Thursday, September 27, 2012

Mencintaimu Kerana Allah

Setiap daripada kita merupakan hamba kepada fulan si fulan dan fulan kepada si fulan dan seterusnya..

Begitulah setiap manusia yang hidup di dunia,
Pendek kata, kita ini sememangnya suka memperhambakan diri..
Ada yang sedar, dan ada yang tidak sedar,
Bahawa dirinya seorang hamba.

Mungkin seorang perdana menteri berasa bangga menaiki takhta,
Tapi, ia tetap hamba kepada manusia,
Mungkin seorang ayah, bangga mengetuai sebuah keluarga,
Tapi, ia tetap hamba kepada anak-anaknya,

Pendek kata, sebesar manapun kita di dunia,
kita tetaplah seorang hamba..

Kita hambakan diri pada dunia, manusia dan lain-lain..

Sedarkah kita, bahawa..
Dunia,
Allah ciptakan,
Manusia,
Allah ciptakan,
Malah,
Seluruh isi langit dan bumi,
Allah lah yang ciptakan.

Maka, kepada siapakah yang sedang kita pertuankan?
Tanpa sedar, kita sendiri telah memperhambakan diri kita kepada Allah s.w.t.

Allah itu Maha kaya lagi Maha bijaksana,
Tidak dijadikan sesuatu itu,
melainkan ada hikmahnya..

Maka, berbaiklah dengan semua makhluknya,
Kerana Allah pasti memberi pahala,
Sebarkan kasih sayangmu pada sekalian makhluknya,
Agar kasih Allah juga melimpah ke atas dirimu,

Berlaku baiklah pada manusia, haiwan, tumbuhan dan lain-lain,
Kerana mereka adalah lambang,
Cintamu kepada Allah s.w.t,

Sebagaimana,
Engkau menghargai sebuah hadiah yang diberikan oleh kekasihmu,
Hadiah itu,
Engkau jaga dan pelihara sebagai tanda kasih mu kepada kekasih.

Begitulah, dengan kasih pada Penciptamu,
Jika cinta kepadanya,
Engkau akan mencintai seluruh langit dan bumi yang mengingatkan dirimu pada pencintamu.

Maka. salinglah kita mengasihi antara satu sama lain, kerana Allah s.w.t.
Berbaiklah dengan haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda hidup mahupun mati.
Kerana mereka semua milik Allah..

Mencintaimu kerana Allah penciptamu.. =)





No comments:

Post a Comment