Monday, April 25, 2011

Andai Benar aku Mencintaimu..aku akan terus Mencintai mu..

Ya Allah,
yang maha atas segalanya..
dan engkaulah sahaja yang berhak menzalimi hamba,,
mengingatkan diri ini, setiap detik dan saat..
dan hanya padamu lah jua, kami memohon taubat,,
Perkenankan lah Ya Allah..
dikala hati ini merasa gersang..
kau campakkanlah hidayah ke dalamnya..
Agar ia tidak terus alpha dan lalai diarus dunia..

Ya Allah,
berdepan denganmu,menggusarkan hatiku..
berdetak hatiku, getar menghadapmu..
Namun, andai hatiku mula dinoda titik hitam..
aku seperti orang yang khayal berdepan denganmu..
tulus, tiada getar dari jiwaku..
Jauhnya aku darimu, hingga sukar untuk menangis keranamu..

Ya Allah,
tariklah aku,untuk kembali ke jalanmu..
jalan yang lurus menuju syurgamu..
pimpinlah aku agar mengikut ajaran rasulmu..
Untukku selamat dan mati dijalanmu..
barulah tenang jiwaku..

Ya Allah,
kulayarkan doaku, semata-mata hanya keranamu,
biarku sedar, betapa daifnya aku,
kerana aku sedang mengejar,
pandangan darimu.. hanya darimu..
Allah Azza Wa Jalla..
( nukilan m.m)

No comments:

Post a Comment