Pages

Thursday, November 3, 2011

Kisah Sem ini......


Alhamdulillah..segala puji ana panjatkan ke hadrat Allah S.W.T.. atas nikmat dan kurnianya, ana dan antum semua masih di beri peluang
untuk membina amal di muka buminya.. Sebelum itu, ana nak minta maaf atas segala silap dan salah.. especially 4 someone, who read my post just now.
erm. sebelum ne ana ad post something untuk kwn ana, tp rasanya cukuplah setakat beberapa waktu untuk ana pamerkan. Oleh itu, sebelum masa mencemburui ana, rasanya eloklah untuk ana konklusi cerita sem ini.

Sebenarnya, setiap sem terlalu bermakana buat ana dan juga kwn2 ana.. cuma sem ini lagi istimewa, sebab ana akan tamatkan foundation. Hopefully, will graduate later. Sepanjang foundation, ana rasa dalam diri ana, berlaku perubahan yang terlalu banyak. dan ana rasa bersyukur sngt. kerna hari ini lebih baik dari semalam. Semoga ana tidak tegolong dlm kalangan hambanya yg rugi.

setiap hari mematangkan ana, kehidupan benar2 mengajar ana, erti hidup yang sebenar. ap2 pun, ana nak cerita pasal classmate ana..hehe
pertama sekali, persahabat dengan classmate semakin baik. terutama dengan kwn2 perempuan. bgi classmate lelaki, ana rasa masih macam biasa. ana dah anggap mereka semua mcm shbt.meskipun ana jrng nak cerita2 dgn dorg. tp, ana senang dengan semuanya. untuk sahabat ini, ana xtw la, bila lagi dya akan memanggil nama ana..hehe.. but it's ok..i'm waiting 4 that..

erm..pelajaran pula, terasa berat sikit.. sem ne terasa payah sikit dri sem lalu. moga2 exam nanti ok..amin.. Ukhuwah, alhamdulillah..ana rasa lebih dekat dengan shabat muslimah.. ap2 pun ana tetap rasa gembira. moga Allah selalu mengasihani ana dan antum semua. Bagi ana, tahun ini adalah medan ujian buat ana. pada bulan 3, ana kehilangan seorg abang yang ana da anggap mcam keluarga ana. pada bulan 9 pula, ibu ana turut kembali kepangkuan yg maha esa. ana yg kerdil, terasa diuji. tp, ana bersyukur kerna Allah lebih mengasihani mereka.

Sem ini juga, ana hmpir x dpt balik raya. Namun, berkat pertolongan Allah, akhirnya ana selamat smpi rumah lebih awal dri tarikhnya. Mungkin hikmahnya, ana dpt menghabiskan lebih masa untuk ibu ana. Meskipun, xmenyentuh 1 pun assigment, ana langsung xrasa terkilan malah ana rasa bersyukur. Kini, ana sedang membina kekuatan dlm diri ana. sbb ana tahu, bila ana balik rumah nnt, ana akan berhadap dengan ujian baru. Tp, percayalah..semakin terasa di uji, malah semakin kuat kekuatan yang hadir dlm diri. malah, setiap berlaku seolah-olah terasa bermakna dlm diri.

Errm.. akhir sekali, nak ucp terima kasih pada classmate yang sngt banyk membantu ana, ketika ibu ana meninggal dunia. Korang sudi memberi bantuan buat ana. itu sudah cukup bermakna buat ana. dan tak lupa kepada Agie, Zat yang selalu memberi kata2 semangat dan ilmu agama buat ana. sudi menjadi teman untuk saling ingat mengingati.

Hari ne, ana nak tutup tabir sem 3 lebih awal la yer..hehe.. coz da nak exam, takut xlarat nak menulis..hehe..

No comments:

Post a Comment