Wednesday, November 9, 2011

Mujahidah Anak Muda...Episaod 1

'Aik,gelapnya bilik ne, mana lampunya??'..kata Ali sendiri setelah memasuki pintu bilik Amirah. Amirah bukan lah zauhjahnya tapi teman seperjuangannya. Ali dan Amirah merupakan rakan dakwah yang berjuang sejak di bangku sekolah menangah hinggalah ke universiti. Namun, akibat aktiviti dakwah yg mereka harus hadiri, Ali terpaksa menumpang dekat rumah Amirah untuk 3 hari 2 malam.

Ops, ap ne??, erm buku diari ka??..huhu.. tak kan ak nak baca kot. Tp, knp ad dekat cne??..cam nak bagi ak baca ja..hehe..monolog Ali yang berasa kesunyian di bilik sementara menunggu mata terlelap. Walaupun perjalanan terlalu memenatkan, namun matanya tetap tidak mampu tertutup untuk lena di buai mimpi. Banyak yang bermain di ruang fikirannya.

Keesokan harinya, Ali bangun awal untuk melakukan solat malam. itulah yang menjadi rutinnya. Bagi Ali, solat malam itu adalah sumber kekuatan untuk menjalani kehidupan pada keesokan hari. Setelah selesai solat subuh pula, Ali terus bersiap untuk pergi ke tempat program yang di tuju. Amirah bersama dua rakan muslimah yang lain turut serta pergi bersamanya.

Meskipun, perkenalan mereka sudah agak lama, Ali masih tetap berasa segan dengan Amirah. Mungkin sudah menjadi sifat seorang mukmin untuk berasa malu dan sentiasa menjaga peradaban. Tanpa banyak bicara, hari terus berlalu dengan begitu sahaja. Kini, hanya tinggal 1 hari sahaja untuk Ali menamatkan program tersebut. Dia juga semakin bersemangat untuk meningkatkan urusan dakwahnya. Dengan semangat yang berkobar-kobar itu, Ali terpandang semula ke arah buku nota yang terletak berdekatan katilnya. Buku itu seperti memanggil-manggil hatinya untuk membaca.

........................................................................................................................................................................


3 comments:

  1. mna sambungannya???

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. xtw lagi. kalo ad idea, insyaAllah ad smbungan.

    ReplyDelete