Pages

Thursday, August 9, 2012

Mawar Berduri

Ingin Menjadi Mawar Berduri..
>_<
Tersentuh dgn puisi indah ciptaan Fatimah Syarha dlm penulisannya,,,

........................................................................................................
Adikku,
Lihatlah mawar yang cantik,
semuanya menarik,
hingga kumbang tertarik,
durinya boleh mencarik.

Adikku,
kau mawar agama,
dicipta yang esa.
dengan tulus mulia,
hamba dan khalifahnya,

Adikku,
Allah sedang menjagamu,
untuk insan istimewa,
jangan perjudikan kesucianmu,
dengan menghampiri zina.

Adikku,
siapkan dirimu,
hunuskan durimu,
cinta remaja hanya palsu,
cintanya tidak menipu.

............................................................................................................

Subhannallah, indahnya kalam ne menyuntik kalbu. My persenol respon dripada pembacaan Novel Cinta High Class, ingin sy kongsikan dlm blog ini.

Pertama sekali, hari ini ramai wnita yg sudah tidak meletakkan sepenuh kepercayaan tentang jodoh urusan Allah. Ramai yg berusaha untuk mencari jodoh dgn jalan2 yang salah, sedangkan usaha yg sebenar ialah dgn mempersiapkan diri menjadi wanita ataupun muslim soleh/ah. Akarnya bermula dengan kepercayaan, sekiranya kita yakin bahawa dengan kita memelihara diri kita dri zina dan yakin bahawa Allah juga memelihara si dia untuk kita. Allah adalah apa yang kita sangkakan. Sanggupkah Allah untuk mengecewakan hamba2nya yang ikhlas bergantung harap kepadanya?. Sesungguhnya Allah maha kaya dan jauh dari prasangka yg buruk.

Kedua, wajarkah kita menerima budaya bercinta sebelum kahwin? jawabnya tidak. Itu pendapat sy, kerana kita tidak mampu untuk mengenalnya sepanjang berkawan meskipun usia persahabatan selama 20 tahun. Sebab, masing2 pastinya akan menyembunyikan aib sendiri. Bukan kah itu buang masa, malah lebih cenderung kepada berbuat bnyk dosa.
Kalo sebelum kahwin, kita sudah merasai bnyk nikmat yg sewajarnya dinikmati setelah kahwin, maka hilanglah kemanisan setelah kahwin yang lebih banyak membawa kpd pahala. Malah, suami/isteri kita yg sudi bermain cinta sebelum kahwin, akan memberi kecurigaan setelah kahwin. Berkemungkinan besar, pasangan kita hilang kepercayaan kepada kita walaupun telah berkahwin dengannya. Kerana, dia merasakan bhw isteri/suaminya boleh bermain sms dengan orang lain sebagaimana ia tidak mampu memeliahara dirinya sebelum kahwin.

Ketiga, untuk menjamin sebuah keluarga yang bahagia dan diberkahi Allah, ianya bermula dengan bagaimana pasangan suami isteri itu mula melangkah ke alam perkahwina. Jika, banyak perbuatan yang terlarang dilakukan sebelum kahwin, ianya akan memberi impak setelah kahwin. Oleh itu, sama2lah kita menjaga diri daripada hubungan yang terlarang, agar Allah memberi kebahagiaan kepada hubungan yang halal disisinya.

Cinta yang suci, berhak untuk dimiliki pemilik cinta yang suci..
secara jujurnya, bagi seseorang yang tidak pernah bercinta, kalo boleh memang nak kan suami yang tak pernah bercinta. Bagi saya, antara kriteria suami pilihn ialah yang baik agama dan aklaknya serta terjaga pergaulannya. Sukar untuk sy menerima lelaki yang gemar bergaul dengan ramai wanita juga lelaki yang pernah bercinta sebelum kahwin. Memang susah untuk sy terima lelaki2 yang tidak mempu menjaga dirinya sebelum kahwin, walaupun cinta mampu untuk menerima segala kekurangannya, namun kepercayaan dan kecurigaan pasti akan datang, dan ini akan menimbulkannya banyak permasalahan. ~ baru celik dari mimpi~
walaupun ada ayat yg kata, demi cinta aku sanggu berkorban. Kata2 ne, hanya valid untuk suami tercinta, bukan buaya fren tw.. kalo awal2  snggup memberikan seluruh cinta demi si dia, si dia belum pasti mampu memberi cinta hingga ke hujungnya.. =)

Mana mungkin aku mudah untuk memberi hati yang tdk pernah dimiliki untuk insan2 yang tidak pasti. Andai sebelum ini, aku pernah terlanjur memberi harapan ataupun perasaan, aku memohon maaf. Selagi aku tidak bersedia untuk membina sebuah mahligai, aku tidak akan melayan perasaan untuk mencipta angan2 yang menjadi kesukaan syaitan. Aku ingin terus memelihara diriku, agar lebih khas untuk si dia yg tepat untuk ku. Meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah s.w.t. Meyakini soal jodoh dan maut. Tidak mudah terpengaruh dgn propaganda dan pemikiran masyrkt hri ini meskipun daripada orng tua sendiri. Biar seribu orang risau, diriku bergelar andartu, asal aku tidak risau akan janji Allah padaku. Tidak di dunia, di syurga ia pasti menanti .. : )




No comments:

Post a Comment