bersama-sama dan cenderung berhubung sehingga khuatir mengudang fitnah dan zina. Pada perspektif pandangan masyarakat, nikah khitbah nampak seperti suatu yang negetif, nampak seperti anak-anak mereka terlalu gatal nak bernikah, tapi mereka terlupa untuk khuatir ketika melihat anak mereka berdua-duaan. sehingga, anak terlanjur, baru lah nak nikah kan anak. Bukan kah itu suatu yang lebih memalukan??

Sebenarnya perkahwinan ini sangat baik dan digalakkan sebagaimana Allah berfirman :

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui." (Surah An-Nuur : Ayat 32).
Maksunya, perkahwinan ini juga membuka rezeki seseorang seperti mendapat zuriat. Bila mana Allah memberikan zuriat, Allah akan berikan rezeki dalam pelbagai arah yang tidak di sangkakan.. Jadi, tidak menjado masalah untuk melakukan nikah kitbah jika itulah satu2nya jalan untuk mengelakkan daripada zina.


Seterusnya, dari sudut erti cinta. Bila kita tengok nikah khitbah, sebab utama ke arah pernikahan ialah untuk mencegah daripada maksiat dan perkahwinan yang di bina tidak memerlukan tanggungjawab sebagai suami dan isteri. 
Pada pandangan saya, selagi mana mampu menjaga diri, tidak terlibat dengan couple, jadi tak perlu lah nikah khitbah. sebabnya, matlamat perkahwinan sebenar adalah untuk meraih Cinta Allah. Bila kita menjalankan tanggungjawab dalam rumahtangga, kita akan mendapat banyak pahala. Sehingga perkara yang sekecil2nya iaitu meminta maaf dengan suami, senyum dengan suami itu pun di kira pahala. Manakala suami pula, setiap nafkah dan keringat yang diperuntukkan untuk isteri di kira pahala sedekah. pahala mengalir ibarat air. Tapi, jika nikah khitbah, motifnya hanya membenarkan yang halal. 


Kemudian, andai perkahwinan tidak atas dasar cinta pun tidak akan memberi makna dalam rumahtangga. Rumahtangga, penguatnya adalah cinta antara 2 insan yang dicampakkan oleh Allah s.w.t, dan cinta itu menjadi lebih kuat andai kedua-dua cinta ini bertunjangkan cinta illahi. Perkahwinan di mata wanita dan lelaki berbeza, wanita inginkan perkahwinan untuk memiliki suami yang mampu memberi perlindungan dan membimbing. Lelaki pula matlamat utama lebih kepada menjaga pandangan dan menghalalkan yang haram. Ini melalui satu ceramah yang pernah di ikuti.. Dan kedua-dua matlamat ini akan kukuh bila kedua-duanya bermatlamat untuk mengejar cinta illahi. 


Oleh itu, sekiranya nikah khitbah antara 2 insan yang tidak bercinta hanya sekadar kenal, belum tentu perempuan itu sudi. Sebab, perempuan tidak akan semudah-mudah memberikan benda yang paling berharga untuk orang yang tidak dikenali apa lagi tanpa perasaan cinta. Contohnya, sekiranya lah ada seseorang yang hadir melamar diri ini pada saat ini dan ajak nikah khitbah. sedangkan antara kami tidak pernah bercinta, itu adalah mustahil objektif untuk menghalalkan yang haram. Sebab, tak kan lah berlaku hubungan yang akrab tanpa rasa cinta. 


Cinta itu ertinya pada memberi. Bila kita ada rasa cinta, kita akan berusaha untuk membuat orang yang kita sayang rasa senang dan bahagia. Walaupun istilah 'mampu' bukan lah dari sudut material, tetapi berapa ramai wanita yang faham dengan ini. Wanita itu bersifat kebudak2an dan banyak kemahuan. Lelaki kena ambik perhatian juga dalam hal ini. Ok la, kalo saya sendiri, saya berharap untuk hidup dengan seorang suami yang berkehidupan sederhana, tapi bukanlah bererti keperluan makan dan minum tidak mampu untuk ditanggung. Sehinggakan setelah kahwin, perempuan masih minta duit dari bapa. Itu menyedihkan. Kalo boleh, saya nak kahwin nanti, nak guna duit saya sendiri, jadi kiranya hari itu lebih bermakna.


Seorang lelaki yang hebat akan berusaha untuk bekerja keras untuk kekasih hatinya. Untuk meminang seseorang, banyak yang perlu dipersiapkan. Kata arwa mak, kalo kita nak tengok lelaki itu ikhlas nak kan kita, dia akan berusaha sendiri cari duit untuk hantaran. Ini lah pada awal sekali kita nak tengok lelaki itu bertanggungjawab atau tidak. Lelaki itu hebat di mata wanita, bila dia mampu menunjukkan yang dia mampu untuk berdikari sendiri dalam apa jua hal. Barulah perempuan rasa diri mampu dipimpin.


Bab hantaran pula, sebaik-baik wanita yang paling murah maharnya. Betul. Sebab, wanita itu tidak menjual dirinya, tetapi mengharap dirinya ada yang mampu memimpin ke jalan yang benar. Tapi, hak memberi hantaran adalah hak ibu bapa perempuan. Lelaki tiada hak untuk meminta di murahkan dengan cara yang tak terhormat. Kita kena faham, membesarkan anak perempuan berbeza dengan anak lelaki, sepenuh penjagaan ibu bapa terhadap anak perempuan. Setiap malam mengundang kerisauan di hati ibu bapa. Tak tidur malam tw? .. =) .. Jadi, bagi lah hak kepada walinya untuk menentukan. Itu juga tanda penghormatan wanita itu terhadap orang tuanya yang penat menjaganya. Contohnya, bapa saya kata, kamu nanti kalo dah kahwin kena ikut suami. keluarga perempuan da tak boleh masuk campur dalam rumah tangga kamu. Masa tu, mula kn lah hidup dengan suami mu, ikut lah perintah dia, dia yang berhak untuk kamu.. huh.. sebak bila ingat balik.. tengok lah macam mn besarnya pengorbanan seorang bapa, menyerahkan anaknya pada seorang yang bergelar lelaki. Dan membiarkan dirinya dipinggirkan. Jadi, apakah salahnya, andai hak penentuan mahar itu diberikan kepada wali. kadangkala, dia lebih tahu berapa berharganya anaknya. bapa pernah kata, kalo dapat lelaki yang soleh pilihan bapa, Al-quran sebagai mahar pun tak pa.. hehe.. tapi, main2 je kot.. Bapa sy sayang saya.. saya tahu.. sebab tu, adik2 dan termasuk kakak sy jeles.. hehe.. sampai sy duduk jauh pun, adik saya bila merajuk, jual nama saya, untuk pujuk bapa.. saya pun sayang bapa.. jadi, nak pilih bab jodoh ne, tak mudah.. saya cerewet sangat.. bnyk yang yang saya tengok.. Tapi, buat masa ne, pilhan bapa sy lah yang palin tepat.. Cuma, saya hanya mampu doa je la.. huhu.. Mohon doa, rasa tak layak.. Tapi, bapa kata baru2 ne, dia kata tak kesah siapa pun, yang penting baik agamanya.. 


Cinta ne, luarbiasa sebenarnya, sebab tu jangan bermain cinta kalo tak tahu arah tuju cinta. Kita memang nak cinta selepas kahwin, tapi rasa cinta itu sudah wujud sebelum nikah. Dan penzahiran rasa cinta itu lah yang selepas kahwin. Kalo tak da rasa cinta, macam mn kita nak kahwin dengan orang yang kita tak cinta. betul tak? lain lah kalo kahwin paksa.. Tapi, tak nak lah kahwin paksa. nanti ada wujud rasa tak puas hati dan menyesal terhadap perkahwinan. Bila perkahwinan di bina atas dasar rasa cinta, segala kekuarangan mampu untuk diterima dengan seadanya. Itulah nikmat cinta dan perkawinan. pada hari perkahwinan, terhurailah segala rasa cinta dan rindu yang dipendam. baru lah nikmat. Bukannya setakat menghalalkan yang haram. Lelaki perlu menghormati wanita dengan melihat wanita sebagai seorang yang dikasihi bukan sekadar tempat melepaskan nafsu dan pergi tanpa memberi penanggungjawapan.


Erm. sebab tu kita kena jaga diri dari perkara2 zina seperti couple sebelum kita rasa mampu untuk memberikan cinta. perempuan tidak perlukan nafkah batin semata-mata, perempuan lebih nak kan lelaki yang bertanggungjawab dan mampu dari zahir dan batin. Konsep cinta itu terlalu luas maknanya, kalo kita nak kahwin dalam keadaan tak kaya pun tak jadi masalah, yang penting jangan meyusahkan keluarga. Perempuan yang baik dia tak kesah hidup susah dengan suaminya, asalkan ada cinta. Cinta ajar erti pengorbanan. Sebab cinta diagungkan dan cinta yang paling agung, adalh cinta pada illahi. Bila pasangan itu bercinta kerana Allah, lagi lah kehidupan diberkati. ( sedang membayangkan pahala yang banyak.. hehe)
Nak kata kat sini, jaga cinta dengan Allah dulu, jadi semua akan terjaga. Dan kalo kita tak nak nikah kithbah, jangan pandai2 couple dulu.. nanti khuatir mendekati zina.. Susah bagi muslimin yang benar2 nak jaga hati. tapi, kalo nak cari muslimat yang solehah untuk nikah khitbah, erm cari la.. tapi kalo saya, nikah kithbah bukanlah solusi pada diri ini. Sebab, nikah kithbah tak bagi banyak pahala sebab tak da rasa tanggungjawab seoarang suami pada isteri. =)


Erm.. ini semua sekadar pandangan sy sebagai wanita terhadap erti cinta sebenar dan nikat kithbah itu sendiri. Erm, sy ne cerewet sngt dalam memilih sebab sy takut salah pilih. tapi, dalam hati ne, ada juga yang menjadi pilihan. Cuma, tak berani nak menyatakan hasrat.  huhu.. Lagipun belum tiba masanya.  Bersabarlah.. Nak tahu ciri2 lelaki yang hebat di mata ini?? hehe.. 
Pertama : Agamanya diyakini.. 
Ke dua : Akhlaknya terpuji.. huhu.. 
Antara akhlak dan ilmu, sy akan tengok kedua-duanya. Tapi, lebih berat kepada akhlak. sebab, ilmu yang baik akan terserlah pada akhlak. =)
Ke tiga : Hormat orang tua 
Ke empat : Berdikari, baik bicara, lemah lembut dan pemalu.
Ke lima : Berkepimpinan dan tegas pada prinsip.
Paling last, sy suka lelaki yang pergaulannya sangat terjaga dan pandai bermasyarakat.. ^^ + rajin ke masjid.. hehe


Huh.. cukup lah kot.. ^^
Ya Allah, diri ini memilih, dan yang memilih itu adalah Allah.. Kata ust. Azhar Idrus, lelaki tak perlu cerewet sngt dalam cari jodoh, kalo kuat agama, tapi perempuan kena cerewet cari jodoh, sebab kena cari lelaki yang betul2 soleh.. ^^
Pendek kata, Pilihan ayahku, itu lah pilihan ku. tapi bapa ku pemalu.. dia suruh cari dan usaha sendiri.. erm.. panjang pula ceritanya.. hehe.. k la.. sekadar berkongsi.. ^^

Thursday, May 16, 2013

Buat Wanita

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Sebenarnya hari ne, tak tahu nak kongsikan cerita apa. tapi, rindu nak menconteng dekat blog.. macam da lama tak bersua.. 

Erm apa kata cerita tentang dunia hari ne, perasan tak dunia sekarang penuh dengan fitnah, banyak benda termasuk hal agama menjadi fitnah. Melihat keadaan ini, hidup menjadi semakin sukar, sebilangan manusia yang terlalu takut imannya goyah, akan bersembunyi menghindarkan diri dari masyarakat untuk menjaga imannya, ini dibolehkan dan baik tapi adalah lebih baik seseorang yang berani berhadapan dengan masyarakat dan cuba untuk menyampaikan kebenaran.
Ikut lah kadar kemampuan kita, Allah tahu kemampuan kita. Yang penting, kita kena hindarkan diri dari fitnah. Dan jangan pula diri kita menjadi fitnah. Terutama perempuan, kerana Allah sendiri kata dalam Al-Quran salah satu tipu daya dunia, dan ujian juga fitnahh di dunia adalah wanita.
Wanita itu sangat indah penciptaannya.. sehingga mampu mengusik banyak hati2 yang sakit.
Dan wanita yang paling indah di mata Allah, adalah wanita yang paling pandai menjaga dan memelihara dirinya..

Hari ne, teringin cerita tentang wanita, sebab tadi masa jalan2.. terlihat pasangan Couple yang makan sama2.. Ini bukan kali pertama, tapi selalu jumpa pasangan2 yang tak da lesen ne berkeliaran, seolah-olah dunia ini menghalalkan perbuatan mereka.. makan bersama itu ok lagi kalo berteman, sekiranya berdua pun ok lagi, kalo perlakuan terjaga, tapi, ne berpegang-pegang bersuap-suap.. Tapi, muka masih lagi macam budak sekolah.. erm.. 

Perempuan, kalo masa bujang da bagi izin tangan2 lelaki yang bukan muhrim senang2 nak touch, sebenarnya berapa harga diri anda? layakkah nak dapat hntaran beribu-ribu.. Benar2 yakin kah lelaki tu nak jadi kan anda isteri.. berapa banyak da kes wanita yang kecewa kerana dipermainkan, selepas terlanjur baru menyesal.. Tak kan tunggu nasi jadi bubur.. Bukan lah alasan, wanita ramai jadi perlu usaha untuk kejar lelaki dengan cara memurahkan harga diri.. sebegitu murah ka?? mak, ayah suka ka?? Allah sayang ka??
Bab ne, memang da khatam da sampaikn dekat adik2.. huhu.
Tak dinafikan pergaulan terlalu bebas, sebab itu islam menekankan tentang sahabat, sahabat yang baik akan bawa ke syurga, dan sahabat yang tak baik akan tarik kita ke neraka.. pilih lah sahabat yang mengingatkn kepada Allah.

Sedih tengok maruah wanita dipijak2 oleh lelaki yang tak bertanggungjawab dan tak tahu agama.
Kalo nak cari jodoh sekalipun, jangan cari lelaki macam ne.. yg senang2 nak ajak dating.. sedang itu la permulaan maksiat.. kalo nak dating, ajak lah ramai2 sekali.. paling penting minta izin keluarga perempuan.. erm.. susahnya nak cakp..sebab sendiri pun tak da pengalaman.. cuma, tolong lah jaga diri anda.. tak takut kah anda dilabel perempuan murah..
Erm.. saya faham, cinta itu buta.. seolah-olah dunia hanya milik kalian berdua.
Sebab tu la kita kena cari panduan cinta ikut cara islam.. macm mn nak bawa cinta.. adakah cinta itu yang sngt utama??

Ok..sy bahasa kn diri sebagai kakak ya, kakak pun pernah jatuh cinta.. ya.. kakak pernah menangis kerana cinta.. tapi bukan kerana dipermainkan.. kakak menangis, sebab cinta itu kakak sorang2 yang rasa. kakak tahu, menggegam cinta itu ibarat menggenggam barah api.. sngt sakit.. tapi, kakak nangis mengadu dekat Allah.. barulah rasa tenang dan lega.. kakak tak pernah rasa sepi dan sedih tanpa kekasih walaupun da 21 tahun. sebab, kakak ada kawan perempuan, ada keluarga.. mereka lah kekasih kakak.. dan paling penting ada Allah dan cinta pada Rasulullah.. setiap kali kakak jatuh cinta, kakak cari buku cinta yang jadikan Al-Quran sebagai panduan.. then hati jadi tenteram.

Cinta ne, bukan kita sorang je kena uji, semua orang kena uji.. jadi, kita nak letak posisi kita dekat mana? yang buta dipermainkan cinta? atau yang berjaya memandu cinta? Kita kena ingat, lelaki yang paling baik hadir dalam hidup kita ialah ayah kita. Kakak, apa2 pun akan tanya ayah kakak. Even, lelaki yang kakak minat, tak tahu pun kakak minat dia. tapi, kakak da minta izin dekat ayah kakak.. supaya restu.. Kakak beruntung sebab Allah selalu permudahkan kakak.. Family semua support kakak, cuma syaratnya..kita kena bagi kepercayaan dengan orang tua kita.. Tanya lah ayah, macam mn perangai lelaki baik, bincang elok2... erm.. Ayah tu wali buat wanita.. jadi utamakan lah ayah walaupun kita ada calon sendiri.. 

Sebenarnya, hidup ne kita yang pilih.. fitrah itu kena pandai2 kawal.. pilih je, nak kawal guna nafsu atau mata hati.. pilihan di tangan kita.. kita nak jadi wanita yang macam mn?? yang layu kerana terlalu mengejar populariti ka atau perempuan yang menjaga dirinya kerana nak jaga agamanya.
Kenapa kakak kata kita nak jaga diri untuk agama, sebab kalo kita couple, berdua-duaan, berkasih-sayang tanpa lesen nikah, adakah Allah suka? hati kita terjaga ka? kalo hati tak terjaga, khusyuk tak solat kita??
Tak kan.. mesti kita segan nak berubah.. nak pakai tudung labuh sikit pun kita malu.. sebab tu, kita kena JAGA.. bantu lah kaum adam yangs sedang sakit ne...erm.. panjang pula rasanya.. mohon doa lah.. moga diri ini juga tidak sekadar tahu bercakap... takut juga, apa yang dikata, sendiri tak buat.. nanti Allah murka.. kakak sebenarnya, nak mengingatkan adik2 dan kakak2 semua yg bergelar wanita  dan paling utama diri kakak sendiri lah... Buat wanita yg da kahwin, berusahalah jadi isteri solehah.. tak layak rasanya tuk menasihati.. cuma takut, sebab kes perceraian da macam mainan.. herm... tak tahu lah.. kalo nak kahwin, memang perlu memilih.. pilih lah pasangan yang soleh.. betul2 yakin pada agamanya..akhir sekali, maaf kerana terkasar bahasa dan lain2..

Wednesday, May 8, 2013

Anak ke -2



Siapa ANAK KE-2 dalam family meh sini baca fakta ini!!!!!!!!!!

ANAK MANJA EMAK ?
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^^

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih
degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.kemahuan dia
kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah
jawabnya, boleh dipujuk tapi
selalunya tak berapa jalan.

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak
pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)

BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban.

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau
hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.

HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje
keras.tp hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.

BERDIKARI
Very independent.memang betul.tp kalau terlebih
independent pun payah.mudah bergaul.very take care.

ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun
pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

PAKAIAN
Nak semua up to date.semua nak kemas.







.................................................................................................................



hahaha.. ada juga la betul dia..



Nak kata keras kepala nak die je betul, tu tak la..



kalo sy la.. haha.. tpi, nak ikut ckp orng payah..

prinsip memang tegas.. kalo nak, nak la..

kalo tak, memang tak la.. haha..
Nak kata tak bole toleransi, tu tak kot..
bole toleransi, cuma iya2 je la.. sekadr jaga hati orng.. hehe..

yg len tu memang byk betul.. anak mak.. semestinya..

mak,,mak,,mak.. baru bapa.. ^_^

kalo bercinta.. erm.. tak bercinta lagi..

tapi da nak setia..hahaha..
ha' kalo nak tegur, kena baik2.. jiwa sensetif.. hahaha..
tpi, hati lembut.. of cos la.. haha..
gaya pun da lemah lembut.. hehehe.

berdikari?? ya itu sngt..

kalo bole, semua nak buat sendiri..
tak nak orng tolong..
nak tunjukkan yg diri ne boleh lakukan tanpa bantuan..
Teruk kn?? haha..
tpi, penting juga.. tak da la lembik sngt.. hehe..
kalo bab arahan.. memang tak berapa suka kalo orng arah2..
lebih suka buat kerja sendiri.. 
sebab sendiri pun tak suka bagi arahan..
kalo buat sesuatu secara rela hati.. buat kerja lebih senang hati dan hepy..

Ceria? permah? memang pun.. hehe

Bab pakaian..
nak up to date..
kalo sy tak la..
memang tak kesah sngt bab pemakaian.. tpi, kalo nak bergaya bole je..hehehe
Memujuk??
erm... entoh le.. kalo kawan merajuk..
sy biarkn je.. sebab dlm hati kata..
lama2 nanti dia ok la.. hehe..

Kalo bercinta dan snggup bekorban, ye kot..

sebab sy memang kalo syng, sayang sngt..
dan sy nak orng tu hepy jee..erm...
setia.. mesti la.. hehe

pendek kata... dsyt juga anak ke 2 ne.. hehe

kalo marah.. sy memang tak pemarah..
enta la.. susah nak marah.. jadi, kalo ad yg berjaya buat sy marah..
berhati-hati la.. hahaha

Tuesday, May 7, 2013

Study week..

Dear my blog...
huhu...
selamat belajar ok..
moga dpermudahkn.. =)
Jangan Nakal2..
belajar, belajar dan terus belajar...
=)

malasnyer..hoho...
xpe2... biasa la tu...
khamis ne test jpj..
huhu..
doa kn sy tw.. ermmm..
sy takut... xpe la..
lulus, lulus la..
kalo gagal, ap bole buat la..
huk huk...
=)

Monday, May 6, 2013

:: Cinta Sepi ::



Dalam diam si dia menaruh hati,
Ingin memilih calon isteri,
Bukan 1, bukan 2, tapi lebih,
Hingga tak tahu mana satu nak pilih..

Tapi, wahai muslimin yang dirahmati,
Jangan nak di uji hati wanita sekadar untuk di uji kaji,
Pilih lah dengan cara beristikharah, memohon petunjuk dari illahi,
Guna lah cara yang Allah kasihi,
Bukan dengan cara memberi harapan pada calon muslimat yang terpilih,
Kasihani lah muslimat, hati mereka yang jujur dan ikhlas ingin dikasihi,
mengharap si dia yang benar2 soleh menjadi pendamping diri,
Namun, hadir lah setelah benar2 hati mu teguh dengan petunjuk yang Allah beri.

p/s : Jangan mainkan hati muslimat, izinkan mereka untuk berubah semata-mata kerana Allah, jangan pinta kasih sayang mereka selagi belum ada ikatan yang sah.



Mana mungkin, nak menjalinkan perhubungan yang tiada jaminan.. Saya nak jaga hati untuk
suami sy nanti.. kalo sy jenis nak bercinta dan berkawan suka2, da lama sy buat, masa zaman
sekolah menengah lagi.. ne, penat kot menjaga hati sejak zaman remaja, tiba2 da usia 21, tak kan
dengan mudah menggadaikan prinsip dan maruah, hny kerana mencari jodoh..
tidak bermula dengan maksiat.. sy nak lahirkan zuriat yg soleh dan soleha. jadi, sy nak jadi wanita soleha dan ibu soleha lagi lah isteri soleha.. kalo sy berkawan suka2 skrg, mcm mn perasaan suami sy nanti.. sy nak jawapan yg pasti dan lelaki yg berani.. ikhlas dan jujur..
suami soleha, memberi jaminan dunia dan akhirat..
Prinsip dan pandingan kita berbeza.. sy nak hubungan yg sah, perhubungan yg sah, bukan untuk
di ajak menemani kesunyian skdr suka..

I'm different... jgn sama kn sy dgn perempuan lain.. walaupun sy tak pernah bercinta, itu
bukan tanda kegagalan, itu adalah tanda betapa berharga nya sy buat bakal suami tercinta.
sy jual mahal, sebab sy memang rasa diri sy mahal. mn mungkin, sy boleh di ajak dating suka hati..
tanpa restu org tua.. dan lain2.. lagi lah Allah tak suka.. sy nak jaga hati..
ramai lagi perempuan yg baik.. walaupun sy tahu yg saya kurang baik.. tpi, sy nak jaga diri jadi perempuan yg baik2..

Jadi, bantu la sy jadi perempuan yg baik2.. walaupun sy nakal sikit.. erm... =)