Sunday, October 23, 2011

Sesungguhnya Masa lapang itu membunuhku.....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, ana bersyukur kerana masih di beri kelapangan untuk menulis blog ana lagi..rasanya, bulan ne paling bnyk ana post benda..hehe
mungkin, ana betul2 rasa sunyi..huhu..
Hari ne, ana nak cipta satu sajak.. ana minx maaf kalo ada yg membaca blog ana.. coz, ana cuma nak mencoret untuk diri ana.. ana x tw nak meluah kat mn..
skrg rasa sunyi sangt.. huhu.. tp, ana kira nak buat blog baru untuk perkongsian ilmu.. tp, yg ini.. khas untuk ana la yer..hehe..

Step 1.........

huhu, ana tak reti nak buat sajak mcm mn..erm.ana sebenarnya rasa sunyi sangat..skrg..kwan2 semua balik kg. ana yg dok jauh, stay la kat asrama..hehe.. ana bkan sengaja nak stay.tp, ana segan nak stay rumah kak na.. walaupun kak na dah anggap keluarga, tp, ana prefer untuk stay kat hostel. bagi ana, keluarga kak na dah terlalu bnyk berjasa buat ana. ana takut tak dpt nak bls budi mereka dan ana lebih takut andai ana tidak mampu hidup berdikari.

Ana nak pastikan, pilihan ana tepat. ana nak pastikan yg ana duk kat asrama betul2 bermanfaat.. buat masa ne, alhamdulillah.. ana bersyukur sngt.. tp, ana tercari2 kerja yang perlu ana isikan untuk setiap masa yang terluang. ana takut, andai masa yng lapang ini, mampu membunuh ana.. ana nak, masa ini betul2 bermanfaat.. bukan selalu Allah beri masa sebegini untuk hambanya. sepatutnya ana bersyukur.. dan nikmat inilah yang sangat bahaya.. antum, tw tak, yang masa itu sngt berharga.. ana takut masa yang lapang ini, membuatkn ana cuai untuk menggunakannya.erm..... cuba try analogi.. antum tiba2 mendapat wang sebanyak RM 1 juta.. hadiah dari keluarga ataupun mn2 pihak.. antum rasa sngt gembira.. tp, antum tak tahu nak buat ap dengan duit tu...dan antum pun mula membuat perancangan.

1. rancangan pertama.antum nak sedekah kat rumah anak yatim.
2.nak beli buku2 agama.
3.nak bayar zakat
4.nak buat haji

dalam masa yg sama, antum juga teringin membeli kemewahan dalam kehidupan,antum terasa nak hidup senang lenang.. oleh itu, bgimana antum hendak memastikan yg antum betul2 nak gunakan untuk akhirat.

Erm,ini lah yg ana rasakan saat ini.. ana takut, kelemahan ana sebagai manusia yg mudah tertarik kepada kehidupan yg sntai, akhirnya melupakan matlamat ana yang sebenar..huhu..Then, ana juga takut dengan kesunyian ini.. adakalanya ana teringat akan arwah ibu ana.. bukan ana ingin lari dari kenyataan.. tp, ana takut andai ana, terlalu melayan perasaan ana.. ana, perlu yakin dan percaya akan ketentuan Allah S.W.T. Bgi ana, ibu ana hanya perlukan doa dan kiriman bacaan Yassin buatnya..bukan tangisan yg tiada penghujungnya. ana yakin, ibu ana gembira di sna. ana sentiasa menghadiahkan ibu ana doa dan bacaan Yassin. ana nak ibu ana, gembira di sana..dan ana tahu, yg ana jg akan kembali ke tempat yg ibu ana berada skrg.. erm.. analoginya macam pelajar2 AF.. kalo antum perasan, setiap kali pembuangan AF, pelajar2 AF akan menangisi pemergian sahabat mereka. seolah2 mereka lupa, yg suatu hari nanti, mereka pasti akan kembali berjumpa di luar sana. sebenarnya, begitulah perumpamaan yg ana dapat gambarkan.suatu hari nanti,ana pasti akan berjumpa dengan ibu ana. skrg ana masih beryukur kerana, ana ada Allah S.W.T yang sentiasa bersama ana.mendengar luahan ana.. ana ada bapa, yg masih sanggup menyara hidup ana, memberi kasih kepada ana, ana ada sahabat2, yg sudi menemani ana.. ana ada keluarga yang sanggup bersusah senang dengan ana. ana masih terlalu beruntung.

Ana memang terasa teruji, hidup ana tidak sepi dari ujian. tp, ana bersyukur. kerna Allah lagi mengetahui kemampuan ana. dan ana yakin, setiap ujian yang ana hadapi, kesemuanya memberi kehidupan yang baru buat ana. Thats why, ana selalu rasa, Allah cinta akan diri ana. ana sangat bersyukur.. ana harap hidup ana, akan sentiasa di bawah naungannya. ana ingin berjalan di paksinya. ana takut, ana tergolong sebagai hambanya yang jahil.. ana khuatir andai ana terjatuh..

Lastly, ana harap, ana dapat istiqomah di jalannya. ana ingin hati ana ditetapkan dan di tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepadanya.. sesunggynya, ana sangat merinduinya. ana, ingin bertemu dengannya selalu.. itu la yg ana selalu rasa akhir2 ini.. ana, xpernah rasa sebegini.dan perasaan ini, terlalu manis ana rasakan. dan ana takut,andai ana, kehilangannya suatu hari nnt..ana harap, antum semua ada untuk menarik ana semula..andai suatu hari nnt, ana jatuh dengan kenikmatan dunia yang hanya sementara. Moga Allah, sentiasa mengasihi ana dan antum semua..amin..

No comments:

Post a Comment