Sunday, August 16, 2015

QOMEL

Nama kucing pertama yg aku pernah ada. Qomel lain dari yang lain.. Qomel panggilan yg paling mesra, dan Qomel tahu itu nama dia.

Qomel kami ambik sejak dia kecil lg..dia lahir dkt sawah padi.Masa mula2, Qomel memijakkn kaki ke rumah, dia terus hilang..macam kilat Qomel berlari.. mungkin sebab takut sangat. Kami 5 beradik berusaha cari Qomel yg sangat kecil masa itu, tapi tetap tidak jumpa.

keesokan harinya, aku bangun pagi dan terkejut tengok ada lipan dekat atas katil. Tapi, masa tu aku baru darjah 2 dan tidak pernah kena gigit lipan.. jadi, bila nampak lipan, tak la takut sangat tapi geli ja.hehe

pagi tu, ak kemas katil aku.. katil aku katil single, muat2 je untuk ak tidur.. masa kemas tu, aku terkejut sangat sebab Qomel ada dekat bawah tilam aku.. dalam hati masa tu, bersyukur sangat sbb Qomel masih hidup dan tak kena hempap oleh aku.

sejak itu, Qomel jadi kucing aku dan aku yg berikan dia nama Qomel. :)

Qomel sangat istimewa bagi aku dan dalam hidup aku.. sebab kenapa? sebab Qomel kucing luar biasa dan yg pertama kali aku jaga. Qomel buang najis dekat tandas, walaupun tak kena ajar..mungkin sebab dia perhatikan. Bila Qomel berak, senang sikit kena cuci sebab da dalam tandas.hehe

Qomel sangat memahami.. bila kena panggil dia mesti sahut. Qomel ada 3 warna, hitam, oren, putih. Qomel sangat comel. selalu main dan tidur dengan Qomel. Bila malam, Qomel tak mahu tidur luar. dia akan memanggil untuk masuk bilik..nak tidur sama2.hhehe

Qomel juga sangat memahami.. dulu, masa menangis Qomel akan pujuk.. dia lap air mata guna tangan dia. macam xpercaya kn? tapi Qomel buat semua tu.  pandangan Qomel masa tu. sangat empati..  rindu Qomel sangat2.

sampai la satu masa, Qomel mengandung dan masa nak melahirkn anak, Qomel mundar mandir..kesian dia. akhirnya, mak jadi bidan terjun tolong Qomel lahirkn anak dia. :) Qomel daa jadi ibu.

episod baru dalam hidup Qomel.. kini, aku da ada anak buah.hehe.. rutin pun berubah, kerja lebih berat sebab kena ajar anak Qomel pula supaya x berak merata.. aku sediakan tempat buang najis. setiap petang kena ganti tanah.. waktu tu, tak geli sangat.. sebab sayang kn. :)

bila fikir balik.. masa tu aku budak lagi..mulia tul hati jaga haiwan.. dorang kencing merata, aku sanggup ja cuci dengan sabar.. huhu.. kalo skrg ne.. habis lah kucing tu kena bebel..

Qomel makin tua.. tapi..Qomel ttetap manja.. kadang2,kesian dengan Qomel.. sbb anak bersalah..Qomel pun kena marah. ,:(

Kami pindah rumah.. Qomel xkena bawa.. xtw sebab apa.. tapi. sedih sangat.. sekarg.. mungkin Qomel da lama pergi.. tapi..keterunan Qomel mesti masih ada.

sayang Qomel :)

No comments:

Post a Comment