Friday, October 26, 2012

Indah di Hari Raya

Bismillahirrohmanirrohim..
Alhamdulillah Ya Allah..
Hari ini merupakan Hari Raya AidilAdha yang disambut oleh seluruh umat islam.
Dan, alhamduilillah walaupun hari ini tidak dpt balik rumah dan tak da pun makan2 macam hari raya selalu..
Tapi, cukuplah dengan Allah memilih diri ini untuk datang beraya ke rumah seorang ulama yang tersohor di negeri Kedah.. Syeikh Ust. Zainol Asri..
Alhamdulillah..

Ya Allah, rasa malunya bila duduk bersama-sama dengan seorang ulama yang sangat hebat..
Seorang yang dicintai Rasulullah.. Huhu... Hampir seluruh rumahnya pernah dimasuki baginda s.a.w..
Ya Allah.. betapa rasa tak layaknya diri ini..
Mungkin, ramai yang mengharap untuk di tegur dan di sayangi ulama itu, apakan lagi untuk dijadikan ayah angkat..
Ya Allah.. aku tidak perlukan itu.. Bagi aku, aku sudah sangat beruntung dan bersyukur sangat bila dapat dan berpeluang untuk masuk ke rumahnya dan berkenalan dengan keluarganya.. Ust. Zainol dan isterinya memang sangat hebat.. Isterinya sangat baik dan memuliakan kami..
Pada asalnya, aku rasa seperti malu untuk memperkenalkan diri dan menyembunyikan diri.. Tapi, bila isteri ust, bercakap dan bertanya serba serbi tentang aku.. aku rasa sangat terharu dan malu.. Aku rasa tak layak untuk berkenalan dengan isterinya.. Isterinya siap menyuruh aku untuk datang kembali ke rumah itu.. Pandangan dan harapannya yang penuh kasih sayang, membuatkan aku rasa seperti dihargai dan ingin untuk datang kembali.. =)

Senyuman Pak Long yang tak lekang dan ada sekali sekala singgah ke arah ku, membuatkan aku rasa sangat tenang dan malu sangat.. Aku rasa segan berdepan dengan Ulama tersebut... Pak Long sangat baik.. walaupun sibuk, dia tetap berusaha menegur dan melayan kami sebagai tetamunya.. Senyuman Pak Long, memang sangat mengharukan, lagi menengkan...

Ya Allah..
Buka setakat Pak Long.. Ust. Nazrul sekali datang beraya ke rumah Pak Long.. dan kami terserempak dengannya..
Huhu.. Rasa sangat tak sangka.. Ust. Nazrul yang juga sangat saya kagumi..
Ust Nazrul mungkin pelik melihat kami di pekerangan rumah Pak Long.. Lama dia berdiri memerhati kami.. Saya yang melihat, terus tundu dan senyum tanda hormat.. dan saya tak sangka ust. Nazrul pun tunduk dan tersenyum dengan senyuman yang bagi saya sangat dalam dan ikhlas... fuh.. rasa sangat mengharukan, bila seorang ulama yang sangat kita segani sedang berdiri dan duduk bersama-sama kita dalam satu rumah..

Ya Allah..
Indahnya di pagi raya...
dan adakah akan ada hari lagi untuk bertemu dengan Pak Long, Isterinya dan anak-anaknya ?

1 comment: