Pages

Friday, January 6, 2012

Iman Turun Naik



Cerita bab iman ne, memang panjang kalo nak kupas dr segi istilah dan perspektif agama termasuk khilaf ulama.. fuh,, kiranya smpi tak tahu nak taip ap pun bole jadi.. coz, memang ilmu masih tak cukup di dada. Tp, dari satu sudut yg mudah dan sama2 dpt di rasai oleh setiap individu, bab iman ne semestinya ada turun naik. Bagi diri sy sendiri, iman ne kalo x di jaga, boleh menjadi serapuh-rapuh kulit bawang atau tak, kayu yg dah nak reput, tapi, kalo kuat pula, boleh jadi seperti batu yg kecil tapi kalo di baling kat muka, terkena kat dahi pun boleh berdarah .. hehe..agak ler.. kalo org dulu2, org2 yg beriman ne, mmng dsyt, kira kalo muslimin di bagi 10 perempuan cantik dan seksi tahap S pun tak main, seolah2 tak wujud, yg dorg nampk plk, hukuman di neraka, kiranya kalo sy yg jd perempuan cantik tu, aduh malunya….rasa mcm maruah 1 sen kebawah.. haha.. ap2 pun, hebatnya iman ne, sebab kita boleh ukur sendiri tahapnya, jadi tak hairanlah kenapa firaun boleh nak bertaubat di saat nyawa dah smpai kerongkong, sebab dia tahu dosanya berlimpah ruah.
Sama lah dengan kita, tepuk dada Tanya iman, bila dah hati rasa gersang semacam tu, ar tandanya ada masalah la tu. Tambah2 lagi kalo dah pergi hosp. tp, doc. Kata , sihat jer… haha.. jgn tertipu dgn doc, sbenarnya memang anda sedang sakit.. tp, jgn ingat sakit di lamun cinta ja, sebenarnya anda sedang sakit rohani..walaubagaimana pun, ada juga sekelompok manusia yg Allah telah palingkan hatinya, akibat daripada sikapnya yang telah berpaling dri agama Allah, lalu Allah palingkan hatinya sehingga ia merasa seronok dengan membuat kerosakkan, di jadikan dalam hatinya cinta akan dunia. Sedangkan di hati org2 mukmin, dunia hanyalah satu ladang amalan dan tempat persinggahan sementara seperti melalui satu pohon untuk berteduh.
Hoho.. ap2 pun, bagi kt yg masih di beri nikmat untuk meng calculate iman, ap lagi cubalah kira2.. hari ne mcm mn, n esok pula mcm mn..iman ne ia meningkat berdasarkan jumlah amalan sunat yg kita lakukan, semakin banyak amalan sunat yg di lakukan bermakna iman kita sngt kuat. Namun, adakalanya kita hny mampu melaksanakan yg wajib itu pun adakalanya pandai tertinggal ataupun tidak sempurna. Oh iman, susahnya hendak memeliharamu.. sebab itu lah, Rasulullah telah memberi tunjuk ajar ataupun panduan dlm menjaga iman… nak tahu ap?? Hehe.. sy bagi ap yg sy tahu je la ya..
1. baca Al-Quran
2. Solat malam
3. Begaul dengan org2 soleh
4.menghadiri majlis ilmu
5.solat berjemaah
6. selalu berzikir
7. Tidak bergaul perkara sia-sia
8. Menyendiri ( untuk membersih kan diri dari kehidupan dunia)
9. kurangkan makan dan minum
10. berpuasa
Erm.. nampaknya 10 shj yg dpt sy listkan, pendek kt yg sy tahu..sebenarnya ke semua di atas adalah salah satu cara untuk melawan nafsu. Kalo kita dpt tewaskan kehendak nafsu, insyaAllah mudahlah kita berjalan di muka bumi Allah ini sebagai hambanya yang benar2 ber iman dan bertaqwa. Jadi, berjihadlah kita melawan nafsu ya. Tambah2 lagi, skrg ne dah banyak makanan nafsu yg lazat2.. hehe.. contohnya chocolate, ice cream plbgi jenama di keluarkan, lagu2 hitz, movie seram, game memanjang, movie korea 100 episod.. haha.. memandai je..
Oleh itu, beruntunglah bagi sesiapa yang dapat melawan 1001 kehendak nafsu dengan mengisi 1001 kehendak rohani.. Allahualam, sy sendiri masih terkehel-kehel di perjalanan yg tidak ubah seperti satu titian yang sngt halus, sekejap senget ke kanan, lalu ke kiri, hampir tejatuh, tangan terpaut, mendaki semula, aduh, payahnya, berpeluh-peluh..












Refleksi 2011..........



Refleksi 2011
Penulisan..oh penulisan.. knp lah ak nak juga menulis ne.. adakah untuk di pahatkan ataupun untuk di semadikan. Tp, berkat penulisan ne la, kita masih dpt maklumat drpd zaman dulu kala sehinggalah ke hari ini. jadi, rasanya tak salah lah untuk menulis, mungkin boleh di simpan jadi kenangan yang terindah ataupun kenangan pahit yang boleh dijadikan pengajaran.

Hari ne, sudah 19 dec 2011. Ada 2 minggu shj lgi cuti yg tersisa. Final cuti ne, ada 2 event besar yg akan berlaku. Pertama, hujung minggu ne kenduri 100 hari peninggalan mama, minggu ke 2 pula hari perkahwinan makcik. Rasa takut dan tak sabar pun ada juga. Tp, nak cerita yg sebelum ne, bhw cuti sy pada kali ne, sy berpeluang untuk bercuti di pulau Labuan. Sebenarnya, sudah sekian lama sy tak pergi bercuti dan sy pun jenis yg tak suka nak jln2 sngt. Tp, bila dpt peluang sekali-sekala p bercuti seronok juga kan.

Tym cuti ne, semua benda nampak best, Cuma ada masa rasa tak tahan ja dgn perangai adik2 yg agak menyakitkan hati.. aduh..huhu.. tp, bila tengok bapa yg begitu rajin dan berusaha untuk menjaga hati kami semua, barulah sy mula bersemangat semula untuk manfaatkan cuti ne dgn sebaiknya.
Manfaat ke x, tak tahu lah. Kalo Tanya iman, ya. Iman sy memang tengah merintih sakit dan meraung untuk mencari ketenangan.aduh.. kesian ko iman..tp, dari segi kehidupan. Sy dpt lihat banyak perubahan jika di bandingkan pada waktu dulu. Mungkin, keadaan akan berubah menjadi lebih baik buat masa akan datang.
Rindu??ya, banyak kenangan yg hadir bila banyak perkara yang selalu di lakukan bersama-sama dan kini ainya sudah tidak ada.tp, ubat rindu masih sy makan, jd ok la jg. Orang yang paling rindu dgn mama, adalah bapa sy. Dia sentiasa menyebut nama mama apabila bercakap tentang sesuatu. Sy tahu bapa sy sngt sayang kn mama. Soal kahwin lain, sy tahu yg bapa sy tak pernah lagi terfikir. Kini, bapa sy telah menjdi bapa tunggal yg berjaya. Tidak tahulah, bila masa dia nak rehat, sekejap buat kerja seorang ibu, sekejap lagi buat kerja seorang bapa.oh.. kalo nak cerita tentang ibu bapa sy, alamatnya, memang tak habis2 lah sy nak memuji dan sesiapa yg membaca pun akan mula rasa mual dan nak muntah..haha
Lastly, tak lama lagi da nak balik IPDA. Banyak ke duit nak guna?? Erm.. sy da nak pokai da ne.. hehe.. k.. salam semua.


4 Dec 2011


Ini adalah saat-saat akhir tahun 2011 dalam kamus hidupku.. Alhamdulillah andai tahun ini pergi dgn seribu peninggalan yang amat berharga dlam hidupku.. bagiku, tahun ini telah banyak mengajar kepadaku erti kehidupan yang sebenar.namun, ak masih tidak pasti sejauh mana kefahamanku terhadap erti kehidupan yg sebenar.adakah aku sudah betul2 faham?? Ap2 pun..hari ne ak ingin membuka lembaran baru dlm kehidupanku..untukku coretkan dlm diari kehidupanku.

Erm..rasa enakkan bila berkata sebegini..seolah-olah ak rasa bebas untuk menyatakan segala isi hatiku.. wah,,, seronok plk..hehe… skung ne tgh cuti sekolah.duk kat rumah ja, kemas rumah, pg rumah org kenduri,jg adik   ( bg ceramah..hehe..pdn muka dorang), yg pling best..dpt buat usrah n ajar mengaji dkt anak jiran..hehe.. Alhamdulillah..semuanya sudah di rancang oleh Allah azza wa jalla..mulanya, x terfikir pun..tp, tetiba ja dtng seperti buah durian jatuh ke riba..hehehe…

Skrg ne baru sy tahu bahawasanya, dakwah dgn perbuatan itu sngt baik dan memberi kesan kepada jiwa2 yg kurang faham mahupun kurg mengerti dei.. skrg ne, buat usrah ataupun ikut usrah bukanlah menjadi suatu perkara yang menakut-nakutkan org kg, atupun yg lebih pasti bapa sy.. kini, bapa sy sendiri yang suruh sy buat usrah dan ajar mengaji.. sebab tu la ada anak jiran yang dtng gak.. then, skrg ne bukan lah menjadi sesuatu yg sukar buat saya untuk sentiasa menutup aurat..kalo dulu, sy sendiri rasa pelik..skrg ne hmpir 24 jam nak berkerudung pun tak pa..hehe.. ++ adik2 sy juga dah faham..hehe.. dorg pun ada masa tumpang sekaki untuk berubah sendiri.. kalo x pun, bila ada org dtg atw lelaki, dorang mesti bagitahu sy cepat2.. jd.. alhmudillah sangat2.. akhirnya, Allah permudahkan segalanya…
Kini, kalo nak g rumah org kenduri bukan lah menjadi suatu masalah yg sukar buat saya.. org kg semuanya seolah-olah dpt menerima.. terutama makcik2.. pendek kata.. tgk dari cara.. kalo nak di jadikan mak mentua, konfem dpt..hehe.. kira..menantu pilhan..bukan ustazah pilihan taw..haha.. kadang2 nak ckp dgn nada serius saja xbest gak kn.. coz hati sy memang agak gila2 sikit ne..hehe
K2.. t laen kali, lain topik ya..hehe.. hari ne..stkat ne dulu.. banyak lagi nak ckp.. tp, hari ne stkt ne dulu.. hehe…