Thursday, September 26, 2013

Pemergian

Assalamualaikum. =)

Alhmdulillah da banyak asaimen yang berjaya disiapkan,
sekarang ne, memang da tak berapa sibuk..
tinggal tunggu exam ja,
tp, big tak settle lagi.. huhu..

erm..
nak cerita yang baru2 ne, dikejutkan dengan berita pemergian Ust. Azizan Abd Razak,
Bekas menteri besar Kedah. Beliau seorang yang hebat, sehebat akhlaknya,
tegas tapi lembut. seorang pemimpin Pas yang sangat dikagumi,
rasa sebak atas pemergiannya.. huhu.
walaupun tidak berpeluang bersua muka,
namun melihat wajahnya diposter2 dan kaca tv,
sudah cukup untuk menyuburkan rasa kasih,
begitulah aura orng2 yg beriman,

Segala gerak kerjanya, semuanya bersebab,
tindakannya mengikut keadaan dan arwah juga seorang yang berjiwa rakyat,
contohny, masa majlis perkahwinan anaknya,
arwah tak jemu melayan tetamu yg ramai,
tidak ingin duduk di tempat yang tinggi,
sehingga rumah kediaman menteri besar sendiri dijaadikan sebagai pusat pengajian ilmu,
masyaAllah,,
sangat hebat... dan seronok sngt dapat merasa duduk dibawah pemerintahan beliau...
Bersyukur, walau tidak lama..

Alhamdulillah,
diberi peluang untuk turun masa pengebumian almarhum ust. Azizan di muassasah Darululum semalam, walaupun jalan raya terlalu sesak dan jem.. perjalanan yang sepatutnya boleh sampai kurang dri 1 jam, menjadi 2 jam.. Namun, tetap bersyukur sebab diberi kesempatan.. kami tiba di kawasan perkuburan, iaitu kawasan yang sama dengan perkuburan Almarhum ust. Fadzil Nor, sampai sahaja kami, saya berpeluang untuk melihat wajah tuan guru Dr.Haron Din secara dekat. wajah itu ibarat bulan purnama.. sangat indah.. dan da lama teringin dan rindu untuk melihat wajah itu.. tak sangka yang hari itu saya berpeluang.. huhu.. sblum ini pernah jumpa, tapi dari jarak yang jauh.. namun kali ini, saya beruntung dpt lihat dekat.

selain itu, saya juga berpeluang melihat wajah dr. Mahathir dan isterinya serta anaknya Dato Mukhriz yang turut hadir pada petang tu.. sedikit teruja dengan kehadiran Dr. Mahathir.. setelah 21 tahun, baru berpeluang untuk melihat wajah itu.. =)
seorang pemimpin yang turut dikagumi pada waktu dahulu..

Dan pagi ne, tahu pula yang pakcik jiran sebelah rumah da pergi juga.. =( .. Ajal maut ditangan Allah.. semuanya da tertulis.. diri ini pun pasti akan pergi jua suatu hari nanti.. dan bila masanya, itu semua masih menjadi rahsiah Allah.. mudah2an bila saat itu tiba, itu adalah di saat iman sangat kuat. Aamiin. ingin mati dalam keadaan yang baik dan terpuji.. Husnul khotimah..

No comments:

Post a Comment