Pages

Friday, February 4, 2011

Buat Sahabat tercinta....

TeMan ku….
Indahnya berkenalan dengan mu..
Mencipta kasih yang penuh onak dan duri..
Berteleku di sejadah nur kasih..
Mengingatkan diri tentang cinta sejati..
Sahabat ku..
Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq
Persahabatan dijalin kerana al-Khaliq
Harta dikorban bukan sedikit
Cintakan kebenaran sanggup bersakit..
Sahabat..
Ketahuilah, indahnya persahabatan ini andai disusuri dengan iman
Berpegang dan bergerak atas satu matlamat yang sama
Atas panji agama ISLAM yang mulia
Ukhuwahfillah menjadi qudratul hasanah
Wahai sahabatku..
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituangkan air,
Molekul udara memenuhuinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan nya..barulah hati kita tenang bahagia..

No comments:

Post a Comment