Pages

Wednesday, May 9, 2012

Personaliti masih menjadi persoalan...

Salam..
memandangkan diri ini belajar tentang PKK, dapat la juga membaca tentang persoalan-persoalan yg bersangkut paut dgn personaliti. Mengikut beberapa kajian, personaliti seseorang adalah berpunca daripada faktor baka dan persekitaran. Meskipun, ada sesetengah kajian yg menyatakan bahawa personaliti seseorang adalah dipengaruhi 20%-60% faktor baka. Namun, kebanyakan daripadanya bersetuju bahawa personaliti seseorang dibentuk daripada persekitaran berdasarkan pengalaman.

Saya tergerak untuk membincangkan bab personaliti ini, adalah kerana sya merasakan bahawa andai personaliti seseorang dibentuk melalui baka dan persekitaran, kenapa masih wujud jurang sikap yg sangat berbeza diantara adik-beradik. Biasanya, setiap orang dalam adik beradik itu memiliki sikap yg berbeza-beza meskipun mendapat didikan yg sama dan baka yang sama.

Perbezaan daripada gabungan gen-gen hnyla membezakan dripada sudut fizikal. Manakala, personaliti adalah berbentuk abstrak. Ianya perlu dicorakkan. Bak kata pepatah, Bayi itu ibarat kain putih dan kitalah yg mencorakkannya. 

Herm. pening memikirkan bab ini. Jika mengikut pengalaman sya sendiri, berdasarkan daripada ujian personaliti berdasarkan warna kegemaran, tarikh lahir, kedudukan dalam adik beradik, bulan lahir dan setiap yg berkaitan dengan identiti diri juga kecenderungan diri, semuanya  memberi hasil yg positif. Hampir 70% yg disenaraikan adalah sikap kita. 

Personaliti juga boleh berubah-ubah. Ianya tidak bersifat statik. seseorang mampu untuk mengubah personalitinya mengikut kemahuannya. Bab ini, rasanya personaliti seseorang adalah hasil daripada tindak balas antara neuron-neuron dlm membuat sesuatu penilaian dan terbentuk setelah berlakunya konsep peneguhan dlm diri. huhu.. ini hanyala ap yg sy fhm. sebab tu la, manusia yg dahulunya hidup dlm maksiat mampu berubah menjadi seorg yg alim jika terdapat kesedaran dalam pemikiran. Kesedaran untuk melakukan perubahan akan membentuk satu personaliti baru dalam hidupnya.

Erm, jika begitu. kita tak boleh la berputus asa untuk mengubah diri ke arah yg lebih baik. begitu juga dlm mengajak org lain. Perkara yg utama hanyalah perlu memberikan kesedaran dan kefahaman. 
Analisis ini, berjaya membuatkan sy bersemangat untuk bangun semula untuk mencorak diri dan beberapa individu yg sy sayangi untuk berubah menjadi jauh lebih baik dan meningglkn masa lalu mereka.

huhu.. semoga Allah permudahkan segalanya.. amin..

1 comment:

  1. Erm.. Bab ne x boleh dijadikan bahan rujukan. sebab ianya hanyalah kefahaman penulis semata-mata.

    ReplyDelete