Friday, September 20, 2013

Menabung Untuk Duit Hantaran

Menabung untuk masa hadapan, itu baik dan terpuji..
Tetapi menabung untuk sesuatu yang sia-sia, itu suatu pembaziran.

Contohnya : Seorang lelaki yang hidup sederhana, mengumpul duit bertahun-tahun untuk cukupkan RM 10 ribu dan ke atas, semata2 untuk hantaran kahwin.

dan 10 ribu yang dikumpul dalam susah payah, hanya dihabiskan dalam masa 1 hari 1 malam.
1 hari = Memperagakan kecantikan (Kenangan hanya tinggal dlm kamera)
1 hari = Kad jemputan yang canggih ( Masuk dalam Bakul sampah)
1 hari = Pelamin yang mahal ( Kenangan hanya tinggal dlm kamera )
dll..
selepas hari perkahwinan,
anak perempuan ikut pengantin lelaki..
Mereka menempuh hidup yang susah dan sukar, kerana semua duit yang di simpan untuk masa hadapan, sudah habis dalam masa 1 hari.. dan mereka sama2 kumpul duit semula..

Mungkin kita terlalu mengejar dunia, ingin pandangan masayarakat, tp tidak pada masa hadapan di akhirat.. Duit hantaran yang dikumpul susah payah, kan baik kalo dpt guna duit tu untuk buat umrah atau buat haji.
*Usrah bersama Ummi yang menyentak perasaan. ( Berdoalah mudah2an dapat buat majlis kahwin yg sederhana) Allah Redha, Keluarga yang terbina juga bahagia, di dunia jua akhirat..  

2 comments: