Wednesday, January 16, 2013

CinTa Biar Ku PendaM

Setiap lelaki yang ikhlas menyimpan perasaan terhadap seseorang..
Pasti dia pelihara hubungannya dengan Allah..
Agar hatinya tidak kabur dan terjatuh akibat panahan rindu pada wanita itu.
Saat cinta menyapa hati..
perasaan itu diketepikan, agar tidak menghanyutkan diri dari angan2 kosong,
Hati selalu merefleksi..
sudah ka mampu untuk aku memilikinya,
sudah cukupkah ilmu ku untuk memeliharannya,
sudah cukup kah pendapatanku untuk menyarahnya,
Mampukan aku menjadi imam yang baik buatnya...

Aku tahu, bahawa aku belum mampu untuk memilikinya,
maka, aku memilih diam... dan sembunyikan perasaan,,
aku tidak ingin membalas senyumannya,
kerana aku takut ia terluka andai aku tidak mampu untuk melamarnya,
aku tidak ingin mengambil hatinya saat aku tidak mampu,
aku menahan jiwa ku dari menghantar mesej yg lagho buatnya,
cukuplah sekadar aku menjwab pertanyaan dan benda yg penting pada masanya,
aku diam, aku bisu,
itu tidak bererti aku tidak ingin memilikinya,
lalu membiarkan ia pergi dengan insan lain,
Tapi,
aku diam, aku bisu,
sebab aku masih lemah untuk menjadi imam nya,
aku tidak sanggup menyakiti hati orang yg ku cintai..
Dari itu, aku memilih diam..
andai ada insan lain yg lebih baik dariku melamarnya,
aku redha, aku ikhlaskan,,
jika memang insan itu terbaik buatnya,
aku lebih khuatir, andai yg tertulis buatku,
bukan dirinya..
maafkn aku wahai bakal zaujahku,
tidak kira siapa kamu,
aku cuma mencinta dalam diam,
aku menjaga cintaku buatmu..
maafkan aku... kerana mencintainya..
kerana lintasan hatiku..
selalu menyebut namanya...
andai nama itu adalah kamu..
Ya Rabbul Izati...
segala puji buat Mu..
Engkau yg Maha Mengetahui..
Maha Mensyukuri..
Segalanya, yng terbaik, hanya lah dariMu..
Cinta ku, Pada mu..
Hanya mampu berkata di hati..

No comments:

Post a Comment