Pages

Wednesday, October 10, 2012

Taubat : Lilin Harapan

Salam...
Tahukah anda tentang 4 batang lilin yang pernah menerangi anda??
Setiap daripada kita, memiliki 4 batang lilin . =)

Lilin pertama, iaitu lilin ketenangan dan kedamaian..
Sayangnya, lilin ketenangan tidak mampu untuk bertahan lama. Memandangkan kita hari ini lebih suka porak-poranda, salin dengki mendengki dan bergaduh sesama sendiri. Lilin ini berkata ' aku lebih baik mati, memandangkan orang tidak memerlukan aku lagi'.
Lalu mati lah lilin pertama.

Lilin ke dua, iaitu lilin cinta..
' Akulah lilin cinta. Kerana aku, ramai yang buta menilai cinta. Sehingga mereka tidak tahu apa itu cinta. Kini, anak sendiri sanggup membunuh ibunya, ibu pula sanggup membuang anaknya. Aku sudah tidak diperlukan dalam hidup mereka dan lebih baik untuk aku mati' Lalu, matilah lilin cinta.

Lilin ke tiga, iaitu lilin iman..
Lilin iman juga tidak mampu untuk terus hidup, memandangkan ramainya kita yang tidak merasakan adanya iman lagi. Remaja bebas bergaul tanpa ada segan dan silu. Anak dara berkeliaran dengan mendedahkan auratnya. Ibu bapa membiarkan anaknya bebas, dan hanya mementingkan harta dan pangat. Lilin iman berasa sedih dan tidak mampu untuk terus hidup. Lalu, lilin ke tiga pun mati.

Kini, hanya tinggal satu lilin sahaja lagi. Mungkin, kita akan mula menangis ketakutan dalam kegelapan. Kita mulai rasa kesorangan dan kehilangan sesuatu. Lalu lilin ke empat berkata, ' Akulah lilin harapan. Selagi aku masih menyala, kamu masih ada harapan untuk memiliki ketenangan, cinta dan iman. Gunakanlah aku, untuk menyalakan ketiga-tiga lilin tersebut'.

Begitulah dalam hidup kita, selagi hiudp selagi itulah kita masih ada harapan untuk kembali ke pangkal jalan. Jangan sia-siakan ruang waktu yang Allah berikan. Tiada siapa yang tahu, bila ajal akan memanggilnya. Jadi, jangan pernah kita malu untuk memohon ampun dan taubat kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.  Sesunguhnya, Allah sangat cinta kepada orang yang suka bertaubat. =)

No comments:

Post a Comment