Thursday, February 9, 2012

Fitrah manusia perspektif agama



     Tiap bayi dilahirkan dalam keadaan suci(fitrah-islami). Ayah dan ibunyalah kelak yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi (penyembah api dan berhala). Hadis Riwayat Bukhari.
Berdasarkan daripada hadis di atas, agama islam melihat setiap manusia memiliki fitrah islam ketika mereka bayi lagi. Lalu, ayah dan ibu merekalah yang menjadikan mereka penganut agama lain selain islam.
Justeru, fitrah manusia dalam perspektif agama juga melihat kepada potensi diri dan perkembangan intelek setiap individu. Di mana, potensi pertama yang Allah berikan adalah “al-gharizah” yang berupa tangisan. Tangisan merupakan hidayah pertama Allah kepada kita. Ketika seorang bayi itu tidak lahir dalam keadaan menangis, maka itu merupakan tanda bahawa tidak ada kehidupan buatnya. Oleh itu, “al-gahzirah adalah satu tanda kehidupan bagi bayi tersebut.
Di samping itu, Allah memberikan indera kepada manusia sejak dari lahir. Terdapat lima indera manusia yang boleh diperkembangkan potensinya. Seterusnya, Allah menganugerahkan akal kepada manusia sebagai makhluk yang termulia di alam semesta  yang dapat membezakan manusia dengan makhluk-makhluk lain. Sebagaimana  Rasulullah S.A.W telah bersabda, “…Dan alat bagi orang mukmin adalah akal.. dan tiang agama adalah islam. Dan tujuan Allah ialah akal. Dan yang menyeruh orang-orang beribadat ialah akal.
Allah juga mencipta manusia dengan adanya hati. Hati merupakan sebuah institusi yang ada dalam diri manusia dan tidak pernah berbohong. Oleh sebab itulah, orang beriman harus dengan hati, kerana indera sering berbohong. Sebagaimana Rasulullah menyatakan bahawa Allah tidak melihat mukamu, bukan melihat bentuk tubuhmu, tetapi yang dilihat adalah hatimu.
Akhir sekali, Allah menyediakan agama sebagai ad-din atau jalan hidup bagi manusia dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan. Lalu, agama lah yang menjadi hakim kepada manusia di akhirat kelak dengan menjadikan Al-Quran sebagai panduan dan pedoman. Sehubungan dengan itu, islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Berbekalkan lima potensi diri ataupun hidayah yang Allah kurniakan kepada kita, maka menjadi tanggungjawab kita sendiri untuk mencorak potensi-potensi tersebut.



Manakala, perkembangan intelek dari sudut agama juga adalah sangat penting sebagaimana yang di sabdakan oleh Rasulullah s.a.w iaitu  “ilmu tanpa iman bencana, iman tanpa ilmu gelap”. Begitulah gambaran ataupun perumpamaan yang melihat hubungan iman dan ilmu sangat akrab dan tidak boleh dipisahkan.
        Menurut perspektif agama islam sendiri, daya intelek yang dipunyai oleh individu adalah saling berkait dengan sifat-sifat Allah yang diberi kepada manusia dalam bentuk yang amat terbatas. Dari sudut perkembangan pula, daya intelek boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu potensi intelek, skim ilmu dan amal yang soleh. Walaubagaimanapun, daya intelek hakikatnya bukan hak individu secara mutlak tetapi ianya adalah hak milik Allah. Setiap individu diamanahkan dengan daya intelek sebagai ujian daripada Allah dan individu yang Berjaya menggunakan daya tersebut mengikut peranturan, dia akan mendapat kebahagiaan.
       Setiap manusia juga memiliki potensi kekuatan semula jadi untuk bertambah dan berkembang menjadi insan yang mulia.potensi kekuatan dikenali sebagai intelek bahan yang mengandungi bahan tulin iaitu pelbagai bentuk keintelektualan mengikut keupayaan terpendam yang ada padanya. Keupayaan terpendam ini berbeza antara satu individu dengan individu yang lain.
    Oleh itu, wajar untuk setiap individu menggunakan nikmat kemahiran berfikir sesuai dengan petunjuk Allah. Malahan, agama Buddha juga memberi penghormatan yang tinggi terhadap keintelektualan ataupun kebijaksanaan manusia. Di samping, menggalakkan penganutnya untuk memperkembangkan potensi dengan memiliki keyakinan pada kebolehan diri sendiri. Individu yang dapat mengalami, memahami, menyedari dan menyucikan mindanya, kebijaksanaan akan diperoleh. Tahap ini ialah penyempurnaan yang tertinggi.
       Kesimpulannya, perkembangan intelek dan potensi diri individu dalam perspektif agama merupakan satu nikmat yang dikurniakan Tuhan kepada hamba-hambanya. Sebagaimana Allah berfirman dalam surah An-Nahl 16:97 .
“ sesiapa yang beramal soleh baik lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka telah kerjakan”.




No comments:

Post a Comment