Monday, October 21, 2013

Personaliti hari ini, adalah sebab Semalam...

Pengalaman masa lalu, akan membentuk personaliti hari ini...

Kanak-Kanak ibarat kain yang putih,
Berteduh kasih dan belas dari seorang ibu dan seorang ayah,
Tidak mengenal apa itu susah dan penat,
kerana baru belajar mengenal apa itu dunia,

Anak-anak dikurniakan mata dan hati untuk melihat dan menilai,
Ibu dan Bapa ibarat suri teladan,
Bapa diumpamakan seperti Power rangers, dan ibu ibarat Barney,
Namun,
Sejauh manakah seorang ayah menjadi pelindung yang dikagumi seorang anak seperti kagumnya anak dengan power rangers dan sejauh manakah si ibu seorang yang penyayang menjalankan tugas seperti Barney..

Sehingga ada anak yang melabelkan ayah sebagai dinasour dan ibu sebagai raksasa,
membina perspektif yang negetif dari awal pembesaran kanak-kanak,
akan menimbulkan kebencian dalam diri, dan emosi yang terpendam yang
tidak dapat diluahkan, akan membentuk personaliti yang negetif dalam diri anak2..

Sejauh mana kita bersedia untuk menggalas tanggungjawab seorang ibu dan ayah, ialah sejauh mana kita bersedia untuk membentuk dan membina generasi yang berakhlak mulia.. Nabi suka pada umatnya yang ramai, namun adakah dengan bilangan anak2 yang ramai itu, semuanya berjaya menjadi umat nabi? Khuatir andai kita melahirkan generasi di mana, Nabi sendiri tidak mengaku kita sebagai umatnya.. na'u zu billa min zallik...

No comments:

Post a Comment