Pages

Sunday, August 16, 2015

Sikap Malas

Bismillah...
lama aku tenung screen lap top ne,
tapi tak da apa pun yang bergerak.. last2, aku taip ja tajuk soalan tugasan..
dan biarkan ia begitu.. at least nampak jugalah ada tulisan dalam satu muka surat.hehe

kadang2, kita rasa malasnya la nak berfikir.. malasnya la nak buat kerja yang berfaedah.
at the end nya, kita nak juga melihat hasil yang baik walaupun sedikit.
Kita sebenarnya mahu berjaya, tapi kita malas.. berfikir pun malas.. jangan kan berfikir, kadang2 makan pun malas. Kalau bole makan pun nak kena suap.

waktu macam ne pun, sempat juga lah muhasabah. Teringat kisah musuh islam yang menghantar perisik ke negara islam sebelum menyerak. Kali pertama perisik tu datang, ia bertemu dengan seorang pemuda yang sedang menangis. Perisik bertanyakan perihal pemuda yang menangis itu. Pemuda itu menangis sebab merasakan mad'u nya makin malas untuk berusrah dengannya.. Dia sedih sebab risau dakwahnya makin lemah dan tidak disukai. Perisik berasa kecewa dengan berita itu.. Memandangkan pemuda islam begitu gigih dalam dakwah, mereka takut untuk menyerang negara islam.

Kali ke 2, perisik datang lagi untuk melihat keadaan negara islam. Kali ini, perisik melihat seorang pemuda sedang menangis teresak-esak. Lalu dia bertanyakan perihal pemuda itu, dan pemuda itu sedang menangis kerana cintanya ditolak. Waktu ini, perisik tersenyum gembira kerana keadaan pemuda islam yang sibuk memikirkan cinta. Berita ini membuatkan musuh islam tadi, menyerang negara islam tersebut.

Kisah ne, pernah terbaca dekat satu buku..tapi tak ingat da buka apa. yang penting kisah ne menunjukkan kekuatan umat islam itu sebenarnya adalah kekuatan pemuda2 islam. Jadi, siapakah pemuda islam itu? ya, jawapanya saya..

saya yang malas, saya yang sibuk dengan dunia, saya yang sibuk dengan cinta dan saya yang sibuk dengan kelalaian..itulah saya yang menjadi pelemah kepada umat islam. huhu

ok la.. sampai sini ja dapat tulis..
sebab sedih sangat..
sedih dengan diri sendiri...


No comments:

Post a Comment