Thursday, April 12, 2012

Semurni Kasih Adam, Seutuh Cinta Hawa

Hawa dicipta memang khas buat Nabi Adam,
Meskipun begitu, Cinta mereka tetap sahaja di uji Allah s.w.t
Ini kan Kita manusia biasa,
meskipun ujian tidak sebesar cinta Adam dan Hawa,
Tapi, kita tetap sahaja selalu mengelu dan tidak mampu bersabar.

Nak tahu,
dalam banyak-banyak kesakitan, kesakitan yang besar ialah mencintai,
tetapi dengan cinta yang kekosongan,
maksudnya, bila bertepuk sebelah tangan,
ataupun memendam perasaan,
memang menyakitkan,
Nak tahu perasaan orang yang mencintai kepada orang yang dicintai?
ianya ibarat tali yang tidak tersimpul erat, kerana tidak diikuti dengan simpulan ikatan yang ke-2.

Pernah dengar pepatah ini..

Cinta membebaskan kepahitan yang memenjarakan,
Cinta menguatkan kehidupan yang melumpuhkan,
Cinta memaniskan kehidupan yang mendukakan,
Cinta menyembuhkan penyakit yang ada,
Cinta mencelikkan kehidupan yang buta...

Indah x cinta?
mestilah indahkan..
Tapi sekarang ne, berapa ramai org yang derita kerana mencinta..
berapa ramai yang bunuh diri kerana cinta,
berama ramai yang tak nak bercinta kerana takut pada cinta..

herm...
cinta selalu disalah erti, sedangkan manusia itu menjadi manusia dengan adanya rasa cinta,
tanpa cinta, manusia sudah hilang perikemanusiaan,
bagi cinta antara teruna dan dara,
memang tidak asing dan selalu terbabas dari rel cinta sebenar,
cinta itu fitrah yang perlu diraikan setiap manusia,
dan harus dikemudikan dengan cara yang benar,
mengikut kehendak yang digariskan dalam agama,

herm,,
cinta yang menguatkan,
cinta yang mendamaikan,
cinta yang hanya disulam dari hati ke hati,
cinta yang mendambakan pengharapan,
cinta yang menjadikan kita lebih bersemangat,
buat yang tak bercinta lagi, jgn lah terlalu optimis menjauhi cinta,
tapi, letaklah rasa cinta pada Allah, Rasulullah, ibu bapa dan org2 disekeliling,
hidupkan lah suasana yang penuh kecintaan dalam hidup anda,
maka, jadilah hidup anda seceria mentari dan sentiasa tersenyum meski hati terasa tawar,,
andai cinta dari insan yang anda cintai hadir, maka railah cinta itu dengan satu ikatan yang sah,
semoga cinta anda mendapat rahmat dan penuh barakah.

p/s  terlalu mahal untuk berbicara, meski hanya sebutir kata. kerana dengan diam, di situ ada kata-kata yang tidak dapat untk dihuraikan..  =)
      

1 comment: