Tuesday, November 1, 2011

Umat Islam Dan Perjuangan

Assalamualaikum semua....
erh..hari ne da masuk bulan 11 kan.. so, x lama lagi la nak masuk 2013..
maksudnye, salahla jangkaan org kufar yang mengatakan kiamat 2012 berlakunya kiamat.hehe..
Meskipun, hanya segelintir yang percaya, tp benda ini tetap tidak boleh diperlekehkan.
Kepercayaan terhadap tarikh kiamat, adalah salah satu cabang yang boleh memesongkan akidah umat islam.

Bukan kah, Allah S.W.T sudah menyatakan, bahawa kiamat itu terjadi, tanpa ada sesiapa yang mengetahui tarikh dan masanya.
jadi, sngt tak wajarlah, andai masih ada yang percaya dan menunjukkan bukti2 seperti peredaran bumi dan bulan yang semakin sukar di ramal.
Walaupun, para saintis telah menjangka beberapa kejadian alam akan berlaku, tetapi itu semua boleh berubah hanya dengan sekelip mata dengan kuasa
Allah S.W.T. Oleh itu, tidak wajarlah kita merosakkan akidah kita dengan kepercayaan yang terlalu kecil seperti tarikh hari kiamat berlaku.

Sahabat akhowat dan ikhwan,
hari ne, kita semua inginkan islam. ana tahu, setiap manusia fitrahnya pasti tidak dapat menolak islam. Islam is the way of life. hanya manusia yang ego sahaja akan menolak islam dan orang2 yang tidak ingin berkenalan dgn islam. sahabat, kita tidak buta untuk melihat dan kita tidak bisu untuk bertanya, jadi, apa salahnya untuk kita belajar melihat kebenaran. Hari ini, dunia telah banyak menipu kita. janganlah mata hati kita tertutup dengan permainan dunia. Hari ini, pemimpin kelihatan gah, sedangkan mereka dalam 1 misi yang ingin menguasai dunia. Mereka memperjuangkan sesuatu yang jauh daripada sunnah Rasulullah s.a.w. Sahabat, hari ne kita hidup senang lenang, sedangkan sahabt islam di Palestin,hidup menderita demi mempertahankan islam. Tidakkah kita merasa serbah salah, sedangkan tanggungjawab kita dan mereka, adalah sama. kesemua kita di lahirkan di muka bumi ini sebagai khalifah untuk menegakkan agama Allah. dan bila di akhirat nnti, tanggungjawab inilah yang akan di soal. pada waktu itu, mungkin antum semua tidak dapat membisu, kerana kaki, tangan , perut, semuanya menyatakan perkara yang antum lakukan sewaktu islam sedang dipijak-pijak di dunia. Apa yang antum buat?

sewaktu,org kufar merancang untuk merosakkan minda antum dengan hiburan,makanan,harta dan sebagainya, antum tetap menyokong dengan membelinya, menontonnya, malah sanggup mencari duit dengan membuat pusat-pusat hiburan. Na'uzubillah min zalik. Inikah yang antum nak jawab di akhirat esok?? ana rasa terkilan dengan umat islam sendiri yang sanggup menggadaikan agama demi berkomplot dengan misi orang kufar. mereka ingin mencontohi kamal Artartuk, sedangkan dialah orang yang telah menghancurkan negara islam dengan menyuburkan kehendak nafsu manusia semata-mata.

Hari ini, kita masih berbangga hidup dalam 1 malaysia yang aman dan bersatu padu. hakikatnya, kita sedang tertipu dengan pemerintahan yang bertopengkan islam semata-mata. Andai negara kita negara islam, kenapa hukum islam seperti hudud dan qisas tidak di laksanakan?? adakah islam membenarkan umatnya untuk beriman dengan sebahagian ayat sahaja. Allahuakbar.. butanya mata hati kita untuk melihat. syoknya kita di buai kenikmatan dan egoisnya kita terhadap umat islam yang berjuang mati-matian demi islam.

sahabat,
Suatu hari nanti,islam pasti akan menang dan ana yakin semua kita yakin akan janji Allah ini. dan sebab inilah, kita merasa tak perlu nak susah-payah, sebab satu saat nanti,islam pasti berjaya. Sahabat, ana berani katakan, andai tibanya saat itu, kemenangan umat islam bukan pada umatnya, tapi ianya adalh kemenangan buat umat ialam yang beriman dan turun berjuang. Bukannya yang tumpang sekaki. Sesungguhnya, kemenangan itu adalh milik Allah semata-mata, andai antum ingin merasai nikmat kemanangan, maka turunlah antum untuk berjuang dalam menegakkan negara islam di muka bumi ALLAH ini. Semoga, kita semua dapat menjadi golongan Hawariyun dan Ansorullah yang sanggup berkorban demi Allah S.W.T.amin..

No comments:

Post a Comment