Pages

Thursday, May 16, 2013

Buat Wanita

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Sebenarnya hari ne, tak tahu nak kongsikan cerita apa. tapi, rindu nak menconteng dekat blog.. macam da lama tak bersua.. 

Erm apa kata cerita tentang dunia hari ne, perasan tak dunia sekarang penuh dengan fitnah, banyak benda termasuk hal agama menjadi fitnah. Melihat keadaan ini, hidup menjadi semakin sukar, sebilangan manusia yang terlalu takut imannya goyah, akan bersembunyi menghindarkan diri dari masyarakat untuk menjaga imannya, ini dibolehkan dan baik tapi adalah lebih baik seseorang yang berani berhadapan dengan masyarakat dan cuba untuk menyampaikan kebenaran.
Ikut lah kadar kemampuan kita, Allah tahu kemampuan kita. Yang penting, kita kena hindarkan diri dari fitnah. Dan jangan pula diri kita menjadi fitnah. Terutama perempuan, kerana Allah sendiri kata dalam Al-Quran salah satu tipu daya dunia, dan ujian juga fitnahh di dunia adalah wanita.
Wanita itu sangat indah penciptaannya.. sehingga mampu mengusik banyak hati2 yang sakit.
Dan wanita yang paling indah di mata Allah, adalah wanita yang paling pandai menjaga dan memelihara dirinya..

Hari ne, teringin cerita tentang wanita, sebab tadi masa jalan2.. terlihat pasangan Couple yang makan sama2.. Ini bukan kali pertama, tapi selalu jumpa pasangan2 yang tak da lesen ne berkeliaran, seolah-olah dunia ini menghalalkan perbuatan mereka.. makan bersama itu ok lagi kalo berteman, sekiranya berdua pun ok lagi, kalo perlakuan terjaga, tapi, ne berpegang-pegang bersuap-suap.. Tapi, muka masih lagi macam budak sekolah.. erm.. 

Perempuan, kalo masa bujang da bagi izin tangan2 lelaki yang bukan muhrim senang2 nak touch, sebenarnya berapa harga diri anda? layakkah nak dapat hntaran beribu-ribu.. Benar2 yakin kah lelaki tu nak jadi kan anda isteri.. berapa banyak da kes wanita yang kecewa kerana dipermainkan, selepas terlanjur baru menyesal.. Tak kan tunggu nasi jadi bubur.. Bukan lah alasan, wanita ramai jadi perlu usaha untuk kejar lelaki dengan cara memurahkan harga diri.. sebegitu murah ka?? mak, ayah suka ka?? Allah sayang ka??
Bab ne, memang da khatam da sampaikn dekat adik2.. huhu.
Tak dinafikan pergaulan terlalu bebas, sebab itu islam menekankan tentang sahabat, sahabat yang baik akan bawa ke syurga, dan sahabat yang tak baik akan tarik kita ke neraka.. pilih lah sahabat yang mengingatkn kepada Allah.

Sedih tengok maruah wanita dipijak2 oleh lelaki yang tak bertanggungjawab dan tak tahu agama.
Kalo nak cari jodoh sekalipun, jangan cari lelaki macam ne.. yg senang2 nak ajak dating.. sedang itu la permulaan maksiat.. kalo nak dating, ajak lah ramai2 sekali.. paling penting minta izin keluarga perempuan.. erm.. susahnya nak cakp..sebab sendiri pun tak da pengalaman.. cuma, tolong lah jaga diri anda.. tak takut kah anda dilabel perempuan murah..
Erm.. saya faham, cinta itu buta.. seolah-olah dunia hanya milik kalian berdua.
Sebab tu la kita kena cari panduan cinta ikut cara islam.. macm mn nak bawa cinta.. adakah cinta itu yang sngt utama??

Ok..sy bahasa kn diri sebagai kakak ya, kakak pun pernah jatuh cinta.. ya.. kakak pernah menangis kerana cinta.. tapi bukan kerana dipermainkan.. kakak menangis, sebab cinta itu kakak sorang2 yang rasa. kakak tahu, menggegam cinta itu ibarat menggenggam barah api.. sngt sakit.. tapi, kakak nangis mengadu dekat Allah.. barulah rasa tenang dan lega.. kakak tak pernah rasa sepi dan sedih tanpa kekasih walaupun da 21 tahun. sebab, kakak ada kawan perempuan, ada keluarga.. mereka lah kekasih kakak.. dan paling penting ada Allah dan cinta pada Rasulullah.. setiap kali kakak jatuh cinta, kakak cari buku cinta yang jadikan Al-Quran sebagai panduan.. then hati jadi tenteram.

Cinta ne, bukan kita sorang je kena uji, semua orang kena uji.. jadi, kita nak letak posisi kita dekat mana? yang buta dipermainkan cinta? atau yang berjaya memandu cinta? Kita kena ingat, lelaki yang paling baik hadir dalam hidup kita ialah ayah kita. Kakak, apa2 pun akan tanya ayah kakak. Even, lelaki yang kakak minat, tak tahu pun kakak minat dia. tapi, kakak da minta izin dekat ayah kakak.. supaya restu.. Kakak beruntung sebab Allah selalu permudahkan kakak.. Family semua support kakak, cuma syaratnya..kita kena bagi kepercayaan dengan orang tua kita.. Tanya lah ayah, macam mn perangai lelaki baik, bincang elok2... erm.. Ayah tu wali buat wanita.. jadi utamakan lah ayah walaupun kita ada calon sendiri.. 

Sebenarnya, hidup ne kita yang pilih.. fitrah itu kena pandai2 kawal.. pilih je, nak kawal guna nafsu atau mata hati.. pilihan di tangan kita.. kita nak jadi wanita yang macam mn?? yang layu kerana terlalu mengejar populariti ka atau perempuan yang menjaga dirinya kerana nak jaga agamanya.
Kenapa kakak kata kita nak jaga diri untuk agama, sebab kalo kita couple, berdua-duaan, berkasih-sayang tanpa lesen nikah, adakah Allah suka? hati kita terjaga ka? kalo hati tak terjaga, khusyuk tak solat kita??
Tak kan.. mesti kita segan nak berubah.. nak pakai tudung labuh sikit pun kita malu.. sebab tu, kita kena JAGA.. bantu lah kaum adam yangs sedang sakit ne...erm.. panjang pula rasanya.. mohon doa lah.. moga diri ini juga tidak sekadar tahu bercakap... takut juga, apa yang dikata, sendiri tak buat.. nanti Allah murka.. kakak sebenarnya, nak mengingatkan adik2 dan kakak2 semua yg bergelar wanita  dan paling utama diri kakak sendiri lah... Buat wanita yg da kahwin, berusahalah jadi isteri solehah.. tak layak rasanya tuk menasihati.. cuma takut, sebab kes perceraian da macam mainan.. herm... tak tahu lah.. kalo nak kahwin, memang perlu memilih.. pilih lah pasangan yang soleh.. betul2 yakin pada agamanya..akhir sekali, maaf kerana terkasar bahasa dan lain2..

No comments:

Post a Comment