Thursday, June 28, 2012

Hargai sebelum Terlambat


Lafaz Yang Tersimpan
Album : Tika Itu
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan


.......................................................................
P/s : sebelum semuanya sudah terlambat, hargailah insan yang anda kasihi selagi ia masih mampu bernafas. Rindu dgn Mak, kini xmampu lagi untuk diri ini menyatakan rasa kasih dan rindu yang tak terhingga.. Bila rindu, aku hanya mampu menahan perasaan dan sebak.. masa begitu pantas berlalu. Aku inginkan insan seperti ibu untuk hadir kembali dalam hidupku.. Mak. andai boe ku kongsi panggilan itu dgn dirinya, alangkah bahagianya...

1 comment:

  1. Dirinya itu adalah insan yang tidak pernah ku kenal lagi...

    ReplyDelete