Sunday, March 25, 2012

Wanita menolak hukum…..ye ke??


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih dan lagi Maha Mengetahui seluruh isi  langit dan bumi.. Hamba memohon kepadamu agar post ana ini tidak menimbulkan sebarang kesalahfahaman. Cuma apa yang ana hendak tekankan di sini, Cuma lah tentang isu kaum wanita yang tolak poligami. Adakah wajar untuk di persalahkan 100%??

Wahai saudara-saudaraku,
Wanita itu hatinya lembut dan mudah tersentuh, mudah setia dan cinta pada yang satu. Dan di sebabkan itulah, Allah menjadikan wanita agar taat kepada suaminya, kerana Allah tahu bahawa seorang suami mampu untuk memimpin wanita tersebut kepada kebaikan. Seorang wanita yang setia akan memberikan seluruh hati dan kesetiaannya pada seorang yang bergelar suami, dan hanya satu yang selalu diharapkannya hanyalah perhatian dari suami.

Wanita itu terlalu cinta, sehingga tidak ingin berkongsi dengan insan lain. Samalah dengan benda yang kita cintai, bukan mudah untuk kita berikan kepada orang lain. Wahai lelaki, tahukah kamu rasa sakitnya hati kaum wanita di saat kamu memohon untuk berkahwin lain. Tidakkah kamu faham sakitnya hati menahan rasa cemburu, rasa seperti tidak dihargai.. Wahai ustaz-ustaz di luar sana, mudahnya kamu menghukum wanita yang tidak ingin berpoligami dengan mengatakan mereka ini menolak sunnah dan aturan Allah. Menyatakan bahawa wanita itu, tidak setuju dengan hukum Allah.. Kamu seperti ingin menyandarkan semuanya kepada Allah semata-mata agar kaum wanita itu akur, dan kamu juga menyatakan itu sunnah nabi, kita tidak boleh tolak. Dan dalam hidup ana, hanya sedikit bilangan ustaz yang menekankan kepada kaum lelaki, tentang apa sebenarnya poligomi. Adakah mereka sudah cukup kuat untuk berlaku adil, adakah yang mereka kahwini itu dari kalangan hamba wanita atau wanita yang kesusahan, ataupun janda2.. Wahai ustaz2, jika ya semua lelaki hari ini yang berpoligami seperti Rasulullah berpoligami atau berusaha untuk mengikuti cara Rasulullah, itu tidak apa.

Tapi, yang sayangnya ramai orang hari ini poligami kerana tidak mampu untuk menahan pandangan dari zina. Adakah asal poligami di benarkan untuk mengelak dari perbuatan zina? Jawapannya tidak, kerana Rasulullah di benarkan untuk poligami selepas islam dalam keadaan sempit dan ramai kaum wanita yang tidak ada perlindungan dan wanita-wanita itu semua adalah janda yang ditinggalkan suami. Bahkan perkahwinan dengan saidatina Aisyah pula adalah satu rencana daripada Allah s.w.t.  Sedangkan mengelak dari zina itu, hanyalah satu hikmah di akhir zaman akibat banyak kaum lelaki yang tidak mampu menundukkan pandangan, dan wahai kaum lelaki kamu tidak perlu berbangga untuk berpoligami, jika kamu tidak faham apa sebenarnya poligami. Dan ingatlah, Allah itu maha adil.

Wahai ustaz2 yang berkata, bahawa agama islam itu mengenali fitrah manusia, kenapa ustaz tidak membela perasaan wanita yang sukar untuk menerima poligami. Ini, wanita tersebut dilabel yang bukan2. sedangkan Allah lah yang maha tahu, andai poligami adalah sunnah, kenapa Rasulullah tidak memarahi puterinya ketika memberi syarat kepada saidina Ali untuk tidak poligamikannya sepanjang hayatnya selagi mampu untuk menjadi isteri solehah? Why? Kerana Rasulullah sendiri faham perasaan wanita itu. Bagi ana, semua wanita di dunia ini tidak mahu untuk di poligami, tapi atas sebab iman dan islam mereka pasti sanggup bekorban. Wanita itu sendiri yang akan menyuruh suaminya berpoligami jika perkara itu membawa kepada kebaikan. Tapi sayang, ramainya ustaz2 menyebelahi kaum lelaki untuk berpoligami sehingga mereka mampu untuk bersorak untuk kahwin lebih.

Wahai lelaki,
Kamu terlalu ego andai tidak cuba memahami isi hati isterimu, yang bersusah payah untukmu, engkau bernikah lain atas sebab yang remeh, engkau mengguris seluruh kesetiaan dan kepercayaan isterimu. Engkau membuatkan dirinya tidak ikhlas hidup bersamamu, dan tahukah engkau, bahawa engkau telah menyempitkan jalan ke syurga buat isterimu. Oleh itu, wajar untuk ana kata, lelaki seperti ini terlalu ego.
Tapi, jika isterimu rela dan membenarkan dengan ikhlas, maka bersyukurlah engkau kerana memiliki isteri yang di muliakan di sisi Allah dan mungkin ia akan masuk ke syurga terlebih dahulu sebelum mu. Sekiranya, wanita itu tidak redha, islam membenarkan ia memhon untuk dilepaskan atas sebab perkara itu menghalang perjalanannya ke syurga akibat rasa cemburu yang tidak terkawal. Oleh itu, jelaslah islam tidak memandang rendah dan meremehkan kaum wanita.

Poligami dahulu dan kini sudah jauh berbeza. Dulu, kaum wanita tidak bekerja wajar untuk mencari suami tempat berlindung. Kini, perkahwinan adlh sunnah dan poligami selalu dipersalahguna. Sejujurnya, ana tidak menolak poligami sekiranya ia kerana iman dan islam. Tapi, hari ini poligami tercemar akibat yang berpoligami adalah manusia yang tidak faham apa itu poligami.

Kepada ustaz2, ana meminta maaf. Mungkin tidak semua yng berkata sedemikian, tapi itulah yg selalu ana dengar setiap kali pergi ceramah bab poligami. Banyak ustaz yang hanya menyedarkan kaum wanita untuk menerima poligami, tanpa memberi penekanan yang tegas tentang hukum sebenar poligami kepada kaum lelaki.
 Allahualam..

No comments:

Post a Comment